Isnin, 22 Jun 2026
KERAJAAN TITAH
SEMUA BERMULA
DENGAN ANWAR
BIN IBRAHIM
TUBUH KERAJAAN
TITAH
AMIN
SEKARANG KITA
JADI NEGARA
TITAH
AMIN
'Johor dibocorkan Putrajaya': Pua persoal peranan raja dalam politik
Pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tony Pua membangkitkan satu soalan sambil tertanya-tanya jika soalan itu boleh menyebabkannya berdepan masalah di bawah Akta Hasutan.
Walaupun dia tidak menyebut sebarang nama, persoalan itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail, yang antara lain berkata bahawa “kebocoran kewangan tidak membelenggu negeri itu, sebaliknya kerajaan Persekutuan yang bocorkan negeri itu”.
"Apabila anggota kanan kerabat raja terlibat secara terbuka dan langsung (atau tidak langsung) dengan politik dan kempen politik, mempamerkan berat sebelah dan memihak, adakah mereka tidak mendedahkan diri kepada sanggahan dan bidasan?" soal Pua dalam hantaran ringkas di Facebook.
"Dalam kes sedemikian, adakah anggota kerabat raja ini tidak boleh dicela? Adakah Akta Hasutan masih terpakai?" tambahnya.
Pua, bekas anggota parlimen, tidak asing dalam mencetuskan kontroversi melibatkan kerabat raja, selepas baru-baru ini disiasat polis susulan lambakan laporan yang dibuat terhadapnya kerana menyatakan bahawa sistem perlembagaan mengikat raja-raja Melayu dan baginda tidak boleh mengeluarkan titah yang mengikat untuk menggubal undang-undang dalam semua aspek kehidupan rakyat.
Kenyataannya dibuat susulan saranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mencadangkan Adun Seri Kembangan Wong Siew Ki dan bekas Adun Sungai Pelek Ronnie Liu untuk melawat Dataran Selangor dan memahami prinsip Rukun Negara yang dipamerkan pada plak monumen di situ.
Sementara itu, kenyataan terbaru Tunku Ismail dibuat sebagai respons kepada kenyataan Anwar bin Ibrahim bahawa Johor ialah sebuah negeri kaya yang menghadapi masalah kebocoran.
Pemangku sultan itu menggesa kerajaan persekutuan memulangkan sekurang-kurangnya ssatu perempat daripada hasil yang dipungut dari negeri berkenaan.
"Apabila kita memberi hasil negeri kita lebih RM40 bilion setahun dan dipulangkan hanya RM2 bilion hingga RM3 bilion untuk menjaga 4.9 juta rakyat Johor, bagaimana?
“Benda itu tidak logik.
"Ya, memang banyak 'bocor'. Kerajaan Persekutuan yang 'bocorkan' Johor," titah baginda.
Pada masa sama, Tunku Ismail turut membangkitkan isu kelewatan beberapa projek kesihatan utama di Johor, termasuk Hospital Pasir Gudang, yang menurutnya diselamatkan daripada kemungkinan pembatalan susulan campur tangan baginda.
RASUAH MAKIN BERAT - JUAL GAJAH LEBIH LUMAYAN DARI JUAL DADAH
WOIT
INI BAHAYA
JUAL GAJAH
LEBIH LUMAYAN
DARI JUAL DADAH
AMIN
HUKUMAN ZAMAN
SULTAN MELAKA
AMAT MUDAH
AMIN
DIPIJAK OELH
GAJAH
KAH KAH KAH
KHALAS
SPRM siasat isu pemindahan DAK ke Jepun
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka satu kertas siasatan berhubung isu pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun susulan dakwaan ketirisan pembayaran dan kemungkinan wujud unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam urusan berkenaan.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, siasatan tertumpu kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta ejen yang terlibat dalam proses pemindahan tiga ekor gajah dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK).
Menurut SPRM, tindakan itu diambil selepas pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) pada 18 Jun lalu menggesa suruhanjaya berkenaan menjalankan siasatan terhadap urusan pemindahan DAK ke Jepun.
Pertubuhan tersebut turut mendakwa, terdapat bayaran berkaitan urusan berkenaan yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi yang dianggarkan bernilai RM53 juta.
“Susulan itu, SPRM turut menyiasat dakwaan ketirisan tersebut serta meneliti sama ada wujud sebarang unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa dalam urusan berkenaan,” menurut kenyataan.
Bagaimanapun SPRM menegaskan, siasatan masih berada pada peringkat awal dan sedang dijalankan secara menyeluruh bagi mendapatkan fakta serta bukti yang berkaitan.
Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan yang boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang berlangsung.
SPRM turut menegaskan komitmennya untuk menjalankan siasatan secara profesional, bebas dan telus serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakuan rasuah atau salah guna kuasa sekiranya terdapat bukti yang mencukupi untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette
KES INI BOLEH MINTA AMPUN
JANGAN RISAU
KAH KAH KAH
SAP SAP SUI
KES INI BOLEH
MINTA AMPUN
AMIN
SONGLAP TAK
SAMPAI 20 JUTA
KAH KAH KAH
NAJIB SONGLAP
2 BILION RINGGIT
PUN BOLEH
MINTA AMPUN
AMIN
ROSMAH MASIH
BEBAS TAK
MASUK JIL
KAH KAH KAH
KHALAS
Penjara 15 tahun, denda RM284.2j: Rayuan bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS terhadap hukuman kes rasuah ditangguh
KUALA LUMPUR: Rayuan Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dihukum penjara 15 tahun dan denda RM284.2 juta oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan menggunakan kedudukan dan pengubahan wang haram ditangguhkan kepada 21 September ini.
Pada 6 Julai 2023, Mahkamah Sesyen mendapati Otman Arsahd, 67, bersalah atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, 14 tahun lalu.
Mahkamah Tinggi hari ini sepatutnya mendengar rayuan itu, namun peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Otman, memohon ia ditunda ke tarikh lain pada September ini.
Ia berikutan pihaknya hanya menerima eksibit, nota keterangan setebal 4,000 muka surat dan alasan penghakiman kes berkenaan pada 4 Jun lalu..
Katanya, pembelaan juga telah menghantar dua surat permohonan penangguhan, masing-masing bertarikh 14 Jun dan 19 Jun lalu.
Sehubungan itu, Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan prosiding, namun mengingatkan tiada lagi permohonan serupa kerana tarikh prosiding dipersetujui semua pihak ketika pengurusan kes terdahulu.
"Kita telah tetapkan (tarikh) untuk mendengar kes ini, tetapi saya tidak mahu dikatakan mahkamah ini tidak prihatin dengan masalah dan kesulitan pihak-pihak. Kes ini Julai 2023, agak lama untuk rayuan didengar kerana ini kali pertama penangguhan yang kita tetapkan untuk pendengaran rayuan.
"Saya terpaksa benarkan, tetapi saya harap tiada lagi permohonan untuk menangguhkan kes ini," katanya.
Mahkamah kemudian melapangkan tarikh pendengaran sebelum ini dan menggantikan kepada 21, 22 dan 23 September ini.
"Saya percaya dengan kerjasama pihak-pihak, kes ini boleh diselesaikan pada tahun ini," tambah Noor Ruwena.
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh, Haresh Prakash Somiah dan Mohd Ashrof Adrin Kamarul.
Pada 6 Julai 2023, Hakim Mahkamah Sesyen, Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, mahkamah memerintahkan Otman dipenjara 243 tahun dan denda RM190 juta atau penjara 119 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Bagi 15 tuduhan salah guna kedudukan pula, tertuduh dipenjara 85 tahun dan denda RM10.8 juta atau penjara 125 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Sementara itu, bagi 64 pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, mahkamah memerintahkan Otman dipenjara antara tiga bulan hingga 11 tahun dan denda RM83.4 juta atau penjara 934 bulan sekiranya denda gagal dibayar.
Bagaimanapun, Kamarudin mengarahkan hukuman penjara berjalan secara serentak bermula 6 Julai 2023, menjadikannya selama 15 tahun.
Mahkamah membenarkan Otman untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman denda dan penjara dengan syarat wang jaminan ditambah sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin. Sebelum ini, Otman dijamin RM250,000 dengan seorang penjamin.
Pada 21 April 2016, dia didakwa atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad menerusi cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Disember 2015.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Ia membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram.
TAQNDA PRU AKAN SAMAPI
BRO
INI TANDA PRU16
DAH NAK SAMPAI
KAH KAH KAH
KHALAS
sama seluruh negara
PUTRAJAYA — Harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia akan diturunkan kepada RM2.10 seliter mulai Julai depan di mana rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dengan penurunan harga ini akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad seperti dilaksanakan melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Kementerian Kewangan melalui kenyataan media memaklumkan, melalui pembaharuan ini rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Subsidi diesel, katanya akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia melalui pengesahan MyKad, manakala bukan warganegara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi.
Dengan pembaharuan penyasaran subsidi diesel, harga runcit bahan api itu di Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada harga runcit di Semenanjung Malaysia dan dengan itu, bukan warganegara tidak lagi menikmati subsidi.
Pada masa yang sama, rakyat di Sabah dan Sarawak dengan kenderaan diesel akan menikmati pengurangan harga runcit daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter,” katanya.
Menurut Kementerian Kewangan, langkah penyasaran penting bagi memastikan subsidi kerajaan hanya sampai kepada rakyat Malaysia, selain mengurangkan ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi ketika mana keadaan krisis Asia Barat terus memberi tekanan kepada bekalan minyak global.
Perbezaan ketara antara harga diesel bersubsidi dan harga tanpa subsidi, katanya mewujudkan ruang kepada ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi, termasuk ke luar negara.
“Ketika ini, diesel masih dijual pada harga runcit bersubsidi RM2.15 seliter di semua stesen minyak Sabah dan Sarawak, berbanding harga runcit diesel tanpa subsidi RM4.37 seliter di Semenanjung Malaysia,” katanya.
Kementerian Kewangan berkata, maklumat lanjut mengenai pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel ini akan diumumkan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan esok. BebasNews
MASA DEPAN BERSAMA
MASA DEPAN
BERSAMA
AMIN
DARI FB
Viral Superking
Sodnotrspe1
Belakangan ini ada cerita hangat dari Kota Bharu tentang landskap politik tanah air. Nampaknya Parti BERSAMA tengah laku keras dan menjadi bualan ramai sekarang.
Mana tidaknya, ramai bekas pegawai tinggi kerajaan dan penjawat awam yang masih aktif mula pasang niat untuk sertai mereka. Malah, ada yang sudah menawarkan diri untuk bertanding.
Gandingan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi betul betul bijak memancing golongan profesional. Strategi terbuka mereka ini nampaknya menjadi dan mendapat sambutan yang sangat padu.
Pengaruh ini bakal dibawa terus ke Pilihan Raya Negeri Johor tidak lama lagi. Menurut Rafizi, barisan calon berprofil tinggi ini masih disimpan rapi sebelum diumumkan malam Jumaat nanti.
Menariknya, majoriti yang berminat datang daripada kalangan Melayu yang berpengalaman luas dalam urusan pentadbiran. Langkah strategik ini jelas membuktikan wadah politik mereka bukan sekadar parti biasa.
MADAFAKA DAH NAZAK
MADAFAKA
DAH NAZAK
MINTA TALIAN
HAYAT DARI
PUTIN
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"TERAM TUNJUK GEDEBE"
Teram seorang gagal, tidak ada sifat pemimpin, asyik buli asyik sapu asyik menyusahkan seluruh dunia, pun Amerika Syarikat menjadi polis moral macam Tok Haji kita yang berserban, oksigen tak masuk kepala, asyik sembang cerita lama, syurga neraka bagi takut umat manusia, kah kah kah
nak tanya satu soalan saja, siapa sampai bagaimana tahu? Adakah pakai talian hayat seperti Madafaka berjumpa Putin? Apa yang dijual untuk dapatkan telaga minyak? Selalunya manusia akan cakap benda yang dapat, yang jual.hak negara payah dikeluarkan kah kah kah kah,
sampai minta ampun dengan maharaja China dahulu sebab polis denda ketuk ketampi? Kah kah ramai masih ingat kah kah kah kah
PETANG INI DAN PAGI INI DI LE CHATEAU
PETANG INI
JAM 3 PETANG
LE CHÂTEAU INDAH PERMAI
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
MATAHARI BERSINAR LEMBUT
PETANG YANG MENJANJIKAN
MAAM YANG NYAMAN SANTAI
PAGI TADI
JAM 7 PAGI
JALAN DEPAN LE CHATEAU SIBUK
KERETA BERSUSUN
LAMPU MASIH TERPASANG
EMAK DAN AYAH
MENGHANTAR ANAK
KE SEKOLAH RENDAH
KWAN CHENG
KANSEL APAI NERAKA
HUKUM SAKAU
DIBAKAR
API NERAKA
AMIN
RAMAI SAKAU
BILA KAYA
BOLEH KE MEKAH
BANYAK KALI
MINTA KANSEL
API NERAKA
KAH KAH KAH
SEMUA BERES
KHALAS
Unknown commented on
"APA YANG BERMULA PASTI BERAKHIR"
kita tak nak nanti kita nak sekarang..
pasal ada agama kata.. lepas mati nanti hukuman hidup balik..
sebab tu ramai tak takut sakau tanah buat rumah sembahyang lagi
kat tanah haram..
kah kah kah
PENDATANG HARAM MASALAH GLOBAL
PENDATANG HARAM
BAWA BALA BESAR
DALAM MASA
TERDEKAT
AMIN
WAJIB BIJAK
CARI JALAN SELESAI
AMIN
AMERIKA UK ITALI
GERMAN FRANCE
IRELAND SWEDEN
DAN DAN DAN...
SEMUA SEDANG
DI LANDA
PENDATANG HARAM
KHALAS
MUDA TIDAK MENJAMIN BIJAK
JIKA MUDA
TAPI BANGANG
TAK GUNA JUGA
KAH KAH KAH
UMUR TIDAK
MENJAMIN
FIKRAH BAIK
KHALAS
Calon tua, pengundi muda: Mungkinkah Malaysia alami kejutan pilihan raya seperti kemenangan Vijay-Mamdani?
Sejak dua bulan lalu, perpecahan dalaman parti politik telah membawa kepada pembentukan gabungan dan kerjasama baharu, menyebabkan pengundi, terutamanya orang muda, mungkin keliru apabila berdepan kertas undi yang dipenuhi nama-nama ahli politik bertanding untuk kerusi sama walaupun sebelum ini merupakan kawan.
Di pihak kerajaan, perpecahan yang semakin teruk antara Pakatan Harapan dan Umno memberi tekanan kepada Anwar bin Ibrahim untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal, di mana sekurang-kurangnya dua sumber PKR memaklumkan mengenai percubaan mewujudkan konflik seperti yang dilihat di Negeri Sembilan dan Johor dalam usaha memaksa pilihan raya negeri.
Ketegangan PH-Umno semakin terasa, terutama selepas Anwar bin Ibrahim dan pemimpin PH melancarkan serangan tajam terhadap Umno dalam siri perhimpunan baru-baru ini.
Anwar bin Ibrahim meluahkan kekecewaan terhadap tindakan Umno yang terus menjauhkan diri daripada kerajaan perpaduan yang disertainya pada 2022, ketika ia menerima talian hayat yang seterusnya memenuhi cita-cita pemimpin tertinggi PKR itu menduduki jawatan tertinggi.
Minggu lalu, Anwar bin Ibrahim membidas pihak yang cuba memaksa pilihan raya umum awal, sambil menuduh mereka mengkhianati semangat kerjasama yang terbentuk hampir empat tahun lalu.
"Saya sabar, kadang-kadang saya fed up (muak). Cakap bela rakyat, jaga rakyat, perpaduan, (tetapi) kerja khianat jatuhkan," katanya pada perhimpunan PH minggu lalu, menyelar pimpinan Umno di Johor dan Negeri Sembilan yang memutuskan hubungan dengan PH untuk memaksa pilihan raya negeri.
Menurut sumber, Anwar bin brahim tidak mempunyai pilihan selain melakukan serangan, di sebalik spekulasi bahawa sekurang-kurangnya dua lagi negeri di mana PH dan Umno membentuk kerajaan negeri mungkin turut merasakan bahang pilihan raya.
"Jika ini berlaku, jangkaannya ialah beliau akan mengadakan PRU," kata seorang ahli Parlimen PKR yang enggan namanya disiarkan kepada MalaysiaNow.
Konflik PH-Umno bukan satu-satunya isu yang bakal mencorakkan pilihan raya umum akan datang.
Beberapa perubahan lain sudah pun mengelirukan segmen pengundi terbesar dan mungkin paling kritikal: kelompok Gen Z dan pengundi baharu berusia antara 18 hingga 28 tahun.
Di tengah-tengah kekeliruan ini ialah watak lama yang kini mengemudi kerjasama baharu.
Di pihak pembangkang, kumpulan yang dipimpin Hamzah Zainuddin, antara yang disingkirkan beramai-ramai daripada Bersatu, mengumumkan parti baharu bernama Parti Wawasan Negara.
Parti tersebut mendapat restu pimpinan tertinggi PAS, yang memutuskan hubungan dengan Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, Perikatan Nasional yang dibina oleh PAS dan Bersatu kini tidak menentu dengan ketiadaan kata sepakat mengenai hala tuju, menjadikan gabungan itu seperti kenderaan terabai.
PKR pula menyaksikan tindakan Rafizi Ramli keluar parti untuk menubuhkan Bersama, disokong beberapa pemimpin parti lain yang selama 30 bulan memutuskan untuk kekal dalam kerajaan walaupun berdepan kemarahan terhadap kegagalan Anwar melaksanakan janji, serta sikap pentadbirannya yang semakin tidak senang dengan kritikan umum.
Pemimpin yang semakin berusia
Hakikatnya, tiada satu pun parti politik, termasuk yang baharu, dipimpin oleh pemimpin yang boleh dikategorikan sebagai muda, manakala calon perdana menteri rata-rata melebihi usia 60 tahun.
Ahmad Samsuri Mokhtar, 56, yang disebut-sebut PAS sebagai layak menjadi perdana menteri, boleh dianggap lebih muda berbanding ahli politik lain yang telah lanjut usia. Namun, beliau dilihat tidak mempunyai kuasa dalam partinya, di mana keputusan selalunya dimuktamadkan oleh pemimpin berusia 79 tahun yang ucapannya hampir dianggap sebagai fatwa.
Namun, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bukan satu-satunya yang bakal melepasi usia "siri lapan".
Dalam PKR, Anwar bin Ibrahim, kini perdana menteri paling tua yang masih berkhidmat – jika tidak mengambil kira pentadbiran singkat Dr Mahathir Mohamad pada 2018-2020 – bakal mencecah usia 80 tahun pada tahun depan. Dengan kata lain, Anwar bin Ibrahim kini dua kali ganda usianya ketika mula-mula mengorak langkah menuju jawatan perdana menteri.
Begitu juga ahli politik Melayu lain yang sering disebut-sebut sebagai calon perdana menteri: Hamzah akan mencapai usia 70 tahun pada tahun depan, manakala Muhyiddin pula mencecah usia 80 tahun. Sementara itu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi kini sudah berusia 73 tahun.
'Upset' pilihan raya oleh Mamdani dan Vijay
Apakah pilihan yang tersedia untuk pengundi muda – golongan berumur antara 18 hingga 35 tahun, termasuk Gen Z – pada pilihan raya umum ke-16 yang perlu diadakan pada 2027?
Ahli politik tidak boleh mengabaikan kelompok ini, walaupun sebahagian besar orang muda kurang berminat dengan politik. Manakala dalam kalangan yang berminat, golongan ini tidak terbeban dengan "baggage" masa lalu dan mungkin akan memilih sesiapa sahaja yang paling dekat dengan keperibadian dan gaya hidup mereka.
Sikap inilah yang mempengaruhi beberapa insiden pergolakan politik dan pilihan raya baru-baru ini di negara lain seperti Nepal, Bangladesh dan Indonesia, serta pemilihan datuk bandar New York, dan yang terbaru di negeri Tamil Nadu, India.
Di New York, Zohran Mamdani, calon termuda yang berdepan barisan individu lebih berpengalaman dan memiliki dana lebih besar, akhirnya mencipta kejutan terbesar dalam sejarah pilihan raya Amerika Syarikat.
Di Tamil Nadu, Joseph Vijay yang berusia 51 tahun mengejutkan semua apabila menewaskan dua seteru utama dalam perebutan jawatan ketua menteri – MK Stalin dan Edappadi K Palaniswami – kedua-duanya 20 tahun lebih tua daripadanya.
Parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) yang dipimpin Vijay baru ditubuhkan, dengan barisan calon yang lebih muda. Kira-kira 40% daripada calonnya yang menang berusia di bawah 40 tahun.
Ramai mengakui bahawa kejayaan mengejutkan Vijay didorong oleh usia muda dan daya tariknya di bandar-bandar, yang membolehkannya meraih sokongan Gen Z dan pengundi baharu.
Namun, faktor lebih penting ialah naratif politik segar yang dibawa partinya.
"Beliau muncul ketika pemimpin sedia ada dilihat lesu dan letih. Beliau mewakili orang muda – dan menampilkan interaksi segar dalam berhubung dengan jenis pemimpin yang diimpikan pengundi," kata ahli akademik terkemuka India, Shiv Visvanathan, kepada BBC ketika mengulas kemenangan Vijay.
8.5 juta pengundi muda
Tidak pasti sama ada pemimpin politik di Malaysia, terutama yang cuba membawa imej dan daya tarikan lebih muda, mampu mengulangi kejayaan Mamdani dan Vijay.
Buat masa ini, kebanyakan ahli politik "muda" dilihat sebagai "underdog", termasuk dari MUDA, parti yang didukung "orang muda" yang pada PRU lalu hanya memperoleh 0.5% undi popular, walaupun ketika itu bekerjasama dengan PH. Pada PRU tersebut, pengundi baharu berumur 18–20 tahun hanya membentuk 16% daripada tujuh juta pengundi baharu yang layak secara automatik.
Jumlah itu kini semakin meningkat. Bukan sahaja mereka yang berumur 18–22 tahun, yang tidak dapat mengundi pada PRU 2022, kini layak sebagai pengundi, malah jumlah pengundi Gen Z berumur 18–28 tahun juga telah bertambah.
Apabila golongan ini digabungkan dengan mereka yang berumur sehingga 35 tahun, undi orang muda menjadi kuasa penentu pada pilihan raya akan datang, membentuk kira-kira 40% daripada jumlah pengundi.
Berdasarkan data terkini yang diperoleh MalaysiaNow, terdapat 8,550,984 pengundi dalam lingkungan umur 18–35 tahun sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang.
Daripada jumlah tersebut, 1,811,723 merupakan pengundi kali pertama, yang bertambah secara automatik apabila mereka mencapai umur minimum 18 tahun sejak PRU 2022.
Seramai 1.8 juta pengundi baharu tidak pernah mengundi mana-mana ahli politik yang kini berkuasa, menjadikan mereka golongan penentu (kingmaker) yang kritikal.
Namun, di sebalik semua angka itu, faktor sama yang mendorong golongan "underdog" seperti Mamdani dan Vijay juga wujud di Malaysia, iaitu kemerosotan parti-parti sedia ada dan muka lama yang masih mendominasi politik arus perdana.
TVK pimpinan Vijay tidak mempunyai pengalaman politik dan berdepan dengan parti-parti yang sudah lama bertapak.
Begitu juga Mamdani, seorang anak pendatang di New York, yang menentang bekas gabenor dan seterusnya menjadi datuk bandar Muslim pertama di sebuah bandar raya dengan populasi Yahudi terbesar di luar Israel.
Pilihan raya negeri yang bakal diadakan di Johor dan Negeri Sembilan, serta pilihan raya umum yang semakin hampir, akan menunjukkan sama ada kisah kejayaan mereka boleh diulangi di Malaysia.









