Sabtu, 19 Julai 2025
PARTI ANAK BERANAK KOYAK RABAK
Aku dah tak kenal parti ini - Rafizi petik situasi Umno 1998
Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli memberi amaran tentang rasa tidak puas hati yang semakin ketara di akar umbi parti itu dan membandingkannya dengan peristiwa ahli-ahli Umno keluar parti pada tahun 1998.
Dia berkata ketidakpuasan hati itu berpunca daripada pemilihan PKR baru-baru ini yang menyaksikan ahli mempersoalkan ketelusan proses pengundian.
"Sama contohnya bila reformasi berlaku 98, orang-orang Umno yang meninggalkan Umno masa tu.
"Sebahagiannya tu awal-awalnya kerana kemarahan mungkin Anwar Ibrahim dipecat, sebahagiannya kerana dia tidak boleh terima caranya.
"Tapi saya rasa banyaknya juga ialah kerana aku dah tak kenal dah parti ini. Jadi itu yang saya maksudkan.
"Jangan dalam kegilaan kita merebut kuasa, jawatan semua hanya untuk tu sampai kita buat orang rasa macam ini bukan rumah aku dah.
"Bila orang dah sampai ke peringkat ni bukan rumah aku, bahaya, sebab dia tak pernah dapat apa, dia tak pernah dapat jawatan ke apa, bila dia dah rasa mcm itu, dia move on. Move on tu nak suruh balik semula, tak mudah,” katanya pada episod terbaru podcast "Yang Berhenti Menteri" malam tadi.
Pada tahun 1998, Anwar dipecat daripada semua jawatannya, termasuk sebagai timbalan presiden Umno, mencetuskan siri demonstrasi awam mendesak pengunduran perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad serta kelahiran gerakan reformasi.
Beberapa pemimpin akar umbi Umno turut turun ke jalanan menuntut keadilan untuk Anwar.
Pemilihan PKR yang baru selesai menyaksikan kekalahan Rafizi dan sekutunya di tengah dakwaan penyelewengan, khususnya berkaitan sistem e-undi di peringkat cabang.
Rafizi, yang tewas jawatan timbalan presiden kepada anak perempuan Anwar, Nurul Izzah, kemudian meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi manakala sekutunya, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut berundur sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar tidak lama selepas itu.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata sesebuah parti politik tidak sepatutnya membentuk kerajaan jika mereka tidak bersetuju terhadap perkara asas.
"Sebagai pembangkang sebenarnya kelebihan kau tak payah buat tapi kalau ada idea dan fakta yang bagus kita boleh jadi semak imbang yang akhirnya kerajaan kena ikut... dan itulah fungsi yang telah dimainkan oleh PH dan PKR untuk masa yang lama lah," katanya.
Menurut Rafizi, berada dalam kerajaan ada kelebihan juga misalnya boleh melaksanakan dasar tetapi ia mengambil masa.
Dia turut berkongsi tentang pembentukan Kerajaan Perpaduan kini, yang menyaksikan PHbekerjasama dengan seteru lama, BN.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-15, tiada gabungan yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
Kata Rafizi, BN ketika itu belum memutuskan sama ada mahu menyokong PH ataun PN kerana perlu mendengar tawaran daripada kedua-dua pihak terlebih dahulu.
Namun, selepas mendengar kekecewaan BN dalam rundingan dengan PN, Rafizi berkata dia segera menyediakan kenyataan yang mengandungi senarai komitmen PH kepada Umno, yang kemudian diserahkan oleh Setiausaha Agung PH ketika itu, Saifuddin Nasution Ismail, kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.
"Akhirnya yang saya dimaklumkan dalam mesyuarat BN yang terakhir itu pandangannya ialah betull ah, PH ni DAP, PKR. Tapi nampak mereka lebih ikhlas kerana paling kurang dia dah set out semua principle kita nak berkongsi kuasa macam mana ni.
"Kalau dengan PN ni, main mulut sahaja dan dia tak pandang kita. Jadi senarai komitment itu yang mengubah pendirian BN ke arah menyokong PH,” katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
PKR DAH JADI
PARTI ANAK
BERANAK
KAH KAH KAH
PARTI KOYAK
RABAK
KAH KAH KAH
KHALAS
KERAJAAN PAHANG AKAN TUMBANG ?
'Kuasa politik di Pahang perlu dikembalikan pada orang Melayu Islam'
"Kuasa politik di Pahang perlu dikembalikan kepada orang Melayu Islam." Demikian gesaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu, susulan tindakan Umno negeri bergabung dengan DAP bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Menurutnya, langkah Umno itu merupakan pengkhianatan terhadap rakyat Pahang dan mencerminkan keghairahan parti itu untuk mengekalkan kuasa walaupun terpaksa mengetepikan prinsip.
"Sebelum ini, sejak merdeka lagi, mereka (Umno) tidak perlu bergantung kepada parti lain, biasanya sebelum tengah malam (hari pengundian) mereka dah boleh umum (menang) dan menteri besar angkat sumpah.
"Tapi dalam PRU lalu, perkara itu tidak berlaku dan tidak ada parti atau mana-mana gabungan parti boleh menubuhkan kerajaan di Pahang.
"Dan mereka ini, yang tidak pernah hilang kuasa di Pahang sejak sekian lama, sanggup menggadaikan prinsip demi menjaga kedudukan dan mahu terus menjadi kerajaan," katanya dalam ceramah umum ‘Turun Anwar’ di Padang Awam Cenderawasih, malam tadi.
Andansura, yang juga ADUN Beserah, mendakwa kerjasama Umno dengan DAP melalui PH telah membuka ruang kepada DAP untuk menguasai pelbagai jawatan di Pahang.
"Kita buka ruang kepada satu pihak untuk meluaskan kuasa dan ideologinya digunakan di dalam negeri Pahang, yang bertentangan dengan kita sebagai orang Islam.
“Sebab itu, kita kena ubah kerajaan (negeri) hari ini kerana dia tidak melaksanakan apa yang seharusnya... mempertahankan, memperkukuhkan dan memperluaskan kuasa orang Islam, orang Melayu di Pahang.
“(Umno) menjemput parti yang berasaskan sosialisme ini untuk mentadbir dan menguruskan negeri Pahang, jadi kita kena singkirkan DAP daripada kerajaan negeri Pahang "dalam PRU ke-16," katanya.
Pengaruh DAP dalam kerajaan negeri
Dalam pada itu Andasura turut menyatakan rasa kurang senang dengan pengaruh DAP dalam kerajaan negeri, khususnya dalam pelantikan ahli majlis, jawatankuasa kampung dan struktur pentadbiran tempatan.
"Saya sendiri, sebab saya duduk dalam Dewan (sidang DUN) sekian lama, selama ini kita lihat 'ok' sebab mereka diurus, ditadbir oleh kebanyakan orang Melayu, orang Islam.
"Tapi oleh kerana kali ini, ada orang yang bertentangan dari sudut asas dan dasar perjuangan duduk dalam kerajaan negeri, berapa ramai ahli mereka (dilantik) sebagai ahli majlis perbandaran dan majlis daerah, berapa ramai jadi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung.
"Berapa ramai yang menuntut untuk menjadi ketua di kampung-kampung baru, ini sedikit demi sedikit kita buka ruang kuasa kepada mereka... ini yang sedang berlaku di negeri Pahang," jelasnya.
Dia turut menggesa rakyat supaya lebih peka dan menilai secara kritis perkembangan politik semasa, kerana mendakwa pengaruh DAP yang tidak dibendung boleh menjejaskan identiti dan masa depan generasi Melayu-Islam di negeri itu.
"Itulah kesilapan terbesar Umno Pahang, pengkhianatan pemimpin Umno Pahang kepada rakyat negeri ini apabila mereka menjemput DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan.
“Jadi, kita kena ubah, kuasa politik dan pemerintahan di Pahang perlu dikembalikan kepada orang Melayu dan Islam, dan rakyat perlu pilih PAS dan PN untuk tujuan itu dalam PRU akan datang," tegasnya.
WOIT
APA MAKNA
BERITA INI ?
KAH KAH KAH
APAKAH INI
ALAMAT BARU
KERAJAAN
PAKATAN
DI PAHANG
AKAN RUNTUH
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)