Rabu, 20 Ogos 2008

HANAFI MAMAT MASIH HILANG

Orang ramai di Permatang Pauh masih tertanya-tanya siapakah dia Hanafi Mamat dari parti Angkatan Keadilan Malaysia ( Akim) ini. Daripada gambar di media Hanafi Mamat dilihat hampir menyerupai seorang panglima di zaman Hang Tuah.

Hanafi yang juga calon di P44 - Permatang Pauh telah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli United Malays National Organisation bahagian Permatang Pauh.

Hingga ke hari ini Bilik Gerakan Akim masih tidak kelihatan. Gambar poster Hanafi pun belum dapat dilihat. Malah penduduk masih menunggu-nunggu untuk melihat rupa bentuk logo Akim.

Tukar Tiub akan cuba sedaya upaya mencari Hanafi Mamat untuk ditemubual.

BERITA TERKINI

Hanafi Hamat telah dikatakan akan sampai malam ini dari Kelantan.

PORT DICKSON

Malam tadi Anwar Ibrahim telah berceramah di Stadium MPSP Permatang Rawa. Di anggarkan hampir 5000 pendengar dan penyokong PKR telah hadir.

Satu perkara baru telah ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim. Dia telah menerangkan bahawa dia tidak menyerang Najib ketika berkempen tetapi Najib dalam ceramah kecilnya telah memburuk-burukkan Anwar.

Di Permatang Rawa malam tadi Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada Najib ' ......jangan sampai saya bukak cerita Port Dickson....'

Anwar kemudian meminta orang-orang United Malays National Organisation pergi bertanya kepada Najib apakah dia ' Port Dickson'.

POSTER ARIF SHAH

Poster Arif Shah semakin banyak muncul di tepi jalan-jalan raya terutama di kawasan Seberang Jaya. Arif Shah ialah Ahli Dewan Undangan kawasan Seberang Jaya.

Kawasan Seberang Jaya adalah kawasan perumahan moden bukan kampong tradisional. Di kawasan ini terdapat cafe, bar dan restoran- restoran makanan segera yang kerusinya tidak boleh beralih-alih.

Di sini juga ada satu kawasan perumahan Majlis Bandaran Seberang Prai. Di pilihanraya yang lalu kawasan ini tidak menyokong Dr.Wan Azizah.

13 ulasan:

  1. BUTTERWORTH: The Health Ministry will allocate RM1.3mil to the Seberang Jaya Hospital to overcome power supply problems and related technical difficulties, said Minister Datuk Liow Tiong Lai.

    He also announced that the Ministry will give the hospital RM280,000 to upgrade the air handling units (AHU) in the hospital’s operation theatres.

    “We are aware of the hospital’s space constraints due to rising numbers of patients.

    “We will look into plans to build a new block in the hospital and provide 500 additional beds to the existing over 300,” he said during a visit to the hospital Wednesday.

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/20/nation/20080820162237&sec=nation

    BalasPadam
  2. Hi,

    Satu lagi pendedahan yang menarik dari pihak tuan.... Teruskan usaha tanpa henti tuan untuk mendedahkan apa yang perlu, Saya mula tertarik dengan gaya penulisan tuan, harap kita dapat pekena teh tarik sambil melihat kedua-dua pihak BN & BA bermain api.. di jalan permatang pauh ini..

    Salam dari Permatang Pauh,

    BalasPadam
  3. Ini lagi menarik bro. hanafi mamat tu bercakap dalam TV tadi. yang dier akan berjuang untuk keadilan semua kaum. bagi dier inilah keadilan yang sebenar. hehehe. :-p

    BalasPadam
  4. Saudara,
    Pak Hanafi nie, dia pi bertapa sat kat atas bukit bendera, cari ilham, nak buat duit banyak2 orang sedekah kat dia.....

    Port dikson nie selalu tempat line clear nak bermadu asmara, buat apa lak pak jib kat sana?

    Saudara, jgn lupa dok kat sana call min penang, dia ngan gangbuster boleh jadi bodyguard kat sana.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  5. hei.. bestnyer cara penyampaian blog ni! lain dari yang lain! asli.. i love it a lot!

    keep posting abang hisham!

    BalasPadam
  6. saudara isham..

    hanafi mamat ni kacau daun je,
    imej ala-ala tuan guru nik aziz gitu

    ayuh bg bn hilang wang pertaruhan!

    regards,
    ashraf

    ashrafkhidzar.blogspot.com

    BalasPadam
  7. kalau ditengok betul2 hanafi mamat ni, macam ayah Pin pun ada...

    Port Dickson? ini mesti kes kantoi ngan bik mama lah ni...

    BalasPadam
  8. Bang..kasi korek lagi pasal kes PD..kasi gempaq satu Malaya..Biar UMNO Be-End..Tanam 7 kaki dalam tanah..(",)

    BalasPadam
  9. Kalau Pak Napi ni dok dlm Parlimen memang cantik dia dudok sebelah Tuan Guru Nik Aziz...eheeeee !!

    BalasPadam
  10. PORT DICKSON.....

    PUNCAK KASIH KITAAAA!....cukupla nyanyi sikit saja takut hujan ahhaha

    BalasPadam
  11. This Hanafi dude is like a stump of a deadwood under the influence of some expired magic mushroom, right from the getgo.
    What is his problem really, cheap publicity? This dude is like the opposition twin of paklah sengal.
    Dude is clueless! Damn, pissed me off watching his interview with no one in the background but claimed his campaign was a success so far!
    Hanafi 'Hang Over' Hamat!

    BalasPadam
  12. aku bukan nak kate pe ... tengok komen sebelum ni pun dah ada bunga-bunganya mengenai kejadian di PD, bait lagu PUNCAK KASIH KITA...sapa penyanyinya..heheheheh..yang aku tau,member aku cakp yang tangkap tu member dia..SULUH2...HEHEHEHEHEH...tak pasal2 dia lak kena transfer...ke SABAH kot...shhhhshhhhhhhh....

    BalasPadam
  13. haha..cito pd nih,jadik maso den kocik2 dl haa..en isa yg kono cover bondo2 nih,almaklum mmber lak yg kono..dah2 la tuh najib oi,ingt2 la cito kek 'sano' lak.kang terkial2 nk jawab.osah tol la kau nih!!

    BalasPadam