Sabtu, 30 Ogos 2008

MALAYASIA TODAY DI SEKAT KERANA MENGHINA NABI??

KUALA LUMPUR, 29 Ogos-Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak menyekat laman web Malaysia Today kerana artikel penulis blog itu dan tulisan-tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad.

Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, artikel tersebut didapati cuba membandingkan Nabi Muhammad dengan perlakuan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan pemimpin Al Qaida, Osama Bin Laden.



Woit Malaysia Today bukan menghina nabilaaaa..... laman web ini buka cerita Najib, Rosmah dan Altantuya.

Bila pulak masanya Najib jadi Nabi.

Ada sesiapa pernah terbaca nabi yang bernama Nabi Rosmah. Kitab mana SKMM sudah baca...

11 ulasan:

  1. Memang bangang la kalau SKMM sekat blog MalaysiaToday...

    Siapa la yg buat pandir suruh SKMM sekat tu. Aku rasa Menteri tu pun tak reti nak berblog...

    Satu kau sekat lagi banyak da mirror MalaysiaToday keluar.

    Dulu DrM hina Nabi lagi terang terang...tak dak apa pun.

    HusainBolt&Nut

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum
    Agaknya dia orang tersekat salah blog tak? Entah entah mereka baca blog Malaysia TuDey tak... Ish ish ish, mereka ni, baca pun tak reti.
    Wassallam

    BalasPadam
  3. Saudara Isham

    Masalahnya ialah mentaliti. Maksudnya Minda Terbuka v Minda Tertutup. Hitam tu banyak shades. Puteh pun banyak shades. Pilihlah.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  4. ish..nak tgk lah article..paste la kat sini bang...

    BalasPadam
  5. Najib vs Nabi.
    Nama Najib ada huruf N,A,B,I. Jadi dia orang tuduh lah..kahahaha

    BalasPadam
  6. Loooo....ada plak cmtu.Ni pengikut Pak Kahar ke apa ni???????

    Suka Suki jer ckp!

    BalasPadam
  7. Salam Tok Hisham,

    Ni artikel mane plak yg hina Nabi??

    Samy Vellu, Dr M penah la den baca komen depa seolah2nye menghina Nabi...

    Den slalu gak gi dok melepak baca kat MT...Tang mane artikel yg hina Nabi ni??

    Ke depa kutuk pemimpin2 Panji Keris Karat tu??Tu biase la...

    BalasPadam
  8. Bro isham, yr blog ni 1st class la... always make me laugh...now i'm addicted plak, tak sah kalau takde daily dose!

    BalasPadam
  9. Nabi Rosmah? wa ka ka kah...That's a good one bro isham! But i think more like #abi Rosmah!? Menyampah tengok muka botox tu

    BalasPadam