Isnin, 25 Ogos 2008

SATU ANALISA

Hari hari maut United Malays National Organisation semakin dekat. Parti yang didirikan atas sokongan penjajah British pada tahun 1946 dahulu ini semakin malap cahaya sokongan dari orang ramai. Nafasnya semakin terdesak.

United Malays National Oganisation ditubuh, dilonjak dan dijaga oleh British. Parti ini diperlukan untuk dijadikan barua oleh British kerana pada ketika itu (1948), penjajah British sedang menghadapi Perang Rakyat.

Perang Rakyat adalah perjuangan angkat senjata yang di terajui oleh pakatan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Hisbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan berbelas-belas lagi kumpulan patriotik yang anti-British.

Para patriot tanahair dari semua bangsa telah bangun bermandi darah dalam usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu. Ini sejarah gilang gemilang rakyat negara kita yang terus dibohongi oleh United Malays National Organisation. Kita diberi tahu bahawa negara kita merdeka tanpa pertumpahan darah.

Ini bohong. Pergi ke hadapan Dewan Bahasa Pustaka dan lihat berapa luas kubur British di situ. Pergi ke Taiping dan lihat berapa luas kubur British di situ. Pergi ke Lubuk Kawah dan tanya berapa ratus anak muda Melayu yang masuk hutan. Pergi ke Behrang Selangor dan tanya berapa banyak anak muda Melayu yang ke hutan mengangkat senjata.

Nama nama seperti Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Chin Peng, Ishak Haji Muhamad, Wahi Anwar, Abdullah Sidi, Rashid Maidin, Abu Samah adalah para nasionalis dan para patiotik yang telah bangun menentang penjajah British.

KMM ada parti politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu dengan garis politik nasionalis yang menolak semua bentuk sifat perkauman dan sifat rasis keMelayuan. KMM adalah parti politik awal yang melaungkan slogan Ketuanan Rakyat. KMM juga adalah parti politik yang pertama melaungkan MERDEKA. Ini sebelum United Malays National Organisation berani menuntut merdeka dari tuannya – penajah British.

Apabila penjajah British kalah maka British telah memunculkan apa yang kita ketahui sebagai United Malays National Organisation. Nama parti ini higga ke hari ini masih lagi dalam bahasa Inggeris – United Malays National Organisation – ini kerana parti ini adalah parti yang telah dijadikan barua oleh British.

Selama 50 tahun orang Melayu telah dibodohkan oleh United Malays National Organisation. Peranan dan proses pembodohan ini telah dilakukan melalui akhbar, media dan sekolah. Lihatlah betapa bodohnya penyokong-penyokong United Malays National Oganisation.

Mereka menjerit-jerit sebagai berjuang untuk Melayu. Tanya pada mereka kenapa nama parti mereka dipanggil United Malays national Organisation. Kenapa TIDAK pakai nama Melayu?

Tanya ini dahulu.

15 ulasan:

  1. Tak sabar nak keputusan nih...Cayalah Isham!!!

    BalasPadam
  2. Bro sekarang i tahu apahal u keluar dari UM mcm u cakap untuk buat sejarah buat negara tersayang kita MALAYSIA SYBAS BRO n terimakasih.

    BalasPadam
  3. UMNO dan BN selama ini telah banyak memesongkan fakta sejarah, golongan pejuang kemerdekaan yang tegas telah dilabelkan sebagai golongan kiri.... sama seperti sekarang... OLEH ITU... MARILAH KITA MENGUBAH FAKTA SEJARAH INI PADA 26 OGOS 2008

    BalasPadam
  4. Penulis cuba berhujah dengan fakta-fakta kurang konkrit. KMM adalah parti sosialis berteraskan nasionalisme, UMNO pula parti liberalisme berteraskan nasionalisme.Akhirnya mereka bersatu untuk menjaga kepentingan Melayu.

    Kerana terdapat pertembungan ideologi antara pemimpin dalam UMNO yang berpendidikan pro-Barat dan pro-Islam, ada yang keluar dari UMNO dan menubuhkan parti baru iaitu PAS sekarang.

    Sila rujuk artikel : "Islam dan Politik, Aplikasinya di Malaysia"
    http://syeikhryz.blogs.friendster.com/syeikhryz/2007/03/islam_dan_polit.html

    -politik sumbang-

    BalasPadam
  5. Sememangnya cukup benar, UMNO lahir dari golongan bangsawan yang kebanyakkan mengampu penjajah british, apabila saban tahun meraikan hari kemerdekaan, kita tidak berterima kasih kepada pejuang-pejuang yang anda sebutkan, yang tahu tunku abdul rahman.....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    BalasPadam
  6. saya sangat2 setuju dengan tulisan brader... Rakyat malaysia terutama melayu telah di perbodoh dan ditipu oleh kerajaan UMNO.. Saya sangat berharap cerita sebenar tentang sejarah malaysia dpt di dedahkan..

    BalasPadam
  7. saya setuju dengan tulisan brader.. walaupun saya tak idup zaman 50 an saya rasa sejarah yg di tanamkan dlm benak kepala saya semasa di sekolah dan melalui media masa adalah pembohong semata2..

    BalasPadam
  8. Esok & esok...pasti dah tak sama macam tahun tahun sebelum ini..

    BalasPadam
  9. Yeaaa! Kalaulah orang kampung tahu siapakah gerangan si umno itu, dengan izin tuhan juga mereka telah berada hanya pada buku dan muzium! cayalah bro!

    BalasPadam
  10. To All the Pakatan Rakyat supporters & volunteers,

    Pls be 100% alert on tomorrow whole day long voting process and especially the transfer of votes from polling center to the Dewan for counting. We should consider the possibility of someone who may swap the ballot boxes.
    Therefore all kind of preventive action need to be carry out in all polling station.
    Besides, pls come out with the counter measure for ensuring there is a smooth of electricity supply and communication system.
    There are more dirty tricks which might happen anytime.

    PeoplePower

    BalasPadam
  11. salam.. Apa saudara tulis ini adalah fakta sebenar ketuanan melayu UMNO dan jika dibangkitkan,anda akan didakwa atas ISA atau OSA(akta rahsia kerajaan)dasar anak didik british pecah dan perintah.. Wahai pejuang melayu sekalian!! Apakah terlalu istimewa benih melayu yang kamu miliki berbanding akidah Islam yang maha Agung yang diturunkan oleh Allah kepada kekasihnya Muhammad tetapi tidak kamu perjuangkan.Sungguh hina apa yang kamu perjuangkan.Pejuang bangsa adalah kelompok yang hina dalam Islam kerana tiada satu keistimewaan pun yang Allah berikan kepada bangsa melayu,tiada dalam Al-Quran dan Hadis.Tinggi darjat mulianya manusia itu kerana ketakwaan dan perjuangan didalam menegakkan ugama Allah dan bukan kerana bangsanya. Selamat..Takbir!!

    BalasPadam
  12. datuk panglima berpencak silat,
    menyusun jurus pukulan tepat,
    bn dihantar ke liang lahat,
    amukan sakti kuasa rakyat.

    BalasPadam
  13. Sememangnya kita telah ditanamkan dengan cerita-cerita yang tidak tepat tentang sejarah Malaysia semasa kita dibangku sekolah lagi.

    Kita telah melupakan jasa-jasa perjuang-pejuang seperti yg brader Isham kaitkan didlm penulisannya.Kerana apa..ya kerana perjuangan mereka ini tak diiktiraf oleh KERAjaan Ameno/BeeEnd.

    Alhamdulillah...sehingga kini Ayah saya masih hidup (84 thn)untuk menceritakan kepada anak cucunya tentang perjuangannya menuntut kemerdekaan.

    Antara kata-katanya dengan nada kecewa ialah."Kita mengharapkan KEMERDEKAAN melalui SENJATA tapi akhirnya kita memperolehi KEMERDEKAAN melalui TINTA"

    Kesimpulannya,Ameno memilih untuk MERDEKA dengan melalui perjanjian-perjanjian dengan penjajah yang mana akhirnya kita akan menjadi BARUA penjajah dan mengikut undang-undang yang akan ditentukan oleh mereka sendiri.

    Fikir-Fikirkanlah..

    Salam Perjuangan
    Jemuan

    BalasPadam
  14. Ya, mereka jugalah yang jatuhkan martabat tulisan jawi, tulisan warisan bangsa Melayu sejak 1303 (tarikh Batu Bersurat Terengganu). Inipun satu lagi bukti untuk siapa sebenarnya mereka berjuang. Pastinya bukan untuk Bangsa Melayu.

    Analisa yg menarik & informatif. Terima kasih.

    BalasPadam
  15. Tul tu isham.UMNO mungkin menyorok kan fakta tentang sejarah.Bagaimana orang2 dulu bermandikan darah berjuang.
    Cuma yang menjadikan pertanyaan aku,kalau ler terjadi kemerdekaan kita dulu bertitik dari perjuangan bersenjata,adakah mungkin sekarang ini kita bebas total dari budaya penjajah?

    "jilat,jangan tak jilat,jilat sampai berair..
    jilat,jilat bontot aku..."

    Ring any bell?

    I do really wonder....

    BalasPadam