Selasa, 26 Ogos 2008

SEPULUH TAHUN REFORMASI – UNTUK MEREKA YANG MASIH MUDA

Detik-detik itu datang kembali : 1998 – 2008 .

Sepuluh tahun dahulu kami turun ke jalan raya. Jalan raya adalah pilihan kami. Jalan raya adalah parlimen rakyat yang paling demokratik. Di parlimen ini tidak ada YB yang berjaket dan berDatuk. Tidak ada Tan Sri dan Mak Datin.Tidak ada ucapan berjela-jela yang membosankan.

Hanya satu tuntutan parlimen jalan raya - Mahathir Undur dan United Malays National Oganisation dihapuskan.

Gerakan REFORMASI cuba dipatahkan oleh jentera daulah. Tembakan gas pemedih mata. Tembakan cecair kimia. Dipukul. Dibelasah. Ditangkap. Semuanya untuk mematahkan dan menakutkan suara dan jiwa anak-anak muda yang mula berani menentang kezaliman dan penindasan.

Anak-anak muda – semuda yang di bangku sekolah - mula turun ke jalan raya. Anak-anak muda dari kampus berbondong-bondong ke jalan raya. Setiap minggu dari Penang, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan – kami berdemo di sekitar Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur kita punya. Dari Bukit Bintang ke Batu Road, dari Bangi ke Bandar Tun Razak, dari Chow Kit ke Chu Badak, dari Pandan ke Petaling Jaya, dari Kg. Baru ke Kg. Abdullah Hukum – warga kota turun berdemo menuntut MAHAFIRAUN meletak jawatan.

Kampus kembali menjadi arena tempur. Kampus kembali menjadi gelanggang idea. Kampus adalah tempat melahirkan pejuang muda.

Mak Cik, Kakak, Abang dan Adik adalah penyokong setia yang turut sama berani turun ke jalan raya – parlimen rakyat .Kitalah – rakyat – dan bukan YB atau menteri yang membuat sejarah. Sejarah dibuat oleh mereka yang berani. Mereka yang takut telah mati seribu kali.

Sepuluh tahun kemudian detik-detik itu datang kembali. Gerakan Reformasi dahulunya dibantai. Ramai ke penjara. Reformasi merundum. Ramai yang belot. Ramai yang tidak faham apa makna dan tanda tuntutan Reformasi.Kini suara dan gelombang Reformasi bangun kembali.

Reformasi bukan demonstrasi. Demonstrasi hanyalah salah satu manifestasi reformasi.

Jangan salah hitung. Jangan salah congak. Reformasi bukan untuk Anwar Ibrahim. Reformasi ialah tuntutan rakyat untuk mengubah sistem negara Malaysia yang tidak adil, tidak telus dan bersifat perkauman.

Anwar Ibrahim ialah manifestasi yang mewakili pengkristalan idea-idea untuk membawa sebuah Negara Malaysia yang baru yang lebih adil, saksama, tanpa hitung kaum, gender seksualiti, bangsa dan agama. Reformasi menolak Ketuanan Melayu dan Menobatkan Ketuanan Rakyat.

Sepuluh tahun bukan satu masa yang lama dalam tamadun manusia. Tetapi sepuluh tahun adalah lama dalam hayat susuk manusia. Tetapi perjuangan untuk membawa keadilan dan kesejahteran bukan tugas perseorangan. Ia bukan tugas saya. Bukan tugas awak. Bukan tugas kamu. Bukan tugas dia dan bukan tugas mereka.

Membawa dan menegakkan keadilan adalah tugas dan tanggung jawab KITA bersama. Meneruskan REFORMASI adalah tugas kita bersama. Kita meneruskan tugas sambung menyambung. Kita meneruskan sejarah perjuangan orang-orang yang terdahulu dari kita.

26 ulasan:

  1. Masukkan aku di saf hadapan.

    BalasPadam
  2. ketamadunan masyarakat malaysia semakin meningkat.. kesengsaraan membuatkan rakyat semakin memahami pengertian tamadun. masih terkenang semasa SUKOM *commanwealth games*1998... time dok ikut bas skolah trip ke bukit jalil masih dungu makna REFORMASI!!! kini ketamadunan mengajar aku untuk menjadi RAKYAT YANG PERLUKAN PEMBELAAN DAN KEADILAN!!!

    BalasPadam
  3. nostalgia semasa itu, masa itu saya baru semalam menonton fi GSC midvaley..DARI JEMAPOH TO MECHESTER..pada masa itu saya belajar ilmu fizik di um..demo pertama di masjid ar-rahman..



    nostalgia2 juga berikut keputusan tak rasmi dari
    # DM Penanti: KeADILan 2870, BN 1265
    # JDM Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan 270, BN 108


    http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-semasa/2008/08/1312






    http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-semasa/2008/08/1312

    BalasPadam
  4. Tulisan yang mengkobar-kobarkan semangat. Terima kasih. Hidup Malaysia.

    BalasPadam
  5. Daripada 5000 undi yang telah dikira sehingga ini, 4100 milik Anwar.

    http://anilnetto.com/

    BalasPadam
  6. terkenang detik dimana keadilan menang di lunas dulu..adakah ini akn berulang?sama2 kita berdoa.to a new malaysia..

    BalasPadam
  7. RE-FOR-MA-SI !!

    Klik sini untuk video clip suasana Permatang Pauh sebelum hujan.

    Klik sini untuk berita gempar dari YB Sivarasa

    BalasPadam
  8. RE-FO-MA-SI!

    din
    OKT Black 14
    Manchester
    http://ceritarassa.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Berita (6:35 pm):

    Laporan tidak rasmi menyatakan Anwar mendapat 80% undian di satu pusat pengiraan undi dan 72% undian di lagi satu pusat pengiraan.
    http://harismibrahim.wordpress.com/2008/08/26/bulletins-from-permatang-pauh-on-2682008/

    BalasPadam
  10. salam towkay,
    tqvm dgn update terpantas saya ni org lunas,kedah an skrg ni ada di cariff, wales your update keep me upated, really berdoa DSAI mng dah menyampah sangt dgn bn
    salam reformasi dr jauh
    pls update the result asap

    BalasPadam
  11. sdr isham,
    penadapat sdr sungguh padat, tajam dan penuh semangat juang.
    syabas sdr..salam hormat dari saya
    MALAYSIA BARU pasti tiba ! MERDEKA !!

    BalasPadam
  12. I was there in 1998-99, I was there running from FRU...

    Dude i shed a tear reading this article... Gua emo sekarang...

    BalasPadam
  13. Meremang bulu roma ku...bergetar tarikan nafas ku, mengecil anak mata ku...bila sejarah 1998 terulang kembali....

    BalasPadam
  14. tapi hang sorang cabut lari pergi luar negara, balik jadi sosialis.

    BalasPadam
  15. Sudah tibalah masanya untuk MERDEKA~
    Harapan kita dalam memerdekakanlah Malaysia tanahair kita yang tercinta!

    BalasPadam
  16. Ye la abg Hisyam, teringat 10 tahun lepas saya di jalan TAR melaungkan REFORMASI. Sehingga kini semangat reformasi tidak pernah luntur. Semoga kerajaan B End lenyap di muka bumi ini.

    REFORMASI??

    BalasPadam
  17. Saya antara salah seorng yg kena lempang dengan FRU pada reformasi 1998. Kini saya masih hidup lagi dan masih lagi ingat peristiwa yang berlaku sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu saya masih menuntut di ITM (bkn UiTM panggilan skrng).
    Laungan REFORMASI masih terngiang2 di telinga saya walaupon 10 thn yang lalu.

    Alhamdulillah kini Anwar muncul semula selepas sepuluh tahun.

    BalasPadam
  18. Salam,

    Alangkah besarnya masalah yang terpaksa dihadapi oleh Anwar:

    - tudahan liwat
    - pengakuan bersumpah oleh Saiful dan desakan supaya dia juga bersumpah
    - "pengkhianatan" oleh bekas sahabat seperti Ezam dan Nalla Karupan

    Tapi pengundi yang bijak tetap memilih Anwar.

    BalasPadam
  19. 1998...
    sepuluh tahun dulu...
    aku berumur 12tahun...
    bertempiaran dikejar FRU..
    dihalau oleh amoi kedai kasut kerana ingin bersembunyi...
    basah baju disembur...
    namun aku puas...
    kerana dapat melambai tangan
    kepada DSWA...
    kepada Nurul Izzah,idola aku....
    seronok ketika itu....
    berlari bertempiaran.....
    anjing[FRU] itu berada beberapa meter dari aku...
    ketika tu aku 12tahun...
    tak tahu apa itu politik...
    tapi aku tau mana yang benar...
    yang mana salah....
    waktu itu...
    aku sedar,aku ditindas di negara sendiri....

    2008....
    aku sudah 22tahun...
    aku sudah boleh mengundi!..
    aku bangkit....
    bersama yang benar...
    hahahahahahah ~~!!!


    ikhlas~
    lealala

    BalasPadam
  20. Saya,suami dan 2 anak kecil..yg kecik masa tu baru 6 bulan pun ikut serta ber reformasi.
    Kena kejar..lari...kalu teringat balik rasa kelakar...saya masih simpan buku-buku,cenderahati,kalendar,sticker yg berkaitan reformasi 98-99.Ianya akan jadi kenangan manis hidup kami

    BalasPadam
  21. emmm.. nampak nyer Melayu sendiri yang musnahkan bangsa nyer sendiri... sedih.. sedih...

    BalasPadam
  22. eeemmmm... nampak nyer melayu yang musnahkan bangsa nyer sendiri... kesian.. kesian..

    BalasPadam
  23. wa salah sorang yg join time thn 98 dulu...masih terigt lg memori lu bg speech kat luar masjid negara seblom ramai2 berarak ke dataran..priceless!

    BalasPadam