Khamis, 18 September 2008

DI SANA DAN DI SINI

Hari raya akan sampai. Sekali lagi kita akan berhadapan dengan kematian anak-anak muda kita. Angka dan jumlah anak muda kita yang tewas di jalan raya pasti akan bertambah.

Apakah terlintas dihati untuk bertanya kenapa hari ini di IPTA dan di IPTs majoriti warganya ialah pelajar wanita.

Apakah terlintas dihati untukk bertanya kenapa hari ini jumlah wanita melebihi warga lelaki dalam negara kita.

Anak-anak muda lelaki yang akan menjadi warga saban tahun semakin banyak gugur di jalan raya.

Saban tahun juga saya menulis tentang ini – tanpa sudah-sudah. Saya cuba menimbulkan kesedaran bahawa jalan-jalan raya kita hari ini telah menjadi satu tempat merbahaya yang mungkin menyamai Falujjah atau Tebing Gaza.

Saya juga cuba menimbulkan tentang wujudnya pilihan lain sebagai cara untuk kita semua bergerak dari satu daerah ke satu mukim. Saya mencadangkan kemungkinan kita untuk lebih banyak menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan terbaik.

Bergerak pantas ke hadapan menuju ke sana adalah niat dan cita-cita kita semua. Semua kita yang dari sini memang ingin ke sana. Mereka yang di sana pula ingin ke sini. Dalam cita-cita dari sini hendak ke sana dan dari sana hendak ke sini kita lupa untuk melihat ke kiri dan ke kanan.

Bayangkan betapa derasnya pacuan sebuah kereta. Bayangkan betapa pantas sebuah motosikal meluncur maju ke hadapan. Dalam deras laju ini kita terlupa dan terlalai bahawa di sana dan di sini yang kita kejar itu tidak pernah pindah pindah.

Dalam masa harga minyak yang semakin mahal. Dalam suasana ekonomi yang semakin tidak menentu, rasa saya kita semua perlu berfikir kembali. Apakah berbaloi dan masuk akal cara kita bergerak dari sini ke sana. Apakah ini satu-satunya cara yang terbaik untuk bergerak. Apakah ada cara ini yang paling ekonomik untuk kita semua bergerak.

Sistem pengangkutan awam dari kota besar ke kota kecil pada ketika ini agak tersusun. Tetapi dari kota kecil ke pekan dan dari pekan ke kampung-kampung sistem bas kita semakin merosot berbanding dua puluh tahun dahulu. Kerana tidak wujudnya penyambungan sistem bas yang lumayan di pekan-pekan kecil ke kampong-kampong maka tidak dapat tidak warga ‘dipaksa’ bergerak dengan kereta persendirian.

Pada ketika ini budaya kita telah menobatkan kereta sebagai satu ‘berhala’ yang perlu di ‘sembah’. . Budaya moden telah mengalihkan nilai kita dari melihat kereta sebagai alat untuk bergerak. Kini kereta telah dijadikan tanda dan makna untuk menilai harga seorang insan. Nilai inilah yang menjadikan jalan dan lebuh kita sebagai satu wilayah yang merbahaya.

Di jalan-jalan kecil yang bukan lebuh raya, anak-anak muda bermotosikal dan pemboncengnya kini menjadi mangsa utama. Mereka inilah yang akan menjadi statistik yang kita baca seminggu sebelum hari raya atau satu minggu sesudah hari raya. Mereka gugur untuk menjadi berita statistik, tidak lebih dari itu.

Sebenarnya kita tidak perlu memacu liar untuk ke sana. Dalam perjalan dari sini hendak ke sana cuba perhatikanlah rumput-rumput di pinggir jalan. Cuba perhatikan semuncup dan pucuk sembilu. Cuba perhatikan pucuk paku, buluh dan daun keduduk. Liarkan mata untuk melihat ungas dan burung. Amati dan perhatikan daun, ranting, dahan dan banir. Lihat anak-anak air, lopak-lopak berpaya dan aliran sungai.

Semua ‘makhlok-makhlok’ ini sedang melambai-lambai dan memanggil-manggil agar kita perlahankan perjalanan hidup. Hanya mata kita gagal untuk mendengar lambaian mereka..

Juga kita terlupa ke sana yang kita kejar itu akhirnya akan menjadi di sini. Ke sana akan terus di sana.

19 ulasan:

  1. Setuju sangat dengan artikel ini. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menaiki kereta mahupun motosikal, membawa laju untuk sampai ke destinasi hanya mengundang padah. Hampir-hampir kemalangan beberapa kali membuat saya berfikir, apa sebenarnya yang nak dikejarkan?

    Bak kata pepetah Melayu, "Tidak lari gunung dikejar".

    Nyawa tuhan beri hanya satu. Patah tidak tumbuh, hilang tidak berganti. Kalau nak mensia-siakan nyawa diatas jalan raya, lebih baik rasanya berjuang untuk rakyat Palestin atau Iraq. Sekurang-kurangnya menyumbangkan sesuatu kepada umat manusia. Heheh.

    Kalau diri sendiri sahaja yang mati tak apa lah juga, ini yang ikut mati... anak bini. Kasihan.

    BalasPadam
  2. kampong - ejaan lama
    kampung - ejaan baru

    makhlok - ejaan lama
    makhluk - ejaan baru

    BalasPadam
  3. Saudara Isham,

    Tidaklah malu saya untuk mengakuinya bahawa blog saudara adalah blog yang pertama saya buka setiap hari sebelum disusuli dgn Kadir Jasin serta Kuda Kepang.

    Saya mempercayai sebahagian besar komen dan idea saudara.

    Namun hari ini saya ingin menegur sedikit tentang bilangan penduduk Malaysia.

    Untuk makluman saudara, bilangan warga lelaki di negara ini lebih ramai daripada wanita.

    Angka ini sudah terbukti sejak penghujung tahun 1990han lagi namun oleh kerana ramai ustaz terlihat wanita yg banyak menaiki bas dan ramai di pejabat serta universiti lantas wanita dikatakan ramai di Malaysia.

    Ungkapan wanita lebih ramai berbanding lelaki kerap dipakai dalam ceramah ketika menghuraikan `keenakan` berpoligami.

    Hakikatnya, Saudara Isham saya galakkan merujuk dengan beberapa klik sahaja ke jabatan perangkaan Malasyia untuk mengesahkan statistik berkaitan.

    Wssalam.
    Adnan M

    BalasPadam
  4. "...AJAL & MAUT DI TANGAN ALLAH.." cacat & tempang jua kehendakNYA..enjin turbo dan tayar sotong motorsikal kita yang pasang...mengapa memilih jalan yang lama dan bengkang-bengkok sedang ada jalan yang lurus untuk memecut..."GUNAKAN HIWAY PLUS"

    BalasPadam
  5. aku tak suka cara ko kutuk orang dalam hal-hal politik..

    tapi aku sangat suka cara ko tulis hal-hal kehidupan ko dan manusia...

    taniah bro..

    aku harap ko lebih banyakkan menulis mengenai kehidupan seorang manusia daripada poltik kotor

    BalasPadam
  6. Sham,wanita banyak di universiti juga kerana yang lelakinya ramai di pusat Serenti.Itu jangan kita lupa.Adakah ini organised crime? Sapa pembekal dadah negara ini? Adakah pemupusan kaum lelaki dirancang?Nanti akan ramai lagi yang macam Wak Dol.Itulah yang tinggal nanti untuk jadi pee em kita (semua nak ditangkapnya, pantang bercakap lebih sikit).Sungguh seram! DJ

    BalasPadam
  7. Terima kasih kerana mengingatkan perkara penting yang selalu orang ramai lupa.

    BalasPadam
  8. Saudara Isham,

    30 tahun dulu:
    tunggu satu (1) jam untuk menaiki bas dari Senawang ke Seremban.

    Sekarang:
    masih tunggu satu (1) untuk menaiki bas dari Senawang ke Seremban.

    Jalanraya bertambah-tambah baik di Seremban.

    Kereta bertambah-tambah banyak di Seremban.

    Yang nyata dahulu itu masih sekarang.

    Adakah esok akan kekal sekarang jua?

    BalasPadam
  9. Pemuda menggadai nyawa pada motor, pada mercun buatan sendiri...Politikus menghilangkan ancaman dengan C4...

    Ikut aku naik basikal pergi kerja dan keliling-keliling kota...Mari...

    http://kelolo.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Terima kasih kerana menyokong pengangkutan awam. Terutama di Lembah Kelang yang tidak mempunyai sebab untuk kesesakan jalanraya dan keperluan kenderaan persendirian. Apa yang terjadi sebenarnya ialah perancangan zaman Mahathir yang salah. kesalahan ini tidak pernah dibetulkan lebih 22 tahun.
    Kesalahan membina lebuhraya dan menidakkan keperluan sistem jariangan rel yang bersepadu di Lembah Klang, selatan Johor dan Pulau Pinang.
    Akibatnya semua bergantung kepada jalanraya. Maka lebih banyak jalan baru yang bertingkat dan lebuhraya bertol untuk mengkayakan golongan kapitalis keparat yang bagi alasan untuk meningkat taraf ekonomi Bumiputra sedangakn inilah cara untuk memindas kaum sendiri. Situasi ini ditambah dengan alasan cetek membantu sektor automobil negara. Ramai tertipu dengan hujjah cetek Mahathir konon orang Melayu telah maju dengan memiliki kereta proton walaupun dijual harga mencekik darah. tapi semua sokong juga kerana konon kita ada kereta sendiri dan minyak negara ini tak akan habis hingga 100 tahun lagi.
    terima kasih kepada warga seperti Tuan Isham yang melalui dan merasai pentingnya public tranportation syste. Apalagi yang tidak memngeluarkan asap dan bunyi bising.
    Jadi bila nak buat demonstrasi supay komuter dicepatkan hingga ke Gemas dan Ipoh?? Dan jangan lupa tanah KTM hingga Kuala Selangor tu sebelum dicuri oleh penyangak kapitalis berbangsa Melayu ini.
    Hidup Pak Isham!!!!!

    BalasPadam
  11. Salam Bro

    Minta izin siarkan semula posting ini dlm blog OSH (Occupational Safety & Health) saya.

    Lukman
    http://oshthejourney.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. bro, semakin dekat hari raya, semakin seronok rasa dihati biarpun puasa hanya sehari dua. hari raya bukan semata sebuah perayaan selepas berpuasa kerana yang tak berpuasa juga menyambutnya dengan hati gembira tetapi hari itu merupakan hari cuti yang diikat dengan tradisi bagai apa di kata olehmu 'magik hari raya'.

    Ya. magik ini takkan dapat dirasa jika ada tuhan baru yang menjadi sembahan selepas sembahyang hari raya. tuhan ini amat mengkagumkan kerna kita boleh lihat dia hahahaha

    bro; aku hampir terputar mental, ohhh dengan ada kereta makanya seseorang insan itu kiranya hebat. kiranya berduit, kiranya mampu dan rajin. malang sekali, dengan mentaliti sebegini, rupanya masyrakat telah menganut agama baru selain agama islam hadhari.

    selamat bersarapan bro!

    BalasPadam
  13. Harga minyak yg masih mahal ni,
    makin ramai nampaknya terpaksa guna motorsikal. Lagi tinggi risiko kemalangan

    BalasPadam
  14. Salut Monsieur,

    Let's ride our 'Velo'.

    I want to ride my bike, I want to ride it where I like-'Queen, Bicycle Race.'

    Ciao!

    BalasPadam
  15. isham ni hippies yang anti kereta..

    wahahaha

    BalasPadam
  16. Sekali sekala apa salahnya kita menggunakan basikal.
    Murah
    Tak perlu bayar cukai jalan
    Tiada asap
    Boleh ke pejabat kalau dapur tidak berasap.
    Jangan lupa basikal.
    Basikal tidak mudah lesap.

    BalasPadam
  17. Malaikat maut menunggu di jalan raya dan di lebuh raya.Awas!

    Ngah.

    BalasPadam
  18. 'Sistem pengangkutan awam dari kota besar ke kota kecil pada ketika ini agak tersusun. Tetapi dari kota kecil ke pekan dan dari pekan ke kampung-kampung sistem bas kita semakin merosot berbanding dua puluh tahun dahulu. Kerana tidak wujudnya penyambungan sistem bas yang lumayan di pekan-pekan kecil ke kampong-kampong maka tidak dapat tidak warga ‘dipaksa’ bergerak dengan kereta persendirian.'
    HOW TRUE YOUR WORDS, where have all those small bus companies that used to link the towns to the kampungs, where have they gone? WELL my friends they were killed off in the struggle of ketuanan buaya umno, Before, those bus companies were run by basically chinese companies, but the difference was even if the buses belched a lot of smoke, were dirty looking and slow, they got you to your destination. These small town busses also ran to schedules, if there was one, but watever said and done, they ran their routes. UNTIL THERE CAME THE BIG CONSOLIDATION BY MAHATHIR AND KRONIES. One difference you have to accept and acknowledge , whether you like it or not, those olden days bus companies that ran for decades without letting us down, all ran under managements that knew their business, the chinaman sure know how to do business in other words THEY KNEW HOW TO BUDGET, they know how to do business, they don't go and sell their busses to buy mercedes benz, new bunglow, rolex watcheS, BALLY SHOES, bergaya orang kaya, beli bini no 2,3,4, or for that matter spend money in night-clubs , playing and being the towkay barus.

    In the old days the bus companies were run by chinese businessmen, but were forced out of business by umno, permits and routes were given to cronies with no business sense but pandai berbodek, they were also given loans for new busses, grants and what not were given to them under the guise of Nep for them to succeed. now ask youselves whatever happened to all the umno businessmen, majority of them closed shops. I wonder if ever an external audit and results have ever been published by MARA. IF ever they were published, you would see for your selves all the datuks and tan sris with bad debts there, I WONDER HOW MUCH BAD DEBTS HAVE BEEN WRITTEN OFF BY MARA THAN, ringgit malaysia, 1 billion, 10, 20, 50 billion in bad debts? we all know, but shssssshhh, do talk about it, it is sensitive, it becomes racial tension, shshshshssss.
    This is not a comment to critisize the malays or belittle anyone, it is about the reality of grants, loans, permits, money and what not poured down the unending throat of UMNO, but with zero nett results, SO directly or indirectly whichever way you look at it , UMNOerians are responsible for the state of our trnsport system,or rather non-existence. the road deaths should actually be attributed to umno doorstep.
    sorry bro, no insult meant, but sometimes it is necessary to tell the truth as it is.

    BalasPadam
  19. Sistem pengangkutan awam dari kota besar ke kota kecil pada ketika ini agak tersusun. Tetapi dari kota kecil ke pekan dan dari pekan ke kampung-kampung sistem bas kita semakin merosot berbanding dua puluh tahun dahulu.

    Betul tu bro....sekarang kalau bro balik kg tu takde lagi perkhidmatan bas dari klawang ke sg pertang....so selamat menapak ke chenor....hehehe

    BalasPadam