Isnin, 8 September 2008

HAPUSKAN SISTEM KUOTA – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 7 Sept - Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mahu sistem kuota pemilihan dalam parti dihapuskan kerana ia menjadi punca utama berlakunya politik wang.

Beliau berkata, sejak sistem itu diperkenalkan sebagai syarat pemilihan dalam UMNO, gejala politik wang dilihat semakin berleluasa hingga menyebabkan ia kini bertambah parah dan sukar dibendung.

''Sistem ini sebenarnya mendorong calon-calon yang hendak bertanding untuk merebut jawatan dalam UMNO menggunakan wang. Mereka mampu kerana kebanyakan pemimpin UMNO memang mempunyai wang yang cukup banyak.

''Mereka sanggup buat apa sahaja asalkan jumlah kuota mencukupi. Jika kuota tidak cukup bagaimana mereka hendak bertanding. Ini yang saya katakan punca utama berlakunya politik wang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

''Politik wang adalah gejala yang amat jijik dan kotor. Jika amalan ini tidak dihapuskan segera, ia akan memusnahkan UMNO.

Kah kah kah….. akhirnya di temui juga  kenapa ahli United Malays National Organisation suka ambil rasuah…. Rupa-rupanya kerana kuota…kah kah kah.

Woit pak engku... bukan koutalaaaa….. masa tak ada pemilihan pun orang parti pak engku makan  rasuah…. nak buat cam mana…. ini mata pencarian…. nak ke sawah malas… nak siok lagi style duduk coffee house....kah kah kah.

Tak ada rasuah bukan parti United Malays National Organisation namanya. Jijik dan kotor … kah kah kah…. betul ke ni….... you sumpah tak ada rasuah atau saja nak perli mahathir ...kan malaon ni yang buat kouta.... kah kah kah.

5 ulasan:

  1. woi biarkan la UMNO musnah, Lee KUan YEw dah lama tahu kerana dalam buku nya dia kata UMNO akan musnah di abad ke 21. bertahun tahun gua tunggu jadi kalau musnah pun dah tak heran berader. memang patut pun UMNO ni ...cukup sampai disini saja..UMNO...kesian dia.kesian dia.

    BalasPadam
  2. pendekatan utk hapuskan rasuah menjadi lebih senang dgn pengakuan pak engku ini.hapuskan UMNO maka hapuslah rasuah.kahkahkah. apa punya turr.. rasuah tu ape? ade jual kt pasar ramadhan tak? berape hengget sekati? kahkahkah

    BalasPadam
  3. Siapa yg memandai2 pada awalnya buat sistem quota ini?....
    Haaaa... kan sendiri juga yg susah akhirnya.
    Dahulu waktu dibentangkan sistem ini semua angguk tak berani bacul nak menentang.
    Sekarang baru nak bersuara,dah nampak dah keburukannya tak lepas
    quota......padan muka ada fikiran beku.....hahaha

    BalasPadam
  4. xleh blah dengan ayat neh...:)
    "Mereka mampu kerana kebanyakan pemimpin UMNO memang mempunyai wang yang cukup banyak"

    BalasPadam
  5. hahaha..setuju tok isham oi!! diorang nih,dah buek rasuah tuh mato poncarian,nafkah nk bg makan anak bini haa..nk kesawah mano eh,kok suh diorang g jd kerani pon blom tontu terbuek kojo2 kerani tuh.org camni,ikat kaki eh pastu suh jd tahana kojo pocah batu kek kuari...kah,,kah,,kah,,

    BalasPadam