Khamis, 25 September 2008
JANGAN DENGAR KAHABAR ANGIN – U.Melayau
PUTRAJAYA 24 Sept. - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan warga kementeriannya supaya jangan mudah mendengar khabar angin sehingga menjejaskan prestasi kerja mereka.
Menurutnya, ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih penting iaitu memastikan objektif kerajaan memajukan masa depan anak bangsa tercapai.
''Jangan dengar khabar angin, (kebelakangan ini) banyak khabar angin yang tidak menjadi kenyataan. Negara perlukan kita untuk mencapai objektif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)," katanya ketika berucap menghadiri Majlis Sumbangan Aidilfitri Kepada Kakitangan Sokongan Rendah KPT di sini hari ini.
kah kah kah….. khabar angin ni dari mana? …. dari rtm ke ?.... di malaysia ni selalunya khabar anginlaaa yang betul…. khabar yang tak angin, khabar yang bercetak, khabar yang besuara, khabar yang bergambar dilihat bohong…. kah kah kah tak percaya cuba tanya orang ramai…..sekarang orang percaya khabar dari internet…. nak buat cam naaa….kesian wak khaled….terpaksa cakap pada pegawai… lebih baik wak khaled sendiri buat berita angin….. bukan terkentut ….kah kah kah.
cucupakkasim - angin satu badan bila tengok muka wak khaled ni..
BalasPadamlepas ini kita akan memperkenalkan simpulan bahasa terbaharu iaitu "khabar kentut". Khabar kentut terbahagi kepada 2 iaitu khabar kentut nyata dan khabar kentut tak nyata. Khabar kentut nyata banyak terdapat dalam internet yang ia melaporkan kesahihan sesuatu berita manakala khabar kentut tak nyata ialah merujuk kepada laporan media tvtiga, utusan melayau, new shit times, berita hairan, dan radio telebisyen malayISA.
BalasPadamBetul la apa yang beliau katakan. Dalam Islam pun kita tidak digalakkan mempercayai khabar angin kerana ia boleh membawa kepada keburukan. Selagi tidak terbukti kebenarannya, eloklah agar kita tidak mempercayainya...
BalasPadamkah kah kah….. khabar angin ni dari mana? …. dari rtm ke ?.... di malaysia ni selalunya khabar anginlaaa yang betul…. khabar yang tak angin, khabar yang bercetak, khabar yang besuara, khabar yang bergambar dilihat bohong…. kah kah kah tak percaya cuba tanya orang ramai…..sekarang orang percaya khabar dari internet…. nak buat cam naaa….kesian wak khaled….terpaksa cakap pada pegawai… lebih baik wak khaled sendiri buat berita angin….. bukan terkentut ….kah kah kah.
BalasPadam'den sokong kau bro..'
Memangla dalam Islam kita tidak digalakkan mempercayai khabar angin. Tapi tengok le siapa yang bawa khabar angin tu. Kalau khabar angin tu dibawa oleh seseorang yang benar-benar boleh dipercayai dan tidak fasik, apa salahnya kita membuat pertimbangan terhadap kebenaran perkara tersebut. Bukan khabar angin pun belum tentu boleh boleh dipercayai sekiranya orang yang mengemukakannya tergolong di dalam golongan orang-orang yang fasik.
BalasPadam