Dalam sistem ekonomi kapitalis - yang menjana perkembangannya ialah pengeluran dan permintaan. Selagi ada pemintaan maka akan wujud pengeluaran. Hukum ekonomi kapitalis ini tidak pernah berubah-ubah hingga hari kiamat.
Hukum kedua dalam ekonomi kapitalis ialah keuntungan maksima. Kuam pemodal menggunakan modal – harta dan wang ringgit – untuk melabor agar mendapat keuntungan maksima. Keuntungan maksima ini datang dari upah buruh yang murah dan menjual produk yang siap dengan harga mahal. Lebihan nilai harga buruh yang diambil oleh tuan empunya kilang akan memastikan kaum pemodal untung berganda-ganda. Hukum ini juga tidak akan berubah-ubah hingga hari kiamat.
Sesudah Perang Dunia Ke Dua , ekonomi kapitalis berkembang. Eropah dan Jepun yang hancur ranah dalam perang perlu di bangunkan. Proses pembangunan sesudah perang menjadikan ekonomi kapitalis gemilang.
Hari ini ekonomi kapitalis global sedang menghadapi satu krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang belum pernah terjadi. Krisis ini lebih buruk dari Zaman Melesat 1929. Lebih buruk dari zaman sebelum Perang Dunia Ke Dua
Banyak bank-bank di Amerika dan Eropah telah gulung tikar. Banyak syarikat di Amerika dan Eropah sudah jatuh muflis. Ramai tenaga kerja dan kaum buruh kini menggangur. Di United Kingdom harga rumah turun mendadak. Kalau dulu sebuah rumah berharga 60 ribu sterling kini jatuh menjadi 40 ribu. Ertinya tuan pembeli rumah yang meminjam duit dari bank terpaksa membayar bunga ditakok harga lama – walhal nilai harga rumah telah jatuh.
Keadaan ini dikusutkan lagi dengan harga bahan bakar petrolium yang semakin mahal. Bahan bakar ini semakin susah untuk di temui dan hampir habis. Bahan bakar ini adalah juga asas yang paling penting untuk perkembangan ekonomi kapitalis.
Ini lah latar belakang krisis global yang sedang di hadapi oleh ekonomi kapitalis. Tidak lama lagi kita juga akan berhadapan dengan krisis yang sama.
Justeru, kuasa imperial kaum pemodal Anglo-Amerika telah melanggar dan menawan Iraq untuk merampas telaga minyak. Kuasa imperial Anglo-Amerika juga telah melanggar dan menawan Afghanistan. Ini untuk memastikan gas yang tersimpan dan terperangkap dalam perut bumi Afghan akan dimiliki oleh syarikat multinasional Anglo-Amerika.
Pengeluaran barang-barang dari negara-negara kapitalis juga semakin melimpah-limpah dan telah sampai ke satu tahap dimana TIDAK ada lagi pasaran – tidak ada pembeli. Apabila barang yang dikeluarkan tidak ada pembelinya maka dengan serta merta ekonomi akan menguncup. Penguncupan ekonomi inilah yang menjadikan kaum buruh hilang kerja dan inflasi naik mendadak.
Dalam sistem ekonomi kapitalis apabila berhadapan dengan krisis ini maka kaum pemodal akan merancang PERANG.
Zaman Meleset 1929 berakhir dengan perang Dunia Ke Dua. Bila ada perang maka Industri Perang akan bergerak maju. Peluru, senapang, roket, kereta kebal, jet pejuang, pakaian, makanan dan seribu macam jenis peralatan akan diperlukan. Industri Perang akan berkembang. Anak-anak muda dan sesiapa sahaja yang menggangur akan di hantar ke medan perang untuk menyelesaikan masaalah ekonomi. Inilah hakikat hukum ekonomi sistem kapitalis.
Di mana Malaysia berada dalam suasana ini ? Tidak dapat tidak ekonomi Malaysia juga akan menguncup. 60% ekonomi kita adalah bahan expot untuk Amerika. Apabila ekonomi Amerika menguncup maka ekonomi Malaysia juga akan menguncup sama.
Dalam masa yang tidak lama lagi akan kedengaran berita – graduan tanpa kerja, kilang di tutup, buruh dan pekerja kilang di buang. Syarikat muflis, peniaga juga akan jatuh muflis dan ramai orang berhutang pada bank dan Along akan juga jatuh muflis.
Buruh-buruh asing yang berada di Malaysia akan juga ke hilangan kerja. Wajib disedari tidak kesemua yang hilang kerja ini akan pulang ke tanah asal mereka. Ini adalah hakikat. Kehadiran mereka tanpa kerja ini juga akan membawa banyak masaalah.
Akan muncul satu fenomena baru – rompakan, pecah rumah dan kecurian akan berlaku berlipat ganda. Ini dilakuan oleh sesiapa sahaja yang kehilangan kerja sebagai cara menampong hidup. Tidak semestinya ‘jenayah’ ini hanya dilakukan oleh pendatang luar negara.
Bila ‘jenayah berkembang’ maka sentimen anti-orang asing akan muncul. Pekerja dari luar negara ini akan menjadi ‘kambing hitam’. Akan muncul taring rasis yang menyalahkan bangsa atau kaum asing. Sikap anti-pendatang akan membiak. Mereka akan dituduh sebagai bertanggung jawab mengambil kerja anak tempatan. Mereka akan dituduh sebagai pembawa masaalah jenayah.
Ini tidak betul. Yang melahirkan jenayah ialah sistem ekonomi kapitalis. Kaum pemodal memerlukan buruh-buruh murah untuk mendapat keuntungan maksima. Apabila kilang di tutup kaum pemodal ini tidak akan bertanggung jawab. Buruh-buruh yang hilang pekerjaan ini akan merempat. Jenayah hanya satu pilihan untuk hidup.
Apakah tamadun manusia dapat melarikan diri dari cengkaman ekonomi kapitalis ini?
Jawabnya ada. Jawapan kepada kejelikan dan kezaliman sistem ekonomi kapitalis ini ialah sistem ekonomi sosialis.
bang isham komrad, citer la pulak pasal sistem sosialis, takkan berenti takat tu jer!!
BalasPadamHey bro, cool blog, I have added you to my blogroll. Keep up the great work.
BalasPadamrelated article:
http://surind.blogspot.com/2008/06/socialism-role-of-leftists-in.html
Salam Bro.Sebenarnya sistem yang paling bagus kita guna adala sistem Islam.Adil untuk semua.Bro setuju x?
BalasPadamPak Isham,
BalasPadamWish u Ramadhan Kareem... BTW, Nice stats, nice blog... it became really popular since it started. Happy blogging pak isham. Addicted to your ''kah.. kah.. kah...'' ('_')
buat semua
BalasPadamselamat menyambut ulang tahun gerakan reformasi yang ke 10. ( 20998-200908 )
bro tgk keratan akhbar nih. aiyya Lim Guan Eng lebih faham islam daripada paklah.
BalasPadamhttp://img520.imageshack.us/img520/2641/scanzh5.jpg
brader isham, jgn berhenti di situ aje, kasi sambung esok, bagaimana sistem ekonomi sosialis menawarkan idea penyelesaian... ini cara mudah belajar ekonomi hehehe...
BalasPadamcuba bro buat perbandingan dengan sistem islam atau muamalah.sistem islam juga lengkap malah telah wujud sebelum munculnya sistem sosialis...tentu lebih menarik
BalasPadamBro isham,
BalasPadamKapitalist & sosialist --- datang dari keluarga yang sama ****ist, hubungan sepupu je, cuba cek asal usul pengasas mereka? kat mana logiknya satu lebih baik dari satu lagi... semua bersandar kepada matterial-ist.
Saudara Isham
BalasPadamPaksi kejahatan, bila sudah menular ke akar umbi, sangat susah untuk diubah.
Jangan mimpilah untuk memulihkan, kerana usaha pemulihan akan disekat, walaupun dengan cara yang paling keji dan hina.
Terima kasih.
En Daud,
BalasPadamSaya setuju sistem "Islam" paling adil. Cuma sistem ekonomi "Islam" yang mana? Iran? Arab Saudi? Sudan? Apa-apa sistem (free market ke, welfare state ke) selagi ianya tidak dicemari rasuah dan memfokuskan kepada rakyat jelata, maka ianya bertepatan dengan ajaran Quran (dan Islam). Jangan sempitkan pemahaman kita terhadap "sistem Islam" itu kepada teknik dan cara khusus tertentu yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat sahaja. Ini kerana Allah memberi kita akal dan kebijaksanaan untuk digunapakai. "Riba" itu bermaksud penindasan ekonomi. Interest ("faeda") itu boleh jadi riba dan boleh jadi tidak riba. Speculative trading terhadap komoditi juga boleh jadi riba jika ia menyebabkan penindasan ekonomi. Kerana itu saya menolak konsep "Bank Islam" yang hanya mengubah terma-terma sahaja dalam urusan kewangan sedangkan isinya serupa.
hidup sosialis!
BalasPadamyang ni la kita orang tunggu bro Isham..penjelasan yang terperinci tentang hukum-hakam antara kapitalis dan sosialis..
BalasPadamIni bukan setakat soal kapitalis vs sosialis.
BalasPadamKalau sebut sistem ekonomi islam, mesti guna matawang emas.
Saya harus berhenti sejenak. Berfikir dan menimbang. Ada nampak gaya seperti mahu masuk jarum, mempromosi sistem sosialist? Cerita la pula pasal sistem yg bunyinya juga mencurigakan tu.
BalasPadamSelagi sistem ciptaan manusia, selagi itu ada kelemahan dan lubang untuk si pengambil-kesempatan.Sistem begini hanya untuk melindungi si penciptanya saja, bukan untuk manusia sejagat.
Saya cadang kerajaan Malaysia (biar PR atau BN) membantu sesiapa yang menganggur (termasuk buruh warga asing) RM250 sebulan (untuk seorang) untuk beli makanan. Ini akan kurangkan jenayah di Malaysia. Selepas itu, sesiapa yg ditangkap curi, rompak, ragut, sorry lah , tiada maaf untuk mu (kena masuk penjara).
BalasPadamSalam..
BalasPadamSekadar Pandangan..
Tak dinafikan ekonomi sosialis adalah satu keadilan pada rakyat.
Tetapi saya lebih bersetuju setiap pecahan sistem teori Sosialisma dikaji dahulu kerana sebagai orang Islam wajib megetahui punca sumber kekayaan tersebut teutama dari segi ekonomi yang akan dinikmati bersama oleh setiap raykyat.
Memandangkan Malaysia adalah negara majmuk yang terdiri daripada berbagai ugama.
Selamat..Takbir!!
bang, citer la pulak keadaan terkini di malaysia.. kita sedia maklum malaysia makin teruk.. tapi takda penjelasan terperinci..
BalasPadamcomrad,
BalasPadamduit upah kerja yang hamba hantar balik ke kampung pun dah susut nilainya...
din
okt black 14
manchester
http://ceritarassa.blogspot.com/
Workers of the world, unite!
BalasPadam—The Communist Manifesto
yap. cerita lagi. macamana sosialis boleh kalah dengan kapitalis? dan sekarang kapitalis katanya mau runtuh pula. tapi penunggangnya dah senang lenang juga.
BalasPadamislam ada jalan penyelesaian kan?
bro isham, bila nak terbitkan buku plak...
BalasPadamSistem ekonomi Islam yang macam mana? Semua bercakap tentang sistem ekonomi Islam tapi kurang menyakinkan. Sila perincikan hal ini oleh sesiapa yang pakar dalam Sistem Ekonomi Islam. Boleh kita berkongsi sama2. Berikan contoh satu zaman atau negara yang mengamalkan sistem ekonomi Islam yang betul2 mantap dan berkesan. Ade ke? Kalau zaman sekarang, negara mengaku Islam macam Iran, Pakistan, Sudan, atau Arab Saudi sekalipun saya anggap mereka 'failed states' saja...
BalasPadamBank Islam? sebahagian besar produknya hanya mengarabkan terma2 bank konvensional saja. 'Interest' jadi 'Profit' dan sebagainya. Mekanismanya sama sahaja malah lebih teruk dalam keadaan2 tertentu.
komrad.. komrad.. aku setuju dgn hujah kau.tapi bgla tau sosialist dgn lebih mendalam agar ianya tidak menjadikan aku hidup dlm teka teki di dlm bulan ramadhan al mubarak yg lg mulia ini.
BalasPadamBrader Isham..
BalasPadamTak abis dengan siosalis ler ko nih...biol gak kot..hehehh...
Kita orang Islam..ikut cara Islam...berniaga jangan lebih dari 40% keuntungan. Kalau dah banyak duit buat Zakat 2.5%. Kalau dah banyak sangat duit beri sedekah. Kalau jiran miskin kita bantu jangan dok kat dalam rumah pagar batu...ekonomi ideal...tak berpaksi kepada spekulasi macam sekarang ini.
System sosialis pun bukan baguih sangat pun. sepupu dia system komunis lagi tak bagus....negara kebulur..har har..biol ke tak...
Cuma orang islam aje yang biol sekarang ini sebab tak ada system islam yang boleh di jadikan rujukan...
Wassalammmmmm
bagus shahrizalisme! aku sokong. Mereka bukan mengislamkan sistem, tapi sebenarnya mengarabkan bahasa jer!!! hahaha
BalasPadamanonymous tu emo sangat la. dia tak tau ke yang islam sendiri ditafsir mengikut otak manusia, dia tak tau ke islam tu ada berpuluh malah beratus cabang jenis nyer. dia tau ape? tak tau apepun! hahaha
Kalau kita tanya ulama di Afghanistan, sistem Islam itu bermakna kita tidak dibenarkan menyimpan duit dalam bank dan bursa saham itu haram (kerana urusan perniagaan yang "bercampur"). Duit kertas (fiat money) juga tidak boleh digunapakai kerana ia tidak mempunyai intrinsic value. Sudahlah, 30 tahun dulu orang melayu simpan duit dalam lubang bawah tanah sebab diajar banking itu haram. 15 tahun dulu Amanah saham haram, sekarang ASB dianggap tidak haram. Mari kita kembali kepada ajaran Quran, iaitu menggalakkan charity dan membasmi penindasan.
BalasPadamYeah Hafiz, bab Islam byk ditafsir ikut otak manusia tu aku pun setuju...At the end of the day, it's all 'made made law' rather than 'God made law'. Byk yang diluar ajaran Al-Quran di ada-adakan ikut kepentingan masing2 dan kehendak zamannya. Bank Islam, Takaful (Insurans) Islam, Perubatan Islam malah Kereta pun hampir diislamkan oleh Proton tahun lepas...ni antara contoh2 nyata dan byk lagi...
BalasPadamSorry, correction:
BalasPadamIt should be read:
'man made law' not 'made made law'
yg dok memekik ekonomi islam tu tak tau mana pun. pastu bila orang cross check ada pulak yg kata "kau bukan ulamak, bukan itu bukan ini.
BalasPadambenda2 islam ni byk branding, bingkai, pembungkus dan pembalut hadiah berbanding isi. terlalu byk al itu dan al ini. cuma al-kohol yg tak mau dimasukkan walaupun alkohol itu asal dr bhs arab. dinar emas lah itu lah ini lah..pdhal umat manusia dah lama guna benda2 tu sebelum islam lagi. contoh2 yg diberi pun tak clear...ekonomi islam iran ke? libya ke? sudan ke? arab saudi ke? berbeza jauh tiap2 negara ni...padahal kesemuanya berpaksikan kpd pertembungan jarum meter kapitalisme lwn sosialisme jugak kalau dilihat secara ilmiah dan rasional.
memang kapitalisme lwn sosialisme adalah perdebatan yg rasional dan melampaui agama dan bangsa serta perdebatan yg lebih mesra umat manusia. ia ibarat adl modal lwn kemanusiaan, yg menindas lwn yg ditindas. dirgahayu umat manusia. amin.