KUALA LUMPUR 18 Sept. - Salah satu daripada masalah yang sering melanda rumah pangsa khususnya perumahan kos rendah di ibu negara ialah kerosakan lif.
Walaupun kesukaran yang dialami penduduk apabila perkara itu berlaku sering dilaporkan oleh media tetapi sehingga kini, masih tiada langkah penyelesaian berkesan ditemui.
Ia terus berulang dan keadaan yang sama kini terpaksa ditempuhi oleh kira-kira 700 penduduk di rumah pangsa 14 tingkat di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Cuba bayangkan kenapa orang miskin mesti hidup dalam keadaan daif.
Kalau rumah pangsa - bilik mereka sempit dan berasak-asak. Lif selalu rosak. Kawasan kotor.
Cuba perhatikan rumah teres mereka – kenapa sempit dan kenapa siling di buat rendah?
Pastilah mereka dalam kepanasan. Kenapa tidak buatkan rfumah mereaka agar keluarga mereka hidup selesa.
Mereka miskin kalau hidup dalam daif macam mana mereka hendak membebaskan diri dari lingkaran setan kemiskinan. – how to escape forom the vicious circle of poverty.
Apa salah nya mereka diberi rumah yang lumayan sama seperti kondo dan apartment.
Kenapa kita benci kepada orang yang susah. Kenapa kita susahkan mereka yang memang sudah susah.
paling kronik adalah material murah yang digunakan.
BalasPadamlagi baru lagi cair bancuhan simen.
bila cair, dinding tak kalis bunyi.
dalam bilik tidur kedengaran bunyi dari atas, bawah, sebelah, dan depan.
takde privasi langsung.
dan ya, siling sangat rendah hingga kipas di ruang tamu boleh dipegang,
yang suka mengeliat atau sarung t-shirt di ruang tamu ada can putus jari.
bro,
BalasPadamdalam "rumah" pemimpin umno di klang ade lift dalam rumah..
and i bet, the lift will never broke down..
ish ish ishk..
Memang wajar kita mesti bantu orang miskin. Beri mereka rumah yang selesa tetapi apa kah masyarakat kita tahu menghargainya? Kawasan perumahan sederhana (medium cost) pun busok dan sampah merata tempat. Masalahnya sistem pendidikan kita dan Jabatan Masyarkat tidak berfungsi langsung. Rakyat dan bebudak sekolah patut diajar dari kecil lagi tentang menjaga alam sekitar. Pihak sekolah hanya pedulikan sekolah sahaja. Kawasan perumahan? Setakat ini belum saya dengar siapa siapa yang menyibuk nak mendidik penduduk pasal kebersihan kat rumah and kawasan sekeliling. Usaha ini perlu dilakukan setiap minggu sampai masuk kepala otak mereka. Kalau hendak cakap pasal kempen kebersihan itu adalah. Tapi selepas kempen, balik kepada perangai lama.
BalasPadamBandingkan Malaysia dengan Singapura dan Jerman, Abang Isham akan faham maksud saya.