Selasa, 9 September 2008

SATU KETIKA DAHULU

Ramai yang melupakan sejarah ekonomi negara kita ini. Fakta pertama – sesudah Perang Duni Ke Dua – Persekutuan Tanah Melayu adalah negara terkaya di Asia sesudah Jepun. Ini fakta sejarah ekonomi.

Ramai juga warga yang melupakan fakta bahawa sesudah penjajah British mengundur dan Tanah Melayu berkerajaan sendiri, ekonomi kita telah menggunakan pendekatan ekonomi sosialis. Air, api, hospital, sekolah, lembaga pengajian tinggi, jalan raya, perumahan – semua lembaga-lembaga ini adalah hak milik kerajaan. Hanya perlombongan, perladangan dan banking yang masih dimiliki oleh British.

Sehingga ke zaman pentabiran Hussein Onn lembaga ekonomi ini masih lagi kukuh. Hanya apabila Mahathir Muhamad menjadi kepala maka semua lembaga ekonomi hak milik negara ini diagih-agih kan kepada para kroninya.

Bentuk ekonomi – sama ada kapitalis atau sosialis – bertanggung jawab melahirkan bentuk-bentuk budaya. Asas budaya manusia lahir dan wujud dari sistem ekonomi yang digunapakai. Budaya bangsa bukan lahir dari awang-awang. Bukan lahir dari mimpi-mimpi. Atau di harap-harapkan.

Tamadun budaya bangsa lahir dari sistem ekonomi. Sistem ekonomi ialah pembuatan dimana manusia membuat sesuatu – tidak kira apa – untuk hidup dan merayakan kehidupan. Dalam proses merayakan kehidupan inilah lahir budaya – kepercayaan, kesenian, adat resam, sistem sosial – semuanya dibentuk oleh sistem ekonomi.

Ekonomi kapitalis menjurus kepada pemilikan persendirian. Ianya muncul dari sistem feudal, dimana raja dan kaum kerabat istana membolot tanah-tanah pertanian yang luas. Tanah-tanah ini di usahakan oleh kaum tani. Kaum feudal ini telah memungut upah/sewa/upti dari tanah-tanah mereka. Ini mejadikan mereka kaya raya dan berupaya untuk mengaji ‘orang lain’ untuk menjaga harta benda mereka. ‘Orang Lain’ ini akhirnya akan menjadi soldadu, askar dan polis.

Tahap budaya dan tamadun ilmu pengetahuan manusia berkembang. Perkembangan ilmu pengetahuan menimbulkan satu kelas baru – Kaum Pemodal. Kaum Pemodal muncul kurang lebih 200 tahun dahulu – di zaman Revolusi Industri. Benda-benda baru muncul – tenaga wap, tenaga bahan bakar arang batu, timah, logam besi – semua ini mengalihkan cara pembuatan dari pertanian ke industri. Ini perubahan bentuk ekonomi yang pasti membentuk satu budaya baru.

Ini juga berlaku dalam negara kita. Tanah Malayu pada 100+ tahun dahulu adalah negeri petanian, kemudian dizaman kolonial muncul perlombongan dan perladangan. Asas ekonomi kaum tani Melayu tidak berubah dalam zaman peralihan – kemunculan buruh lombong dan buruh ladang - ini kerana British telah membawa masuk buruh dari India dan Tiongkok. Masyarakat Melayu terus dalam dunia feudal mereka.

Tun Razak telah membawa satu perubahan besar dengan rancangan Felda – memberikan tanah kepada kaum tani Melayu yang tidak memiliki tanah. Ini adalah bentuk ekonomi Kapitalis Daulah. Petani miskin dibantu dan di beri hak untuk berladang secara moden dan tersusun.

Di zaman Razak selain dari memberi tanah kepada yang tidak bertanah, sistem pembelajaran dan hospital masih percuma, di tanggung oleh daulah. Sistem jana leterik, air, keretapi, talipon, pelabohan, lapangan terbang – adalah harta hak milik negara.

Memahami konsep harta hak milik negara ini amat penting. Negara/daulah/state itu ertinya rakyat/orang ramai. Kita sebagai warga adalah daulah. Tanpa kita tidak wujud state. Kita yang membayar cukai mukai dalam negara ini. Cukai ini dijadikan modal untuk daulah bergerak. Ini bererti leterik, talikom, jalan raya – adalah harta milik kita bersama. Harta negara adalah harta perlaboran kita semua. Keuntungan dari lembaga-syarikat ini akan masuk ke kantong daulah. Ertinya masuk ke dalam saku kita semua.

Dana keuntungan dari lembaga/syarikat daulah ini akan dipusingkan kembali untuk menjadi belanjawan negara – untuk sekolah percuma, untuk hospital, untuk memperbaiki jalan raya.

Ini amat berbeza dengan lembaga/syarikat hak milik negara yang telah di swastakan. Apabila leterik, talikom, air, jalan raya, hospital, perlabohan, lapangan terbang diswastakan pastilah akidah utama lembaga/syarikat ini bukan lagi untuk kebajikan umat. Ianya bukan lagi untuk kebajikan orang ramai. Kaum pemodal tuan empunya syarikat ini hanya menjaga dan memastikan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam poket mereka sahaja. Tidak ada perkongsian ramai.

Lihat bezanya - kalau harta kerajaan – untungnya akan pergi kepada kerajaan – ertinya kita, rakyat dapat sama-sama menikmati untung. Inilah perbezaan fundumental di antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi sosialis. Kapitalis mementingkan keuntungan maksima untuk si pemegang saham. Sosialis mementing kesejahteraan umum bukan keuntungan pribadi.

Idea penswastaan di munculkan di zaman Thatcher/Reagan – 1980’an. Dasar Thatcherite ini bertujuan untuk menumpaskan gerakan kesatuan buruh terutama pelombong arang batu di United Kingdom. Kesatuan pelombong arang batu ini melalui mogok telah berjaya menjatuhkan kerajaan Konservatif Edward Heath pada tahun 1974. Dasar penswastaan ini juga bertujuan untuk melipat gandakan lagi keuntungan Kaum Pemodal Anglo dan syarikat multinasional Anglo yang menyokong Parti Konservatif.

Mahathir Muhamad meniru dasar penswastaan untuk memperkayakan kroni-kroninya. Kroni-kroni Mahathir ini juga adalah penyokong setia Mahathir dalam United Malays National Organisation. Mereka menyokong dasar penswataan kerana mereka dibenarkan menjarah dan merampok harta kekayaan negara.

Dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru – banyak harta milik rakyat telah di agih-agih kan (baca rompak ) oleh kroni Mahathir. Lembaga Leterik Negara, Talipon Negara, Radio, stesen Tv, perlabuhan, lapangan terbang, Mas, Misc, keretapi, perkapalan, Jabatan Kerja Raya, Hospital, jalan raya dan ratusan syarikat-syarikat negeri (SEDC) telah diagih-agihkan kepada para kroni.

Apkah bezanya syarikat-syarikat ini sekarang kalau di bandingkan dengan dahulu ?

Tidak ada bezanya. Hanya satu yang amat ketara - kalau dahulu keuntungan akan masuk ke dalam dana negara. Hari ini keuntungan masuk ke dalam poket Kaum Pemodal.

Ketika ekonomi kapitalis berkembang maka Kaum Pemodal dan para kroni berkenduri sakan. Berbilion juta ringgit masuk ke dalam saku mereka. Mereka berpesta macam tidak ada subuh. Pink form terbang melyang-layang. Jual beli saham harta negara yang diswastakan menjadi topik dari coffee house hingga ke masjid. Ini berlaku dalam tahun-tahun 90’an.

Lihat apa terjadi apabila ada ekonomi kapitalis berhadapan dengan krisis – mereka jatuh muflis. Perhatikan apa Kaum Pemodal dan para kroni lakukan. Mereka pulangkan kembali harta-harta ini kepada negara. Maka terpaksalah GLC mengambil kembali Plus, Star, Putera, Mas, KLCC dan seribu satu macam syarikat yang jatuh muflis. Ketika untung mereka kaut – masa bangkrap dipulangkan kepada rakyat.

Kenapa tidak semua harta-harta dan syarikat-syarikat ini dimilik rakyatkan untuk selama-lamanya. Jadikan harta-harta ini hak milik negara. Keuntungannya untuk kita semua. Ini lah dia asas perbezaan ekonomi sosialis dengan ekonomi kapitalis.

45 ulasan:

  1. Sangat setuju.. masalah besar dasar penswastaan negara : bail out kena ada..

    BalasPadam
  2. komentar you details sangat laa bro..,buat gua pening tambah tengah puasa,yang paling senang gua tau pasal inti-pati ini ada lah..bila tun razak telah hambat/halau/kerah orang melayu pi duduk tengah hutan,dua tiga puloh tahun,itu saja yang gua tau..kah..kah..kah..

    BalasPadam
  3. briliantly written la incik isham..
    i admire your thoughts and writings..it makes me think more, more than when i read at chedet.com..may god bless u..

    btw, gelak sket..kah kah kah..

    BalasPadam
  4. menarik brader...dah tentu kaum pemodal nak jaga pemegang saham dia.

    Yg nyata yg kaya bertambah tambah kaya dan yg miskin bertambah tambah atau tahap tu juga.

    Patutnya benda benda asas cam air, api dan gas dimilik negarakan. Ni wat niaga hancusss...Pulak tu monopoli takder persaingan. Sukahati dia nak letak harga.

    BalasPadam
  5. lenguh jugak bace post nie, hilang ngantuk time2 bulan pose nie... so barulah aku paham kenapa ade band namenye "All Capitalist Are Bastard, A.C.A.B"... so, UMNO mmg bastard... all capitalist bastard!

    BalasPadam
  6. kesimpulannya...zaman ni yang kaya bertambah kaya sebab boleh bolot duit orang susah...dan yang susah bertambah susah sebab kena tolong yang senang kalau orang senang susah..mmm...

    BalasPadam
  7. Saudara Isham

    Komentar yang sangat saya setuju. Dasar penswataan ini lah sebenarnya yang telah memusnahkan hak rakyat. Ini lah Dasar Firaun.

    Cucupakkasim, kalau pening baca URTV.

    BalasPadam
  8. Kalau syarikat besar tu milik kerajaan, keuntungannya tak dapat kat kerajaan ke? Dah nama pun syarikat kerajaan... Kerajaan pemegang saham... Habis sape yang dapat?

    Tak jangan la nak putar belit fakta...

    Mungkin ada sedikit cacat cela di sana sini, tapi tu dah lumrah... Mustahil manusia tak buat salah... tak buat silap...

    Apa kesilapan besar kau tuan punya blog? Rasa diri tak de salah n silap ke...

    Ingat... Kalau kau bohong rakyat... nanti kau kena menjawab di sana... Kalau kau Islam la...

    BalasPadam
  9. nicely put and written!
    sexactly why i don't understand people paying high regard to che det. the cost that people pay for his development is unthinkable. call as his crony? umno crony? all the same.
    yang paling sedihnya ... ramai orang buta dan buat2 buta.

    BalasPadam
  10. Btol tu bro, dari rakyat untuk rakyat. masa senang abeh sedut duit rakyat, dah muflis sbb tatau tadbir, enjoy je..baru la pulangkan semula kat gomen. dasar ekonomi beruk dorang ni.harap2 PR dapat betulkan ni suma.

    BalasPadam
  11. dasar penswastaan yg telah mencekik harta rakyat

    BalasPadam
  12. WHY ARE YOU SO FUCKING SMART ISHAM!!!!

    JEALOUSLAH AKU!!

    KIRIM SALAM KEPADA KUCING-KUCING MU! PASTIKAN MEREKA TAK KELAPARAN SEPANJANG BULAN PUASA.

    BalasPadam
  13. Yang berkat sudah tentu datangnya dari rezeki yang halal tapi yang halal itu belum tentu lagi berkat.

    BalasPadam
  14. tapi paling adil ialah sistem ekonomi islam..ada zakat..ada cukai..nak tau lebih lanjut baca sendiri..susah sangat pinjam buku ekonomi asas anak2 korg yg form 4/5 tu..tu paling basic la tuh..

    BalasPadam
  15. Bro Isham,
    Ko tau apa pandangan umum masyarakat tentang kau? Hishammuddin Rais orang sosialis berkarat. Apa itu sosialis? Umumnya masyarakat Malaysia menganggap sosialis hampir sama dengan komunis , tak caya tuhan. Sosialis kasi hak sama rata. masyarakat lagi penting dari ketua kaum. Tetapi orang kampung tak penah kenal Karl Marx, Carr, atau Morgenthau, apa tah lagi membaca buah fikiran mereka. Apa yang orang kampung tahu ialah sosialis/komunis bahaya, tad de tuhan. Fikiran ini yang disemai sejak 50an lagi. Kerje Tun Razak mengagihkan tanah kepada petani melayu miskin (termasuk beberapa kerat india bekas tentera yang aku kenali) adalah gerakan sosialis tulen. Aku membesar pada zaman Tun Razak. Jika korang kondem orang tua ni, aku berak atas kepala korang tapi jika korang puji anak dia aku juga berak atas kepala korang. Masih aku ingat masa mahafiraun nak justify pengswastaan, hari-hari keluar angka dan komen dalam suratkabar menyokong perkara tersebut. Tapi hari ini setelah streamyx sial jalan macam ciput membuatkan aku merindui JT ( jabatan talekom- logonya "J- gambar talipon dial-T) Ramai sedara aku keje dan pencen keje dengan JT ini. Ini nostalgia kontrak sosial antara kerajaan dulu dan rakyatnya.

    * hari ini ko beri aku satu pelajaran, mungkin aku tak tahu atau lupa- memang zaman sebelum mahafiraun berunsurkan sosialis- Thank you Bro, aku setuju buat kesekian kalinya tentang tulisan ko

    Navy pencen

    BalasPadam
  16. A very good article compared to the posts available in chedet.com which Tun M projecting himself as a selfish despite a very powerful and smart leader. Encik Isham's view is very true.

    BalasPadam
  17. bagi saya paling bagus ianya d koperasikan. saya sokong sistem sosialis namun ada implikasinya. pegurusan yg kurang cekap dan berkesan adalah salah satu darinya.

    kita boleh lihat jbtn2 krjn yg ada. byk yg kurang cekap. oleh yg demikian kita boleh ambil konsep koperasi d mana faktor kebajikan anggota paling d utamakan pada masa yg sama faktor keuntungan tidak dinafikan. namun keuntungan ini tidak lah sampai ke tahap maksima sptmana yg d tuntut dlm konsep kapitalis.

    bayangkan sumber dlm negara spt petronas ini d koperasikan dan anggotanya (pemegang sahan) adalah seluruh rakyat m'sia. krjn boleh menaja setiap warganegara m'sia yg ckp syarat dgn 1 unit syer . secara automatiknya bila warganegara cukp syarat ( cth 18thn), secara automatik akan menjadi anggota koperasi . sekiranya kita yakin dgn pengurusan dan perjalanan koperasi kita, kita boleh melanggan tambahan syer dgn kewangan kita sendiri.

    semua dari kita akan menggunakan perkhidmatan yg d tawarkan dan in akan menghasilkan untung. lalu untung ini akan d agihkan kpd kita rakyat yg merupakan anggota2 koperasi.

    ambil cth koperasi yg berjaya spt bank rakyat. bank rakyat dpt memberikan kemudahan pinjaman dgn kadar faedah yg munasabah pd masa yg sama dpt mengagihkan keuntungan (dividen )yg tinggi kpd anggota nya.

    sistem ini juga akan menggalakkan masyarakat untuk menyimpan dan menabung.

    sekadar pandangan. sekian

    rio

    BalasPadam
  18. bro. lima kali takbir untukmu! aku setuju! sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan kerajaan sekarang amat membebankan negara a.k.a rakyat. maka berbondong2lah rakyat negara ini masuk jel kerana mencuri untuk bagi anak bini makan. harus, kerajaan ini perlu segera kasi tukar! tukar sama dia!

    BalasPadam
  19. Gua rase le nak try isap gudang garam gak..baru brilliant..hahaha

    BalasPadam
  20. Rayyan,
    kah kah kah...wa lap u...Ko umur brapa rayyan? Ko mesti beranak masa tun hussin onn pastu membesar zaman mahfiraun

    Navy pencen

    BalasPadam
  21. kapitalis cina yg paling kaya, merompak khazanah negara dan rasis serta cuba membentuk negara sendiri di semenanjung. kapitalis melayu jadi tali barut kerana memegang kuasa dan memakan rasuah dari kapitalis cina. balak, bijih, kuari semua kapitalis cina sapu, umno tumpang sekaki, rumah setinggan melayu kena roboh semua kapitalis cina punya kerja, umno dan polis menjadi baruanya. kapitalis india pulak sikit2 makan lah.

    kenaikan cukai utk barang2 mewah dan negara kebajikan pasti akan menyakitkan bangsat2 ini semua.

    BalasPadam
  22. sy setuju...Tetapi tidak semua...Saudara byk bercakap mengenai kelemahan kapitalis tetapi tiada mengenai kebaikan kapitlis...Antara kebaikan kapitalis ialah boleh meningkatkan kecekapan n pembangunan...Sy percaya kalau negara kita amalkan sistem ekonomi sosialis kita tidak akan maju seperti ini kerana rakyat kita bukan mempunyai sikap untuk bekerja keras hanya utk wang...Jadi sitem ekonomi kapitalis byk kelebihan juga tetapi perlu di kawal kerajaan dengan baik utk menjadi kapitalis terhad.....

    p/s--sistem ekonomi islam adlh yg terbaik...x dpt dinafikan..
    hizbul-ijazah sarjana muda ekonomi..

    BalasPadam
  23. BRO you mentioned this but did not go futher, maybe you should have finished the sentence, tak pahlah saya tolong.
    'Apkah bezanya syarikat-syarikat ini sekarang kalau di bandingkan dengan dahulu ?
    Tidak ada bezanya. Hanya satu yang amat ketara - kalau dahulu keuntungan akan masuk ke dalam dana negara. Hari ini keuntungan masuk ke dalam poket Kaum Pemodal.'

    SATU DARIPADA PEMODAL TERBESAR SEMUA SYARIKAT KESAWASTAWAN (privatisation excercise or DAYLIGHT ROBBERY) INI ada lah UMNO AND BN PARTIES, Yes folks if you dig deep enough you will find the politicians in every bit of all those PROJECKKKKKKKKK PRIVATE'
    That is how they enriched themselves and their cronies. BUT WHAT EVERY BODY DOESN'T KNOW IS DAIM PRIVATISED all that UMNO MONEY,(CURI) THE MONEY into his own bank accounts. He called it safe keeping for UMNO!!!!!

    BalasPadam
  24. On a very salient point but off topic I have read all kinds of comments about whats happening with the AHMAD CONTROVERSY.
    I would like the readers to calm down and think. I do have a small point to raise to my fellow Malaysians.

    I ask everyone to read the article and the comments from the top to the bottom, now I ask you this question, are you Malaysian? or are you MALAY, CHINESE, INDIAN, SIKH, DAYAK, BIDAYU, DUSUN, NEGRITO dan lain lain.

    Look at ourselves, how we are insulting each other, bertaubat lah semua, calm down, don't let the pariah corrupt politicians, immaterial of which ever race make your blood boil. what for? Kalau besok berlaku kacau bilau, baguskah? All the foreign investor lari keluar, factory tutup, mata wang kita memang akan jatuh, business slow down atau kena tutup, kita kena buang kerja, nanti macam mana nak beli makan utk keluarga.

    WHAT IS HAPPENNING HERE IS ALL SENDWARA AND BORIA, I come from the generation that went through may 13, I have seen families of all races devasted, malay, chinese indians, eurasians, sikhs dll, Don’t forget there is no insurance coverage for WAR OR RIOTS.
    You think besok kalau jadi another may 13, your house kena bakar your anak kena bunuh, bini and daughter kena rape, ada insurance kah. will money bring back your agony, where will the culprits like this AHMAD GUY BE WHEN kacau bilau berlaku, guarantee you he will be overseas, this is the way of the crooks, liars, cheaters, conman, corrupters. OR THEY WILL BE HIDING BEHIND STONE WALLS with a lot of body-guards. WHILE THE KUNCHU2 MAT REMPIT AND GANGSTERS GO AND CREATE PROBLEMS and mayhem.
    I ask you one question, when you watched the Olympics recently, when our MALAYSIAN BADMINTON PLAYER WAS PLAYING, WERE YOU SUPPORTING HIM?, AS A MALAYSIAN?, AS A CHINESE?, WHICH ONE, MISBUN SIDEK IS HIS COACH, WHEN THEY HUGGED, WAS THERE DISGUST IN YOUR THOUGHTS OR SORROW FOR THE LOSS, to our COUNTRY OUR FLAG.

    OR for that matter THE OLDER GENERATION WHO USED TO SUPPORT OR STILL SUPPORT THE MALAYSIAN FOOTBALL TEAM OR HOCKEY TEAM, ARE YOU SUPPORTING THE Malay player only, chinese player, indian player????? siapa??? OR THE MALAYSIAN TEAM.
    I used to support the Malaysian team during the time of TITANS, HEROS, OUR GIANTS, yes folks when we actually had a football team worth supporting , with legends like MOKHTAR DAHARI, SOH CHIN ANN, SANTOKH SINGH, ARUMUGAM- SPIDERMAN, I THINK OF THOSE DAYS with nostalgia, we laughed, screamed, cried our hearts out, and when we carried the MERDEKA CUP AFTER , beating , Korea, Japan, Indonesia, Singapore, Thailand, and heard the NEGARAKU, WE ALL SANG IN PRIDE, KITA SEMUA TEPUK DADAH KITA sebagai ORANG MALAYSIA.
    The question I ask all of you and especially the Pariah Corrupt (who can't seem to get arrested or charged for corruption)BN POLITICIANS, who did you cheer for during all those football games, the chinese player-kah, indian player-kah, singh player kah, or the malay player and of course all the kaum lain lain,? IF THOSE PLAYERS HAD KEPALA LIKE WHAT HAS BEEN WRITTEN HERE THIS DAY, WE SURELY WOULD NEVER HAD BEEN A GOOD FOOTBALLING NATION IN THE 70s and early 80s,.
    I plus a lot of people used to support the Bn, for A VERY VERY LONG TIME, but until I opened my eyes and started to see the corruption, under table money, exploitation of religion for political purposes, and nothing seems to happen to these politicians. I don’t see any changes in bn, it is a corrupt regime which will try to stay in Power by hook, crook or even bersumpah atas KORAN. Macam ni pun boleh berlakukah? WHO or WHAT is more insulting, exploitation of religion for political gain? MENGAPA, Don’t we have the courts CIVIL AND SHARIAH?
    IN EVERY RELIGION WE ARE ALL TAUGHT THAT THIEVES In every religion We are all taught that stealing is wrong, and society demands thieves ,the corrupt and crooks SHOULD BE PUNISHED and shunned, but in Malaysia it has become a badge of pride, HOW MUCH UNDERTABLE MONEY GUA DAPAT, ALWAYS GUA, GUA, SAYA,SAYA,SAYA.
    WHOSE FAULT IS all this, is it the politicians? judges? police? AG? AGUNG? SULTANS? SIAPA?
    I say we are all at fault, for allowing this to happen, for not TELLING THE CORRUPT, RASCIST, PARIAH POLITICIANS, that Malaysians yang berbagai kaum, agama dan ajaran DON'T WANT THE CORRUPT TO RULE US, what we are hearing today is BORIA AL SENDIWARA PROPOGANDA by a bunch of looser
    SO take a minute and think, IF KACAU BILAU BERLAKU, MAY 13-lah, potong sini, cincang sana, SIAPA MENANG?????,
    MELAYU? CHINA? INDIA? Dll?
    Or will THE WINNERS BE THE HANTU-SYAITAN, crooks who are bankrupt of ideas, they only know one thing, how to be crooks. Nothing else. SO YOU DECIDE, kalau nak maki-paki ataupun pakai otak, shout intolerable rubbish at each other or to calm down and ask yourself this question,
    WHY NOW? WHO WINS? WHO GAINS?
    YOU OR THE CROOKED PARIAH POLITICIANS.

    BalasPadam
  25. this article makes me feel reassured; there is still a future for Malaysia
    http://kudaranggi.blogspot.com/
    Monday, September 08, 2008
    Antara pendatang dan penumpang


    Pada mulanya saya agak keberatan nak ulas kekecohan yang berpunca ekoran daripada kenyataan ketua UMNO bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang bernama Ahmad bin Ismail. Sama ada benar atau tidak apa yang didakwa dikatakan olehnya mengenai rakyat Malaysia keturunan Cina bukan persoalannya kerana isu tersebut sudahpun merebak dan mengapi-apikan keadaan.

    Jika tidak ditangani dengan cermat, teliti dan bijak, isu itu boleh ditangguk dalam air yang keruh oleh anasir-anasir yang ingin melihat negara ini hancur serta mengundang campur tangan kuasa asing. Dalam zaman dunia tanpa sempadan dan liputan meluas dan segera oleh media elektronik antarabangsa, apa yang berlaku di sesebuah negara itu tidak dapat disembunyi atau dinafikan.

    Isu pokok yang dibangkitkan oleh Ahmad Ismail membabitkan persoalan "menumpang" iaitu rakyat Malaysia keturunan Cina adalah penumpang di negara ini. Beliau menjelaskan bahawa ia merujuk kepada zaman pra-Merdeka. Bagaimanapun, sensitiviti rakyat Malaysia keturunan Cina telah terguris.

    Saya tidak mengenali secara peribadi Ahmad Ismail, tetapi kenal agak rapat dengan Allahyarham abangnya, Abdul Rahim Ismail, pemilik Syarikat Pembinaan Rahim yang pada satu ketika dahulu agak terkenal sebagai sebuah firma pembinaan Bumiputera yang unggul di Pulau Pinang. Saya tidak tahu apa dah jadi dengan syarikat itu selepas Abdul Rahim meninggal dunia.

    Secara peribadi, saya tidak setuju dengan apa yang didakwa dikata oleh Ahmad Ismail atas beberapa sebab.

    Bagi saya, hampir 90 peratus rakyat Malaysia, khususnya di Semenanjung, adalah pendatang dan kita semua sebenarnya menumpang hidup di bumi Allah. Kita bukan pemilik kekal tetapi hanya menumpang.

    Sebagai contoh, saya sendiri adalah keturunan pendatang yang menumpang hidup di bumi bertuah ini. Datuk nenek di sebelah bapa saya berhijrah dari Makkah dan dari Brunei ke sini manakala di sebelah ibu pula dari Hadhramut, Yaman. Kami adalah pendatang dan penumpang sama seperti hampir semua penduduk negara ini khususnya di Pulau Pinang.

    Bagi Ahmad Ismail, dia juga datang dari keluarga pendatang dan menumpang hidup di negara ini. Ahmad Ismail tidak boleh menafikan hakikat bahawa datuk neneknya adalah pendatang dari India untuk menerokai penghidupan yang lebih baik dan selesa di bumi bertuah ini.

    Perdana Menteri Abdullah bin Ahmad juga tergolong dalam kategori yang sama. Datuknya di sebelah ibu adalah pendatang dari wilayah Guandong, China. Pendek kata, datuk Pak Lah iaitu bapa Allahyarhamah Kailan bernama Hassan Salleh atau Hah Su Chiang adalah seorang pendatang. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu dari wilayah Guandong (Kwantung) pada pertengahan abad ke-19 dan menetap di Bayan Lepas sebagai pekebun getah, pesawah padi dan kemudian saudagar intan berlian.

    Najib Tun Razak, Timbalan PM juga berasal daripada keluarga pendatang iaitu dari Sulawesi, Indonesia atau lebih senang disebut orang Bugis manakala sepupunya Hishamudin Hussein tidak terlepas daripada darah keturunan Turki.

    Datuk nenek mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad juga pendatang dari Kerala, India manakala ibu Almarhum Tunku Abul Rahman berasal dari negeri Siam (Thailand).

    Kesultanan Melayu Melaka pun dibuka oleh orang pendatang dari Sumatra bernama Parameswara, seorang anak raja atau bangsawan beragama Hindu.

    Dalam sejarah kesultanan Melayu, kita dapati ada yang ditubuh oleh pendatang dari Bugis dan ada pula dari Hadhramut selain dari Minangkabau.

    Hampir semua orang Melayu di sini berasal dari luar Tanah Melayu tetapi diiktiraf sebagai "bangsa Melayu" oleh Perlembagaan Persekutuan. Kita adalah "Melayu mengikut takrifan Perlembagaan" iaitu beragama Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Malangnya, bahasa Melayu nampaknya dimatikan oleh orang Melayu (UMNO) sendiri apabila dinamakan sebagai bahasa Malaysia.

    Oleh itu, orang Arab seperti Syed Hamid Albar dan saya, orang Aceh seperti Sanusi Junid, orang India seperti Kader Sheikh Fadzir dan Nor Mohamed Yakcop, orang Bugis seperti Najib, orang Minang seperti Rais Yatim, orang Jawa seperti Mohamad Rahmat dan yang lain seperti dari Madura, Pulau Boyan, Siam, Burma, Yunnan (China) dan selatan Filipina dengan mudah boleh diiktirf sebagai "Melayu".

    Mereka diterima sebagai orang Melayu tidak kira sama ada mereka bertutur bahasa Melayu atau tidak di rumah umpamanya si Arab berbahasa Arab, si Jawa berbahasa Jawa dan si Minang berbahasa Minang atupun si Mamak berbahasa Tamil.

    Bahasa-bahasa yang disebut itu bukan bahasa Melayu dan jika dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh diterima atau diiktiraf sebagai bangsa Melayu. Walau bagaimanapun, atas kepentingan dan faktor politik, semuanya diterima sebagai Melayu dan Bumiputera.

    Oleh itu, adalah tidak adil untuk menuding jari kepada orang Cina yang juga kaum pendatang sama seperti orang Arab, India, Aceh, Minang, Batak, Mandailing, Jawa, Madura mahupun Bugis, sebagai menumpang di negeri ini. Kita tidak boleh menafikan bahawa sebilangan besar datuk nenek orang Cina telah berhijrah ke negeri ini semasa Kesultanan Melayu Melaka, bahkan kesultanan-kesultanan terdahulu di Kedah mahupun Terengganu dan Kelantan serta semasa Francis Light berjaya menipu Sultan Kedah untuk menduduki Pulau Pinang pada 1786.

    Kita adalah kaum pendatang yang menumpang hidup di negeri ini. Golongan yang boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen adalah mereka yang kita kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat, Senoi dan suku kaum masyarakat Asli lain yang masih menjadi penghuni belantara.

    Kita tidak harus lupa akan sumbangan dan pengorbanan semua kaum dan suku kaum untuk membangunkan Malaysia sama ada dari sudut ekonomi, kemasyarakatan, keselamatan dan yang paling penting kesepakatan dan perpaduan. Semua orang yang kena dan seharusnya membayar cukai, berbuat demikian tanpa mengira kaum atau asal keturunan, sama ada pendatang atau penumpang.

    Kita semua adalah rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  26. satu pertunjuk dan pendapat yg baik sekiranya mendatangkan kemakmuran terhadap rakyat daripada telepasnya hasil kekayaan negara dibolot oleh kroni2 kaum2 kapitalis.
    rakyat sekarang tertindas dgn ekonomi yg menekan membuat ramai yg susah miskin.
    perubahan perlu dilakukan sebelum rakyat menjadi parah.
    apakah Perikatan Rakyat mampu?

    BalasPadam
  27. oit budak rayyan umur baru 32 tgl di shah alam kununnnn editor podah editor mana hang nih editor majalah lucah mak hang ka.

    tak reti apa nak serbu tembok aku penerajang sekali baru tau.

    BalasPadam
  28. ALAMAK!!!!!
    Habis midal aku nak tulis buku dan dapat PhD dari Harvard mcm ni.
    Apasal publish cepat sgt artikel ni...rugi, rugi rugi...

    BalasPadam
  29. Aku peminat BUKU HIJAU Muammar Gaddafi..

    BalasPadam
  30. hizbul_999, ekonomi islam = sosial demokrasi

    BalasPadam
  31. Anonymous, tak payah nak bising pasal Ahmad Ismail tu kat sini. Semua orang kat sini benci dia

    BalasPadam
  32. Anonymous, tak payah nak bising pasal Ahmad Ismail tu kat sini. Semua orang kat sini benci dia

    BalasPadam
  33. sejarah dunia telah menunjukkan lebih ramai liberal kapitalis, konservatif dan fasis yg tak percaya tuhan berbanding sosialis. cuma liberal kapitalis, konservatif dan fasis tidak menunjukkan sifat anti tuhan atau agama untuk kepentingan perniagaan mereka

    BalasPadam
  34. M = M* dan produksi dipacu pasaran...ini adalah hakikat kapitalisme. ekonomi islam ke yahudi dinar emas ke matawang terapung ke tak dapat lari dari hakikat ni.

    pasaran akan sampai ke penghujung dan akan jadi lebihan produksi. kemudian bahan mentah dunia makin berkurang, tapi teknologi berkembang pula.

    BalasPadam
  35. rupanya,kapitalis itu bukan sahaja dari luar,malah melayu kita juga turut membaham bangsanya sendiri..disebalik slogan aman,kemakmuran,kesaksamaan umno cukup bijak memanipulasikan slogan itu semua demi tembolok sendiri dan kroni.Sebenarnya umno sudah cukup lama memperbodohkan bangsanya sendiri..cukup lama..lihat apa yang ali ketam sudah buat di Melaka di www.citrabudiman.blogspot.com

    BalasPadam
  36. rupanya,kapitalis itu bukan sahaja dari luar,malah melayu kita juga turut membaham bangsanya sendiri..disebalik slogan aman,kemakmuran,kesaksamaan umno cukup bijak memanipulasikan slogan itu semua demi tembolok sendiri dan kroni.Sebenarnya umno sudah cukup lama memperbodohkan bangsanya sendiri..cukup lama..lihat apa yang ali ketam sudah buat di Melaka di www.citrabudiman.blogspot.com

    BalasPadam
  37. woh, ni mcm masuk universiti sham rais jurusan socio economy..

    bro, teruskan ceramah2 mcm ni.. ianya 10x lebih baik drpd kebanyakan khutbah jumaat kat malaysia!!!!!

    BalasPadam
  38. bagusla buah fikiran bro isham...

    BalasPadam
  39. macam bagus je lu rayyan, macam pandai sangat je, kunun editor tulis buku, fuck off la... tak suka tak payah baca la, abis nak ikot perangai kapitalis umno lu orang jer??? sampai bila??? sampai bila???


    -ku seru malam membuka bidai
    www.mindabersaru.blogspot.com

    BalasPadam
  40. rayyan, bongoknye ko!

    BalasPadam
  41. <-haluan kiri- ANARKISME ADALAH TAHAP TERTINGGI SOSIALISME

    <--LIBERAL lwn KONSERVATIF-->

    -haluan kanan-> IMPERIALISME ADALAH TAHAP TERTINGGI KAPITALISME

    di mana kita? ke mana arah tuju politik dan ekonomi kita?

    BalasPadam
  42. Kupasan yang sangat bagus. Aku dah kata brader Isham ni bukan calang orang. Sapa berani sebut Firaun, selipar Jepun kalau bukan dia.

    BalasPadam
  43. waaa brader lu rock!!
    nape x test jd wakil rakyat?..
    klu jd i folow u!...

    BalasPadam