Khamis, 18 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Tak sampai dua minggu
Hari raya akan sampai

Kelmarin kuala lumpur sesak
Orang selangor bercuti
Mid valley menjadi tumpuan

Sibuk sibuk dan sibuk

Minggu ini pasti ramai dapat jemputan berbuka
Kawan pejabat dengan kawan pejabat
Kawan meniaga dengan kawan meniaga
Kawan politik dengan kawan politik
Awek dengan balak
Yang tak ada awek cuba cari awek
Yang tak de balak cuba cari balak

Hotel, restaurant , kedai mamak dan warong
Semua jadi tumpuan

Masa dan mata lapar merayu juadah
Masa dan mata menunggu hidangan
Masa dan mata melihat jam ditangan
Masa dan mata cuba mendengar azan

Masa akan terus berlalu
Masa telah kita tukar
Masa telah kita niagakan untuk keselesaan
Masa telah merompak kreativiti

Kita tidak lagi pandai memasak

Selalu kita dengar :
Ayah tak tahu memasak
Anak tak tahu memasak
Isteri tak tahu memasak
Tak ada siapa yang tahu memasak

Memasak seperti pelukis adalah satu seni
Memasak seperti pengukir perlukan daya kretif
Memasak adalah melukis
Memasak ialah melukis menggunakan lada, asam dan garam

Hilang daya memasak
Hilang daya kreatif

Semua kini kita beli
Semua kini ada orang lain yang membuat

Kita lupa betapa indahnya membuat secangkir air selasih
Kita lupa betapa indahnya membuat seketul tamar goreng
Kita lupa betapa indah memotong sebiji terong
Kita lupa betapa indahnya menghiris sebiji lada
Kita lupa membuat adalah nikmat yang maha agung

Ujung minggu ini cuba masak di rumah
Jemput sahabat, handai dan taulan
Buka kan dapor sebagai kanvas
Dan pamirkan lukisan di meja makan

13 ulasan:

  1. Saudara Isham,

    Hidup sederhana adalah selesaku.

    Masa aku ada dan itu punyaku.

    Mungkin aku malas kerna selesa dengan sederhanaku

    Tapi itulah aku.

    Yang masih diberi masa untuk diriku.

    BalasPadam
  2. btul bro. aku ngan kawan aritu makan kat hotel jalan ampang, 2 orang je dah RM172++. memang membazir kan?

    tapi nak wat camna dia belanja. dia orang kaya. aku orang miskin.

    orang miskin tak sama cara dengan orang kaya.

    biar x kaya duit tp kaya budi pekerti.

    cheers.

    BalasPadam
  3. ramadhan bisa menyatukan
    ayah, ibu dan anak di meja makan
    solat maghrib berjamaah bersama
    bersahur bersama
    kerana sesudah ramadhan
    kita kembali mengejar dia
    Tuhan kertas berwarna-warni
    Penentu status dan harga diri

    BalasPadam
  4. bro isham, harap enjoy kopi yang saya bagi tu! kopi kampung....

    BalasPadam
  5. brader isham,

    ko kena ajar aku canner nak buat tamar goreng.

    pisang goreng aku tau, cempedak goreng aku tau... tapi tamar goreng.. hhmmm

    BalasPadam
  6. Sham,

    Tulisan ko selalu berkenaan dengan sesuatu yang kita sentiasa terlepas pandang

    Aku ingin mejadi kreatif n kritikal sepertimu..

    BalasPadam
  7. ingat mak saya saja yang buat kurma goreng. Ada jugak orang lain.
    But we usually have it after raya, the leftover kurma from Ramadan. But those were the days...

    BalasPadam
  8. aku drebar teksi
    di surau dan masjid teksiku berhenti
    menuggu azan mengadap rezeki
    hilangkan penat sepanjang hari
    indah sungguh hidup ini..
    ramadhan bulan makan free
    duit ku simpan untuk anak-anak di Aidilfitri..

    BalasPadam
  9. bro isham,
    bestla nukilan-nukilan mu ini. Teringin nak tengok bro isham dalam persada komersil contohya bagi talk dalam tv ke, ada show sendiri ke. Mesti meletupla!

    BalasPadam
  10. Saudara Isham,
    Aku rasa pengamatan kamu dalam melihat kehidupan jauh lebih baik dari penglihatan politik. Tumpukan perhatian dan terus menulis. Insyaallah satu hari nanti kamu akan dapat berkarya secara terbuka dan bebas kepada masyarakat. Hari itu tidak lama lagi. Sabar.Manusia sanggup mati untuk kebebasan

    Navy pencen

    BalasPadam
  11. Bro Isyam, saya suka cara u tulis.. saya pun nak tulis can Bro gak lah...
    "
    aku memang suka masak
    balik kerja tergesa gesa
    tak lengah terus ke dapur
    masak apa pun ikut rasa hati
    anak makan, suami pun makan
    masak lebih bagi sikit kat jiran
    kalau rajin buleh buat jualan
    orang pasti beli sebab memang sedap
    rezeki melimpah berkat ramadhan
    sesekali teringat kat ayah dan ibu
    apakan daya mereka jauh di kampung
    bila masak tak dapat nak bagi
    cuma doa dan rindu terpaut di hati
    semua mereka sentiasa di berkati
    nanti sambung lagi.."

    BalasPadam
  12. Saya mula mengenal seni memasak kerana dua sebab:

    1. Tinggal bersendirian di perantuan. Terpaksa memasak makanan sendiri sebab makanan Mat Salleh tak sedap.

    2. Memburuh di McD sambil belajar. Betapa kapitalis McD ni langsung tiada seni memasak walaupun sebutir burger. Semuanya perlu pantas dan segera. Tiada lagi seni, kejujuran dan kepuasan dalam penyediaan makanan. Yang penting segera dan pantas = untung.

    BalasPadam
  13. aku jadi terpaku..
    dengan bait2 katamu tadi..
    aku jadi terpukul
    betapa selama ini aku melupakan
    apa yang aku suka lakukan
    dahulu..
    namun demi hambatan masa
    dan mengejar dunia
    aku telah mengkhianatinya..
    insyallah..
    minggu ini aku bermula kembali
    berkarya atas nama seni
    walaupun hanya di dapur sendiri..

    selama ini aku terlalu selesa
    dengan apa yang orang buat
    utk aku
    baru aku sedar
    karya2 itu hanya utk kantungan mereka
    bukan atas nama kepuasanku..

    terima kasih abg sham.. ko menyedarkan aku tentang sesuatu yang aku sering lupa pandang..

    BalasPadam