Terbaca bertapa lumayannya pendapatan tuan empunya warong
Terbaca bertapa sibuknya di sana sini
Terlihat kesibukan
Terlihat kegembiraan
Hari raya akan sampai lagi sepuluh hari
Igat kah masa itu
Masa menunggu berita dari teluk kemang
Ingat kah masa itu
Betapa sedihnya jika hujan petang turun di jelebu
Ingatkah masa itu
Kita berharap anak bulan akan melintasi telok kemang
Ingatkah masa itu
Telinga kita tidak jauh dari radio
Semuanya telah tiada lagi
Magiknya telah hilang
Semua nya telah tiada lagi
Magiknya telah ditelan modeniti
Ke mana agaknya meriam buluh
Ke mana agaknya mercun lidi
Kenapa saloma tidak lagi berkata :
dam dam dum bunnyi mercun
kanak-kanak datang berduyun-duyun
suara saloma pun telah di rampas
apa lagi yang mereka mahu
semuanya telah mereka miliki
air, api, jalan, hospital, sekolah, bank
semuanya telah mereka miliki
yang tinggal hanya ingatan
ingatan bukan nostalgia
ingatn ialah harga diri
ingatan ini tidak akan pergi pergi
selagi mata hari terbit
selagi ombak masih memukul tebing batu di tanjung tuan
ingatan akan wujud
nantikanlah satu masa nanti saloma akan berkata dipagi raya:
dam dam dum bunyi mercun
kanak-kanak datang berduyun-duyun
ingatan tidak pernah dapat dikalahkan
ingatan akan turun dan turun
dari otak ke mulut
dari mulut ke tangan
dari tangan ke jari
jari inilah yang sedang menyebar ingatan
Nampaknya manusia kini akan mengalami membuat sesuatu ritual itu baik yang bersifat agama mahupun budaya tanpa ada rasa rohnya. Rohnya sudah dimatikan oleh modeniti atau teknologi.
BalasPadamwell said. i like the 'ingatan adalah harga diri' line - so true and yet most people tend to overlook.
BalasPadamTheLastGig
ASSALAMUALAIKUM..BANG ISHAM
BalasPadamSAYA RASA BANG ISHAM KENA TUKAR LA GAMBAR TENGAH HISAP ROKOK TU..NAMPAK TAK SOPAN..SEMPENA BULAN MULIA NI ELOK LA TUKAR PAKAI BAJU MELAYU KE..
JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL..BERDOALAH KITA SEMUA SEMOGA SELAMAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
memang best tulisan bro isham.. ada kick!
BalasPadamingat dulu dulu
BalasPadambila malam 7 liku
kampung diterangi lampu
dgn minyak tanah pak usu
budak 2 main bunga api
sekitar riang sekali
sekarang tiada lagi
sekitar rumah batu
semua sibuk tiada waktu
semua tunggu hari cuti
rumah batu lengang semua pergi..
bro isham,
selamat beposo & selamat haghi ghayo.. ghindu bona ese kek kampung...
Terimakasih sdr Hisham,kerana puisi mu ini menjadikan aku kembali mengingati zaman silam ku,ianya cukup indah.
BalasPadamhilang dh rasa eksotika raya,tp ini la dinamakan modenity. Serba serbi utk memudahkan kehidupan.
BalasPadamRaya raya juga jangan lupa zakat fitrah..
BalasPadamNightline TV3/4 terslot kempen e-zakat kerajaan Selangor.
Besok ada yang kena surat warning ni..
ia... dgn jari ini aku tidak lupa, dgn jari ini juga tersisa hamparan memori buat mendepang secebis kekuatan melawan 'jari itu'... terus menulis bro, buat memori utk masa hadapan..
BalasPadambro
BalasPadami really like what u written!!
ya teringat ... masa kecil kecil dulu duduk di kaca tv tunggu raya ke tak? sekarang ... setahun dah tahu bila tarikh raya ...
teluk kemang, meriam buluh, tanjung tuan, pasang pelita, berbuka beramai ramai ...nostaliga yang tak mungkin luput dari ingat
Iyolah beb ingatan tu harga diri.Ingatan itulah "anda". Mercun cili padi, yang besar sikit cili merah kot. Ada plak yang warna petak putih merah, putih biru dan putih hijau. Takde pulak yang putus jari atau buta mata.
BalasPadamYa, nostalgia itu "anda". Meriam buluh dgn kabaid. Mandi di sungai berendam berjam-jam sampai merah mata. Zaman gelap pelita minyak dan minyak gas. Keliling rumah dipenuhi bunga mawar dan pecah piring. Sejuk menggigil di pagi subuh dipaksi ibu untuk mandi kerana nak ke sekolah pada jam 6.00 pagi!
Balik sekolah campak beg sekolah muka pintu. Tak payah makan sudah hilang merayau. Kelam senja baru nampak muka. Oh bahagianya.
Aku tak setuju! langsung tak setuju, kerana setiap zaman adan memori dan romantisnya.
BalasPadamContoh: apakah kita fikir budak-budak kecil sekarang tak menunggu? Tidak menanti di pintu pagar rumah Taman Tun untuk bapa pulang bawa "mainan game" atau VCD, atau lemang yang di beli dari sekitar Gombak, atau ke Jalan TAR melihat dan membeli baju murah?
Tidak salah mengingati, tetapi salah untuk 'kembali'. Apakah salah modeniti, kerana sebelum Hisham kecil, sudah ada yang lebih dahulu hidup pada zaman kecil masing-masing.
Di samping kita menganjung 'ingatan', mana mungkin kita menentang arus zaman? Samalah, mana mungkin sepenuhnya ditelan arus itu juga.
Di sana ada kesederhaan, bukan sekadar romantisme. Dan romantisme juga ada kekejaman tersendiri!
Aku tetap tidak percaya bahawa dunia ini hanya black and white!
Pembuat Songkok
Kampong Baharu, KL.