Sabtu, 20 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Sibuk sibuk dan sibuk
Yang tak sibuk buat sibuk
Yang membeli sibuk mencari
Yang membungkus sibuk mengira

Raya seminggu lagi

Yang tak membeli buat sibuk melihat orang membeli
Yang tak sibuk buat sibuk tercar-cari

Bayangkan masuk ke gedung membeli belah
Lalu ternampak seratus ribu jenis pakaian
Bayangkan masuk ke kedai sepatu ternampak sejuta kasut baru
Lalu kita mengacu dan bergaya
Bayangkan masuk ke kedai makan ada sejuta juadah menunggu
Lalu kita melihat untuk merasa

Kita memilih dan kita membelek
Kita membelek dan kita menilai
Kita menjamah dan kita merasa

Rasakan lah nikmat di alam sempurna
Rasakan nikmat kebebasan membuat pilihan

Hidup ini juga adalah nikamat
Hidup ini juga adalah membuat pilihan

Bayangkan betapa nikmatnya dalam hidup ini
Jika kita dapat memilih apa yang kita mahu
Bayangkan betapa nikmatnya membuat apa yang kita suka
Bagun lewat tidur meninggi hari
Membaca buku mendengar musik
Berjalan sepuas hati tanpa ganguan tanpa digari
Melukis, memancing, melepak sepanjang hari
Tiada tegahan tiada rendah diri

Apakah ini mimpi

Tidak

Sebenarnya kita memerangkap diri
Kita menggadaikan hidup untuk membeli dan memiliki
Lalu kita menjual masa dan harga diri
Dengan niat bila tua nanti kita tidak pedih dan peri
Terapit sesak dalam kereta saban hari
Walhal ada yang lebih nikmat dari ya datuk yes tuan

Hidup ini hanya sekali
Kalau tidak sekarang bila lagi
Bila tua yang tinggal hanya mimpi
Kita gagal untuk mengenal diri
Sampai ke lahad kita tidak tahu potensi diri

Hidup ini ada pilihan
Di hadapan ke kanan
Di hadapan ke kiri

Kebebasan memilih terpulang diri sendiri
Jangan mati muda kerana membeli dan memiliki

Tegok secangkir air sejuk
Nikmati sebuku roti

Sudah tahu maksima potensi diri?



12 ulasan:

  1. Terima kasih kerana berpesan.


    Ngah.

    BalasPadam
  2. Betapa kuatnya pengaruh komersil dan konsumerisme dalam hidup moden ini. Kita bak kupu-kupu yang terus mencari-mencari kepuasan dalam hutan dan dunia konsumerisme dan akhirnya tak tahu nak kembali kepada nikmat simple. Kita mungkin tersesat tapi normanya lebih banyak yang sesat daripada sedar

    BalasPadam
  3. "You, the consumer have been consumed" petikan dari lagu America on Line hasil nukilan dari kugiran Morning Again

    BalasPadam
  4. salam..best tuh.
    suke hati bila baca.
    terpantul pada diri.
    ,,nak kopi paste dalam blogku buleh?
    nak merekemenkan blog tukar tiub kpd member2..

    BalasPadam
  5. best..
    reflect pada diri dan sekitar.
    nak copy paste dalam blog buleh?
    nak rekemen kat member2 blog tukar tiub nih..

    pape pon, slamat berpuasa..

    BalasPadam
  6. Berapa ramai yang sibuk di depan Quran? Berapa banyak aya yang dibaca dan terus dibaca berkali-kali sehingga kering tekak?
    Berapa ramai yang sibuk bangun ditengah malam untuk sujud dan menyibukkan diri dengan Quran dan zikir?
    Zikir dan Quran jarang dengar di tengah Kota dan ketika matahari menghilang di ufuk barat.
    Sibuk punya sibuk sehingga terlupa untuk sibuk lagi dengan Quran di rumah, di dalam kereta, dalam lrt dan bas.
    Ketika menunggu kawan dan teman. Dan ketika berlegar bersama anak dan kekasih hati di gedung-gedung untuk sambutan yang hanya beberapa jam di pagi 1 syawal.
    Mungkin kesibukan ini juga yang terakhir. Kerana 1 syawal ini terakhir ketika berdiri di atas 2 kaki sebelum menjadi bahan organik oleh hidupan pengurai yang menanti denagn setia ketibaan kita di habitat yang dingin dan kelam.
    Masih sempat kah untuk sibuk?

    BalasPadam
  7. Apabila materialisme dan duniawi menguasai diri...
    akhirat kini tiada bererti...

    BalasPadam
  8. aku tujukan lagu ni untuk bro isham dan comrade2 nya.


    John Lennon - Imagine

    Imagine there's no Heaven
    It's easy if you try
    No hell below us
    Above us only sky
    Imagine all the people
    Living for today

    Imagine there's no countries
    It isn't hard to do
    Nothing to kill or die for
    And no religion too
    Imagine all the people
    Living life in peace

    You may say that I'm a dreamer
    But I'm not the only one
    I hope someday you'll join us
    And the world will be as one

    Imagine no possessions
    I wonder if you can
    No need for greed or hunger
    A brotherhood of man
    Imagine all the people
    Sharing all the world

    You may say that I'm a dreamer
    But I'm not the only one
    I hope someday you'll join us
    And the world will live as one

    BalasPadam
  9. Pengundi diMalaysia

    Malangnya kita cuma boleh pilih antara: Barisan atau Pakatan

    Dalam bahasa inggeris: Hobson Choice

    Inilah nasib kita di sini !!!

    BalasPadam
  10. Sad truth of reality...isn't it.
    :( But not true for all.

    BalasPadam
  11. dalam komunisme.

    aku tak kata salah...

    BalasPadam