Selasa, 23 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Cuaca panas
Kuala lumpur sibuk

Hari raya lagi 8 hari

Isteri yang suami ditahan ISA
Tidak bershopping tahun ini
Simpan duit untuk buat tambang
Pergi ke kamunting di pagi raya

Pintu sel dibuka jam 7.00 pagi
Ke padang menyanyikan lagu memula moon
Bendera dinaikan
Kemudian menunggu tea/roti jam 8.30

Jam 12.00 pintu besar di ketuk makan sampai
Lalu makan
Senin ikan masin
Selasa ayam
Rabu ikan goreng
Khamis ikan masin
Jumaat telor rebus
Sabtu ikan goreng
Ahad daging

Jangan silap faham ketul ayam
Ikan kembung
Ikan jaket jenisnya lain
Mereka juga yang terkecil dan terkurus
Mereka dikhas untuk banduan
Yang sama kualiti antara makanan di kamunting dengan di rumah
Hanyalah telor dan ikan masin
Kalau telor boleh dikecilkan pasti telah lama dikecilkan
Kalau ikan masin boleh dimasinkan lagi pasti akan dimasinkan semasin masinnya

Jam 2.30 pintu sel tutup hingga 4.00 ptg
Kemudian petang sampai
Buatlah apa sahaja
Jam 7 pintu ditutup kembali hingga esok jam 7 pagi

Badan dikurung pekara biasa
Ramai kita masih terpenjara
Terpenjara dalam penjara yang maha luas
Terpenjara kerana takut hilang kerja
Terpenjara kerana takut berkata benar
Terpenjara kerana ingin membodek menjadi hamba
Terpenjara kerana tidak tahu erti bebas
Terpenjara kerana selesa mengikut kata
Terpenjara kerana tidak berani melihat salah dan benar
Terpenjara kerana bila membuka pintu hati kita tidak tahu apa yang temui

Lalu tinggal dalam zon selamat
Berbondong-bondong macam tikus
Orang ke hulu dia ke hulu
Orang ke hilir dia ke hilir
Orang kata iya dia kata iya
Orang kata hah dia kata hah
Dari lahir ke liang lahad
Mengambil tempat menyibuk diri
Menghabiskan oxigen menjadi stastik negeri
Hidup macam ini lebih baik mati

Dalam penjara
Berulang-ulang berkali-kali
Tapi tak semesti nya membosankan diri
Jika telah mengenal diri sendiri
Tidak ada besi dan jeriji
Dapat menggari pemikiran bebas hakiki




9 ulasan:

  1. aku insaf sekejap.

    Apakah selama ni Burhanuddin al-Helmy tokoh kesayangan aku makan macam ni?

    aku malu dengan diri sendiri.
    selalu mengeluh sempit duit,tapi masih boleh berbuka "lebih mewah" dari orang2 kat sini.

    Anak isteri khabar berita tiada,
    Member2 jauh sekali la,
    Nama dibusuk,dicerca dihina.

    Tapi penjara dunia ni,
    kita tak nampak,
    biar penjara pada zahirnya,
    asal jiwa merdeka.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. hehe..gua suka karya lu ini - tajam menikam!

    dan gua dapat lihat lu membela kapitalis melalui nuffnang di blog ini.

    satu revolusi!hehe..

    sapa kata kapitalis semuanya buruk?

    BalasPadam
  5. saya suka catatan pengalaman saudara...sebuah catatan yg impaknya saudara tegar dlm setiap perkara...

    tak tumbuh tak melata,
    tak sungguh org tak kata..

    slmt mengurung pasar ramadhan...

    BalasPadam
  6. amat menggasyikkanku membaca bait2 sajak puisi mu. ya. terpenjara dan masih terpenjara....takut dan masih takut... yang paling penting adalah jiwa yang bebas... kebebasan akan datang jua akhirnya bro!

    BalasPadam
  7. Hisham yang lain-lain boleh buang termasuk madey dan Pak Lah tapi sajak-sajak dalam blog jangan dibuang.Boleh buat antoloji.Jual.Untungan bagi tahanan ISA,buat tambang pergi Kamunting,
    buat beli sapu tangan penyapu si air mata.

    BalasPadam
  8. wow...
    ske this poem.. lalalala.. meaning full..
    tp masalahnye.. adakah keberanian tuh berbalio didunia yg penuh pentipuan ini,,, ahahahaha.. baik dok di zon selesa da abis kan oksigen yg ada.. ahahahaha

    BalasPadam