Selasa, 16 September 2008

SELAMAT PAGI MALAYSIA BARU

Untuk pertama kalinya kita rakyat Malaysia telah menyambut HARI MALAYSIA. Perhimpunan bersejarah di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 telah merakamkan rasa hormat kita kepada warga Sabah dan Serawak yang selama ini telah ‘ditipu’ dan terpaksa menyambut tarikh 31 Ogos sebagai Hari Malaysia.

Poooorah 31 Ogos bukan Hari Malaysia. Khalas. Period. Khatam. Finito. Fin. Kaput. End.

Hari Malaysia ialah 16 September. September 2008 adalah kali kedua Hari Malaysia dirayakan di Semenanjung. Kali pertama dahulu pada September1963.

Hari Malaysia ini juga akan membawa satu lagi perubahan baru. Kerajaan baru Pakatan Rakyat akan ditubuhkan. Ini bukan mimpi. Ini bukan olok-olok. Ini adalah harapan warga Malaysia yang telah bosan dan mual dengan kerajaan Barisan Nasional yang di kepalai oleh United Malays National Organisation. Hari Malaysia adalah tanda rakyat mahukan perubahan.

Dari ucapan Sdr Anwar Ibrahim di Stadium Kelana Jaya , kita rakyat telah diajak untuk meyakini kelahiran kerajaan baru ini.

Mustahil?

Tidak perlu ada loncatan parti. Tidak perlu meninggalkan parti.

Apabila pemimpin Parti Keadilan Rakyat berkata ‘ kita cukup jumlah’ jangan salah tafsir. Bukan jumlah ahli parlimen untuk melompat parti dan meninggalkan parti asal mereka.Tetapi jumlah untuk menyatakan yang mereka TIDAK lagi memiliki keyakinan terhadap pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Surat resmi telah dihantar kepada Abdullah Badawi pada hari Jumaat lalu. Pakatan Rakyat ingin mengadakan pertemuan agar peralihan kuasa berjalan lancar. Dan Kerajaan Malaysia Baru akan ditubuhkan.

Malaysia Baru adalah Malaysia yang berpandukan Ketuanan Rakyat.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri - ISA.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Cetak.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Universiti dan Kolej Univeriti.

Malaysia Baru adalah Malaysia yang agihan kekayaan bukan mengikut kaum/agama tetapi keperluan.

Malaysia Baru menjamin dan menghormati kebebasan beragama/berkepercayaan.

Malaysia Baru adalah untuk semua rakyat Malaysia. Tidak ada yang menjadi tuan dan tidak ada yang menjadi hamba. Tidak ada yang istemewa. Semua setaraf. Semua sederajat.

Kita semua adalah anak semua bangsa berbeza-beza tetapi sederajat.

Anak semua bangsa marilah kita rayakan perbezaan dalam Malaysia Baru.

28 ulasan:

  1. Selamat Hari Malaysia!!

    Semua orang berbeza, dan semua orang sama. Cuma kita selalu memikir perbezaan terlalu dalam supaya kita ini istimewa kerana tidak sama dengan orang lain. Kita cuma dapat menerima perbezaan sekiranya ia tidak berkonflik dengan keinginan-kepentingan kita sendiri. Sebenarnya isu apa yang paling asas ialah kepentingan diri sendiri.
    Keinginan / kepercayaan kita mustahil akan selalu harmoni dengan keinginan / kepercayaan orang lain. Itu fakta. Kemudiannya bagaimana kita mempertahankan keinginan kita itu, itulah yang menentukan segala-galanya. Disitulah berlakunya toleransi, tolak ansur dan penyerahan, dan disitu juga berlakunya pandang rendah, kebencian, dan pergaduhan.
    Sebaiknya, penyelesaian paling tepat ialah menang-menang. Itu yang mungkin berlaku dalam membentuk kemerdekaan kita. Cuma apabila generasi, sosio-ekonomi dan persekitaran berubah, situasi menang-menang itupun berubah penafsirannya. Melaksanakan dan mengekalkan situasi menang-menang itu bukanlah perkara mudah. Kita mencuba-mencuba-mencuba, seharusnya atas dasar bahawa tidak ada satu pihak pun yang sempurna. Duduklah dalam satu bulatan, buang jauh-jauh cauvinis, dan dengar tanpa prejudis. Apabila kita dengar dengan peka, kita akan faham.
    Atau kita memilih menang-kalah. Yang kita fikir jawapan paling mudah, menentukan, dan muktamad. Dan duduklah di dalam dewan atau parlimen seperti monyet-monyet. Yang menjerit-jerit dan tidak pernah mendengar. Yang hanya mahu melihat orang lain kalah dan pergi mampus.

    BalasPadam
  2. Malaysia akan mencatat sejarah politiknya sendiri bila mana Umno dan barisan nasional akan kecundang sedikit masa lagi. Kurafat yang ditaburkan oleh Umno kononnya hanya umno dan barisan nasional yang boleh memerintah kini telah ditolak rakyat.
    Sejarah telah membuktikan, empayar2 hebat dunia sekalipun turut akan tumbang bila sampai waktunya.Kini giliran Umno dan Barisan Nasional merasainya.

    http://suarasaktii.wordpress.com/

    BalasPadam
  3. time will come.. soon..!.. soon?? how soon??..very soon..!!

    BalasPadam
  4. Salam Bro.

    Tabik DSAI, Tabik Semua.


    Kerajaan Baru Malaysia telah Ujud.


    Ia .... Benar.....

    dalam mimpi......

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,

    Selamat Hari Malaysia!

    Malaysia baru,
    Malaysia impianku.

    Moga sinarnya membawa perubahan ekonomi, pendidikan dan juga sahsiah komuniti Malaysia.

    Jangan lihat mereka sebagai 'Cina', 'India' tapi lihatlah mereka sebagai 'manusia' dan 'Malaysian'. InsyaAllah harmoni sejahtera...

    Moga Allah permudahkan segala urusan...Sama2lah kita berdoa, ssungguhnya doa orang yang berpuasa itu makbul, insyaAllah...

    BalasPadam
  6. kah kah kah.. pandai bebeno kome tukar kenyataan yee :D

    jilat la balik apa yang kome cakap tu .. heheheheh

    puasa ke idak hari ni ?

    BalasPadam
  7. Baca buku 'bagaikan sungai mengalir' garapan Agnes Khoo.

    Kalau nak tau cerita yang sebenar perjuangan PKM!

    BalasPadam
  8. Saudara Isham

    Link bergambar yang boleh dikongsi:

    http://anak-reformasi.blogspot.com/2008/09/916-sekitar-himpunan-hari-malaysia.html


    tk

    BalasPadam
  9. MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!

    BalasPadam
  10. MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!

    BalasPadam
  11. sesungguhnya telah datang yg hak dan runtuhlah yg batil.sesungguhnya yg batil pasti akan runtuh...

    maha benar Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa...

    BalasPadam
  12. Sejak bila pulak Bang Chik dan Flip Flop Back Door PM tertarik sangat dengan 16 September ni? Bila nak dapat sokongan daripada orang Sarawak dan Sabah, terpaksa berlakon sukakan tarikh tersebut. Munafik betul la. Orang Munafik Allah janjikan menjadi kayu api di neraka kelak. Wallahualam.

    BalasPadam
  13. Hello ... 16 September dah ni. Bila PM Back door nak angkat sumpah? Kah! Kah! Kah!

    BalasPadam
  14. Tinggalkan segala kebatilan.... marilah saudaraku semua bersama melangkah ke Malaysia Baru.... bro tukar tiub mmg sempoi la

    BalasPadam
  15. Ayuh saudaara ku sekalian maari melangkah ke alam malaysia baru... tinggalkan segala kebatilan sebelum ini.... berjuang menegakkan keadilan..

    p/s bro tukartiub mmg sempoi

    BalasPadam
  16. bang isham, betol ke pak sheih anwar punya cerita ni atau apa punya turrrr?
    whatever it is pak sheih has won as a good and confident storyteller. No one else in Malaysia can have it so well with the rostrum but him. lain2 gua kena tengok dulu.

    BalasPadam
  17. SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA!

    BalasPadam
  18. hidup 16 sept.
    Bang Isam,lu ingat lu dapat tak jadi menteri penerangan yang baru?
    Lu gua rasa jadi menteri sukan pun ok sebab lu suka lari lari...hua..hua..hua

    Kah..kah..kah..kah..kah

    BalasPadam
  19. meow~

    bila politikus politikus lari bertempiaran dari bahtera BN yang karam, kucingsiam akan siap menunggu untuk membaham mereka :).

    pesta makan politikus, yahyahyah.

    P/S: Ajak sekali siti sang kucing comel.

    BalasPadam
  20. malaysia baru! kerajaan baru! PM baru! otak pun baru!!!! SELAMAT HARI MALAYSIA!!!!

    BalasPadam
  21. hari ini ponteng kerja.
    selamat hari malaysia!

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

    hidup 16 sept.
    Bang Isam,lu ingat lu dapat tak jadi menteri penerangan yang baru?
    Lu gua rasa jadi menteri sukan pun ok sebab lu suka lari lari...hua..hua..hua

    Kah..kah..kah..kah..kah

    2008 September 16 12:14
    ---------------------------------

    kau tu letak la nama kalau berani. takat aksi ponen tu, kat tadika kemas belakang umah aku ni ramai yang boleh buat.

    isham untuk KemPen!

    BalasPadam
  23. Isham, apo cerito heh, ari ni dah 16 Sept, jadi tak kerajaan baru, jadikan jangan tak jadi orang kampong dah tau , dari Pilah ko Jolobo somo oghang nunggu jo ?
    Kalau tak jadi kito jadi Laughing Stork Bend le
    Aki Pachor Jaya F6

    BalasPadam
  24. Salam Bro,
    Gua cayalah sama lu.
    Yang tersirat dan tersurat.
    Petang ni nak gi bundle beli baju raya .

    Ngah.

    BalasPadam
  25. Berangan la sampai mati...

    Orang yg blajo tinggi2 pandai menilai pembohongan kedua2 pihak...

    Hari tu PR menang banyak kerusi bukan sbb PR kuat, tapi rakyat tak mau BN...

    Jangan mimpi la...

    BalasPadam
  26. hidup rayyan..
    hehe
    apa pun, takde pon pengumuman malaysia baru.. dok tunggu gak nih.. apa daa.. kena kencing dah ke kita nih.. ooo.. tak baik oo.. tipu2 bulan posa nih.. huhu

    -cikgu malaysia lagi.. hehe-

    BalasPadam
  27. apo nie bro isham?..

    jadi ke tak nak tukar PM nie?..

    kita dh malu dah dengan penyokong BN/UMNO nie..

    malu aku

    BalasPadam