Rabu, 24 September 2008

SENYUM PETANG

Maka Bik Mama pun pergilah behari-hari mendaki bukit menurun lurah untuk mencari Pak Nujum. Lalu sampai Bik Mama ke satu lembah dan di sana kelihatan sebuah pondok. Maka mengikut kata sahibul hikayat inilah dianya rumah Pak Nujum paling terbilang saentaro negeri.

Apabila Bik Mama sampai ke tangga maka dengan serta merta Nadim anak Pak Nujum menahan Bik Mama dari naik. Maka terperajatlah Bik Mama kerana belum pernah dalam hidupnya sesiapa pun yang berani menahan dianya.

“ Tak boleh naik”

“Kenapa?”

“ Nanti patah tangga……kah kah kah

Maka duduk lah Bik Mama di halaman menunggu Pak Nujum. Setelah semuanya siapa sedia maka Pak Nujum pun turun untuk bertanya hal angkara. Maka Bik Mama pun menerangkan duduk angkara yang dia nak tahu semua hal negara. Sebelum bertanya apa-apa Bik Mama ingin menduga lalu bertanya.

“ Beta dua batang kayu, kalau Pak Nujum bijak laksana cuba terang duduk pekara yang mana kayu United Malays National Organisation dan yang mana kayu Pakatan?”

Pak Nujum tanpa berlengah terus menjawab. “ Masukan kayu itu ke dalam air. Yang tenggelam itu kayu United Malays National Organisation. Dan yang tegak kukuh berdiri itu kayu Pakatan……. kah kah kah

Bik Mama bertanya lagi, “ Dua telor itik baru menetas yang mana anak itik United Malays National Organisation dan yang mana anak itik Pakatan?”

Pak Nujum tersenyum menjawab, “ Letakkan itik ini dalam kolam. Yang mengejar itu itik Pakatan dan yang lari lintang pukang itu itik United Malays National Organisation…..kah kah kah

Bik Mama merasa tidak puas hati. Dia datang untuk menilik nasib adakah suaminya akan menjadi raja. Lalu dia terus ingin menduga Pak Nujum ini.

“ Kalau Pak Nujum bijak bistari melihat di dalam dan luar negeri cuba teka apakah dia dalam gengaman beta”.

“ Tahi hidung” jawab Pak Nujum.

“Macam mana Pak Nujum tahu?”

“ Orang macam hang ni…. tak de kerja…. tak buat apa-apa…. hang korek tahi idunglaaa…..kah kah kah.

( cerita di hantar oleh gun n roses dipandan dari ceritera klasik nujum pak belalang dan di sesuaikan untuk tukar tiub – terima kaseh gun n roses )



14 ulasan:

  1. aahhahah...

    tergolek eden baco ahahhaha

    BalasPadam
  2. cayalah...lawak siot!
    hikhikhikhikhihkihkihkik!

    BalasPadam
  3. kah kah kah kah.....

    BalasPadam
  4. wakakakakaka..
    osah handal la yg buek cito nih..
    mano blaja nih?
    kek sintok kor?
    wakakakakaka...
    mmg sonyum lebar den potang2 yg hujan neyh...:)

    BalasPadam
  5. haha.. sian najib. dapat bini suka simpan simpan taik idung dalam tangan.hahaha

    BalasPadam
  6. Saudara Isham

    First segment - ok senyum
    Second segment - ok senyum
    Third segment - "repulsive"

    BalasPadam
  7. Lawak kool. Mana blog gun n roses ni?

    BalasPadam
  8. kah kah kah, kurang pahala posa aku terlebih gelak, gila punya orang tua! hahah

    BalasPadam
  9. oih! batal pose turrr! mesti taik idung tu basah + kering = pintal2 pastu masuk mulut. berkhasiat lagi menyelerakan.

    nutrition fact:

    vitamin C = 300 kcal
    karbohidrat = 130 kcal
    fat = 10mg
    protein = 52g

    BalasPadam
  10. ceh kelakar giler khakhakhakha adoi isham leh jugak aku tersengih hari ni

    BalasPadam
  11. hahahaha sempoy memang! hahaha bik mama lalu terkejut dan tergolek dengan begitu ajaibnya di halaman rumah pak nujum....end.

    BalasPadam
  12. ceritanya belum habiss lagi,,kamu semua tahu tak,apo yg berlaku terhadap pak nujum tu,,,,,,,,,,,,,?
    pak nujum tu pi jadi kawan altanmongolia,,,,sebab bila mama tu buka tangan dia,,,,,,,bukan tahi idong dia,, itu tahi C4 yang balance tempoh hari,,,,maka mampuslah si pak nujum tu,,,,

    BalasPadam
  13. Tuan Hisham,

    Sungguh tuan berbakat dalam teknik penceritaan lelucon dan lawak jenaka sinikal politik.

    Saya cadangkan tuan selepas ini memasuki program realiti tv Astro -Raja Lawak musim ketiga. Saya percaya tuan boleh menjejaki populariti seperti Nabil!

    BalasPadam
  14. Tuan Hisham,

    Sungguh tuan berbakat dalam teknik penceritaan lelucon dan lawak jenaka sinikal politik.

    Saya cadangkan tuan selepas ini memasuki program realiti tv Astro -Raja Lawak musim ketiga. Saya percaya tuan boleh menjejaki populariti seperti Nabil!

    BalasPadam