Sabtu, 27 September 2008

SENYUM PETANG

Datuk Shabeery Menteri Penerangan kita minggu lepas telah pergi menemui doktor kerana dia sedang menghadapi insomnia – susah hendak tidur.

Doktor ini telah memberikan pill dan menasihatkan Datuk Shabeery minum susu dan banyakkan bersenam.

Semua gagal. Menteri Penerangan ini masih susah hendak tidur. Lalu dia pergi mencari Tok Batin orang asli di Jerantut Pahang.

Datuk Shabeery meminta Tok Batin ini mencarikan ubat atau akar kayu agar membolehkan dia tidur nyenyak. Tok Batin bersetuju tetapi meminta tempoh satu minggu untuk menyediakannya.

Satu minggu kemudian Datuk Shabeery datang menemui Tok Batin ini untuk mendapatkan urat kayu yang di janjikan.

Tok Batin membuka sebuah kotak dan mengeluarkan sebuah tv 23 inchi. ‘… ini dia ubatnya… saye jamiiiin mesti boleh tiduuur….. buka stesen rtm…….kah kah kah



4 ulasan:

  1. Kira penangan AI terhadap Shabeery Chik daripada debat dulu begitu hebat sekali. Dalam debat itu habis kredibiliti Shabeery, tertonggeng tidaklah seperti 69. Jangan main kalu kredibiliti kita dipukul habis memang benggong dibuatnya kerana itu adalah asas pribadi kita. Yang sulit bagi Shabeery ialah ubatnya adalah masa yang lama dan beredarlah dan jangan berdepan atau main kuntau politik dengan AI.Jika masih nak teruskan maka pribadinya akan sentiasa tidak original lagi dan banyak berlakon konon-konon tak ada apa, tapi kita orang semua tahu lengkoknya sudah ada pada pribadinya. Lihat saja pribadi Muhd Muhd (Ketua Penerangan UMNO) begitu juga, entah apa yang dia selalu membebel setelah dipukul dan dibasuh habis oleh RPK dulu.

    BalasPadam
  2. isham ghayo 3 haghi lagi aaaa... hampir tiap petang hujan turun. mencughah-cughah...

    sojuk botul...

    isham ghayo jangan lupo datang ghumah. POk Cik aku Din daghi Johor nak jumpo ekau.

    Takkan dah lupo kot...Maso kek London tu haa... Samo-samo tido bawah jombatan. Haaa ingat tak nih?

    Lamo tak dapek bersuoa wajah. Ghindu dondam eih!

    BalasPadam
  3. Janganlah kutuk dia..nanti di sapu buih mulut kat hang kang...

    BalasPadam