Rabu, 17 September 2008

TINGGAL ANGAN-ANGAN – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 16 Sept. – Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 16 September hari ini akan menjadi tarikh penubuhan kerajaan baru ternyata satu pembohongan,Tidak ada apa-apa berlaku pada hari ini.

Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara ini.


kah kah kah….. kuuurrrrr semangat….. macam lepas bayar utang…..lapang dada

kah kah kah ....kalau dah tahu bohong ….. kah kah kah…... pasal apa abis boreh pogi taiwan…..kah kah kah

1 ulasan:

  1. PASIR PUTEH 17 Sept. – Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan usaha pembentukan kerajaan baru pakatan pembangkang yang gagal dilaksanakan semalam, umpama wanita mahu bersalin tetapi menghadapi masalah kandungan songsang.

    Menurut beliau, kerajaan baru itu tetap akan dibentuk tidak lama lagi dan pakatan pembangkang sedang berusaha untuk memastikan ia berlaku.

    “Situasinya adalah seperti wanita akan bersalin tetapi susah kerana kandungannya songsang tetapi akan tetap bersalin, yang penting bagi doktor, memastikan keselamatan bakal anak dan ibunya terjamin.

    “Peringkat sekarang, kita tengah letak minyak selusuh di atas perut ibu supaya cepat dan mudah bersalin dengan penuh selamat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

    Mengulas dakwaan pembentukan kerajaan baru semalam tetapi tidak menjadi kenyataan, Husam berkata, ia tetap akan berlaku dengan segala persiapan asas dan teknikal telah lengkap termasuk sasaran menarik Ahli Parlimen menyertai pakatan pembangkang cuma menanti masa yang sesuai.

    Katanya, pakatan pembangkang mahu pembentukan kerajaan itu kelak berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

    Dalam pada itu, Husam menafikan beliau adalah dalang utama yang menyebabkan berlaku percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pas berhubung usaha membentuk kerajaan baru yang tidak menjadi semalam.

    :: bab nih tanak ker ulas En Isham Tukar Tiub...kalo takat ulas berita yg tak suke jek bek ulas dlm diari kat umah tuh

    BalasPadam