Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neo liberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neo liberal ini sedang nazak. Secara bengong hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata bahawa Malaysia ‘terselamat’.
Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi bengong Najib Razak.
Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurokopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia di tipu 1 bilion ringgit ?
Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.
Cara ‘menipu’ ini samalah seperti cara Najib Razak membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli. Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana dituduh terlibat membunuh Altantuya.
Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.
Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang ? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?
Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi Menteri Keewangan Najib Razak telah ‘mengsongklap 5 billion ringgit’ duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang sama dalam dana KWSP. Duit KWSP ini bertujuan untuk akan digunakan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.
Menurut dasar ekonomi bengong Najib Razak duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn.Berhad. Tujuan penyaluran duit KWSP ini ialah untuk menaikkan harga nilai saham-saham syarikat-syarikat yang dianggap ‘nilai jatuh’.
Persolaan timbul - nilai saham ini rendah ialah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlungkup juga.
Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit maka nilai saham ini akan naik. Bila nilai saham ini naik maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Bila saham banyak terjual maka nilai saham ini akan jatuh kembali.
Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di Bursa Saham Kuala Lumpur. 5 bilion ringgit ini akan di cekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. 5 bilion ringgit ini adalah duit kita semua di judikan di Bursa Saham oleh Najib Razak.
Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petrolium telah jatuh. Ketika menulis ini harga satu tong minyak mentah ialah 62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut Petronas memerlukan 60 dolar. Ertinya dalam satu tong kita hanya untung 2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka akan tidak berbaloi untuk Petrons mengeluarkan minyak.
Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga telah jatuh. Pada ketika ini harga satu tan minyak kelapa sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan untuk mendapat satu tan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan - lebih mahal dari pendapatan.
Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat telah meminta agar Balanjawan 2009 di ulang kaji kembali. Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar satu tong dan harga kelapa sawit hampir 3000 ringgit satu tan.
Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil bahan bakar minyak petrolium dan minyak sawit. Jika harga dua bahan ekspot kita ini jatuh ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib di ulang kaji.
Najib Razak yang menjalankan dasar Ekonomi Bengong telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib Razak ialah ‘mengsongklap duit KWSP.’
Selama lebih dari 30 tahun sistem eknonomi kapitalis neo liberal telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neo liberal bermakna – apa yang boleh jual di jual – apa yang boleh beli dibeli. Sistem kapitalis ini telah mengenepikan peranan daulah. Kerajaan TIDAK dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, leterik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai. Menurut falsafah neo liberal jika kerajaan campur tangan maka sistem kapitalis akan cacat.
Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut sama mengamalkan sistem kapitalis neo liberal. Hasilnya – lembaga api leterik dijual pada kroni, lembaga agihan air di jual pada kroni, membuat jalan raya di jual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka adalah anak beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.
Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung di bawah Perlembagaan dan Hak Keistemewaan Orang Melayu. Jika kritikan datang dari yang Bukan Melayu maka mereka akan mengatakan bahawa orang Bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keisntemewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam dengan tindakan undang-undang.
Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak selepas melakukan rompakan akan berselindung di Masjid atau di Kuil atau di Gereja. Ini taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.
Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan Bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembayang dimana. Apabila ekonomi kuncup yang terpukul henat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga akan hilang pekerjaan dan mata pencarian.
Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neo liberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup maka semua ekonomi kapitalis neo liberal dalam dunia ini juga akan menguncup sama.
Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara dari bencana kemelesatan ekonomi. Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak wajib diganti secepat mungkin. Malah Najib Razak sendirikan wajib di humbankan ke dalam tong sampah sejarah
Langkah awal ialah konsep KEMBALI KE BUMI. Petanian wajib di jadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menanam tanaman untuk dimakan. Jika ekonomi meleset orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan maka anggaplah ini adalah sebagai bonus.
Kembali Ke Bumi ini bertujuan untuk membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah di porak perandakan oleh dasar kapitalis neo liberal.
Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksima atau dasar – apa boleh jual jual – apa boleh beli beli. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk memisahkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.
Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara adalah dasar neo liberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti meleset dan gagal. Dasar kapitalis neo liberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasakan kekuatan kaum pekerja, buruh dan tani.
satu fakta yang cukup jelas dan amat senang difahami dalam bahasa yang cukup cantik dan menarik...
BalasPadamPol Pot Malaysia saja yang pulang ke bumi
BalasPadamRasa-rasa untuk membuncitkan perut.Memang siapa tak nak duit, habaq mai la sapa tak mau.Tapi kalau haram, biarla berbuih nant mulut dia makan duit haram!
BalasPadamWill Barisan Nasional Change?
Parti Pekerja dan Parti Buruh Malaysia perlu dihidupkan kembalai bagi emnjamin hak-hak pekerja dan buruh kasap yang ditindas setiap hari dan masa.
BalasPadamsampai bila golonga pekerja ditindas menjadi khaddam kepada lintah darat kapitalis yang membina ribuan km jalanraya untuk kemudahan kereta mewah mereka?
kenapa tiada tindakan untuk membanyakkan pengangkutan awam yang dapt mengurangka kebergantungan kepada sumber petrol negara?
Kenapa memerlukan lebih 10 tahun untuk menyiapkan double track ek Ipoh dan 3 tahun lagi untuk menyiapkan gerabak penumpang?
Kenapa tiada bantuan kerajaan pusat dan insentif kepada KTM?
Apakah United Malays Organisation sendiri sudah benci dengan nama Tanah Melayu pada sebuah organisasi pengangkutan awam paling penting di Tanah Melayu ini?
Adakah KTM sinonim dengan golongan Melayu miskin dan perlahan?
satu ulasan yang bernas dari perspektif seorang intelektual dan mudah difahami . Ini memperkuatkan lagi kata perpatah melayu " jauh perjalanan luas pandangan" syabas abang isham satu pandangan murni yang relatif . kadang -kadang pengalaman dan perjalanan hidup banyak membantu & memperkaya diri , minda & pandangan seseorang. saya amat yakin & pasti perjalanan hidup telah banyak memperkayakan diri abang isham yang mana ilmu-ilmu ini tidak diperolehi di mana mana menara gading . Alangden
BalasPadamWe should be very very afraid of Najib.Dulu duit tsunami/banjir pun lesap.Nothing is safe.Bank si polan polan tu pun bukannya bagus sangat.Mentaliti masih bank Bumiputra (have you dealt with people there?)
BalasPadamKalau kat Jepun, menteri macam Najib dah lama letak jawatan bila kes bom tu berlaku di bawah Kementerian dia (samada dia terlibat atau tidak.Pokoknya dia yang bertanggungjawab atas apa juga berlaku di bawah kementerian yang terbabit)
Jadi Bang, apa usaha kita untuk menyekat kemaraan Najib sebagai PM Malaysia? Ku Li dah out.Politik wang sangat kuat.Apa punya tur sangat orang UMNO ni?
tq Brader Isham..
BalasPadamBila agaknya PR dapat mentadbir negara? Pelan lama pelan sonyap akan potensi PR nak ambil alih kuasa pentadbiran negara. Sayu hati den dan lebih sayu lagi rakyat majoriti. Bila ditanyo, PR tak mahu buat huru-hara, kecoh dan lebih sedih lagi Pak Lah tak layan permintaan PR di Dewan, Agongpun nampak senyap aje, AP Kulimpun nak tembak 'Islamnya', hai apo lagi. den keno sabar, nanti diajar 'sabar tu sebahagian drp Islam'. Nampak gayo kena tunggu sampai PR-13lah. Ekonomi semakin bengong , diurus oleh Najis Bengong. Walhasil rakyat majoriti terkilan dan merano lagilah.
BalasPadamhuk3..
BalasPadampa cita valuecap neh..
indeks komposit lg skit nk jtuh bwh dr 800mata..
stabilnya ekonomi.
Dan mereka masih nak Najib jadi PM?! Kes dia dengan the late Altantuya pun belum dengar apa-apa lagi..
BalasPadamInilah dia BN & umno;
BalasPadam1 – penyalahgunaan kuasa & rasuah terus berleluasa
a) beli eurocopter (open tender kononnya) = RM 2.3 billion (RM 2300 juta)
b) guna wang (pekerja & buruh) KWSP tampa meminta izin (tk dibawak ke parlimen utk perbincangan & kelulusan) = RM 5.0 billion (RM5000 juta)
2 – Penipu & memutarbelitkan isu;
a) menyerang habis-habisan Dtk Sri Anwar & kerajaan negeri P.Pinang mengenai dasar pakatan rakyat terhadap org melayu (DEB) dlm masa yang sama Najib menciplak idea yg sama utk menarik kembali sokongan org bukan melayu.
b) harga minyak akan diturunkan ke paras lama RM1.92, jika harga minyak berada di paras USD72.00 setong.
c) menuduh Theresa Kok (DAP) memainkan isu agama (melarang laungan Azan diMasjid) & mengambil kesempatan menubuhkan Tabung Azan (kemana duit itu nanti akan dihabiskan??????????)
3 – Kronism;
a) lembaga api leterik (IPP), lembaga agihan air (SYABAS), membuat jalan raya (PLUS), hospital (PANTAI) dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka adalah anak beranak, kaum keluarga dan rakan2 gerombolan UMNO.
b) harga beras (kata shahrir samad), tariff electric (kata shaziman mansor) tk boleh & tk mungkin diturunkan. Sebab??????????
c) kerajaan tidak boleh menurunkan harga minyak secara drastic (kata shahrir samad) kerana bimbang penusaha stesen minyak akan mengalami kerugian besar. (semasa kenaikan drastic 0.78sen =>RM1.00 & penambahan komisen 0.12sen dulu siapa yg untung & siapa yg rugi (selepas kenaikan harga semua barang keperluan harian)????????.
(Kenapa tk di kaji & buat “brainstorming” betul2 sebelum buat sebarang keputusan.)
Kesimpulannya;
4 - “Kemusnahan” telah pun dilakukan oleh kerajaan BN yg sedia ada & tak mungkin dapat dipulihkan lagi dgn apa cara sekali pun, Justeru itu seluruh rakyat Malaysia wajib mendesak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara dari bencana kemelesatan ekonomi. Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak wajib diganti secepat mungkin.
Malah saya amat bersetuju Najib Razak & grombolannya wajib di humbankan ke dalam tong sampah sejarah.
sistem ekonomi liberal menolak kronisme dan menggalakkan persaingan melalui free market.
BalasPadamyang menolak persaingan dan free market ini ialah sistem sosialisme yang mahu memiliknegarakan apa saja. kronisme lahir dari dasar tiada persaingan di mana negara membuat seluruh keputusan tentang apa yang baik dan tidak baik untuk rakyat.
jelasnya, sistem sosialismelah yang membolehkan najib wewenang melakukan kecelakaan ini.
sistem liberalisme sangat berpegang kepada hak pemilikan harta. dalam kes ini kerajaan suka mak bapak diorg jadikan harta rakyat sebagai milik mereka dan ia bercanggah dengan dasar liberalisme. yang mengizinkan hal ini berlaku hanya dasar sosialisme di mana kerajaan berhak mengambil harta individu jika difikirkan baik untuk rakyat.
baik hangguk dia! sistem sosialisme telah dan akan terus menyokong kerajaan berbuat apa saja sesuka hati atas nama rakyat.
piirah!
well written,bro!
BalasPadaminspirational!
5Billion RM untuk di bahagi bahagikan antara dia orang! Apa lagi?
BalasPadamMacam duit untuk spaceman kita, mana manafaat nya?
Dapat seorang datuk yang di gunakan untuk 'publicity UMNOlah!'
sembang kita ni mcm sembang kat kedai kopi..tak pa lah nak buat camna..ada jugak tempat bersembang hal2 politik ni..
BalasPadamsaja nak share ..Belanda besarnya cam kedah saja,,tapi makanan depa tak ada yg dimport kecuali gandum..
setiap rumah disana ada green house..sendiri tanam sendiri makan..
lebih jual kat pusat pengumpulan dan diekspot diatas satu brand..
kata msia nak tiru belanda..depa2-menteri2, pegawai2..melawat sana tu sekarang dok buat apa..tah2 p sana dok syok dgn light street kat amsterdam kut kat situ hisap ganja boleh, aya2, seks halal, ayam2 depa bayaq cukai..tu yg menteri kita dok suka p belanda..pi melawat ladang konon..emmm.
tak tau la..
balik saja ke ekonomi islam yg syumul pertanian, perindustrian, semua seimbang, jika kita makan baca doa, nak kenduri ikut Agama, nak buat seks pun baca doa, dlm ekonomi pasal apa tak nak ikut..
kita boleh start slowly..tgk perbankkan islam kurang kena impak ..meleset ni..kena explore lain daripada banking saja..ingat Islam tu syumul..
ini pandangan saya..
Sedikit fakta utk dikongsi dengan rakan2 di Malaysia.
BalasPadamSaya skrg menetap di Queensland Australia. Sebentar tadi, saya isi minyak kereta dgn harga AUD 1.35seliter. Sebelum ini, harganya tak pernah kurang dr AUD1.40. Inilah untungnya bila harga minyak tak ditetapkan kerajaan dan mengikut harga semasa. Ia naik & ia turun dgn sendiri. Malah, diramalkan harga akan turun lagi kerana harga minyak mentah yg semakin rendah.
Satu lagi fakta utk dikongsi bersama. Kereta Gen-2 di Australia dijual pd harga AUD 16,990 (RM 37,200), sedangkan di Malaysia, harga paling rendah mengikut website ini (http://kereta.info/harga-semasa-kereta-baru-proton/) adalah RM 46,033. Nampaknya, kita bukan saja membayar harga yg tinggi utk kereta eksport, tetapi juga utk kereta keluaran tempatan.
ok ya sambung bicara lagi ttg ekonomi islam,
BalasPadamtadi sibuk kerja..
saya cabar semua kaki blog ni..sahut cabaran..
berani..termasuk la towkay bro Hisham..dah kalau boleh selidik, study buat research pasai sistem ekonomi yg ada kat dunia ni..neo kapitalisma la, sosialisma la, komunis la..saya cabar pi buta study lebih mendalam ttg hal ekonomi islam...
yg mana duit yg disarankan adalh dinar emas..cuba tgk dah beratus tahun..ekonomi islam ni dok ajar ..emas ni tak turn harga sbb tu kena bayar zakat..sbb emas ni tak kan turun harga ..ada pun tak byk perubaham harga, dlm ekonomi islam ada zakt, ada had utk ambil utg, ada sistem pengawasan utk pemerintah,
saya cabar dah kalau kata pandai, dan rasa diri pandai jom kita explore ekonomi islam..cam na berani..
eloklah dari kita cuma memberi pendapat yg akhirnya kita takdapat apa duit tak dapat, pahala pun tak dapat..saya bukannya org alim..atau pun ustaz tetapi bila dok baca kaji..mmg ekonomi islam adalah yg terbaik ..dan tak lapuk dek zaman..
ekonomi yg seimbang..yg adil, berada ditengah diantara kapitalis dan sosialis..
jika dilihat pandangan bro hisham utk jadikan pertanian tulang belakang ekonomi tak leh jugak..sbb semau negara ada tanah..tak ada tanah pun sekarang ni dah boleh berkebun..
mari kita lihat teori kehendak maslow..mausia ada tangga kemahuannya..
dari makanan sampai la kemewahan..dlm islam dinamakan nafsu..utk makanan dan kekayaan..sama saja ..
tapi islam yg perkenalkan dulu baru brader maslow ni kaji dan tiru..
takleh cuma tumpukan makanan..semuanya kena seimbang dan sederhana..impot kena sbb utk perniagaan ianya perlu ttp tak semua..pelaburan kena tapi jenis pelaburannya kena selidik..
jika benar kaki2 blog ni org yg betul2 cintakan keadilan, equality, mari kita study..ekonomi islam ni..
InsyaAllah tak rugi apa2 malah akan menjadikan kita org lebih matang dan berilmu..
berani ka...
http://id.wikipedia.org/wiki/Kategori:Ekonomi_islam
KWSP kene songlap?
BalasPadamDulu duit tsunami/banjir pun lesap?
apakah? apakah?
argh!
we are desperately in need of a more responsive system of governance.
Hancur sudah ekonomi tanah air tempat tumpah darah setia kita semua akibat di rompak dan di jarah dengan sebuas nafsu serakah oleh Gerombolan United Malays National Organization...
BalasPadamApalah ertinya rakyat marhaen yang terus terusan diperdaya dengan media2 arus perdana yang seringkali melapokan berita tentang ekonomi negara yang lunaknya sahaja pada luaran tapi buruk dalamannya pada kita semua...
Menjadi kewajipan bagi kita semua rakya marhaen menolak bala dan bahana yang amat besar dengan cara menolak Gerombolan United Malays National Organization dengan sekutu mereka menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti...
Hidup Rakyat Mahraen !!!
Cilaka punya gomen, hanya tau kebas duit rakyat.
BalasPadam