Hujan turun lagi
Buat susah orang jalan kaki
Baju diampaian terus berdaki
Sejuk dan selalu kencing kerana banyak minum kopi
Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan cuaca di bumi kita ini. Apakah ini hasilan pemanasan dunia. Apakah ini hasil perubahan cuaca yang sementara. Apakah ini tanda-tanda akhir zaman seperti dalam Kalender Maya yang menetapkan 2012 nanti kita semua akan kaput.
Saya selalu bertengkar dengan diri sendiri. Antara panas dengan hujan mana yang baik. Antara musim sejuk dengan musim panas mana yang enak.
Bila hujan saban petang seminggu ini – saya mahukan panas.
Bila panas terik pula saya berharap hujan turun.
Bila sejuk mengigil dalam salji saya bermimpi musim panas
Bila panas membakar saya bermimpi tidur dalam salji.
Saya sendiri pun tidak tahu apa yang saya mahu.
Bekas kekasih saya seorang gadis Basque – kami selalu bertengar – tentang hal hujan dan panas. Di London sejuk dan gelap. Dia mengajak saya berpindah ke Sepanyol. Di Sepanyol panas dan cerah. Lalu saya ajukan bahawa di Malaysia panas sepanjang tahun. Tidak ada musim panas dan musim sejuk. Lalu saya pelawa dia datang ke sini. Gadis ini menolak kerana dia tidak boleh hidup dalam negara yang tidak ada empat musim. Saya pun senang hati kerana boleh terus mencari kekasih lagi.
Petang ini hujan turun lagi. Saya gelisah. Petang kelmarin saya nampak Sungai Klang padat. Dua tahun dahulu ada buaya naik berjemur betul-betul di belakang tempat saya menunggu bas.
Bilik saya tidak jauh dari tebing Sungai Klang. Kalau banjir Nabi Noh sampai sekali lagi maka kawasan saya mungkin yang awal tenggelam. Kubur-kubur di sekeliling tempat saya tinggal juga akan tenggelam. Kalau bah Nabi Noh datang lagi saya akan menyelamatkan lima ekor kucing saya dalam kapal Nabi Noh. Nabi Noh menyelamatkan binatang berpasang-pasang agar nanti akan ada zuriat yang baru. Dalam hal ini saya ada masaalah. Semua kucing saya telah putus haid – bukan saya yang buat – ini kerja bomoh binatang.
Bila agaknya hujan ini nak berhenti.
Saya rindu nak tengok kuala lumpur banjir lagi macam tahun 1971.
Seluruh batu road seminggu tenggelam. Kemudian ada jual murah. Saya ingin melihat Sogo tenggelam kali ini kerana saya ternampak ada seluar dalam terjual disitu tetapi harganya mahal. Bila banjir menyerang pasti harganya merosot.
Woit ! tak henti-henti lagi. Ini kopi yang entah berapa belas kali! Sejuk sejuk macam ini saya teringat alangkah seronoknya kalau saya di katil tidak bersendiri.
"Malam jumaat ngentot BROOK"
BalasPadamsalam hujan,
BalasPadamsemuanya rahmat dari YANG MAHA ESA.dapat kekasih baru pun rahmat juga tu bro kehkehkeh.
Bro,
BalasPadamBila lu mau datang jemapoh bro.??CD lu dari jemapoh ke Manchester mmg seni gilo..caiyok kt lu..senang2 lu dtg jemapoh lepak kat pej PR joseh..citer pasal asan malik yg gilo bayang...k bro...adiossss....
bro.. bilo nak dtg jemapoh bro...wa ingat nak jemput lu lepak2 kt pej PR joseh...kito citer pasal asan apam balik@malik....mat gilo bayang..caiyok sama lu bro..hujan2 pekena kopi o dgn jemput2...best bro...caiyokkk...
BalasPadamAnak Malaysia
BalasPadamDonde esta tu novia ahora ? Estuviste en San Sebastian y Bilbao ? en que ano fuiste a Espana ?
mi no spiking inglis macam si mamat tu !!!
Warikh nak tanyo nie . Gadis basque nie apo? mano negorie aie .Tak ado dalam potoe .Dimano lotak aie... Eropah ..Meditranean ko ?
BalasPadamhuahuahua..
BalasPadamSanggap..
;P
Samalah.. Adeh...
Kakak di opis ramai yang dah ngandung bulan nih, hampir 5 orang mengandung serentak..
Suburnya mereka apabila hujan-hujan begini.. Aksi mereka mesti banyak..;)
Kah kah kah.. sANGGAP..
saya bukan orang jemapohlaaaa....orang jelebulaaaa... asal tengkek - padang lebar batu kikir - besar d jelebu -
BalasPadamtua di kl.
Umangai...
BalasPadamghupoeh dari jolobu ko manceste lah nie...
jolobak jolobu...
Salam abang isham,
BalasPadamTerkenang Bukit Tangga.
Rest House Jelebu.
Dalam poket ada $1.20
Nak nikah apa duit $1.20(1979)
bro...
BalasPadamhujan tu rezeki dari allah...kata orang tua2 n kata saya yang tak sekolah jauh2..
kalaun tak ade hujan di dunia ni..tak ade lah lautan...dah tentu sg kelang tah ke mana dan buaya tah ke mana...mamat cosner tu tak dapat buat cerita 'dunia air' kena tulis cerita dunia gersang la...(wa ada baca ulasan bro pasal filem tu...lama dulu)
memang cuaca dunia dah menggila.
BalasPadammusim panas tahun ni, cuma seminggu rasa bahang matahari di manchester.
hari-hari hujan.
salam dari 'sunny' manchester.
din
http://ceritarassa.blogspot.com/
kalo Sogo tengelam banjir bukan stakat seluar dalam....
BalasPadampakai2 hebat pon sunma akan terpamer di kedai bundle yg berdekatan....time ni apa lagi bleh la serbu
Salam
BalasPadamBagus hujan, boleh cuci tanah, cuci kotor, cuci dosa....
budak isham ni...daghi dulu den suruh ekau kahwin. taaak kawen2...
BalasPadamni haa bila hujan...poluk bantal bucuuk ajo laaa...
streeben tuen..tul..
bro. hari2 sekarang ni selalu hujan. air dari langit ke bumi kemudian naik semula ke langit. bukanlah bermakna air ini menjadi suci yakni holy water kerana turun dari langit.
BalasPadamadapun manusia itu juga dikata dalam kitab bahwa turun dari langit juga, manusia ini sama seperti hujan. walaupun turun dari langit, manusia tak suci.
air hujan walaupun turun dari langit siapakah di kl ini yang sanggup meminumnya tanpa dimasak terlebih dahulu? malah kalau dimasak juga belum tentu ada yang mahu meminumnya.
Tuan Hisham,
BalasPadamSaya juga adalah antara Sogoholic iaitu kaki beli belah di Sogo eheheh.
Tuan tidak perlu tunggu KL banjir jika tuan mahu pilih sahaja mana-mana seluar dalam yang berjenama sekalipun, sanggup saya bayarkan kahkahkah.