Sabtu, 4 Oktober 2008

SESUDAH PUAS MAKAN TAPAI

Sesudah puas makan tapai tukar tiub dibuka kembali.
Sesudah letih bersalaman tukar tiub dibuka kembali
Sesudah bosan berperangai sopan tukar tiub dibuka kembali
Sesudah jelak melihat kerepek ubi tukar tiub dibuka kembali
Sesudah pening kepala dengan mentua mentaya tukar tiub dibuka kembali
Sesudah berlagak dikampung dengan kereta baru tukar tiub dibuka kembali
Sesudah mengelentong orang kampung tukar tiub dibuka kembali
Sesudah abis duit di saku tukar tiub dibuka kembali

Sebelum dolah didolahkan baca tukar tiub
Sebelum najib dialtantuyakan baca tukar tiub
Sebelum mohiden disembabkan baca tukar tiub
Sebelum mat taib bercakap mi no spik inglis baca tukar tiub
Sebelum hadi bermimpi nak jadi pm baca tukar tiub
Sebelum cik gu pa dapat balak baca tukar tiub
Sebelum sharizat dijandakan baca tukar tiub
Sebelum mat auw menyambung lidah baca tukar tiub
Sebelum bik mama bertambah kilo baca tukar tiub

Tukar tiub akan terus melaporkan politik, sex, ekonomi, bik mama,zzzzz,munkeee,
jilbab,kang kong dan nordin kardi.

Tukar tiub akan mengviagra fikirah yang lembab
Tukar tiub akan mensekarangkan semua yang semalam
Tukar tiub akan mengingatkan nostalgia yang hilang
Tukar tiub akan menterkinikan semua yang terkini
Tukar tiub akan me…kah kah kah..kan semua yang serious…kah kah kah



26 ulasan:

  1. Tak baik sebut nama orang, sebut nama samaran mereka pun orang sudah tahu-sama-tahu....

    BalasPadam
  2. apa ni abg isham takkan nak bermusuhan dgn tok guru hj hadi plak kot...
    jgn main api..nanti terbakar diri... saya syorkan abg isham tarik balik tulisan yg mengatakan sebelum hadi bermimpi nak jadi pm..
    saya tak nak nanti akan memecah belahkan PAKATAN RAKYAT dengan tulisan abang ni.. saya ni penyokong pakatan rakyat,terutama PAS... tolong la...

    BalasPadam
  3. Salam Tuan,

    Yaa.. betul tu... tukar tiub, minda tukaq pemikiran anda... teruskan...

    Tak sabaq nak tau..

    BalasPadam
  4. sebelum terlambat....


    selamat hari raya...

    BalasPadam
  5. Salam..

    Selamat kembali..
    Selamat hari raya..

    Sesudah..
    Sebelum..
    Tapi tak Selesai lagi..

    Teruskan usaha Anda..
    Saya akan terus meyokong Tukar Tiub..

    Selamat..

    BalasPadam
  6. Dari Jelebu dah lama tak update...

    BalasPadam
  7. Hai Wahai Pengulas Tanpa Bernama:

    Kalau kau ni penyokong PAS, ataupun kau ni kagum sangat dengan Tok Hadi, itu masalah awak.

    Yang penting, tiada siapa bebas daripada kritikan.

    Jangan jadi katak bawah tempurang.

    Biasakan diri dengan kritikan.

    Kalau takut atau terlalu mengagong-agongkan seseorang sehingga tak mahu kritik, habis la negara ini jadi macam Turkmenistan di mana bekas presiden dia itu macam Tuhan.

    Hadi Awang boleh dikutuk atau hajatnya boleh dipersoal

    Si Albab boleh dikutuk dan motifnya boleh dipersoal

    Najib dan Bik Mama boleh dikutuk dan tingkahlaku mereka boleh disoal

    Jangan jadi budak kecik yang terlalu taksub dengan mana-mana parti atau pemimpin, sebab inilah titik permulaan runtuhnya demokrasi dan pembangunan akal dan rohani.

    BalasPadam
  8. ya aku sokong TAIKO BATU - BATA(bedal ja lah labu)

    BalasPadam
  9. Hadi Awang nak jadi PM...Mimpilah...gua gerenti bangkang kalau Hadi Awang jadi PM...Apa ntah lagi bermimpi...Dah lah kawin 3...Rumah besar!!! Nampak sangat gunakan agama utk diri sendiri...PAS Terengganu kantui,Org Pas Terengganu pon dah x nak da Hadi Awang...ape cer tuh...Sudahlah Hadi Awang mahupun penyokong2 nyer...

    BalasPadam
  10. hidup tukar tiub !

    aku tetap sokong tukar tiub walaupun motor aku pakai tayar tubeless...

    BalasPadam
  11. lantak korang le nak bergaduh ke hape......papahal tapai tahun ni xberapa nak perfect laaaa......

    terpaksa beli coz mak aku pegi umrah kat mekah.......

    BalasPadam
  12. betul,betul,betul,betul..(ipin)
    jangan mengagungkan pemimpin tak tentu hala, kalau salah kita kena betulkan... kalau sendeng kita kena tegakkan... kalau bengong kita ketok kepala dia dengan beluti, biar bengong terus... kah kah kah kah... tak kemana deh kalau berangan nak jadi PM tapi tak mesra rakyat...

    BalasPadam
  13. Bro Isham, tak terlewat rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya - MZB..Satu perkara..Enjoy Betul baca telahan Bro..hatta di hari raya pun x puas kalau x singgah membaca & mempertajamkan lagi BENAK(boleh tak guna nih?.. x sangka Tukar Tiub ni ternyata berbeza dari sebelumnya..Sekali Bro "Jangan PENCEN" (kali kedua posting nih)..teruskan kupas dan mengupas MINDA (pinjam perkataan Prof Diraja Ungku Aziz boley..?) Enjoy betul baca Bro..Bro..Interface Blog ni Bro bagi Ummmmphhh.. sikit boley? Simple sangat..bukan tak OK..cuma kalau boley Biar dia simple tapi creative and attractive (pinjam omputih boley..?)Lastly..Thumbs up Tukar Tiub!!! No more You Tube kah!kah!kah!kah! (pinjam Bro Isham punya gelak boley?)

    BalasPadam
  14. Sebelum pak sheikh buang kapitalisme baca tukar tiub

    BalasPadam
  15. Ya aiman aku juga punya hak untuk bangkang ejen imf jadi pm msia

    BalasPadam
  16. Woi sosialis barua alam.apasal komen nak filter?

    BalasPadam
  17. tanpa nama memang sial! salam kembali!!!!!!!!

    BalasPadam
  18. takder telo ker??? tanpa nama??? AHHAhAhA
    www.mindabersaru.blogspot.com

    BalasPadam
  19. Lantak le aku sial.janji bukan tali barut isma ciptaan manusia.salam hafiz

    BalasPadam
  20. to aiman! firstly kena tau bahwa aku bukan penyokong hj hadi. aku juga bukan peminatnya. walauapapun, hj hadi punya sumbangan amat besar dalam senario politik malaysia. juga dalam dunia hirerki islam. tokoh yang dikenali di peringkat dunia islam. aku pun tak sokong dia jadi PM jika masih mengekalkan mentaliti sekarang ni. dia nak kawin 4 sekalipun bukanlah masalah. kalau PAS tak gunakan agama... takkan dia nak gunakan kau... atau gunakan kitab sutra... hahaha dia bebas memilih mana2, apa saja dogma pegangan... kita kena terima pegangan, pendiriannya dan pada masa yang sama mengekalkan kesucian diri kita hahaha

    BalasPadam
  21. Salam Tok Hisham,

    Slamat menulis blog kembali...

    Den pembaca setia blog ni,dah terikut2 ngan trademark dia, "Kah kah kah"...

    Dgr2 kabor,Pak Lah nak undur 8 Oktober ni??Ape komen Tok??

    Itu misai kontot plak ade hajat nak jadi TPM...Kah kah kah...

    BalasPadam
  22. Iceburn, lantakle aku xde telo.masalah ko ke.belum memerintah pun xleh nak cuit skit.bak kata bro isham apa punya turrr

    BalasPadam
  23. To Aiman,
    Tolong terangkan secara terperinci,apakah ciri-ciri pemimpin di dalam Islam? Aku tak nak ciri-ciri pemimpin mengikut pandangan idealisme lain. Rasa-rasa kamulah,siapakah pemimpin di Malaysia ni yang menepati atau menghampiri ciri-ciri yang disebutkan itu? Andaikata Anwar Ibrahim ditangkap atau dihalang daripada menjadi PM,siapakah calon lain daripada Pakatan Rakyat yang difikirkan layak untuk jawatan itu?

    BalasPadam
  24. To Taiko Kilang Kasut Bata,
    Saya akui bahawa Haji Hadi boleh dikutuk tetapi saya tidak pasti sama ada dia benar-benar berhajat untuk menjadi PM.Ini adalah kerana seseorang yang betul-betul wara',tak nak pun jawatan tersebut kecuali jika ia diminta untuk berbuat demikian ataupun orang-orang beriman merasakan bahawa beliaulah calon yang dirasakan layak untuk jawatan tersebut.Kalau Taiko kilang Kasut Bata nak merasakan betapa sukarnya untuk menjawab pertanyaan Allah s.w.t di akhirat kelak terhadap seseorang yang menjadi pemimpin,bolehlah kita pakat ramai-ramai calonkan Taiko ni sebagai PM Malaysia.Tak tahulah kalau taiko ni tak percaya Hari Kiamat.

    BalasPadam
  25. aku secara peribadi, tak suka orang yg susah nak senyum jadik pemimpin aku, jarum dalam jerami pon orang sanggup cari, takkan pengganti anwar(kalau tak jadi PM) takleh nak cari selain hadi... ismail kamus pon sempoi apa...
    gua cakap lu takder telo bukan apa bro, tunjukkan la rupa lu, takyah la pakai 'takda nama' tu, komen pung pang pung pang tapi berani cakap balik tirai buat apa, kucing pon orang bagi nama(tak gitu apak isham?)...
    last.. takkan kritik hadi takleh kot... kata nak buat kerajaan telus, takkan takleh kritik langsung... camtu sama la macam BN... kritik?? tangkap ISA!!! AAHHAhAhHAHAhAhAH

    www.mindabersaru.blogspot.com

    BalasPadam
  26. Selamat hari raya semua....
    Bro Isham...selamat bertapai...

    zaini76

    BalasPadam