Khamis, 30 Oktober 2008
STATISTIK EKUITI DAN BUMIPUTERA TIADA MAKNA
Pembohongan ada pelbagai bentuk. Ada orang yang membuat janji tetapi tidak ditunaikan. Ada parti politik yang membuat manifesto pilihanraya tetapi sesudah menang dan berkuasa manifesto ini dilupakan. Ada menteri yang berjanji akan telus tetapi apabila berkuasa menjadi kukubesi. Ada menteri yang berjanji menentang nepotisma tetapi apabila berkuasa yang diutamakan ialah kaum keluarga. Semua ini pembohongan yang kita semua tahu, sedar dan faham.
Ada lagi satu pembohongan yang namanya – Statistik. Malah statistik adalah pembohong yang paling tersusun lagi licik lengok jalannya. Saya tidak pernah percaya kepada statistik. Saya menolak statistik sebagai patukan untuk dijadikan rujukan. Ini kerana selama ini saya melihat bahawa statistik ini boleh dimanipulasi dan ditunggang terbalikan. Statistik juga dijadikan senjata untuk mengolah pandangan orang ramai.
Mari kita lihat kes statistik tentang pencapaian ekonomi Bumiputera yang terus dihebohkan. Kes statistik ini menjadi heboh dan sengaja diheboh-hebohkan untuk tujuan mendapat sokongan politik. Mula-mula keluar satu angka statistik mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru telah berjaya mencapai matlamat. Bumiputera sudah memiliki 45% ekuiti ekonomi negara ini.
Kemudian, satu lagi statistik yang mengatakan Dasar Ekonomi Baru belum berjaya. Bumiputera hanya memiliki hampir 19% sahaja. Kemudian satu lagi angka statistik keluar – bukan yang ini dan bukan yang itu – tetapi dipaparkan satu angka baru. Tiga angka statistik dimunculkan kepada umum. Membingongkan ? Tidak. Lupakan sahaja kerana ketiga-tiga angka ini tidak memiliki apa-apa untuk kita semua.
Saya tidak peduli sama ada Bumiputera memiliki 50%, 60% atau 100% ekuiti ekonomi negara ini. Angka-angka ini tidak memberi apa-apa makna kepada saya. Hujah saya menolak angka statistik ini cukup senang. Statistik ini hanyalah satu ‘omong kosong’. Statistik adalah angka-angka yang dikumpul tetapi dalam kehidupan harian kita ianya tidak bermakna.
Kalaupun Bumiputera memiliki 70% atau 90% ekuiti ekonomi negara ini, untuk rakyat seperti kita, ianya tidak akan mendatangkan apa-apa perubahan yang hakiki. Kalau kita Bumiputera naik bas tambangnya sama dengan yang Bukan Bumiputera, beli sayur harganya sama, bil lektrik, bil air dan harga top-up pun sama. Setiap bulan sewa bilik harganya sama. Di hujung tahun kos kehidupan bertambah – Bumiputera atau Bukan Bumiputera. Pemilikan ekonomi Bumiputera ini tidak ada sangkut paut dengan kehidupan harian kita, walaupun kita Bumiputera.
Katakanlah Bumiputera dalam negara ini telah memiliki 50% dari jumlah ekuiti ekonomi negara. Saya cukup yakin 50% ekonomi ini tidak akan dimiliki oleh semua Bumiputera. Jumlah 50% ekonomi negara ini mungkin dimiliki oleh 10 orang, 20 orang, 200 atau 200,000 orang Bumiputera. Apa yang terjadi kepada 16 juta Bumiputera yang lain? Mereka juga Bumiputera dan apabila statistik ini dirangka kewujudaan mereka juga dihitung sama. Jelas disini statistik ini tidak memiliki apa-apa makna.
Dalam ekonomi kapitalis, setiap individu dan warga diberi kebebasan untuk memiliki sebanyak mana kekayaan. Dalam ekonomi kapitalis disediakan ruang dan galakan untuk warga mencari dan mengumpul kekayaan. Jika kita faham ini maka bermakna kita semua sebagai warga akan mendapat peluang yang sama. Salah. Kita TIDAK akan memiliki peluang yang sama dalam ekonomi kapitalis. Peluang ini tidak wujud untuk kita yang tidak memiliki modal. Hanya mereka yang memiliki modal sahaja yang akan dapat mempergunakan peluang itu.
Bagitu juga dalam hal Dasar Ekonomi Baru ini. DEB ini telah menobatkan bahawa setiap Bumiputera di Malaysia berhak untuk memiliki 30% ekuiti ekonomi negara. Ini dongeng. Ini juga statistik. Mak Jah dari Felda Taib Andak yang memohon untuk mendapat projek membuat Istana Negara yang berharga 400 juta ringgit itu tidak akan mendapat melawan Maya Maju Sdn.Bhd. Mak Jah dan syarikat Maya Maju ini sama , mereka berstatus Bumiputera. Tetapi hakikatnya adalah berlainan. Ada hukum-hukum dan syarat-syarat lain yang TIDAK bertulis. Bumiputera ini hanya satu dongeng sama seperti statistik. Ianya tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki.
Heboh-heboh statistik baru-baru ini bertujuan untuk mengolah persetujuan rakyat terutama Bumiputera untuk terus menyokong DEB. Dan terus menyokong gerombolan United Malays National Organisation. Amat jelas dari heboh-heboh ini ada dua pembohongan. Bohong pertama statistik. Bohong kedua ialah Bumiputera. Dua pembohongan ikat berikat.
Saya sedar ramai yang terpengaruh dengan pembohongan ini. Di sini saya ingin menerangkan terutama yang menganggap diri mereka Bumiputera. Saya harap mereka sedar bahawa konsep Bumiputera itu tidak ada apa-apa makna. Konsep ini juga sama dengan peratus statistik pencapaian ekuiti ekonomi Bumiputera - kedua-dua hanyalah ‘dondang sayang’ yang kedengaran tetapi tidak dapat dimasukkan ke dalam saku.
Selama 30 tahun ini bunyi perkataan Bumiputera telah dijadikan kempen oleh gerombolan United Malays National Organisation untuk mengumpul sokongan terutama dari orang Melayu. Rasa saya, manusia Bumiputera ini telah lama berdongeng bukan kerana ganja tetapi kerana mendengar bunyi dan statistik Bumiputera. Masanya telah sampai untuk kita bangun dari terus berdongeng dan berkhayal. Sila lihat disekeliling dan perhatikan apa yang sedang berlaku.
Ini bukan labun atau kempen politik kosong agar saya mendapat menjadi YB. Kalau tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila pergi lawat Kampung Chubadak dekat Sentul di mana tanah yang di teroka oleh Bumiputera berpuluh-puluh tahun dahulu akan dirampas oleh pemaju… opps saya tidak jelas pemaju jenis mana – mungkin Bumiputera atau mungkin dari Nigeria atau mungkin dari gerombolan United Malays National Organisation yang buat ‘joint venture’ dengan gerombolan Malaysian Chinese Association.
Atau sila pergi ke Kampung Berembang di belakang Jalan Ampang – tidak jauh dari KLCC opps…maaf kerana nama ini nama Mat Saleh. Lihat di mana rumah-rumah Bumiputera telah dibumikan. Atau ke Plentong di Johor Bahru. Lihat bumiputera anak beranak ini sedang tidur di atas bumi. Ini bukan statistik. Ini adalah manusia hidup yang boleh kita pegang dan lawan bercakap. Mereka inilah yang tidak termasuk dalam kajian dari pakar-pakar statistik yang asli mahupun dari pakar-pakar statistik ‘cap ayam’.(tt)
setuju tu bro isham...betul sangat ,apa apa kecil besar mesti canang statistik bumi....semua benda nak perbandingkan...
BalasPadampemimpin-pemimpin united malays national organisation semuanya PENCURI,mencuri hak-hak kami sejak 51 tahun..Hidup Sosialisma..!!
BalasPadamyes...kenyataan yg cukup bagus !..ramai melayu tertipu kecuali juak-juak yang ada kepentingan diri dan keluarga dalam mengejar kebendaan dunia yg sekejap ni...allahuakhbar....dahsyat mainan politik org melayu kita yg sanggup menjahanamkan bangsa sendiri......
BalasPadamkalau kat us, kempen guna statistik ni la digunakan utk memperbodohkan rakyat dia lamaaa dahh.. sapa sapa pun bleh tulis angka ikut sedap hati..
BalasPadammeow~
BalasPadamhehe mungkin bung hisham tak sedar dalam menghentam tahap bolehpercaya statistik umum, bung hisham juga telah menggunakan pemikiran statistik.
bagi kucingsiam, sama ada statistik boleh dipercayai atau tidak, amat bergantung kepada sumber yang mengeluarkannya.
Statistik ialah satu juzuk ilmu yang telah dikaji secara mendalam oleh sarjana berzaman untuk memahami corak alamiah. Dari segi ini ia amat berkait dengan kemajuan sains yang bergantung kepada kuantiti bolehukur.
Statistik sains boleh dipercayai kerana ia tiada kaitan dengan politik. Malah, untuk memperoleh hasil teknologi baru, pemerintah akan melarang saintis membuat statisik palsu. Hak berbuat demikian ialah hak kuasa daulah.
Statistik yang berbau politik lain ceritanya, kerana salah satu matlamat menerbitkan statistik ini adalah untuk mengolah persetujuan umum. Statistik ini ada dua jenis:
1. Berunsur penipuan terus. Kalau bilangan kes jenayah dihitung 1000 kes seluruh negara, maka dilaporkan 100 sahaja.
2. Tidak menipu, tetapi tidak memberikan gambaran seluruh sahingga menjurus kepada salah faham. Misalnya, melaporkan purata pendapatan, tanpa disertakan sisihan piawai [yang melengkapkan gambaran tentang taburan sekitar purata].
Spot on... Bumiputera kalau tak de "cable", lebih malang daripada bukan bumiputera...
BalasPadamTukar Tiub,
BalasPadamWell written!
But then 'syok diri' is a common disease among the crutch-users, umnoputra &/or Malay inclusive.
Because of this imaginary egos many Malays r easy meat for umno propaganda.
This applies to those 'highly' educated one, too.
gwlnet
Anda dok berjuang non rasis tapi tengok Cina DAP, MCA, GERAKAN semuanya kiasu punya otak. Dia dok pejuang sekolah Cina, Bahasa Cina dan entah apa-apa yang cina-cina semuanya dia perjuang.
BalasPadamMereka nak Melayu neutral adil tapi mereka sendiri tak boleh..hak melayu mereka nak tapi mereka punya melayu tak boleh usik..
Tengok cina MCA sokong cina di selangor tapi melayu sama melayu tak boleh baik.
Melayu Menang sorak kampung tergadai..
.kah! Kah ! Kah....kah-kah-kah..........ka...hhhh!!!!!
mereka pandai guna nombor utk tunjuk statistik..tp takde plak nak perincikan apa subjek2 yg terlibat dlm mendapatkan keputusan2 statistik tersebut. contohnya golongan mane etc..
BalasPadamhanya dengan berbekalkan perkataan"bumiputra" ramai sangat yg tertipu dgn helah bakal ahli2 neraka tersebut...
Bro Isham, wa tabik kat lu ... dari tulisan yg bersatira hingga ke lawak gam**** ianya mampu membuat manusia yg ada otak berfikir.
BalasPadamDan bila tulisan yg berilmiah sebegini dibaca, manusia yg dilahirkan Down Syndrom pun buleh termenung seketika.
Cuma prof kang kung (kung kang) dari sintok je yg tak nak merenung kebenarannya.
Teruskan bro ..
Satu lagi Bro.
BalasPadamAda juga masyarakat kita sekarang ni yang jadi 'tukang takut' kepada United Malays National Organisation.
Bila orang Malaysia (kalau UMNO, baca: orang Cina) minta hapus DEB, ada rakyat yang jadi takut. Takut Melayu mati, takut Melayu papa.
Dongeng Bumiputera ni dah melekat juga dalam hati sesetengah daripada kita. Sebab? Selalu sangat dilagukan.
Akhirnya, we think what we wanna think. We see what we wanna see.
Glad to have few Malaysians like you to write something on the other side of the coin.
ekuiti tu hape? bunyi macam sedap aje. hehehehe gua kompom mak jah pun tak paham.
BalasPadamcalges
Excellent writeup. Yes, it is cerita dongeng that is used to perpetuate the survival of UMNO.
BalasPadamThe funny thing is that those who came out with the statistic , except Dr Lim, would dare to show how they come out with the figure. Kalau nak belajar Maths, kena show cikgu how you derive to the figure.
Alhamdulillah.... moga pembaca terbuka minda dan memahami konsep statistik yg banyak dipengaruhi olih unjuran tak lain tanggapan seseorang yang menghasilkan ststistik tersebut .
BalasPadamPeringatian..adalah pasti dan dipraktikan apabila satu-satu statistik dikemukan adalh perlu dan wajar disediakan , satu atau dua contoh dan pemilihan bergantung kepada yang paling bersesuaian dengan keadaan dan tak semestinya yang melambangkan keadaan sebenar& semasa.
Mengenai pemilikan ekuiti orang Melayu Bumiputera Malaysia, saya teruja untuk menghuraikan mengenai peranan Permodaan Nasional Bhd (PNB) .Bagi saya agak sedikit daripada ribuan pelabur adalah terdiri dari penabung yang mana membuat pelaburan mengikut konsep simpanan iaitu melabur mengunakan duit sendiri. Kebanyakan terutamanya yang mempunyai simpanan pelaburan melebihi RM50 ribu mereka ini adalah pelabur yang meminjam dari Bank (kaum pemodal) hasilnya sebahagian besar bayaran dividen kepada Ali, Ahmad , Siti dan lain lain dikongsi bersama Bank tempatan.
Berbalik kepada isu "statistik", saya terpanggil untuk menyatakan bahawa pembahagian / pemeganagan ekuiti yang ditonjolkan todak melambangkan keadaan sebenar . Alangden
betul tu. saya setuju dgn abg isham, kalau pun dihebahkan seluruh dunia pun kata bumiputera berjaya atau tak, atau pemilikan hartanah yang berbillion, ini juga tidak melambangkan apa-apa. orang kampung macam saya masih lagi orang kampung, masih lagi kena beli barangan dengan harga yang mahal, masih lagi kais pagi makan pagi..semuanya palsu..ekuiti konon..mati le umno!!!!
BalasPadam2-3 kerat yang menguasai ekuiti tak bermakna apa2 untuk semua bumiputera.
BalasPadamSalam..
BalasPadamHanya dengan satu perkataan"Bumiputera" gerombolan ini berjaya merompak dan menipu selama 51 tahun.
"Butanya hati bagi mereka yang masih menyokong gerombolan ini"
Statistik itu penting. Apa yang berlaku ialah penjelasan secara kualitatif akan statistik itu. Maka orang seperti Isham dan banyak lagi harus mempersoalkan lebih daripada paparan statistik itu. Statistik harus dipersoalkan. Misalnya apa gunanya asyik terpasung dengan statistik ekuiti sekian banyak dimiliki oleh orang Melayu? Soalkan jumlah sebenar yang dimilki oleh Melayu malahan oleh orang Cina, India, Dayak, Kadazan dan juga Orang Asli Malaysia. Nanti lebih jelas lagi bahawa sistem ekonomi berteraskan atau bertunjangkan kapitalisme itu memang adalah untuk segelintir masyarakat. Rakyatpun harus didik, dicuci otak mereka dan difahamkan bahawa ekuiti harus dinikmati oleh sebanyak mungkin masyarakat bukan untuk segelintir tertentu saja. Kita kini dipasungkan bahawa 30% ekuiti oleh orang Melayu itu penting kerana ia akan memberi kestabilan negara, perpaduan negara dan apa lagi. Rakyat tak faham akan ekuiti harus dinikmati oleh sebanyak mungkin masyarakat. Statistik menjadi bukti akan hal begitu. Lihat kini 19% orang Melayu tapi berapa jumlah Melayu sebenar yang menikmatinya? Tanya orang UMNO, PR, DAP dan Pak Imam, Ustaz, Wakil Rakyat, Najis, Sang Sembab, Mufti, Sasterawan, Wartawan, Malaysiakini, Agendadaily dan Malaysia2Day dan siapa lagi siapa sebenar yang menikmati ekuiti kekayaan negara. Kalu semua sudah sedar maka pertanyaan baharu nanti akan fokus kepada jumlah sebenar yang menerima ekuiti kekayaan negara. Kini yang merisaukan ekuiti itu tak sampai kepada majoriti rakyat tak banyak, cuma Isham dan segelintir saja.
BalasPadamKitapun hairan kenapa ramai yang tak tanyakan 'beneficiary' ekuiti itu. Mungkin pertanyaan itu harus melepasi undang-undang yang tidak mengizinkan soalan demikian.
Saya kira jangan melulu menolak statistik. Statistik itu penting jika tiada statistik langsung tiada apa yang hendak didasarkan. statistiklah yang akan membongkar akan banyak hal jika kita cerdik mempersoalkannya.
Former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohammad has bemoaned the extreme reliance of Bumiputras on their privileges: "We have tried to tell them if you depend on subsidies, you are going to be very weak. But they don’t seem to understand. We tell them if you use crutches, you will not be able to stand up. Throw away the crutches, stand up straight because you still have the capacity. I have talked about this thing and as a doctor I know very well the meaning of crutches but somehow or rather they want the easy way out. If I get an AP [car import permit] and I sell it and make some money, it’s all right, they say- please refer to http://en.wikipedia.org/wiki/Bumiputra
BalasPadammintak bo isham comment sikit pasal post ni
BalasPadamSCAM by KWSP
This is another method for KWSP to steal our money!
Remember during Budget 2008 announcement last yr, our Finance Minister (cum PM) announced that in order to assist KWSP members to reduce the burden in housing load repayment, KWSP will allow monthly withdrawal from members' A/C II for the purpose?
Sounds like a nice goodies!
When you apply for the monthly withdrawal, you only need to provide KWSP yr housing loan & instalment details from yr bank and the bank a/c # you like KWSP to bank the monthly withdrawal into it. KWSP will approve yr application based on the available amt in yr A/C II and compute the withdrawal period by dividing the approved amt with the monthly instalment amt.
Application process takes about a month and you will receive the monthly payout promptly into yr bank a/c!
Well everything appear to be nice and good. It was indeed a noble plan until you take to close look at yr KWSP Statement!
The withdrawal plan is actually a SCAM!
This is how the KWSP SCAM works.......
Assuming you have RM100,000 in yr A/C II and yr housing loan's monthly instalment is RM2000/mth. KWSP will approve yr application of withdrawal from yr A/C II of RM100,000 and pay you RM2000/mth for the next 50mths.
Everything appears to be in order BUT.......
What KWSP didn't highlight to you is that when the application was approved, the TOTAL AMT (RM100,000) is removed from yr A/C II! It appears to be transfered to an unknown a/c to effect the monthly payment from therein.
The impact to the member are as follows :-
1. You just lost RM100,000 from yr A/C II. Assuming the KWSP Dividend is 5%, you will lose >RM4,000 in dividend during the 1st year. Based on the above example you will will lose >RM10,000 over the 50 mths period!
2. There is no statement to account for the amt approved vs amt paid, hence you would need to keep the monthly payment voucher to reconcile against the approved amt over the 50mths period to ensure there is no missing amt!
Assuming there are 100,000 members who innocently fell prey to this SCAM, based on the above example, KWSP would have cheated the members of 100,000 X RM10,000 = RM1,000,000,000 (that's RM1 BILLION) over the period!
Furthermore, if you discovered this SCAM early and intend to stop the plan, KWSP would not allow any cancellation of the plan until at least 1 year. That would mean, once the application is approved, based on the above example, you would have lost >RM4,000. 100,000 members would have lost 100,000 X RM4,000 = RM400,000,000 (RM400 MILLION) in One Year!!!
If you're a victim of this KWSP SCAM, would suggest you call yr MP to raise hell in Parliament! For others who have not fallen into this SCAM, pls continue to watch out and alert yr family & friends about this.
HOW COULD THE GOVERNMENT ALLOW ITS AGENCY TASKED WITH SAFEGUARIDNG ITS CITIZEN'S HARD EARNED MONEY TO CHEAT ITS MEMBERS IN THIS MANNER???
setuju benar dengan pendapat saudara. masalahnya masih ramai bumiputera yang tidak reti gunakan otak untuk berfikir. mereka rela ditipu dan diperalatkan. hanya kesedaran sahaja dapat mengubah keadaan. kesedaran bukan seang diperolehi kerana bumiputera hari-hari disogokkan dengan pembohongan dan putar belit.
BalasPadamprompak2 neh mmperjuangkan bumiputra..
BalasPadamDr.Irwan Prayitno menggambarkan bhwa smgat cintakan bangsa/negara/nasionalisma sebagai smgat assabiyah moden yg mmecah-blahkan kita...
mmg tbukti bnda2 neh mmcahblahkan kita..
Bro hisham....
BalasPadamaduh hibanya dan benci hati ini kerana masih ramai diluar sana beranggapan UmNOO pembela bangsa.... aduh.
marilah kita berpegang pada tali Allah bukannya tali melayu Ayuhhhh....
emancipate yourself from mental slavery ... none but ourselves can free our mind
BalasPadamsaudara tukar tiub.
BalasPadamsebenarnya apa yang lebih penting daripada ekuiti ialah "kesamarataan ekonomi di kalangan rakyat" rakyat yang miskin tidak kira bangsa harus dibantu samada dengan memberi peluang permiagaan dan sebagainya.
saya seorang cina. saya boleh dikira miskin, dan saya tidak pernah mendapat peluang pinjaman daripada agensi kerajaan kerana saya bukan bumiputra. terpaksalah saya meminjam daripada saudara mara. malu beb..
saya tidak faham dengan prinsip ekuiti yang ditonjolkan sekarang. syarikat di mana isteri saya bekerja terpaksa menjual 20% ekuitinya kepada 2 orang "Datuk" yang tidak berbuat apa apa melainkan duduk di meja pengarah. Semua kerja susah dilakukan oleh pekerja pekerja syarikat sedangkan mereka hanya bersenang lenggang. Saya betul betul tidak faham bagaimana memberi ekuiti kepada "Datuk datuk" ini dapat memberikan manfaat kepada Bumiputra negara ini. Harap saudara Tukar Tiub dapat memberikan komen.
Nampaknya post ini amat popular. Ia telah di ambil secara 'verbatim' dan telah di 'potong dan tampal' di blog Din Merican:The Malaysian DJ blogger.
BalasPadamApa Ketuanan Melayu buat selama 18 tahun yang lalu? Ekonomi orang Melayu/Bumiputra tak nampak bertambah baik. Bagaimana pula kedudukan pemimpin 'Ketuanan Melayu'? Mungkin hebat, Siapa boleh dapatkan statistik berkenaan?
BalasPadam--------------------------------
Kedudukan bumiputera dalam ekonomi tak berubah
30/10/2008 3:53pm
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, usaha diperlukan untuk meningkatkan penyertaan bumiputra dalam sektor ekonomi negara kerana dari segi peratusan ia tidak ada perubahan dalam tempoh 18 tahun kebelakangan ini.
Dari segi peratusan katanya, penguasaan bumiputera dalam ekonomi tidak ada peningkatan yang ketara untuk tempoh dari 1990 ke 2008, dan oleh itu jalan perlu dicari untuk mengatasinya.
“Kerjasama yang sejati juga perlu diwujudkan di antara bumiputra dan bukan bumiputra,” katanya kepada pem berita selepas merasmikan “Simposium Antarabangsa me ngenai EAFTA, CEPEA, FTAAP dan Seterusnya” anjuran Forum Ekonomi Jepun dan Institut Strategik dan Pengka jian Antarabangsa (ISIS) Malaysia. - Bernama
Hisham,
BalasPadamIsu "50% ekonomi yang dimiliki oleh 2k/ 20k/ 200k Bumiputera" itu pun ada jawapan statistiknya juga. Ia dipanggil Gini coefficient. Check Lebai Google la for detail.
Point dia, statistik tak tipu. Tapi 'orang-lah' yang pilih statistik mana dia nak tunjuk. Lagi pun kalau tak pakai statistik, macam mana kita nak tau yang kita ni makin baik atau makin burok.
Harap maaf kalau ucapan saya keterlaluan.
BalasPadamKaum bumiputera tak akan sama dengan kaum bukan bumiputera yang di salah huraikan dalam cerita diatas.
Tak kira makan, tampang bus, mahupun kerja.
Kaum bumiputera banyak subsidi di mana kaum bukan bumiputera tak ada. Bumiputera boleh pergi sembahyang 2 jam lamanya hari jumaat dimana kuam lain tak boleh.
Rumah jual kepada bumiputera lebih murah lagi dapat 5% rebate. Same seperti kereta.
Kerja relax tak siap on time tak digoreng sotong sebab company kena maintain quata bumiputera.
Secara keseluruhannya, mana same bumiputera dengan no bumiputera. Thanks.
Bro Hisham...Sebenarnya aku pun tak sure tang mcm mana diaorg PEKEMBAR nie nak dptkan 30% ekuiti org melayu...sbb sejak aku abis belajau sampai ler nie jarang sangat jumpa kilang/Pasaraya/Perusahaan mat cincin besau ker, juak2 PEKEMBAR yg lain...Tp mereka boleh hidup mengalahkan kapitalis nie semua...
BalasPadamzaini76
Thanks for the great piece. But I think statistik is still very important, but we are looking at the wrong statistic. If you want to achieve this, or even without statistic, they should look at the improvement of statistic of the following, which could be the deciding factors, or else, another 100 years, it won't work.
BalasPadam1. Statistic of how many stpm, 1-5 As student each year are bumiputra, Is there improvement each year, don't put them into matriculation as it's going to be hard to measure, and u never compare apple to apple.
2. Statistic of hours spend in studying for standard 1-standard 6
3. Statistic of bumiputra smokers at young age.
4. Statistic of time parents time spend on their kids education, tuition ?
5. Statistic of parent/kids ratio ? There's a problem with bumiputra, you have too many kids that you can't even have time to spend with their education, and you expect government to raise them ?
Education is the only way you improve your life. And you need quality education. Quality education means parents need to spend time with them apart from they need to go thru hard time. IF you can't then don't be a parents.
Improve every single statistic that you have on the quality of education. (not merely the numbers, but quality). Or else, we have a lots of graduate who is jobless and working in factory floor.
My kids at standard 2, in chinese school, have to sleep at 12:30 almost every day, due to the amount of home work he have without studying time. Best you check your kids out, if he's spending the same amount of time since standard one ? if not, you have another generation gone again.
Just like what the taiwanese are saying, you lose at the starting ground, you are gone.
And don't listen to people who tell you studying and education is just part of etc etc bullshit. It is not part, it is the minimum qualification into the global village.
saudara isham..saya bersetuju dengan ulasan kucingsiam..namun, pendapat saudara isham juga boleh diterima pakai dalam konteks yang saudara cuba olahkan..cuma, bagi saya, figure-figure statistik inilah sebenarnya yang menjadi pemangkin untuk membuat sesuatu keputusan, jadi angka2 ini sepatutnya boleh dipercayai sekiranya data yang diambil dan disunting adalah betul tanpa sebarang motif politik (sepertimana kata kucingsiam)..
BalasPadamPenilaian terhadap sesuatu perkara boleh dibuat melalui angka2 statistik ini..keputusan juga boleh dijana daripada figure daripada kajian dan analisis statistik..byk lg kegunaan statistik yang berguna untuk kerajaan atau mana2 pihak menentukan sesuatu polisi..cuma yang penting adalah data yang digunakan, sampel yang diamn=bil itu betul atau tidak..faktor yang dipertimbangkan penting atau tidak untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum, pangkat, kedudukan dan agama..
Jadi rasanya tidak adil sekiranya saudara mengatakan angka2 statisik tidak boleh dipercayai - cuma mungkin apa yang diketengahkan oleh saudara ialah ketidak-konsistenan figure tentang ekuiti ekonomi negara yang bercanggah dan berbeza maklumat
saya bersetuju dengan pandangan sin bahawa hanya pendidikan* sahaja dapat membantu seseorang dalam menjalani liku-liku dalam kehidupan.bukannya dengan bantuan yang sebanrnya lebih menguntungkan ahli-ahli gerombolan umno.kepada melayu-melayu luar sana yang masih bergantung kepada DEB cuba fikirkan secara mendalam bagaimana kaum cina yang datang tanpa apa-apa dari tanah besar boleh berjaya di malaysia hingga sekarang tanpa sebarang bantuan malah dari tanah besar sendiri !!
BalasPadamfikir secara mendalam..
Juga dalam islam melarang diskriminasi sebegini.(*perkara sebegini sepatutnya yang dibincangkan oleh mufti2.Ini tidak.Bincangkan perkara karut2 untuk alihkan pandangan tentang korupsi dalam kerajaan )
*pendidikan disini iaitu ilmu.Ilmu itu luas bukan sahaja dapat dari sekolah.