Rabu, 5 November 2008

MELAYU, CINA , ISLAM DAN KETUANAN MELAYU



Hegemoni Ketuanan Melayu yang di sebarkan olih United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli Parti Keadilan.

Ketuanan Melayu ini juga telah juga ‘mencelarukan pandangan agama’ sebahagian dari anggota-anggota Parti Islam. Ketuanan Melayu ini juga telah memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli Parti Tindakan Demokratik.

Ini jelas dapat dilihat di dalam kes perlantikan baru dalam lembaga PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Perlantikan ini telah mencarikkan kulit ahli PKR, kulit ahli Pas dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.

Semua ini membuktikan bahawa falsafah Ketuanan Rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat ini masih belum difahami untuk di hayati secara mendalam.

Ketuanan Rakyat ialah falsafah dimana yang dinobatkan bukan Melayu, bukan Islam dan bukan Cina atau bukan India atau bukan Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan Rakyat tidak berpaksikan kepada bangsa atau agama. Ketuanan Rakyat melihat kepada keupayaan individu. Ketuanan Rakyat melihat kepada keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengunggul dan menobatkan seseorang bukan kerana orang ini Melayu, Islam, Cina, India , Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan Rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu di bantu bukan berasakan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasakan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan Rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan Rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Kita telah melihat selama 50 tahun bagaimana dasar Ketuanan Melayu telah memporak perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti – semuanya merosot.

Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lungkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendakkan meramaikan orang Melayu ke pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu tapi nilai ilmunya dibawah sifar.

Melantik Melayu untuk menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan unggul keilmuan. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu. Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.

Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan di rasuah.

Ini kerana yang dinaikan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Ini bukan lagi satu rashia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar. Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ianya Melayu atau Islam.

Ini pandangan salah. Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Undang- undang dan perlembagaan di wujudkan untuk menobatkan keadilan bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.

Dalam Ketuanan Rakyat keadilan adalah milik semua.

Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana dia Islam, kerana dia Cina atau kerana dia Melayu tidak juga akan menjamin apa-apa. Ini telah terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu. Hasilnya elek.

Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keIslaman gerombolan mereka. Hasilnya elek

Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak. Yang paling bepengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.

Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian dari anggota DAP ini masih memiliki faham keCinaan yang tebal. Pandangan keCinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya dari keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAPnya maka yang muncul ialah keCinaan.

Pandangan keCinaan ini juga wajib dilawan dan di tentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. KeMelayuan dan keCinaan ini adalah buah kelapa dari tandan yang sama. KeCinaa dan KeMelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah Ketuanan Rakyat.

Agama Islam adalah agama yang tidak memandang kepada warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli Pas yang menentang perlantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gender maka amat jelas menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli Pas jenis Islam ini terhadap agama Islam masih cetek dan amat-amat di sangsikan.

Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutubah mengatakan bahawa Islam itu lengap dan Islam itu sejagat dan Islam itu tidak pandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar maka kelihatan kulit keMelayuan jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam Islam bentuk ini.

Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep Ketuanan Rakyat yang berpedomankan meritokarsi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan agama Islam malah meritokrasi di agung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.

Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kerpercayaan, bangsa atau gender maka pandangan agama ini adalah salah dan wajib dilawan.

Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Kejulingan dan kepencongan pandangan dari satu jalur kabilah PKR, DAP dan Pas ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini muncul kulit Melayunya. Kenapa kabilah Pas ini muncul kulit tidak Islamnya. Dan kenapa kabilah DAP muncul kulit keCinaannya.

Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakloki kesemua jalur dan lembaga-lembaga budaya tanah air kita. Kepencongan pandangan yang kita dengar dari PKR , PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masaalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.

Dalam kepala mereka adalah fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju , seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.

Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran saperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah mereka akan memberatkan saku perjuagan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus menggangu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia Baru.

Dalam Malaysia Baru Ketuanan Rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia Baru anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangasa memilki hak yang sama.

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan Ketuanan Rakyat dan masih bermimpi-mimpi dengan Ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah Ketuanan Rakyat.(TT)




39 ulasan:

  1. Artikel power yang patut dibaca, difahami, dihayati, disedari, dan dipegang(i) oleh semua pemimpin, ahli dan penyokong PR supaya mereka mendapat hala tujuan yang tidak terpesong dari matlamat asal.

    BalasPadam
  2. Sedih juga bila fikir tuan-tuan Melayu jadi derebar kepada kuli-kuli Cina...... ataupun tukang kebun, tukang urut atau tukang serve Chivas.

    Tuan dimulut tapi kuli di realiti.....

    Islam pada nama tapi kafir dipemikiran.....

    BalasPadam
  3. saya amat amat bersetuju dgn tulisan enchik isham ini...amat-amat bersetuju..org ramai perlu sedar akan perkara ini dan wajib sedar dgn secepat yg mungkin

    BalasPadam
  4. kerana UMNO tanah tergadai
    kerana UMNO bahasa dirogol
    kerana UMNO anak terjual
    kerana UMNO barang naik
    kerana UMNO rasuah berganda
    kerana UMNO racist menjadi-jadi
    kerana UMNO Malaysia ku musnah

    BalasPadam
  5. Salam Bro Isham, saya sokong tulisan bro. Memang tepat sekali. Mereka2 yg masih memakai "topeng" itu berada dlm saf yg sama ngan kita, adakalanya agak sukar nak di kesan tetapi sejak kebelakangan ini mereka yg ber"topeng" itu makin galak bercakap dan secara langsung menzahirkan identiti mereka.

    Pakatan Rakyat dilihat cuba lari dari cengkaman politik gerombolan itu tetapi macam dah habis stamina skrng ni. Ini amat mengecewakan pengundi spt saya yg menolak gerombolan bagi menubuhkan Malaysia Baru.

    Harap2 wakil rakyat Pakatan Rakyat membaca dan memahami tulisan bro Isham, apa yg bro tulis ini mewakili (bagi saya) kemahuan pengundi yg telah menolak gerombolan itu.

    BalasPadam
  6. Hidup masyarakat tanpa kelas!Hidup masyarakat tanpa affirmative action!

    Hidup sosialisme!

    Kita semua sama,bangsa manusia.

    Mengingatkan aku kepada buku Pramoedya Ananta Toer,Bumi Manusia.

    BalasPadam
  7. Mana mana pihak yang hanya nak perjuangkan kemelayuan dicadangkan duduk dlm UMNO je, tak payah nak sibuk mendabik diri sebagai pejuang rakyat. Hidup ini pun bukan kerana nak jaga melayu aje, lain bangsa dan agama pun mendiami bumi ini. Selamat tinggal kepada pengamal politik sempit.

    BalasPadam
  8. Agak sulit untuk majoriti orang Melayu menolak konsep 'Ketuanan Melayu' kerana ia memainkan isu kaum dan agama bangsa Melayu iaitu Islam. Jika dimainkan aspek kehilangan kuasa atau pegangan agama orang Melayu, sedangkan kedua-dua atribut itu bagi mereka yang tidak boleh berfikir lebih daripada biasa adalah bagaikan pengikat kepada identiti atau jati diri kaum itu, apatah lagi kaum majoriti berkenaan masih secara relatif berada dalam keadaan sosio-ekonomi yang ketinggalan. Rasa tidak selamat atau akan disembelih oleh kaum lain nanti akan melenyapkan mereka. Jadi mereka suka tak suka termakan dengan konsep itu, tetapi apa yang sulit lagi mereka nak terima adalah pemimpin ketuanan melayu beroleh kesempatan yang begitu baik sekali untuk menggunanya sebagai senjata atau tangkal bagi mendapat sokongan supaya para pemimpin ini boleh merompak, menggaut dan menyapu bersih lubang-lubang kekayaan negara. Contoh terbaik dan mudah dilihat ialah Datuk Zakaria Derus. Lihat istananya, belum lagi bisnes dan akaun banknya. Kira berapa pemimpin ketuanan Melayu dalam UMNO? Lihat kemewahan mereka, berkilau dan mereka akan mengilaukan isu kaum dan agama Melayu yang sedang dipersoalkan agar mereka terus dapat menikmati kekayaan negara. Orang Melayu majoriti boleh hidup sederhana saja, boleh cukup makan, boleh sembahyang, ke surau, ke masjid, ke Mekah tetapi mesti terus beri sokongan padu pada konsep ketuanan Melayu. Majoriti orang Melayu yang cukup makan sulit menjaki akan segelintir pemimpin ketuanan Melayu yang hidup seperti raja. Minda mereka belum terbuka lagi, masih terikat dengan ajaran agama yang sempit, sentiasa takut jika kuasa politik dan akidah agamanya dipersoalkan. Mereka perlu payung dan ini diberi oleh pemimpin ketuanan Melayu yang pada hakikatnya mengambil kesempatan lagi memperkayakan diri mereka dan terus memainkan isu ketuanan melayu tak habis-habis, sehinggalah PR ambil alih kuasa negara. Pemimpin ketuanan Melayu ni tak kira ada yang berpelajaran tinggi atau yang tidak tapi kedua-dua golongan ini cekap memainkan isu kaum dan agama yang kononnya merekalah yang akan menyelamatkan orang Melayu amnya. Orang Melayu majoritipun tak habis-habis tidak dapat melihat dengan kritikal kerana minda mereka tertutup dek kerana masih memegang kepada ajaran agama yang sempit.
    Maka ada tugas berat untuk mencelikkan minda majoriti orang Melayu.

    BalasPadam
  9. ameno dan geng2nya ajer yang bodoh sombong....

    BalasPadam
  10. ~meow

    Ringkasan:

    dari kanan, belok kiri.

    steering PR tak cukup gris, nampak belok sikit ke kiri tapi gandar nak pusing kanan.

    Nak kejar Ferrari BN di kanan tu ke?

    Pak driver tolong kawal sikit, kasi gris.

    BalasPadam
  11. terguris ke dgn komen saya?hehe...rakyat mmg x smpat tuk mendalami mksud Ketuanan Rakyat, sbb rakyat hanye faham Ketuanan Melayu...

    yg mengundi tuk Pakatan adalah rakyat, yg menyebabkn BN kalah adalah rakyat n rakyat inilah yg tidak faham dgn ape yg sedang d perjuangkan oleh Pakatan...

    bile dh xde sokongan rakyat, dh xde undi...n tggu masa je tuk PAS kuar pakatan...sy yakin Tok Guru Nik Aziz mmg bijak mempertimbangkan...

    BalasPadam
  12. Saudara, minta pendapat tentang cara menaikkan sifat 'mahu' orang Melayu dan orang-orang asal di negara ini, boleh? Kalau dilihat trend dalam PLKN misalnya, bila saja ada yang meninggal dunia, jika bukan Melayu, pasti kerajaan disebut-sebut akan disaman sampai berjuta ringgit. Tapi saya perasan untuk keluarga Melayu, mereka akan berkata 'redha', 'dah nasib' dan sebagainya. Mungkin pandangan saya ini salah mahupun tidak lengkap, tapi bagi saya Melayu ini sifatnya terlalu rendah diri dan 'mahu'nya kurang. Kita boleh berhujah tentang 'beri bantuan kepada yang memerlukan', tapi siapa yang menentukan 'pihak-pihak yang memerlukan'? Yang biasa saya nampak, polisinya memang elok sekali tetapi pelaksanaannya? Atau adakah kita akan tentukan 'pihak memerlukan' melalui bantuan yang dipohon oleh pihak terbabit? Kalau begitu pada pandangan saya Melayu takkan banyak dapat bantuan. Sebab mereka segan nak meminta. Cuba lihat di kampung-kampung dan pedalaman, ada ramai orang Melayu yang sangat bijak pandai yang ditidakkan peluangnya semata-mata kerana ada matapelajaran diajarkan dalam Bahasa Inggeris! Adakah mereka merungut atau meminta ditukar semula ke Bahasa Kebangsaan? Tidak! Mereka tunggu mana-mana pemimpin melakukannya. Jadi silalah saudara cadangkan bagaimana caranya untuk orang-orang yang memerlukan tetapi pada masa sama terlalu taat dan segan meluahkan ini ingin meluahkan keperluan mereka..?

    -Jibam

    BalasPadam
  13. mane perubahan Malaysia Baru nih?
    dh nk hujung tahun dh nih...

    skg dh xde JANJI MELAYU dh...skg dh ade frasa baru yakni JANJI ANWAR...

    n mgkin sbb dasar Ketuanan Rakyat dgn sendiri mengenepikan dasar keMELAYUan yg mane idea Wak sosialis n DSAI sndri kluarkan...

    BalasPadam
  14. Tuan,

    Disebalik gelak ketawa Tuan yang sering mengakhiri posting Tuan, posting kali ini saya rasa amat serius.. Sememangnya suatu posting yang menarik, dan saya bersetuju dengan banyak point-point Tuan.

    Tetapi saya juga merasakan bukanlah 100% sebabnya Melayu itu yang menyebabkan kemerosotan dan sebagainya.. terdapat ramai orang melayu yang mempunyai keintelektualan yang setaraf dengan bangsa lain..

    Saya kira Tuan sendiri ialah orang Melayu, dan saya pasti Tuan juga mempunyai potensi untuk menjadi seorang Melayu yang hebat.. tetapi apakah kerajaan telah meletakkan orang Melayu yang benar-benar layak itu menjadi Naib Canselor di Universiti atau menjadi Pengarah PKNS dan sebagainya..

    Sekadar menukilkan pendapat saya sahaja...

    BalasPadam
  15. Salam..

    Amat menarik dan benar sekali kupasan saudara dalam barisan alternatif masih ada jalur-jalur dan pemikiran ala gerombolan.

    Falsafah Ketuanan Rakyat harus diterima oleh komponen BA kerana
    dalam Ketuanan Rakyat keadilan adalah milik semua.

    BalasPadam
  16. Assalamualaiku w.b.t,

    Membaca tulisan tuan membuatkan saya terfikir masih ada manusia yang mampu berfikiran waras. Ini yang selama ini kita cari dan yang kita mahukan. Tidak kira apa bangsa pun semuanya manusia makhluk tuhan.

    Cuma sekadar persoalan dari saya, bagaimana untuk membentuk ketuanan rakyat secara praktikal di Malaysia?

    Adakah melalui parti2 politik atau tuan punya idea yang lain?

    BalasPadam
  17. baik kata kata tok guru..bukan kerana melayu kerana islam..islam jaga semua agama dan bangsa...;)

    BalasPadam
  18. satu kupasan yg menarik utk kita sama2 renungkan....tahniah.saudara telah membukakan minda2 yg masih pekat dan gelap..kearah malaysia gemilang.

    BalasPadam
  19. artikel yang patus di poskan atau di tampal di papan kenyataan pejabat-pejabat PKR, PAS dan DAP.

    JD

    BalasPadam
  20. Nampak seperti agama mereka adalah 'Melayu'. Sebab itu jika tidak setuju dengan ketuanan Melayu, perlu bertaubat..jika tidak dikira keluar dari rumpun Melayu (murtad)

    BalasPadam
  21. NILAI SOSIALISME DAN KAPITALISME MEMANG SUSAH BERCAMPUR.

    Apa yang dikatakan sebagai KETUANAN RAKYAT adalah jelas program SOSIALISME. Selagi politik Malaysia berasaskan kapitalisme selagi itu suku mana atau agama mana yang memimpin suku atau agama itu lah yang dikronikan. Kapitalisme berkonsepkan HIRARKI MODAL dan dari situ muncul lah sistem payung dan lubang-lubang kebocoran. Misalannya pemerintah memegang kuasa untuk 10 projek, rakyat pula ada 27 juta, lalu berapa orang pula yang mendapat projek itu? Maka dari situ lah pemilihan bulu akan berjalan dan dari situ pula lah sifat perkauman akan muncul. Perkelahian dalam UMNO adalah kerana "payung tidak kembang".

    BalasPadam
  22. Sebab itulah, pada pandangan saya, rakyat Malaysia tidak bersedia untuk slogan Malaysian Malaysia. Kenapa? Kerana ahli-ahli politik yang mencanangkan slogan-slogan itu sebenarnya tidak bersedia pun. Yang perlu dirombak adalah parti politik, bukan rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  23. gua harap bro hisham dpat hantar artikel ini ke dlm paper suara keadilan didlm kolum bro hisham...

    BalasPadam
  24. Syabas Brader Syam! Mana-mana pemimpin yang tak faham perjuangan PKR baik keluar secara hormat dan masuk balik UMNO. Perjuangan PKR ialah perjuangan untuk semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum. Melayu, Cina, India, Iban, kadayan, Siam dan sebagainya adalah rakyat Malaysia yang berganding bahu membangunkan negara. Adakah sesiapa berani menafikan jasa mana-mana kaum terhadap negara kita? Atau adakah sesiapa berani mengatakan bahawa Melayu UMNO itu lebih keMelayuannya daripada Melayu PKR?

    Dalam konteks Malaysia, parti atau pemimpin yang taksub agama atau bangsa mesti ditolak oleh rakyat kerana akan menjahanamkan masa depan negara.

    BalasPadam
  25. bro. ku amat setuju sekali! ya. nampaknya umNO ini telah berjaya memprogramkan software mereka kepada rakyat jagat. ya. faham ketuanan rakyat masih lagi samar disisi pakatan rakyat. yang akhirnya, jika tak dibaiki, mereka sama seperti BN.

    BalasPadam
  26. klau lu tukar tiub mau tubuh parti socialis malaysia, gua mua join sama lu jadi ahli no.1.

    BalasPadam
  27. uLaSaN yG pAnJaNg tAPi PaDaT, MaNtAp N MaMpAn. cElIk2kAn lA mIndA2 yG sEmpIt tU.dA 51 tHn dA KitE mErDeKa weH!!~

    BalasPadam
  28. aik?..mne komen sy yg 1 lg?..x approve ke?...bkn bkn... mne demokrasi yg di perjuangkan?..kah kah kah...

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum,

    Kita ikut Islam,Rasululah s.a.w tak benarkan orang bukan Islam jadi pemimpin negara

    Agak-agaknya kalau Lim Kit Siang jadi P.M mahuke dia berjuang utk kepentingan Islam di Malaysia?

    BalasPadam
  30. masalahnya ramai yang setia dgn ketuanan melayu... tak percaya, tgk warung2 kopi di kampung2, pekan2.. atau tanya tok ayah Pakingda...

    BalasPadam
  31. Obama dan melayu

    hari ini obama menang presiden US,
    melayu tak puas hati sebab di mau melayu juga jadi presiden US.

    kalaulah ditakdirkan Muhammad lahir zaman ini,
    pasti melayu tak mau terima Muhammad,
    dia mau melayu juga jadi Muhammad.

    Marah kepada tokeh babi mengaut untung,
    ya. melayu marah. dia juga mau kaut untung meniaga babi.

    Dasar Ekonomi Baru sebenarnya telah lama berevolusi menjadi Dasar Ekonomi Barua,
    aku masih disini kadangan tak sempat membeli sebatang rokok,
    kadangan tayar bocor terpaksa meminjam kawan,
    kadangan nak makan tak berduit terpaksa makan lari dari kedai mamak, esok makan lagi....
    orang PAS kata haram buat macam tu tapi diaorang tak bagi pun aku wang untuk makan.

    walauapapun jadi kerenah hidop.
    aku positif dan berasa sangat bertuah sebagai aku.
    aku merasa segala keperitan.
    sehingga pernah sampai ketahap hilang berahi seksual,
    sehingga pernah sampai ketahap sakit kepala berat dan sedikit biol,
    Mana dia manusia yang melaungkan hidup melayu itu datang membantuku?
    adakah mereka sebenarnya haramjadah sial terbesar.
    mujurlah ada Yong. Ya. Ah Yong, dia telah membantuku keluar dari kemelut itu.
    terima kasih Ah Yong.

    Obama sudah jadi presiden US.
    pemimpin melayu pemimpin umno pemimpin pas masihkah kamu 51 tahun kebelakang?

    BalasPadam
  32. to hang lekir;
    kalau orang islam sendiri memerintah macam sial patut ke kita ikut hahaha mungkin lim kit siang lebih mulia hati budinya dari najib maupun dolah badwi. hahaha

    empayar islam othmaniah jatuh di tangan sekularis kamal attartuk kerna pentadbiran khalifah yang semakin korupt dan membazir. ya. ia sepatutnya jatuh.

    jangan termakan dengan segala teologi semata-mata. jangan termakan dengan rasuah syurga. realitu hakiki sekarang segalanya pada tangan pemimpin itu sendiri. tak kiralah apa jua isme maupun agamanya.

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum,

    Lekir tak kisah kaum apa yg jadi P.M di Malaysia,asalkan dia Islam dan memperjuangkan Islam yg sebenar

    BalasPadam
  34. aku rasa lawak baca hujah sosialisme dan kapitalisme oleh mamat di atas.

    kau ingat persoalan individu ni sosialisme ke kapitalisme yang dukung?

    kau ingat halangan kepada pasaran ni idea sosialisme ke kapittalisme?

    kau ingat protectionisme dan favoouritism tu idea kapitalisme ke sosialisme?

    come on, kapitalisme menolak perkauman, sama seperti ciri asal sosialisme.

    idea yang menyatukan PKR, PAS dan DAP ialah penolakan terhadap perkauman. hanya saja ada kelompok tertentu dari generasi lama yang berterusan menghasut generasi baru bahawa idea asal mereka yang dinamakan islam, sosialisme dan nasionalisme itu boleh dicapai dengan cara mempertahankan bangsa.

    ceh!

    BalasPadam
  35. brader isham,

    apabila ketuanan melayu ini sedar dia makin goyah/ketar/gigil maka senjata/kubu terakhir digunakan - majlis raja-raja melayu (raja petra dan raja mongol tidak terlibat). Apabila sampai peringkat ini, konsep ketuanan rakyat digambarkan sebagai khianat/tidak setia pada raja-raja melayu. siapa mahu bersuara? - mempersoalkan raja boleh ditahan bawah akta hasutan.

    lihat selepas pilihan raya ke-12 di perak. apa boleh buat jika HANYA melayu saja boleh jadi MB. dan Partai Tindakan Demokratik tiada adun melayu ketika itu, walaupun parti itu yg menang banyak kerusi.

    mahu tidak mahu satu org melayu jugak yg diangkat jadi MB. gua tidak kisah kaum apa jadi MB.gua pun tak kisah warna apa jadi exco. semua pun org Malaysia.

    Agama Islam itu tidak akan menggigil jatuh terburai hanya semata-mata saorang bukan islam jadi MB - jika agama itu betul-betul teguh. (di negara ini cakap aje lebih masjid pun 2-3 org aje sembahyang jemaah). tak percaya? pergi lah berjemaah di masjid-masjid di kampung kampung/taman-taman.

    jadi kita dapat nampak, ketuanan rakyat ini ada satu halangan besar yg menjadi tuhan kpd ketuan melayu. siapa? bukan pekida beb...yg ini dlm istana pasal gua hari-hari lalu dpn nk balik rumah dekat klang.

    apa pun baik ketuanan rakyat di'apply' perlahan-lahan. 50 tahun++ ketuanan melayu tidak senang untuk dilupus.

    p/s gua lagi pelik apabila yg gila-gila ketuanan melayu boleh pulak gila-gila sokong obama jadi presiden hitam pertama

    BalasPadam
  36. Uncle Isham

    Walaupun lu bukan dari orang yang alim tapi tulisan lu memang berapi gua memang setuju abis dengan tulisan lu salute dekat lu....tapi kat tempat keja gua melayu benci melayu ngan benci cina....cina benci melayu sahaja.....depa adalah nazi melayu dan nazi cina...

    BalasPadam
  37. Alhamdulilah..banyak diperkatakan mengenai orang melayu..tabiat,tingkah laku,kena tipu,suka ditipu,tertipu..amat memalukan apalagi orang melayu sendiri sama sama kutuk orang melayu . Apa tidak bolih kita ceriat dan kupas mengenai isu dan agenda orang cina dan india. apa kehebatan sehinggakan kita melutut dengan kehinaan pada hari ini kerana berbangsa melayu.Apa patut kita adakan satu revolusi mental untuk orang bangsa melayu supaya daa perubahan mengorak dengan satu semangat membantu dan memupuk semangat berkerjasama untuk berjaya dan maju dalam semua aspek kehidupan. Sebagai contoh orang melayu ber "gondong-gondong" masuk dan membeli di kedai milik orang melayu. orang melayo punya semangat nasionalis bangsa yang tinggi dan tebal seumpama membuat keputusan saperti " biarlah berbelanja dikedai milik melayu harga lebih 20 sen pun tak apa " kalau semua tamu yang melewati laman ini sering bersorak dan tertawa sebelum ini fikir masak masak akan perlunya revolusi minda.
    ini. "embracing the need to change genetically the malay can accomodate to change and the malay if pressure will desire to change"
    - Alangden

    BalasPadam
  38. syabas bro,blog anda dh jd jutawan dlm masa singkat,kire jutawan segera la...kah..kah...kahkah...truskn usaha murni anda, semoga diberkati ALLAH

    BalasPadam
  39. Rubah
    Iwan Fals

    Cipt. Iwan Fals album 50-50

    Jaman berubah keadaan tak berubah
    orang berubah tingkah laku tak berubah
    wajah berubah kok seakan tambah susah
    manusia berubah berubah rubah

    Gandhi yang dicari yang ada komedi
    revolusi dinanti yang ada azhari
    lembaga berdiri berselimut korupsi
    wibawa menjadi alat melindungi diri

    pendidikan adalah anak tiri yang kesepian
    agama sebagai topeng yang menjijikkan
    kemiskinan merajalela yang kaya makin rakus saja
    kesehatan dan hukum diperjual belikan

    kesaksian tergusur oleh kepentingan pribadi
    pemerintah keasikan berpolitik
    partai politik sibuk menuhankan uang
    ada rakyat yang lapar makan daun dan arang
    televisi sibuk mencari iklan
    sementara si iwan menunggu giliran
    raja pane dan tentri menatap dengan mata kosong
    dimana mimpi apa ditelan tsunami

    BalasPadam