Khamis, 6 November 2008
OBAMA – KITA MERAYAKAN MERITOKRASI
Hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation amat meluas. Hegemoni budaya yang selama 50 tahun ini telah meresapi ke dalam semua jalur falsafah dan cara pemikiran warga Malaysia.
Hegemoni ini telah memaksa kita semua melihat diri kita bukan sebagai warga Malaysia – anak semua bangsa - tetapi melihat kewujudan kita sebagai orang berbangsa Melayu, Cina atau India atau bangsa-bangsa lain. Dalam identiti diri yang luas ini kita telah gagal untuk melihat diri kita sebagai warga negara bangsa dalam satu kesatuan. Jauh sekali untuk melihat diri kita sebagai warga dunia.
Tekanan hegemoni ini telah memaksa semua warga berfikir dengan menggunakan pendekatan, kayu ukur dan kaedah gerombolan United Malays National Organisation berfikir. Hegemoni ini memaksa kita melupakan meritokrasi.
Meritokrasi boleh kita hayati dengan memahami bahawa :
1 – berasas keupayaan individu bukan kerana kelas, derajat, seksualiti atau kekayaan
2 - individu di anugerah kerana keupayaan dan ketrampilan untuk mencapai anugerah itu
3 – memajukan individu berdasar ketrampilan individu
Konsep meritokrasi ini tidak ada memasukkan bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender. Konsep ini mengajukan keupayaan individu. Konsep meritokrasi ini mengajukan ketrampilan fikrah individu tanpa mengira bangsa, kelas, agama, seksualiti atau gender. Jika individu itu memiliki berkeupyaan terunggul maka individu itulah yang akan dipilih. Jika susuk itu bijak berilmu maka susuk itulah yang diangkat untuk dinobatkan sebagai Professor – bukan kerana dia Melayu atau kerana dia ketua cawangan atau kerana dia saudara kepada Menteri Pelajaran.
Meritokasi ini agak senang di hayati kerana ianya sedang diamalkan dengan terbaik dalam arena sukan.
Jika seorang Mamat pelari 100 meter itu deras berlari maka dia akan menjadi jaguh. Tidak ada huh tidak ada hah disini. Jika Minah Cun itu cekap berenang maka Minah Cun ini akan mendapat pingat emas di sukan Olympik. Yang terbaik adalah asas meritokrasi.
Terbukti jelas dalam arena sukan meritokrasi telah diamalkan. Justeru sukan dilihat sebagai satu aktiviti yang adil , telus dan jujur. Terlalu susah untuk rasuah masuk dalam budaya sukan yang mementingkan merit individu.
Jika ada percubaan untuk mengangkat seorang pelari 100 meter kelas kedua untuk ke kelas pertama kerana dia saudara Menteri Sukan atau kerana ayahnya dulu jaguh negara, lambat laun akan terlihat juga oleh orang ramai. Ahli sukan kelas kedua ini akan tetap di kelas ke dua apabila diduga. Yang bukan jaguh tetap bukan jaguh.
Justeru, konsep meritokrasi ini amat berguna untuk sesebuah tamadun mara maju ke hadapan. Apa yang menghalang meritokarsi dari dirayakan dan dinobatkan dalam sesebuah masyarakat ialah nilai feudal. Nilai feudal akan menghalang meritokrasi dari berkembang.
Dalam negara kita budaya feudal ini yang masih menebal terutama dalam masyarakat Melayu. Budaya ini telah digunakan sebaik mungkin oleh gerombolan United Malays National Organisation untuk dijadikan sebahagian dari proses politik mengaut penyokong.
Nilai budaya fuedal gagasan gerombolan United Malays National Organisation ini gagal melihat kejaguhan dan keupayaan individu tetapi melihat susuk berbangsa apa, kelas apa, ada-kah dia memiliki derajat atau harta kekayaan.
Disinilah lemahnya nilai budaya feudal. Kalau buah fikiran itu kurang baik tetapi ianya wajib diterima pakai kerana tuan empunya pandangan itu seorang yang berderajat tinggi, berharta atau berpangkat atau kerana bangsanya. Akhirnya kita sebagai warga dipaksa melakukan sesuatu yang bodoh kerana idea bodoh ini datangnya dari seorang yang berderajat tinggi.
Jika budaya feudal jadi amalan pasti tamadun itu tidak akan berkembang.
Gerombolan United Malays National Organisation telah mengamalkan konsep Ketuanan Melayu. Konsep dan falsafah Ketuanan Melayu ini melanggar dan menghancurkan nilai meritokrasi.
Contoh terbaik untuk melihat bagaimana nilai Ketuanan Melayu menghancurkan tamadun negara bangsa ialah dalam bidang keilmuan dan pembelajaran. Pada satu ketika dahulu Universiti Malaya adalah diantara gedung-gedung ilmu yang unggul dalam dunia. Hari ini ianya telah merosot kerana keilmuan itu bukan lagi berasaskan meritokrasi tetapi berasaskan Ketuanan Melayu.
Susuk-susuk yang berilmu tidak dapat mencari ruang untuk mengembang potensi keilmuan jika susuk-susuk ini bukan orang Melayu. Atau jika pakar keilmuan ini tidak menelan Ketuanan Melayu.
Masa demi masa budaya keilmuan semakin merosot maka akhirnya orang bodoh akan menjadi guru untuk mengajar orang yang lebih bodoh. Orang yang lebih bodoh ini akan juga menjadi tenaga pengajar untuk orang yang lagi banyak banyak bodoh. Ini terjadi di semua gedung keilmuan dalam negara ini. Hasilnya universiti dan gedung keilmuan kita hanya sanggup mengeluar graduan-graduan yang bodoh-bodoh dan tidak memiliki pemikiran kritikal tetapi mereka Melayu.
Inilah satu contoh teragung betapa bodohnya konsep Ketuanan Melayu yang menjadi paksi budaya gerombolan United Malays National Organisation.
Sayugia disedari gerombolan United Malays National Organisation telah berkuasa 50 tahun lebih, maka hegemoni budaya feudaal yang anti meritokrasi telah menyerap dalam mempengaruhi semua jalur pemikiran warga.
Akhir-akhir ini kita telah melihat bagaimana hegemoni budaya ini tanpa disedari telah juga digunakan dalam hujah yang diguna pakai oleh ahli-ahli dan simpatisan Pakatan Rakyat. Contoh terbaik apabila kedengaran tuntutan agar di wujudkan Timbalan Perdana Menteri Kedua dari yang Bukan Melayu.
Pesoalan timbul - Apakah jika Yang Bukan Melayu ini akan menjamin seorang yang itu hebat pimpinannya, hebat jiwa juangnya, berhati rakyat atau hebat pemikiranya? Susuk Bukan Melayu tidak menjamin apa-apa.
Hujah ini tidak ada bezanya dengan tuntutan agar Perdana Menteri itu mesti seorang Islam. Menjadi Islam sahaja tidak akan menjamin ketrampilan fikrah seseorang itu. Menjadi Islam sahaja tidak menjamin kualiti pimpinan. Terbukti dengan jelas dan tidak perlu bersuluh bahawa yang Islam juga amat bijak berasuah. Yang Islam juga cukup hebat dan bijak melakukan kezaliman dan keganasan. Kezaliman bukan sahaja kepada yang tidak seagama malah yang seagama pun di libas sama.
Apakah kita lupa bahawa ahli-ahli dan pucuk pimpinan gerombolan United Malays National Organisation semuanya penganut Islam. Ramai diantara gerombolan ini telah berpuluh kali berumrah. Berbelas kali naik haji. Tetapi lihat hasinya- taraaak.
Kita wajib menobatkan yang berilmu. Kita wajib menobatkan yang jaguh. Dalam semua bidang yang bijak fikrahnya wajib dihadapan. Anak semua bangsa - kita wajib merayakan meritokrasi.
Banyak perkara yang diperkata kan boleh disokong tetapi bab Agama seorang pemimpin ianya harus la islam.. Islam disini bermaksud islam yang diamalkan mengikut hukum dari Al-Quran Dan Habis Nabi...
BalasPadamBukan Sslam macam apa yang Dolah Badawi buat iaitu ISLAM ADAHARI..
Kalau Setakat Slogan dan Prinsip-prinsip yang dicipta khas kononya bagus baik tak payah..
Allah dah turunkan AL-Quran Dan Hadis untuk menjadi panduan Umat Seluruh Alam.. Pemimpin yang mengamalkan ajaran dan hukum Al Quran dan Hadis Nabi sahaja yang layak menjadi pemimpin umat manusia..
Kalau setakat pandai dengan ilmu-ilmu dunia tapi bodoh dengan ilmu-ilmu akhirat tak guna jugak..Biar la ijazah ke atau phd dari universiti mana sekali pun..kalau hukum Allah tidak dilaksanakan..takda makna..ilmu tinggi mana pun..
Untuk menjadi pemimpin, seseorang itu harus mahir dan boleh dinilai dari segi ilmu akhirat dan ilmu dunia..Sosialis ka..Kapitalis ka..
kalau benar-benar faham ajaran Al Quran dan menjadikan Al-Quran itu panduan untuk mentadbir InsyaAllah..semua umat akan selamat didunia mahupun Akhirat..
Salam Bro Isham,
BalasPadamOnce again I'm impress with your art of explaining the truth that Union Malays National Organization keep on denying it for over than 50 years...
As far as I'm concern, let others people who got a huge different in terms of race, religions, nationality and etc becoming the ace or teacher as long as the others that I'm mentioned earlier know how to respect the rights and relationships established between them. To be frank, meritocracy concept leads a very progressive catalyze towards a brights and distinction future for all of us as lovely Malaysians who love this Malaysia as our land of hope
Get lost sama lu la The Pirate & Bandit of United Malays National Organization cakap tarak serupa bikin, berapa banyak lagi harta negara harta rakyat lu mau rembat?? Lu kata lu fight for Malays tapi kenapa banyak sangat Malays yang lost? ke lu fight against Malays???
Manusia taksub yang melihat diri sendiri lebih sempurna daripada orang lain ada di mana-mana. Selaku anak bangsa Malaysia kita mesti terima hakikat bahawa kita diciptakan pelbagai agama dan kaum supaya kita dapat menghayati dan menghargai kebesaran Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita memilih Melayu -Islam sahaja sebagai pemimpin, kenapa Tuhan tak turunkan semua Melayu - Islam sahaja di bumi Malaysia agar tidak timbul masalah kaum dan agama? Oleh itu, kita harus menghargai kepelbagaian kita kerana itu kehendak Tuhan Yang Maha Esa.
BalasPadamisham. aku ketagih dah dgn tulisan sebegini. kahkahkah.
BalasPadamSeperti penulis kata sudah 50 tahun kerangka pemikiran ala Ketuanan Melayu sudah terbatin dalam pemikiran pemimpin dan pentadbir negara sehingga agak sulit untuk membuangkannya dalam tempoh terdekat. AS mengambil masa lama untuk tidak lagi memandang atribut kulit sebagai pengahalang untuk menjadi Presidennya, sudah tentu Malaysia perlu tempoh yang agak lama juga kecuali PR boleh ambil kusa negara sebelum Hari Natal ini.
BalasPadamPegangan Ketuanan Melayu itu adalah senjata ampuh sekali untuk segelintir manusia di Malaysia menggekalkan kuasanya seraya membolot kekayaan negara sebanyak mungkin tanpa mempedulikan kepentingan negara. Ketuaanan melayu sulit mengusung negara ke tahap yang berkualiti kerana disekatnnya mereka yang bijak dan berketrampilan yang tidak tergolong sebagai penyokong Ketuanan Melayu, kerana banyak yang cerdik tidak nampak akan keunggulan Ketuanan Melayu itu.
Sebagai contoh lihat beratus-ratus Profesor kangkung yang mendominasi atau 'ubiquitous' di IPTA kita, habis mereka tidak boleh memberi pendapat yang kritikal selain daripada apa yang kerajaan buat sekarang semuanya baik belaka. Mereka mentiong saja dan rimas jika kita berbicara dengan mereka, dangkal hujahan dan merekapun tiada menghasilkan bahan ilmiah, akademik atau sarjana yang boleh dibanggakan.
Ketuanan Melayu akan meletup apabila ada orang yang menyentuh amalan mereka yang selama ini sebagai yang bodoh seperti cadangan meluaskan biasiswa kepada golongan bukan melayu yang berkelayakan atau beri bantuan kepada pembinaan tok pekong atau kuil Sikhke. Atau ambil banyak lagi Dekan, NC daripada golongan bukan Melayu.
Boleh berperang besar nanti.
Selagi Ketuanan Melayu tak faham apa itu meritokrasi selagi itu kita akan jauh ketinggalan di persada dunia.
Pada pendapat saya, dalam sukan, sememangnya ada pemenang yang jelas. Akan tetapi pemenang-pemenang juga perlukan latihan oleh jurulatih-jurulatih yang melatih pemenang. Proses pemilihan mungkin kah juga mengikut objektiviti meritokrasi atau masih ada nilai-nilai subjektif? Jaguh-jaguh (atau, jaguh-jaguh kempunan) tenis wanita dunia, ada yang diperlakukan dengan tidak sopan dan tidak wajar oleh bekas-bekas jurulatih mereka (cabul). Sememangnya jelas mereka mampu jadi pemenang, tapi proses jurulatih memilih pelatih, dan apa yang pelatih harus lakukan dan berikan supaya jurulatih bersungguh memilih dan melatihnya masih samar-samar.
BalasPadamLagi pendapat saya, tentang keagungan gedung-gedung ilmu; jika ingin diungkap dulu gedung-gedung ilmu kita hebat, dulu tu, bila kah? Universiti Malaya contohnya, hanya pernah diterajui oleh mat salleh dan Melayu sahaja. Tak pernah oleh kaum lain. Olahan isi saudara seakan-akan mengarah kepada mengatakan Melayu tak mampu jadi peneraju universiti yang ulung. Jadi kalau mengikut tradisi Universiti Malaya, kita harus angkut mat salleh kah? Bagi saya, bukan masalah Melayu atau bukan Melayu. Masalahnya, politikus-politikus yang selalu ingin dilihat benar, betul dan hebat yang mempengaruhi keputusan-keputusan dan tak menghormati para ilmuan. Kerana itu pemilihan teraju universiti mempunyai kepentingan politik agar orang-orang bijak pandai (yang tulen) tidak akan membantah orang-orang yang bijak bercakap sahaja (politikus).
Tentang Universiti Malaya lagi; Pak Ungku Aziz (bagi saya tokoh ilmuan yang agung sekali dan berjasa besar menaikkan Universiti Malaya) mencadangkan Pusat Asasi Sains bagi membolehkan Melayu bertanding dengan kaum lain yang mungkin lebih terbiasa bertanding dan 'mahu'nya lebih kuat. Kebanjiran Melayu yang mampu 'memotong spesimen dan menyalakan api penunu' ini tidakpun menurunkan nama Universiti Malaya. Lagi cadangan beliau; mansuhkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Ajarkan bahasa-bahasa Cina dan Tamil dan budaya-budaya Cina dan India di sekolah-sekolah kebangsaan dihadiri semua kaum. Lantas kita akan ada perpaduan. Tapi bangkangan kuat daripada kaum bukan Melayu. Kerana keinginan berpegang kepada identiti ini (dan mungkin juga kecenderungan untuk berhijrah dan menukar kerakyatan ke Singapura dan Australia) dan keengganan mendalami bahasa kebangsaan (malah mempelajari lagu kebangsaan), jadi agak sukar mendapat kepercayaan orang-orang Melayu (untuk mendapat jawatan-jawatan berunsur pemimpin).
Lagi; adakah keterbukaan Amerika Syarikat itu benar-benar terbuka? Benar-benar adil? Negara-negara barat melaungkan sistem ekonomi terbuka dan perdagangan bebas (berasaskan meritokrasi), membantah EAEC dan sebagainya, tapi mereka sendiri memiliki blok perdagangan. Eksport negara-negara Asia dikenakan syarat-syarat mustahil (kecuali eksport bahan mentah yang murah berbanding barangan siap dibuat dan yang tak mampu mereka keluarkan sendiri). Kononnya terbuka dan meritokrasi, tapi sebenarnya memelihara kepentingan sendiri.
Ya, saya setuju meritokrasi. Tapi kalau mahu sama, biar SEMUA sama. Belajar di sekolah yang sama dan bercakap bahasa yang sama. Dan menyanyilah lagu kebangsaan bersama-sama. Kerana kita di sini bercakap tentang peluang. Dan orang-orang Melayu kurang peluang mempelajari bahasa dan budaya kaum-kaum lain. Kursus bahasa boleh diambil di mana-mana? Benar, tapi orang-orang kampung dan pedalaman yang tiada guru bahasa Cina dan Tamil dan tak mampu membayar kursus bahasa-bahasa tersebut tu macam mana?
-Jibam
Untuk Saudaraku Sekolah Pondok,
BalasPadamHisham mencadangkan meritokrasi menjadi tunjang utama bagi segala pemilihan.Baik kepimpinan dalam politik, pentadbiran university,malah pemilihan ahli sukan mestilah didasarkan pada meritokrasi. Meritokrasi mutlak ini adalah bersifat buta agama, warna kulit dan bangsa. Sepenuhnya berdasarkan kebolehan dan kelayakan.Ini juga adalah ajaran Islam.
Saya berpendapat agama adalah urusan peribadi penganutnya dan penciptanya. Negara tidak wajar masuk campur dalam kebebasan personal rakyatnya.Banyak negara yang mengaku menjalani pemerintahan Islam pun gagal dalam banyak aspek. Sebahagiannya hanya porak peranda dan menjadi 'failed states'. Negara yang sekular pulak menunjukkan prestasi lebih baik dalam byk hal.
Cth:Dalam ranking THES terbaru, berapa banyakkah university dari negara Islam mendominasi ranking 200 teratas? Satu pun tak ade rasanya. Yang mendominasi ranking 200 teratas hampir kesemuanya dari Barat yang sekular dgn sedikit disertai oleh Singapore, Hong Kong dan lain2 negara.Malahan org2 Islam pun begitu banyak belajar di university2 ini bukan kerana pemerintahnya/pengajarnya Islam tetapi kerana kualitinya yg tinggi (yang tentunya terhasil dr dasar meritokrasi).
Sesungguhnya amal yang baik dari setiap Muslim, Yahudi, Nasrani, Sabean dan lain2nya akan sentiasa mendapat penghargaan dari Allah SWT.
Seperti kata Saudara Tanpa nama, kita perlu menghargai kepelbagaian kerana ini kehendak Allah SWT juga.
Sdr Isham,
BalasPadamBab sukan ni pun kena tengok sukan jenis apa. Kalau dalam Golf, depa pakai peraturan handicap...Dalam politik kat Mesia pun ada kot ??
-Penanggah
Sdr Isham,
BalasPadamBab sukan ni pun kena tengok sukan jenis apa. Kalau dalam Golf, depa pakai peraturan handicap...Dalam politik kat Mesia pun ada kot ??
-Penanggah
Dalam United Malays National Organisation ada :
BalasPadamHaji misai kontot
Haji melawat
Haji 25 %
United Malays National Organisation suka
MCA suka
MIC lagi suka hati.
MCA = Penerbit/Pemodal
United Malays National Organisation = Pengarah/pelakon/pak pacak/penulis skrip/.........
MIC = Pelakon/pak pacak......
GERAKAN = Kalau tak gerak,tak makan......
Hegemoni BN...kah,kah,kah.......
Ribu-ribu duit sudah mari.......
Haji kontrak junkee....
Mana-mana partipun ada ini haji...
Sanggup bukak lebai/ketayap/serban....untuk cari makan......talam dua muka !
Kah,kah,kah......
Universalisme,sosialisme,Egalitarianisme.
BalasPadamKita sama-sama sama,anak manusia.
Teruskan perjuangan utk classless society,utk egalitarian,dan utk kesaksamaan.
Dalam Al Quran kata tak boleh ambik orang kapir jadi pemimpin. Simple. Nak juga ambik kapir jadi pemimpin masa korang dalam neraka nanti. Itu boleh.
BalasPadamKalau Obama itu bapaknya Melayu http://1426.blogspot.com/2008/11/kalau-obama-itu-bapaknya-melayu.html
BalasPadamhmm....tak jugak betul....ade jugak sukan tak meritokrasi, macam pingpong (utk cina) vs pingpong (bukan cina), merentas desa (sek2 tamil) vs merentas desa (terbuka selain sek2 tamil)....
BalasPadam~meow,
BalasPadamada satu pepatah tentang kucing yang berbunyi:
tidak kira ia kucing hitam,
atau kucing putih,
baik kucing siam, atau kucing kurap jalanan,
asalkan ia bisa menangkap tikus
ia kucing yang berguna.
"Kepada saudara shahrizalisme"
BalasPadamKalau Agama tak boleh dicampurkan urusan duniawi lebih baik kamu jangan mempercayai terus Al-Quran.
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah adalah panduan lengkap tentang tatacara dan hukum bagaimana manusia harus hidup berlandaskan kehendak Nya..
Kepada saudara "shahrizalisme"
janganlah berfikiran macam orang kafir mabuk todi..
Saya sokong 101% Hishamuddin punya pendirian ....... kita telah dibelenggu dengan terlalu banyak rhetorik ugama dan perkauman kosong.
BalasPadam"Kalau setakat pandai dengan ilmu-ilmu dunia tapi bodoh dengan ilmu-ilmu akhirat tak guna jugak..Biar la ijazah ke atau phd dari universiti mana sekali pun..kalau hukum Allah tidak dilaksanakan..takda makna..ilmu tinggi mana pun.."
BalasPadamInilah mentaliti guru-guru pondok yang telah tertanam dan ditanamkan kepada mereka dari satu generasi ke satu generasi.
Walhal apa yang dikatakan Islam itu sangat indah dan mulia, manusia Islam adalah manusia yang dalam kepalanya sentiasa hendak berbakti dan berbuat baik kepada manusia.
Manusia Islam itu adalah manusia yang rajin belajar dan bekerja sehingga terhasilnya Abu Sina dan Al Razi.
Manusia Islam itu memberi layanan yang adil kepada semua seperti adilnya kalifah Umar yang sangat disenangi oleh orang Islam dan bukan Islam.
Jika manusia yang bernama Islam masuk bertanding pilihanraya pasti orang bukan Islam tak ragu-ragu mengundinya.
Kalau orang bukan Islam tidak mahu mengundi calun Islam itu, ini berkemungkinan calun Islam itu masih lagi mempunyai mentaliti macam guru pondok ini. Wallauhalam.
Saudara Tanpa Nama,
BalasPadamCuba jelaskan ayat dan surah mana di dalam Al Quran yg mengatakan org kafir tak boleh dijadikan pemimpin? Apakah erti org kafir yang anda maksudkan?
P/S:Saya keliru sekali dengan pengenalan 'Tanpa Nama' ni. Ade yang betul2 'Tanpa Nama' dan ade juga yg mengakhiri komennya dengan nama2 Penanggah, Alangden serta Jibam.Adakah anda semuanya sama atau berlainan identiti?
Saudaraku sekolah pondok,
BalasPadamSaya tidak mengatakan agama tidak boleh mencampuri urusan duniawi. Anda sendiri jgnlah cepat melatah dan menyarankan saya supaya tidak mempercayai Al-Quran. Sedang rukun iman sendiri yang menyarankan muslim mempercayai kitab. Saya mengatakan negara tidak boleh mencampuri kebebasan peribadi rakyatnya. Ada batasan di situ.
Tafsiran Al-Quran itu sendiri tak boleh dimonopoli oleh sesiapa sahaja. Perbezaan pendapat di kalangan ulamak sendiri pun adalah suatu kebiasaan. Masing2 mempunyai otoriti yang sah dalam pendapatnya.
Malah Nabi Muhammad juga mengatakan perbezaan pendapat adalah satu rahmat.
Al quran itu sendiri juga tertakluk kepada persolan teks(ayat) dan konteks (keadaan). Adakah teks sentiasa kekal mengatasi konteks dalam ape jua keadaan? Dalam keadaan2 tertentu saya percaya konteks akan mengatasi teks terpulang kepada penafsiran masing2.
Anda sendiri begitu keras mengatakan supaya saya "jangan berfikir seperti org kafir mabuk todi." Sudahkan anda fahami makna 'org2 kafir' yang dirujuk dalam Al-Quran?
Jgnlah anda begitu keras dan fanatik. Al Quran juga tak wajar ditafsirkan secara harfiah (literal)sahaja. Perlu juga dilihat substancenya dan historisnya juga.
Salam!
Salam.......
BalasPadamApa pun pandangan, cadangan, teguran, pendapat, bantahan, kritikan biarlah berlandaskan Alquran dan hadis, nescaya kamu tidak akan berpecah belah.
BERPEGANGLAH KEPADA TALI ALLAH tidak selain darinya
orang sekolah pondok susah jadi pemimpin semua kaum sebab mentaliti tak pernah bergaul dengan msyarakat bukan islam. memang la ilmu agama tip top, tapi sensitiviti kpd msyarakat bukan islam mungkin kurang.
BalasPadamDiplomasi masih lemah.Bergaul dengan bukan islma tidak semestinya minum todi dan makan bABI tapi fahami budaya dan cara pemikiran mereka. Ini juga yg dimahukan oleh Mohd Sabu bagi barisan pemuda pas supaya lengkapkan diri dengan ilmu ilmu dunia dan tau sepak terajang foreign policy dan budaya luar.
I think what has made Obama the person he is today is the fact that he's African American. If he's not African American then most probably, he would have not been the same person..and he would not have the same courage. I think what made him different from the other candicates is the fact that he is able to accept that Americans might have differences but it's not impossible for them to live & work together.
BalasPadamI don't see why is it wrong to identify yourself as Chinese, Indian, Malay etc? The fact is we are different and it will not going to change by convincing yourself otherwise..but the challenge is to respect those differences.
I do agree that we should value a person based on his/her capabilities and not the connection that she/he has or the color of her/his skin. ..but that has nothing to do with being proud of your heritage.
my 2 cents.
di universiti sekarang ini, ada satu subjek - hubungan etnik. kalau tak silap brader hisham ada tulis satu artikel mengenai kajian hubungan etnik ini. dan sekarang hasil kajian itu telah dijadikan subjek di universiti.
BalasPadammacam biasa hujah dalam buku teksnya, hormat kaum lain la,kontrek sosial le,sultan la bla bla bla...mcm hujah biasa dengar dekat melayau/b.hairan.
sejuurnya,gua rasa buku teks itu patut diganti dgn artikel brader isham(yg pasal perkauman lah).
membaca artikel isham membuat gua rasa lebih bertanggungjawab kepada dunia.merasakan diri sebagai warga dunia.
dah sekarang gua nak dengar lagu michael jackson,we are the world.
"Sesungguhnya amal yang baik dari setiap Muslim, Yahudi, Nasrani, Sabean dan lain2nya akan sentiasa mendapat penghargaan dari Allah SWT.
BalasPadamSeperti kata Saudara Tanpa nama, kita perlu menghargai kepelbagaian kerana ini kehendak Allah SWT juga."
Allah swt terima ke amalan selain daripada islam? yg paling utama ialah akidah.Tolong rujuk kitab2, ustaz yg bertauliah ke. jgn gunakan pemikiran sendiri. baik meritokrasi, autokrasi, sosialisme ke..islam dah lengkap untuk dibuat rujukan dan jalankan.
jgn jadi cam negara sekular turki, mustapha kamal mmg berbakat, berbakat untuk duniawi dan menghancurkan akidah umat islam. meremehkan agama. satu masa nanti klau la org islam malaysia tak jaga betul2 kuasa pemerintaha, xmustahil boleh jadi cam turki.Empayar islam hancur kerana pecah perintah oleh golongan kuffar. rakyat mengharapka perubahan yg lebih baik akhirnya dapat keburukan dan huru hara mcam irak. jatuhnya saddam hussein, amerika dan israel yg masuk negara dorang.
jangan harap orang bukan islam boleh jaga kepentingan orang islam. kewajipan kita suma pertahan dan kembangkan syiar dan syariah islam.
Untuk Wakmeli,
BalasPadamTak payahlah anda menyuruh saya merujuk kitab Ustaz2 yg bertauliah
(siape yg mentauliahkan mereka?). Sekalipun merujuk kitab2 tersebut, mereka tidak lari menggunakan pemikiran sendiri kerana kita semuanya dikurniakan akal oleh Allah SWT.
Ayat yg saya tulis adalah rujukan dari Surah al-Baqarah ayat 62. Marilah kita sama2 membaca dan memahami al-quran terlebih dahulu. Allah sendiri akan menilai amal baik setaip mukmin, yahudi, nasrani dan sabian dan menetapkan balasannya. Mereka juga memiliki akidah dan syariat masing2. Ade yang baik dan ade yang jahat.
Tak perlulah kita ambik alih tugas Allah ini dengan mengatakan amal kita saja yang terbaik, terbetul dan diterima.
Kalau Allah nak terima amal umat islam sahaja dah tentu dia dengan senang menjadikan semua manusia ini Islam sahaja. Tiada Yahudi, Nasrani, Sabian dan lain2. Tetapi ini bukan kehendaknya.
Al Hujarat ayat 13 dengan jelas Allah menyatakan dia menjadikan manusia ini berbagai bangsa, pasangan supaya kita saling kenal mengenali dan tentunya faham-memahami. Fahamilah anda, dalam al-quran sendiri dengan jelas mengkategorikan org mukmin (muslim), ahli kitab dan musyrik. Ini jelas sekali perbezaannya. Tanyalah ustaz2 anda yang ditauliahkan itu sekiranya anda inginkan lebih kejelasan.
Tentunya ade pro dan kontra ape yg telah dilakukan oleh Kamal Attarturk itu.Tetapi,tahukan anda sekiranya Mustapha Kamal tak memodenkan Turki mungkin pada hari ini Turki sudah tidak wujud lagi. Mungkin Turki dah lama menjadi sebahagian jajahan Eropah atau sebagainya.
Bukan negara Islam atau sekular yang menjadi persoalan pemerintahan! Bukan 'bentuk' suatu pemerintahan itu menjadi isunya tetapi apa yang lebih penting bagaimana ia dapat 'berfungsi' dgn baik.
Tak satupun negara yang mengaku Islam pada masa kini boleh menandingi kemajuan Barat! Sejak kejatuhan Ottoman Empayar yang tidak dapat membendung ledakan kemajuan Barat hasil revolusi di Eropah, kita sudah jauh ketinggalan!
Hei baghal mana komen aku semalam, memang hang punya blog tapi jangan bertopeng liberal dan open kalau tak boleh terima pendapat yang "menyusahkan". hang sebenarnya PUKI MAK, tidak tahu apa2 sekadar tulis nak syok sendiri>..kah;kah, kah,kah,kah,kah pengecut.
BalasPadamSaya merasakan perbezaan pendapat dan cara pandang adalah lumrah. Anda boleh menulis ape saja asalkan bertanggungjawab dengan ape yang ditulis. Jangan sembarangan menggunakan nama Al-Quran secara general tanpa rujukan yang jelas. Berikanlah otoriti dalam setiap tulisan anda, barulah ianya menyakinkan dan rasional.Tiada istilah tulisan syok sendiri sekiranya disokong dengan bukti, contoh dan otoriti2.Terserah kepada pembaca2 menilainya.
BalasPadamCara menulis juga biarlah sopan dan gentlemen.
Salam!