Selasa, 11 November 2008

SEBELAS SABELAS

Hari ini sebelas sabelas. Mulanya saya tidak faham apa itu sebelas sabelas. Di tahun pertama di Eropah ketika belajar di Belgium, kampus saya ditutup. Bulan sabelas musim daun gugur ertinya saya bepelung bangun lewat kerana sejuk dan seronok bergebar di atas katil.

Ketika di London saya juga sering melihat pembaca warta berita di kaca tv memakai bunga popi yang sama.

Lalu saya teringat dengan sajak arwah Tongkat :

bunga popi
bunga darah
bunga nanah


Dulu ketika di sekolah rendah saya teringat entah di bulan yang mana saya juga selalu meletakkan 5 sen ke dalam tabung bunga popi – ini sebelum saya membaca sajak Tongkat. Saya juga ada melihat arwah ibu saya memakai bunga popi ketika pulang dari sekolah.

Saya masih ingat entah tahun ke berapa saya di Eropah, di satu pagi saya menaiki bus dari kampung saya ke kota Brussels. Entah apa yang saya cari. Lalu bas ini melintasi kota-kota kecil sebelum sampai ke Brussels. Lalu saya tenampak Pak Cik Pak Cik tua enam tujuh orang berbaris membawa bendera. Saya tidak tahu maknanya. Mereka memakai baju kekuningan tua. Di dada baju ada banyak lencana tergantung.

Di kota London saya ternampak kalongan - bunga popi di letakkan di makam –Parajurit Tanpa Nama –

Akhirnya saya mendewasa dengan Eropah dan saya faham apa dia Sebelas Sabelas – Eleven November – Armistice Day.

Pada 11.11.1918 jam 11.00 pagi telah ditanda tangani Perjanjian Damai antara Tentera Bersekutu dengan German untuk menamatkan Perang Dunia Pertama.

Dari tahun 1914 hingga ke tahun 1918 Eropah berperang. Yang dimusuhi ialah German. Hampir 40 juta warga Eropah menerima bencana. Lebih dari 20 juta tentera dan orang biasa tewas.

Nah inilah dia sejarah Sebelas Sabelas.

Pak Cik Pak Cik yang saya ternampak di kota kecil itu adalah anak-anak muda yang terselamat. Mereka memahat ingatan yang tidak akan saya lupakan. Bas saya yang berhenti untuk memberikan laluan pada mereka di pagi itu. Inilah tanda hormat kita kepada orang yang terdahulu dari kita.

Hingga ke hari ini saya menganggap diri saya bernasib baik kerana di hari itu, di pagi November itu saya berada didalam bas melintasi kota kecail di kampong itu.

Bertahun kemudia tanpa di rancang saya melintasi Ypres, satu kota kecil di wilayah Flanders, Belgium. Nah, dari apa yang saya baca , di pandang perkampungan kota kecil inilah tumbuh meliar bunga-bunga popi sesudah perang tamat. Lalu popi dijadikan simbol untuk mengingati mangsa perang.

Bila saya pulang ke Malaysia saya tidak melihat lagi Hari Bunga Popi – saya tidak tahu apa sejarah pemansuhannya.Mungkin kerana kita terlalu sibuk dengan Proton atau terlalu sibuk hendak menjadi wakil rakyat , lalu kita terlupa sejarah.

Saya ingin mengingati Sebelas Sabelas hari ini untuk anak-anak muda. Agar mereka tahu satu ketika dahulu kita juga adalah internationalis, kita juga memiliki setia kawan untuk anak semua bangsa.

Bacalah sajak Tongkat yang ditulis sesudah Perang Dunia ke Dua. Inil adalah semangat internationalis yang melintasi semua benua. Inilah kemelayuan yang jujur sifat terbaik dari bumi melayu untuk sebagai anak semua bangsa.

Juga satu bait dari Robert Laurence Binyon dari England. Lihatlah dari dua benua yang tidak pernah bertemu tetapi bersuara tentang anak semua bangsa.

Ikraq bismira bi kal lazi!!!

BUNGA POPI - Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001)

Dari darah, dari nanah yang punah di tanah,
rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata,
hasil manusia gila perang membunuh mesra,
bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,
kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,
perang dalam kenangan penuh kengerian,
sekarang dalam kepahitan,
dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,
hilang pergantungan, hilang pencarian,
hidup kebuluran,
ribuan janda, ribuan kcewa, ribuan sengsara,
jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.

Manusia gila perang telah membunuh segala mesra!
perang berlangsung mencari untung tanah jajahan!
perang berlangsung membunuh anak dalam buaian!
perang berlangsung menghantar lebur nilai kebudayaan!

Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,
bunga darah merah menyimbah,
penuh kengerian.

Kami benci pada perang penuh pembunuhan!
kami rindu pada damai sepanjang zaman!

Usman Awang
1955


In English Translation :

Poppies

From blood, from pus that rots in the soil,
from skeletons that have lost their lives,
snatched by weapons,
the result of war maniacs who kill love,
the red flowers bloom beautifully,
requesting to be adored.

Those who live on are remnants of life,
full of sufferings,
wizened, bent, deformed, maimed and blind,
war in retrospect is full of horrors;
they remember now,
in bitterness,
in solitude.

Others lost children, husbands and sweethearts,
lost their sources of support, their livelihood,
they live in starvation,
thousands widowed,
thousands disappointed,
thousands tormented;
millions of orphans live on, and beg.

The war maniacs have killed all love!
war raged and found profit in colonial lands!
war raged and killed babies in their cradles!
war raged, and destroyed cultural values

Poppies are the flowers of fallen soldiers,
flowers drenched red with blood,
full of horrors.

We hate war,
full of killing!
we cry for a never-ending peace!

Usman Awang
1955


FOR THE FALLEN - Laurence Binyon (1869 - 1943)

They shall grow not old, as we that are left grow old:
Age shall not weary them, nor the years condemn.
At the going down of the sun and in the morning
We will remember them.

Fourth stanza of 'For the Fallen' by Laurence Binyon (1869 - 1943)

(terjemahan TT)

Mereka tidak menjadi tua, hanya kitan yang akan tua
Umur tidak akan menghakis mereka, juga tidak akan dimakan tahun
Bila matahari mula berlabuh dan esok paginya
Kita akan terus mengingati mereka




23 ulasan:

  1. catatan isham membawa nostalgia 4 dis 1974 ,peristiwa baling yang saya percaya antara punca isham dapat merasai suasana dinegara orang melaui catatan ini

    BalasPadam
  2. bro. banyak yang kami tidak tahu. tidak nampak. tidak pernah dengar akannya. saya amat bertuah. di maya ini. kami terdedah dengan banyak fakta dan kebenaran.

    kerajaan BN sekarang, ya. mereka asyik dengan berpropaganda. propaganda halus. walaupun tak sama dengan propaganda revolusi kebudayaan mao dahulu. ia cukup untuk membodohkan masyarakat.

    terima kasih bro!

    p/s; gwe kepingin banget ketemu ama bro di bau-bau cafe!

    BalasPadam
  3. Interesting sebelas sebelas..

    "Dato' Usman (Tongkat Warrant) merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis."

    - Wikipedia Bahasa Melayu

    Orang sekarang tak ingat sebelas sebelas, dua puluh satu sembilan, orang ingat la, tarikh 21/9/2001 WTC kena langgar kapal terbang. heheh.

    Kalau di Malaysia orang ingat tarikh 8 March, tarikh UMNO kene Tsunami .. paling syok tengok muka Radzi Syeikh Ahmad menggigil kene interview, ingat kalah dah ..haha. The longest night in Malaysia.

    Apa pun kita akan ingat tarik 11 November, tarikh tamatnya perang dunia pertama secara rasmi.

    BalasPadam
  4. sejarah tingkatan 1 sampai tingkatan 5 tak ambik port part2 nie...

    BalasPadam
  5. dah la..ko mcm bagus..hisap rokok pon x igt..nak citer psl maruah konon..nak citer psl bnda2 kt luar negara..ko igt kitorang bdk2 muda ni bangga ke ada hishamudin rais kt malaysia ni.aku menyampah tgk ko merokok.rokok itu haram.

    BalasPadam
  6. Jangan dengki pula. Saya tak berapa ingat 11/11. Yang saya ingat 16/2 tarikh Labuan diistiharkan sebagai WP. Sekarang ni Labuan membangun tidak seperti Permatang Pauh. Jauh sangat. Saya bersyukur berada dalam sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat. Dan yang pasti saya akan tetap mengundi BN kerana BN banyak berjasa kepada bangsa dan negaraku.

    BalasPadam
  7. sangat informatif..terima kasih bro..

    BalasPadam
  8. Tahun 74 adalah cetusan dari perang Arab Israel. Perang yang meninggalkan kesan amat teruk kepada ekonomi Malaysia dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat masa itu.
    AlMalik Faisal menjawab ugutan Kissinger, Yahudi yang menjadi pembuat dasar di Wsshington apabila beliau akan memusnahkan semua telaga minyak Arab Saudi.
    If you come and destroy all our oil fields, we are happy to go back to our camel and live in the desert. we are not worried.
    Minyak bukan satu aset kepada Arab Saudi, ianya hanya satu amanah Allah untuk membela darah umat Islam sejagat. Dibumi Islam mana yang tidak ada hasil minyak?
    Hentakan kaki halus Nabi Ismail di usia kurang satu tahun mengalir telaga zam-zam, airnya menghilangkan dahaga puluhan juta manusia sejak ribuan tahun yang datang mengerjakan haji.
    Kini panggilan haji kembali lagi.
    Sudahkah kita bersedia ke tanah kering kontang yang berdebu semata-mata menyambut panggilan dari doa Nabi Ibrahim lebih 5 ribu tahun lalu?
    Semoga kemakmuran yang ada pada kita hari ini kita kongsi dan insafi bersama.

    BalasPadam
  9. SALAM BRO.

    Apo pulak cito nogori orang putih. Kek Malaysia ramai laie perjuang yg sepatuteaa kita konang.

    Lupo den nak tanyo kau, duduk luar nogori biasiswa mara ko?

    Eden limo kali ko luar nogori sumo kerajaan tanggung, berak yo den cangkung.

    BalasPadam
  10. acoy tu bukan rokok tapi CANDU, kalau tidak mana nak dapek kick maso menaip, tu fasaleaa togolak yo dia.

    macam ni ha dia togolak

    KAHKAHKAHKAH..KAHKAHKAH, goli hati den.

    BalasPadam
  11. Budak Hafiz Komunih lover tuh kek sini rupoeaa kau yo.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah....kita bukan bicara mengenai semangat nasionalis atau dumba dombar angkara kemelesetan ekonomi dunia yang teruk berlaku dinegara super power baik di benua Amerika mahupun Eropah .

    Perlu waspada tiap kali kemelesetan akan diikuti olih peperangan, suatu yang dapat dan pasti mempercepatkan proses pemulihan ekonomi itu sendiri atas dasar perlu untuk berbelanja untuk pembuatan dan sokongan bagi pembelian alatan dan kelengkapan peperangan .

    Yang kita alami diMalaysia buat tika ini tidak lebih dari perang saraf semata-mata.

    Akhir-akhir ini sudah ada bunga dan percikan kepada era cold war dahulu . Russia kian dalam arus memulih imej, Republik China berusaha menperluaskan pengaruh ekonomi dan penguasaan sumber (saperti di Afrika dengan perjanjian membina infrastruktur sebagai balasan untuk mendapatkan konsesi perut bumi),India dan Pakistan berlumba lumba memperbaiki dan meningkatkan penguasaan dalam teknologi nuklear.

    Olih itu kebangkitan negara "south-south" yang menjadi platform dan arena yang sekarang dijangkakan dapat menguasai ekonomi dunia adalah tidak terkecuali dari teropong radar para kapitalis untuk mencari ruang-ruang bagi menidakan kebangkitan gabungan negara ini dimana malaysia adalah sebahagian dari gugusan negara "south-south" - alangden

    BalasPadam
  13. Gua paling suka novel "tulang-tulang berserakan" gua baca novel nie masa gua umur sembilan tahun tapi x abis gua repeat balik sampai umur dua belas tahun baru khatam tapi malangnya novel nie dah rosak sebab umah gua banjir...."Sandera" dari arena wati pun best giler....kalo jumpa balik dua novel nie gua nak wat koleksi....

    BalasPadam
  14. please lah , tolong jangan kaitkan diri anda (melalui bolg ini) yang konfius itu dengan manusia ternama seperti usman awang, bagai langit dengan bumi, kalau pun nak masukkan sajak, pilihlah sajak Mao Tze Tong, sesuai dengan maksud dan tujuan blog ini diadakan.

    BalasPadam
  15. pukul 1059 askar dari amerika menjadi mangsa korban terakhir WW1, dia kena tembak ngan askar german. tepat pukul 1100 kedua-dua pihak meletak senjata...

    moralnye askar biasa jer la jadi korban...askar cap ayam...ada yang tak dapat kawin walaupun dah inform bakal isteri dia akan balik coz perang nak tamat...ada yang jadi janda...bakal datuk tak dapat tengok cucu...coz ramai yang mati di pagi hari 11 nov sebelum pukul 1100...tiada seorng pun jeneral atau kolenal yang menjadi korban tapi puak puak nie la beriya meraikan kemenangan WW1...

    BalasPadam
  16. aku tk pernah lupa pada 11 11.....aku masukkan duit dalam tabung....dan aku dpt popi...aku lekatkan dibaju aku....
    aku tk pernah lupa...hanya pmimpin me layu yg mudah tlupa

    BalasPadam
  17. Huh? Kenapa entry kali ni tak de 'KAH, KAH, KAH.....' Tolong jangan buat lagi macam ni.... Hampeh!

    yin yan

    BalasPadam
  18. Kenapa banyak yang kami tak tau...
    sedangkan dari tingkatan 1 sampai 5, dan di IPT (matrikulasi-sampai konvo)... kami belajar sejarah.. tapi... banyak yang kami tak tau...

    isk... KERA-jaan nye Malaysia ni

    BalasPadam
  19. acoy tulis -

    dah la..ko mcm bagus..hisap rokok pon x igt..nak citer psl maruah konon..nak citer psl bnda2 kt luar negara..ko igt kitorang bdk2 muda ni bangga ke ada hishamudin rais kt malaysia ni.aku menyampah tgk ko merokok.rokok itu haram.

    ++++++++++++++==

    bro acoy - lu ingat gua heran ke ngan komen lu tu... ko menyampah ke tak dgn isham - aku pedulik apa!!!!

    menyampah jgn masuk blog tukartiub ni dan komen kat sini... pergi main jauh2 nuhhh

    BalasPadam
  20. Masa 11/11/1918 nila ramai askar yang mati berbanding masa D-Day...

    BalasPadam
  21. BUNGARAYA seorang contractor...contractor mestilah junjung UMNO, kalau tak, mana nak masyukkkkkkk...inilah Melayu yg kita banggakan...

    BalasPadam
  22. Kita kan dah ada Hari Pahlawan, lepas tu buat ape nak sambut sebelas sebelas, kita bukannya terlibat pun dalam ww1.Dari mengenang pejuang2 asing, lebih baik mengenang pejuang2 tanahair seperti jeneral Ibrahim Ismail, Yeop Mohidin dll

    BalasPadam