Selasa, 25 November 2008
YA AMPUUN BAGINDA RAZAK
Ya ampuun Baginda Razak. Hamba menulis surat ini kepada tuan hamba agar ianya dapat dibaca oleh anak cucu cicit kita semua. Hendaknya apabila kita semua berada di alam baka nanti maka anak cucu cicit kita akan membaca kembali surat hamba kepada tuan hamba.
Ya ampuun! Ya ampuun Baginda Razak, hamba telah mendengar surah dongeng labun lentong tuan hamba. Hamba bersama teman dan sahabat dengan syiok lagi tawaidok molopong dan terngaga apabila tuan hamba membuka mulut.
Apabila tuan hamba bercakap bahawa kebenaran hanya di ketahui Allah maka meleleh air mata hamba hingga ke lubang peha. Tidaklah pernah hamba melihat satu makhlok tuhan yang bagitu jujur bersilat lidah. Inilah agaknya rahmat Yang Maha Esa yang telah dikurniakan ke atas tuan hamba. Tidak pernah hamba terlihat seorang Syahdu, seorang Sufi, seorang Dukun dan seorang Bomoh dapat berkelentong seperti tuan hamba.
Cakap tuan hamba at the Press Conference itu adalah benar-benar melainkan semua tidak benar belaka.
Ya ampuun Baginda Razak, hamba juga turut merasa gundah gulana apabila terdengar berita kematian Puteri Mongolia. Hamba bertambah sedih lagi sayu apabila hamba di beritahu bahawa Puteri Mongol ini adalah gundek simpanan Yang Teramat Mulia Raja Muda yang bakal menjadi Raja kita.
Hamba juga mendengar khabar berita tentang betapa cemburunya Permaisuri ketika mengetahui bahawa ada gundek yang lebih disayangi dari Permaisuri. Telah tersebar ke seluruh Melaka tentang api murka yang keluar terpacar dari kopek layut Permaisuri Raja Muda.
Ya ampuun Baginda Razak, api murka Permaisuri Raja Muda ini bukan datang secara tiba-tiba. Adalah menjadi dongeng rakyat Melaka setiap Permaisuri yang akan naik ke atas takhta maka badannya wajib di ukur dan dikira. Telah tersebar ke pelusuk kampong dan kota, telah di ketahui rakyat jelata tentang berita susuk gedempak Permaisuri Raja Muda melebihi saekor anak gajah simpanan Tun Bendahara.
Adalah menjadi perangai dan sifat anak-anak muda Melaka membuat lawak dan jenaka terhadap gedempaknya badan Permaisuri Raja Muda. Dari apa yang hamba menerima berita inilah punca yang menimbulkan angkara murka. Permaisuri Raja Muda telah mengetahui betapa ramping, langsing lagi ranggi pinggang Puteri Mongolia.
Mengikut yang empunya cerita cemburu melimpah marah bertambah. Mengikut kata yang empunya surah seorang Tamil dari negara atas angin telah datang bersumpah di hadapan Balairong Seri bersama mudim dan pari-pari bahawa si Tamil hitam mengetahui bahawa Raja Muda kita berkemudi di hadapan berkemudi di buritan.
Ya ampuun Baginda Razak, sahehlah dongeng berita Raja Muda ‘makan di luar dan suka makan di dalam’. Makan di depan makan di belakang telah menjadi nikmat pilihan Raja Muda kita.
Ya ampuun Baginda Razak, ‘ makan depan makan belakang’ ini adalah surah yang dipungut dan dikutip oleh si Tamil yang hitam dari mulut tuan hamba sendiri. Ya ampuun Baginda Razak, bukanlah niat hamba untuk membuat fitnah, jauh lagi untuk mencerca nama baik tuan hamba. Niat hamba ialah untuk memberi tahu saentero negara bahawa what you said at the press conference the other day was pure bullshit.
Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba berjanji kepada rakyat Melaka untuk melapor duduk pekara. Adalah juga tanggung jawab hamba bukan menista dengan berita. Hendaklah tuan hamba tahu bahawa tidak ada seorang pun rakyat jelata yang percaya apa yang tuan hamba butirkan itu benar melainkan semuanya bukan benar semata-mata.
Ya ampuun Baginda Razak, kesah hikayat Puteri Mongol ini berpanjang hendak hendaknya. Adalah menjadi tabiat baik rakyat Melaka mereka amat suka melihat tuan hamba masuk sekali lagi ke penjara. Tidaklah busuk hati nurani mereka melainkan mereka ingin tahu saheh duduk pekara.
Ya ampuun Baginda Razak, rakyat Melaka dan saentaro belantara dari Melaka ke Mejapahit, dari Jambi hingga ke Pasai telah mendengar cerita tuan hamba menjadi kaya raya kerana membeli dua bahtera. Apakah ini dongeng cerita hamba sendiri tidak terkata-kata hanya tuan hamba tahu duduk pekara.
Mengikut kesah yang empunya ceritera, mengikut surah sumpah si Tamil hitam lagi legam, tuan hamba di lantik menjadi khadam yang kanan. Masuk istana keluar istana tanpa di tegur tanpa di saman. Bukanlah rashia rakyat Melaka untuk berdendam mencari mangsa. Mengikut surah sumpah si Tamil hitam lagi legam tuan hamba menjaga gundek-gundek Raja Muda. Mengikut tuan yang empunya ceritera tuan hamba juga beligar ke kampong beligar ke kota mencari banyak anak-anak dara untuk dijadi gundek-gundek istana.
Ya ampuun Baginda Razak, adalah kebangaan rakyat jelata melihat punai tuan hamba bercabang tiga. Se jantan jantan anak Melaka tidak ada punai yang bercabang tiga. Malam bergoncang siang berendut. Berselimut salah bergumpal pun salah. Tuan hamba akhirnya bermukah dengan Puteri Mongol gundek kesayangan Raja Muda. Ini bukanlah dongeng rakyat Melaka. Ini surah sumpah si Tamil hitam lagi legam yang punya angkara.
Ya ampuun Baginda Razak, biarlah hamba meneruskan cerita tentang Permaisuri yang jatuh murka. Telah didengar rakyat Melaka tentang kesah Permaisuri kita yang dahulunya seorang Mak Janda. Bergundek ke hulu bergundek ke hilir membuka kangkang mencari mangsa.
Ya ampuun Baginda Razak, adalah telah menjadi berita atas arahan siapakah Puteri Mongol musnah derita. Telah di ketahuilah rakyat Melaka betapa Permaisuri cemburu tersangat seperti gajah kena penyengat. Telah di ketahui juga rakyat Melaka Raja Muda sering berduka berkongsi katil memelok saekor unta walhal paduka bemimpi gundek langsing berambut panjang bukan anak gajah berambut kontot.
Ya ampuun Baginda Razak, tuan hamba dikatakan amatlah ceredik bergeliga mencari untung membeli bahtera.
Ya ampuun Baginda Razak biarlah hamba menyampai berita. Dari Naning hingga ke Melaka rakyat tahu duduk pekara. Jangan cuba di bodoh jangan cuba di alpa rakyat sudah faham membaca warta berita. Tidak perlu bergelap tak perlu bersuluh pelita kesah tuan hamba membeli dua bahtera menggunakan duit emas kantung negara telah di ketahui rakyat jelata.
Al-kesah tun empunya cerita Permaisuri telah membadak gegak gempita , lagi marah lagi murka maka di arah Puteri Mongol disula , di seksa untuk menamatkan semua berita. Badan di letup rambut di bakar agar tidak di ketahui janin siapa. Dari atas angin sampailah berita, dari balairong hingga ke rakyat jelata semua ingin bertanya janin ini anak siapa. Anak tuan hamba atau cucu tuan hamba inilah punca murka Permaisuri yang membadak mencela.
Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita amat saheh lagi nyata tentang Raja Mongolia amat amarah tidak dapat dikata.
Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita si Tamil hitam lagi legam ditemui sudah. Dia bershaer lagi bermadah menunggu masa untuk mendedah.
Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita tentang isteri tuan hamba mendapat duit membeli bahtera.
Ya ampuun Baginda Razak, adalah hamba mendengar berita lagi saheh lagi nyata tentang Raja Muda yang akan naik tahta akan di sula rakyat Melaka.
Inilah berakhirnya surat hamba kepada tuan hamba. Ya ampuun Baginda Razak tidak lah ada apa lagi yang hendah dikata. Hendaknya di ketahuilah oleh anak cucu cicit kita nanti tentang kesah murka seorang Permaisuri yang gemuk gedempol, kesah Puteri Mongol cantik bistari, kesah Raja Muda yang takut bini, kesah gundek bertukar ganti.
Maka dibuatlah rakyat Melaka pantun enam kerat untuk ingatan turun temurun:
Tam tam tun
Tak perlu berpantun
Dam dum dah
Tak perlu bermadah
Your Press Conference
Is real poorah.
haha..
BalasPadamMelaka jatuh kerana apa?
Kerana pemerintah namanya Melayu bodoh menipu!!
Poodah mat-mat mongol!!!
Mereka ini macam hanjing!!!
Nak menipu demi harta dan celakalah mereka!!!!!
Isham, ada novel yang mengisahkan certa-certa Raja yang sangatlah dahagakan cipap dan darah dalam tulisan Nawal El-Saadawi.. Perlulah juga rakyat Malaysia membaca novel pujangga ini.. Ambil iktibar atas terlalu memuja si raja kuasa di atas singgahsana!!!
Kuasa Rakyat!!!
Marxist Groucho tuh apa isham?
Huhu ;)
hari ni bro isham bermadah panjang. kisah sang putera raja muda dengan gundek monggol. dan permaisurinya yang murka. segala rahasia tercabut sudah. baginda raza adalah gundek juga hahaha
BalasPadaminilah charanya menaikkan mertabat bahasa melayu! pakcik di kampong tentu suka sekali.
meow~
BalasPadamKali ini kucingsiam nak cetak "Ya ampuun baginda razak" untuk disimpan supaya dapat dibaca oleh cucu cicit nanti.
Laras bahasanya menimbulkan nostalgia zaman sekolah menengah membaca sastera klasik ...
tapi diselitkan pulak dengan frasa inggeris yang memang relevan. cukup kau!! satiranya cukup tajam, syok habis.
terima kasih bung hisham. kamu memang lebih "kau" daripada badut badut yang duduk dalam pejabat Dewan Bahasa dan Petaka.
bro izwan. setau aku marxis jenis groucho ni bersempena dengan nama seorang komidian US dikenali sebagai Groucho Marx. dan dia telahpun marhum lama dah.
BalasPadamsaya sangat tertarik kepada gaya tulisan lama tuan. Tulisan tuan sentiasa sinis tapi ada unsur jenaka. Berat tapi berjaya diringankan bacaannya.
BalasPadamWalaupun ditulis seperti bahasa lama tapi berjaya mengetik dan merentap minat untuk membacanya sehingga habis.
Sebenarnya tulisan tuan berkenaan ekonomi terutamanya berkenaan minyak sangat menarik.
blog saya http://canterik.blogspot.com/
Heheheh Really hilarious bro...
BalasPadamGet the Baginda Razak tongue twister get lost from this earth surface...
Berapa punya hebat mangkuk ayun ni buat lawak time press conference daa
Dah banyak sangat makan tahi agaknya this is the result... dah tak tau nak bezakan halal haram lagi dah...
Woitt Baginda Munafik lagi Kufur... pergi jahanamla ko dgn anak bini ko yang buat seluruh rakyat marhaen Malaysia muntah menengoknya... rompak duit rakyat ajelaa keja ko
caitt poodahh !!!
Salam..
BalasPadamTeringat masa ambil subjek satera masa kat sekolah menegah..
Syabas abg Isham..
"YA AMPUN BAGINDA RAZAK" dapat menbuka pekong Raja muda dan kroninya dengan santai sekali..
Gua bukan nak sokong anwar buta tuli. gua pun bukan nak hantam najib tuli-tulian. Tp bukankah dah jelas, calon PM 'kotor'. Ia tidak bersih dan tidak kelihatan bersih. Jelas antara calon PM ms depan selayaknya anwar. Dan lebih mudah bagi rakyat UMNO, membuat keputusan mengenai siapa pengganti Paklah. Jika UMNO mahu survive..ketepikan Najib! Jika tidak, selamanya parti ini dihantui oleh hantu Mongolia. Buat geng2 UMNO... talkinkan Najib sebelum negara tergadai dan parti kamu lenyap oleh tangan si penjenayah..yang jelas..seorang penjenayah ( yg masih bebas ).
BalasPadamJo.
Maka sangatlah asyiknya hamba membaca karangan purbakala tuanhamba. Sangat takjub lagi hairan diri hamba dengan bakat besar yang dianugerah tuhan kepada tuanhamba. Syabas dan tahniah jua hamba ucapkan di atas petah dan lancarnya bahasa tuan hamba...
BalasPadamgood one...
BalasPadamdi dunia mereka2 brsandiwara...
di 'sana' nnti,lari la brgegak gempita...
bik mama exercise siap2 bg kurus...
klu bleh tu,di luar atmosfera bumi la...
bkn apa,bila dh kurus...senang nk lari...
takut nnti kena letup pkai bom...
terburai abis...
rakyat Melaka pn x lalu nk mkn setahun...
'busuk'...
best la bro ceritera diatas,amat menikam kalbu heheheheh.tulis lagi jgn jemu.telanjangi segala kedustaan
BalasPadamciao
Hikayat Tukar Tiub.
BalasPadamLepas PRU13 nnt jadilah silibus pembelajaran untuk subjek sastera kat sekolah.
bro isham... memang best lepaih ni ako cadangkan buat novel pasal raja tua nk mampus lagi ngok, siang malam asyik ngantuk yg nk buat peralihan kuasa pada raja muda yg takut bini tapi setiap saat teringikan gundek yg langsing lagi ranggi... sedangkan semua rakyat jelata langsung tak teringin berjakan mat mongol yg kepala pusing, yg tunggu masa nk terguling...hahahahaha....
BalasPadamya ampuuun..
BalasPadampatek pacal yang mulia ini..memohon sembah kira ceritera baginda razak yang hina lagi durja ini disembahtarikan di istana budaya buat tatapan Raja Muda dan Tuan Permaisuri gedempak..
ya ampuun..sangkala PRU13 dan bunyi dahhh..
serunai diraja dah main dahhh..
PERCAYALAH!, PRU13 AWAL 2010
Amboi amboi! Pandai benar tuan hamba bermadah. Lucu benar hati hamba kah kah kah
BalasPadamSang Rajuna Tapa yang pertama si Tamil hitam gagal membuka pintu kota, siapakah yang bakal jadi Sang Rajuna Tapa yang kedua?
Hisham,
BalasPadamthis is good stuff. Keep it coming
Dullkid
madah berhelah nih,kono lotak dlm silibus satera spm nih tok isham...
BalasPadamhaha..
gua harap teks klasik ni di jadikan sukatan pelajaran sekolah menengah kelas sastera. banyak benar pengajaran dan kebenarannya
BalasPadamKah....kah.....kah...kah
BalasPadamCeritera ini tiada siapa yang bersalah
Puteri Mongol yang buat ankara susah
Bersiarsiar di Bukit Cerakah
Terpijak perangkap samar dari zaman sudah
Boom! hancur berkecai jasad dimamah
ulat dan cacing teramat ghairah
jangan didengar ini semua fitnah
ibarat mata lebam Anwar yang sendiri belasah
Nak burukkan kerajaan memerintah
Kah...kah...kah...kah
Dari Mat Imigresen Yang Padam ekod Komputer.
Salam Tok Hisham,
BalasPadamKlu ade kuar soalan sastera Bahasa Melayu SPM ttg "Hikayat Baginda Razak Dan Puteri Monggolia", den jamin, den dpat skor...
Another fabulous trademark write....am anxious for the moment si Tamil "bershaer, bermadah....to mendedah"....
BalasPadamMake an effort to fax your write up to R.B the goon and the P.M in-waiting idiot....tengok ada terasa tak...
Sdr. Hisham,
BalasPadamDiBawah ini merupakan ulasan Tambi dilaman Malaysia-Today sebagai balasan artikel Sdr.
"Comment on article: YA AMPUUN BAGINDA RAZAK
written by K W Waran, November 25, 2008 15:38:04
KAH KAH KAH!!!!! Ya Ampun Brader Hisham yang Cukup Kelakar(Pinjam sikit Gelak Tuan Hamba).
Al Kisah Cerita Baginda Razak Al-BullShit, Murka Bik Mama yang MenGajah lagi MengGedempolkan , Raja Muda BerDirty John(Bukan Roti John) dan serta Al Kisah Si Tamil yang Hitam Lagi Legam itu cukup mencuitkan hati sanubari Rakyat seantero pelusuk Bumi Malaysia.
Mungkin Brader Hisham dapat mengkaryakan dengan hati yang Murah Al Babak Kedua dimana Al Kisah Yang Sedih Lagi Menyedihkan itu dapat ditamatkan dengan Kemurkaan Illahi Yang MahaKuasa yang Tidak Dapat Menjadi Yang Maha Pengampun terhadap mungkee-mungkee yang Look Like Human, Sound Like Human but Not Sure That Those are REALLY HUMAN for what Those DID TO AN INNOCENT MOTHER.
Tentang AL KISAH SI Baginda Al Bullshit, mungkin dia terselamat buat seketika tetapi Undang-Undang Karma akan mengejar dia hingga keOxfort itu dan dia tidak akan terselamat walaupun dia menyorok dibawah Kangkang Bik Mama yang saiz gedempol lagi MenGajahkan itu. Namun, yang sedih, Anak Tunggal Si Baginda Razak, ROWellar itu juga akan jadi mangsa depan dan belakang akibat perbuatan Super Zina siBapa bermuka Barua dan sibekas magistret, Isteri si baginda itu yang bermuka kuda itu yang memilih untuk mendiamkan diri sambil makan gelojoh Duit Haram Belian Dua Bahtera tersebut itu.
Sekian. Harap maaf sekiranya tersilap kata atau terkasar bahasa.
Dengan Salam Hormat dari Tambi Pak Sibuk PPauh.
Sastera tuan hamba hatta 7 purnama awan berarak ombak beralun masih lagi nombor wahid.
BalasPadamA+++
Raden
ya ampon...ya ampon..ya mak datok..ya mak datok....maka terlerailah sudah dengan adanya ungkapan keyakinan daripada Paduka Baginda Razak...he is talking COCK... u know hisham what is COCK????
BalasPadamwho is a real pooorah real pooorah pliz stand-up, pliz stand-up !!!
BalasPadamKalau lah Genghiz Khan atau Kublai Khan masih hidup.... tak tau lah aku apa akan jadi pada Baginda Razak dan Raja Muda... serta Bakal Permaisuri
BalasPadamBro, tahniah..memang kelakar laa
BalasPadamya ampuunnn baginda razak...kelak karya bro isham bakal menjadi buku sastera rujukan...bro...lu pnya bahasa bukan kah kah kah....tapi pergggghhh.....
BalasPadamkah kah kah power gilerrrrrrr...
BalasPadambro kau memang ade seni double prolog meaning
Kah Kah Kah kah kah kah Bakal sasterawan Malaya cayalah
hahaha...cayalah tukar tiub. macam ceritera di dalam buku "kelapa nan sebatang" yang hamba baca ketika tingkatan lima durjana.. hahaha
BalasPadamgampang..kahkahkah..
BalasPadamlucu gila crita inih..
hamba berasa sukacita selepas membaca cerita ini..kahkahkah..
gampang skali...
kah kah kah!!! kakakakakakakaakakkkakakakakaakakakkkkakakaakakakakakakakakkakakkakakkakaakaka
BalasPadampada firasat patik..
BalasPadaminilah sembah berita terbaik dari memanda bro sepurnama sudah kulit kambing tukartiub ditatap rakyat jelata negeri melaka ini..meletup sudah bisul raja muda angkara 2 bijik bahtera...sengget sebelah jeti pelabuhan melaka dikala tuan permaisuri turun lepaih balik shopping kat negeri monggol..
Sudah lama saya tak ketawa besar mcm ni.Tukar tiub mmg 'champion'.
BalasPadam