Selasa, 9 Disember 2008

BERITA GUMBIRA !!! ISU POLITIK WANG JEJAS IMEJ UMNO LUAR NEGARA - melayau



PUTRAJAYA 8 Dis. Beberapa aktiviti kelab UMNO di Australia telah dipinggirkan oleh pelajar dan rakyat Malaysia di sana kerana isu politik wang.

Ahli Majlis tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed mendedahkan, dalam pertemuan beliau bersama ahli kelab-kelab UMNO di Australia termasuk di Perth, Canberra dan Melbourne, mereka telah menyuarakan kebimbangan mengenai UMNO yang dipinggirkan ekoran gejala itu.

Mereka kini sukar untuk menganjurkan sebarang aktiviti kerana sukar untuk menarik pelajar dan rakyat di luar negara turut serta.

Kini ramai yang mempersoalkan kewibawaan UMNO dan sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan itu dalam usaha untuk menarik minat golongan muda dan pelajar kepada UMNO, katanya.


kah kah kah….kah kah kah…. gerombolan ni masih ada imej ke?.... kah kah kah….

woit….. pelajar luar negara boleh berpolitik…. kah kah kah…

kah kah kah... di PINGGIRKAN KAN ?.... kah kah kah

kah kah kah… bukan hanya dipinggirkan….kah kah kah….

kah kah kah...menunggu masa untuk di kuburkan…. kah kah kah…



9 ulasan:

  1. Eh, pandai pula pelajar2 luar negara di Australia berpolitik secara matang. Saya di luar negara juga, tapi di kawasan saya ni, politik wanglah yg kelab2 pelajar UMNO ni suka.

    Bukan main seronok lagi mereka bila join aktiviti kelab UMNO, boleh bina 'network', boleh bantu mengekalkan Ketuanan Melayu, boleh dapat funding untuk buat dinner dan majlis tari-menari, boleh dapat duit poket, boleh jalan2 free, boleh sewa kereta free, boleh duduk hotel free, boleh tolong Bik Mama angkat barangan shopping, boleh salam dengan Najib, boleh salam dgn YB Raba Bontot.

    Mereka ni dlm sehari baca berita 2 minit je, itupun muka depan Utusan Online.

    BalasPadam
  2. Apa hal lak Menteri Pertanian pergi ke Australia lagi ni?
    Adakah selepas berjaya mendapatkan biasiswa untuk anaknya maka dia pun boleh guna budget Menteri Pertanian untuk bua bermacam bentuk lawatan luar negara dan sekaligus melawat anak yang disertai sama oleh isterinya?
    UMNO memang pun x popular. Yang join tu sebab dapat budget dan peruntukan kewangan untuk sruvive di luar negara.

    BalasPadam
  3. POLITIK WANG--rasuah,rasuah,rasuah.....JEJAS,jajis,jejus ...macam,macam lagilah semua ada.

    BalasPadam
  4. aku tau sorang pres kelab umno yg sokong Pakatan Rakyat. Kah kah kah punya la xda orang smpai suro orang Pakatan Rakyat jdi pres. Sekali lagi kah kah kah

    BalasPadam
  5. Bukan isu rasuah atau politik wang yang menjejaskan imej UMNO. Kini imej Najis yang 'terlibat' dengan pembunuhan wanita Mongol diketahui satu global, tak pernah bakal PM sesebuah negara ada terpalit dengan kontroversi pembunuhan tapi masih belum dibersihkan. Malah bakal PM Zimbabwe pun tiada kes pembabitan dengan pembunuhan. Najis kena 'clear' imejnya dulu dan imej UMNO mungkin kembali diterima kut?

    BalasPadam
  6. Jika benar badan umno pusat perlu ambil tindakan segera untuk memulihkan keadaan di luar negara. Terimakasih kepada rakan-rakan yang perihatin dan menyampaikan maklumat.

    BalasPadam
  7. aku setuju dengan Tanpa Nama.
    Najib perlu clear kan dulu cerita-cerita panas yang menyelubungi dia sebelum dia menjadi PM. Susah nanti kita berPM seorang alleged murderer.

    BalasPadam
  8. Sebenarnya kita tak perlu risau kerana Najib tidak ada kesempatan untuk menjadi PM Malaysia.

    1 Pak Lah akan terus pertahankan beliau sehingga ke suatu tempuh masa.

    2. Pergerakan Rakyat yang ramai akan berarak kejalan raya menuntut supaya peralihan kuasa dari pemerintahan BN ke PAKATAN RAKYAT seperti dilakukan oleh rakyat Thailand.

    3. Peristiwa ini akan berlaku setelah Pakatan Rakyat/PAS menang dalam PRK Kuala Terengganu nanti. ATAU...PENGHIJRAHAN MP BN SECARA BERAMAI-RAMAI.

    RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN KEPIMPINAN KERAJAAN BN/UMNO/MCA/MIC.

    BalasPadam
  9. kah..kah..kah. tanya budak2 Malaysia kat London samada Umno ke tak? masing-masing mengelak..tak mengaku..walaupun aktif. kah..kah..kah.. Umno dah jadi TABoooooooooooooooooooooooo!

    BalasPadam