Esok Tukar Tiub akan cuba memberi laporan dari Bangladesh.
Tukar Tiub akan cuba memberi laporan suasana pilihanraya kebangsaan Bangladesh yang akan berlangsung diakhir bulan ini.
Tukar Tiub juga akan cuba melihat kesah dan cerita Mat Mat Bangla yang di temui disana.
Tukar Tiub juga akan cuba mencari kesah kesah cinta suci Minah Minah Bangla yang tidak pernah kita lihat wajah dan susuk mereka beligar-ligar di Pasar Seni atau di Stesen Bas Klang. Tukar Tiub akan mencari Minah Cun untuk ditimbang tara dengan Bik Mama.
Tukar Tiub juga akan masuk ke sebanyak warong, cafĂ©, restauran dan tempat makan Bangla – untuk merasa Murgi, Anda, Sabsi , Machli dan Aloo Ghoost - kalau tak tahu apa benda-benda ini – sila mulakan hubungan silatulrahim dengan Mat Mat Bangla.
Jangan berlagak melihat mereka seperti tunggul Lapo – pergi tersepak pulang terlanggar.
Pembaca TT seharusnya menjadi insan dunia yang melintasi semua sempadan. Menerima semua budaya, semua agama, semua bangsa sebagai pencapaian warisan tamadun manusia.
Laporan-laporan dari Bangladesh ini semuanya bergantung dengan keadaan talian hubungan internet. Jika tidak muncul maka bermakna talian masih dalam pencarian. Sila layari Tukar Tiub.
Nota: Sesiapa yang di Lembah Klang sila datang menonton Bilik Sulit. Sesiapa yang belum pernah menonton teater, inilah pengalaman baru untuk melihat tradisi teater avant garde yang bukan dari genre teater LeBodek.
Ada tiga malam lagi sebelum Bilik Sulit berpindah ke tempat lain. Selamat menonton.TK dari TT.
kim salam kat abang abang bangla...
BalasPadamwww.cabai-kering.blogspot.com
Betul tu, we are all human. Sempadan tu adalah rekaan maknusia. Betapa indah dunia ini kalau semua orang bebas berjalan, bergaul,makan dan minum bersama.
BalasPadamBumi ini ada lah untuk semua orang dan haiwan. Maka kita harus hormat pada mother nature dan penghuni bumi ini.
Semua orang adalah sama .Taraf kita sebenar nya sama.Tak kira kita ni orang kampung, nelayan,pm , menteri, raja, hitam atau puteh.
Tak kan lah menteri tak perlu berak, tak kan lah raja tak perlu makan nasi.
Jadi, kenapa bangsat-bangsat umno sangup main tipu-tipu, bunuh-bunuh dan tunjuk belang.
asyik pandai pandai kata Bush bunuh orang, asyik kata Bush regim zionist kejam.
Padahal, kerejaan bn ada apa beza dari zionist.Tak jauh beza nya, cuma Bush bukan islam.
Cuma orang umno tak makan babi.
sedara isham...teater bukan teater memang mantap.walaupun mempunyai adegan lawak tapi tetap menyentuh hati,perasaan dan minda aku ni. aku akan hebahkan kepada kengkawan aku yang lain utk hadir beri sokongan.
BalasPadambangla ramai di malaysia..SPR diaorang tak buat undi pos kat sini ke? kalau perlu pengundi hantu,kita boleh tolong..
BalasPadambAWA BALIK MINAH BANGLA TU...
BalasPadam