DARI PIROJPUR – BANGLADESH
( Akhirnya kita bertemu dengan talian internet ini – untuk meneruskan kesah-kesah Bangla)
Petang Hari Krismas – hampir jam lima – ada 5 ank muda sedang mengeliling aku ketika menulis – mereka asyik ingin melihat – aku manusia dari zoo )
CERITA BERSAMBUNG
Pagi kelmarin – dijanjikan kereta – yang datang jam 9.30 ialah bukan kereta tetapi sebuah van. Pengarah program tidak bersetuju – nampaknya syarikat kereta telah kelentong. Aku tak ada hal – kereta atau van sama saja – untuk sampai.
Jam 10.15 pagi kami bertolak – pemandu van Ali, penterjemah Sagor, Jia dari Thailand dan aku. Nah ketika meninggalkan Dhaka cukup rumit. Jalan padat dengan beca beca dan beca.
Kami mengarah ke selatan di sebelah Chitagong Aku tidak peduli – yang penting – meneruskan perjalanan .
Falsafah – hidup ini satu perjalanan – sama ada dalam van atau Roll Royce – yang penting ialah melihat petak kiri dan kanan – melihat rumput di tepi jalan – melihat, mencium dan menelan setiap pasir-pasir dan tebu yang bertaburan dalam perjalanan.
DI LUAR KOTA –
Satu jam meninggalkan kota Dhaka – trafik berkurangan – kabus masih tebal. Udara masih sejuk – dua kali sejuk Bukit Cameron. Bangladesh cukup subur – Hijau – hijau dan hijau Ada padi baru dituai – ada padi sedang di tanam – ada padi baru di ubah. Masih banyak petak petak semaian padi kelihatan dimana-mana.
Sesekali bumi ini kelihatan kuning menyambar – bukan padi - tetapi mustard – bijian yang di lumatkan, untuk melayan lidah.
Di kiri kanan jalan ialah lubuk lubuk dan lubuk – tidak jelas dimana kolam, tasik , anak sungai. Bayangkan naik kereta ke Bagan Datuk - - di kiri kanan jalan ialah talian air – gambarkan talian air yang tiga kali ganda besarnya – talian air ini memisahkan jalan raya dengan tanajh sawah. Munkin jalan ini tidak wujud dahulu. Tanah sawah di naikan unyuk dijadikan jalan raya.
KEMPEN
Hanya poster hitam puteh yang di benarkan. Bergantungan di Dhaka. Di perkampungan agak kurang. Sesekali kelitahan ceramah-ceramah kecil. Di Bangla ceramah di waktu siang. Kempen hanya dibenarkan dari pagi hingga jam 8 malam.
IKAN IKAN DAN IKAN
Untuk peminat ikan air tawar – Bangladesh ialah tempatnya. Telah berjanji dengan diri – akan mencuba sebanyak banyak ikan air tawar.
Hampir jam 1.00 berhenti di sebuah pekan di tepi jalan untuk makan tengah hari. Pekan ini ? Pekan ini ? Macam mana hendak digambarka pekan ini kerena pekan seperti ini tidak pernah wujud di Malaysia.
Telah pernah melihat pekan pekan seperti ini di Pakistan – sibuk, kotor, tidak teratur – semuanya seperti pekan yang telah ditinggalkan. Bunyi hon bas berulang seli, peminta sedekah mendekati kaki – tukang jual buah duduk bersila – seorang lelaki menjual seikat pisang – anak kecil kotor tercari-cari – ibu dengan purdah menutup seluruh badan berdiri di tepi tiang dengan tangan terhulur.
Mssuk ke sebuah restauran yang paling chic – bukan kerana style atau nak berlagak seperti susuk dari Talawi – tapi kerana hendak selamat dari ceret beret. Ini adalah pesanan dari semua kawan yang telah datang ke sini. Ini juga adalah nasihat dari pengarah program – jika sakit – kerja pemantauan tidak berjaya.
.
Sambil menghalau-halau lalat – makanan sampai – nasi , nan, gulai tiga jenis ikan yang berbeza – teman dari Thailand bukan seorang foodie – Telah dijanjikan yang dia akan makan sama dan cuba merasakan apa yang aku rasakan. Telah juga berjanji akan membayar harganya.
Makan tengah hari cukup enak – E- untuk kebersihan, B- untuk rasa dan AAA untuk layanan. Layan cukup gila malah merungsingkan. Bayangkan buruh/pelayan yang ramai semuanya menunggu dan menunggu untuk melayan sehinggakan merasa tidak selesa untuk - ( samalah seperti ketika sedang menulis ini – ada dua orang memerhati di kiri dan kanan bahu ).
PERJALAN DI TERUSKAN
Jalan raya di Bangladesh bukan untuk Mak Cik dari Taman Tun, bukan untuk Yuppie dari Hartamas. Sesiapa yang melintasi jalan yang telah aku lalui ini wajib bersedia untuk melatih bontot menjadi keras. Terhambur dan terhambur. Jika ada niat untuk tidur lupakan saja. Jika ada niat untuk berendur dengan balak atau awek lupakan saja.
Tetapi pemandangan di luar cukup indah – sejauh mata memandang adalah tanah tanah subur. Lelaki kurus sedang menangguk ikan. Lelaki berlungi sedang menanam padi. Perempuan lansing sedang mencangkung memotong rumput. Anak anak kecil berlarian di tebing sawah. Sesekali ternampak itek berenang di tasik.
( akan di sambung – wajib pulang ke bilik hotel kerana peterjemah wajib pulang ke Dhaka)
caya la bro
BalasPadammemng cantek kau tulih
sodap baco eh
den slaku orng palong bobanggo ngn kau
lotak la gamba ko
apo ko sodap la sket
leh yo den nengok
kirim salam pada gadis gadis hot kat sana sham!
BalasPadamBrader tak kena sakit perut ke? Hati hati di Bangladash itu selalu banjir. Tidak ada peluang untuk naik boat ke? Dulu saya pernah ke Bdash dapat naik boat yang mereka sungguh bangga dan menyatakan "the best riverine trip in the world", apa macam ada lagi ke?
BalasPadamSaya juga kena kelentong apabila tempat membakar bata yang mereka buat yang rata rata tenggelam hanya tinggal corong nya yang timbul kerana limpahan air, dikata kan tempat pelancar "misile under river" hahahahahaha ada nampak tak?
Hati hati brader gempa bumi dengar khabar Bik Mama naj pergi jogging, hahahahaha. Brader dah dekat dengan negara buah hati mat monggol tak berkenan ke cari sorang untuk testing c4!!!! hahahahahahhaha selamat bertugas di negara yang mereka tetap bangga best in the world.
cool =)
BalasPadamsalam bang isham,
BalasPadamTeruskan menulis. Saya tetap akan mengikuti tulisan saudara.
Syauqie
hai, gua peminat setia tulisan2 bro..
BalasPadamsalam...
Isham,
BalasPadamLatest news kat Bangla ada BirdFlu.Ko kena jaga-jaga.BirdFlu ni benda serious.Jangan buat main.Tapi kalau CockFlu ko nak main pun takpe.Hahaha.
Cool Isham..Cool.
Jangan lupe kemeja corak petak-petak sama suar yankee.
kasi la foto sikit bro..jenuh nak menggambarkannya..
BalasPadamKalu buat karangan berjenis 'travelogue' itu kan lebih mulus disisipkan gambar, maka penceritaan itu akan menjadi grafik sedikit dan lebih mengesan, tak semestinya menengat. Gambaran Bangladesh yany piawai adalah sama seperti banyaknegara dunia ke-3, lumayan dengan kemiskinan dan padat dengan manusia, sana-sini sibuk dengan gerakan manusia yang majoritinya miskin. Mereka menjadi miskin parah apabila pernah dijajah dan pentadbiran pascamerdeka mereka banyak yang tiada kemahiran memerintah dan tidak kurang juga korap. Di samping itu ia penuh dengan masalah nak membangun tapi tiada sumber yang memadai.
BalasPadambila baca tulisan ni, teringin pulak nak tonton filem bangla...Hahahhaaa!!!..
BalasPadamcaya lah broo...
BalasPadam