Sabtu, 27 Disember 2008

KE KAMPUNG HINDU

Tiga jam perjalanan dari Porijpur ialah perkampungan Hindu. Aku tidak tahu sejarah bagaimana mereka tidak menganut agama baru yang dibawa dari Afghanistan. Ini kawasan sawah padi.

Sebeleum sampai ke perkampungan Hindu ini kami berhenti singgah untuk berbual dengan pesawah. Mereka dengan senang hati bercerita tentang harapan mereka dengan berlakunya pilihanraya ini.

Pertama kalinya aku ‘mencuri’ masuk ke pekarangan rumah kampung Bangla. Wow! Tidak tahu apa nak cakap – ini samalah dengan rupa bentuk perkampungan Melayu di Kelantan atau Terangganu – yang berbeza hanya tanaman. Air di mana-mana. Aku ternampak stau Mak Cik Bangla sedang mandi dalam sumur. Erotik. Di pagari oleh pohon pohon pinang aku mencuri pandang. Dia tahu apa yang sedang berlaku.

Sedang kami bertanya bual dengan dua tiga petani sebuah Pajero berhenti. Nah ! Keluar dari kereta ini seorang lelaki berjanggut – yang tidak memiliki PR jauh sekali untuk diyakini sebagai pemimpin kalau di Bangsar. Lelaki ini ialah calon AL – seorang gedebe. Dari apa yang aku di pahamkam inilah kali pertama dia bertanding.

Dia juga ingin menuju ke perkampunagn Hindu.

ANAK ANAK KRISHA

Mereka dengan ramah datang berkumpul. Rumah mereka berlantaikan lumpur yang telah kering. Di halaman rumah ialah jerami padi yang tidak akan dibuang tetapi akan digunakan untuk makanan lembu. Tahi tahi lembut seperti batang satay yang besar sedang di jemur. Rumah mereka seperti kebanyakan rumah di Bangla – di pisahkan dari jalan raya oleh terusan air. Dua tiga perahu sedang terikat.

Jambatannya – kalau hendak dipanggil jambatan – lebih tepat – titian pokok kelapa yang menyambung jalan raya ke kawasan rumah mereka.

Cukup ramah mereka. Aku seperti biasa tidak bagitu ingin untuk bertanyakan pekara-pekara bodoh seperti – adalah pilihanraya ini bebas dan dan dan. Aku cuba melihat sepuluh lapis ke dalalam masyarakat yang semakin di tindas kerana agama mereka berlainan dari agama resmi.

Mereka hanya memiliki 6 bulan makanan untuk setahun – makanan tidak cukup. Suami mereka memburuh untuk menambah pencarian. Tetapi masih tidak mencukupi.

Bila di tanya apakah mereka merasa di tindas ? Semuanya senyap sebentar. Tidak ada yang bersuara. Kemudia perempuan yang palimg tuad dan paling petah berkata ‘ inlah kedaannya – kami harap kerajaan baru nanti tidak akan menindas kami. Kami ini hidup aman damai. Inilah harapan kami.
Aku mengelilingi kampung ini – ada sumur dan lubuk. Tetapi aku tidak tahu ikan ada di dalamnya atau tidak.

Akhirya kami berundur – mereka menghantar kami sampai ke titian. Aku tahu inilah kalai pertma dan kali terakhir aku akan memjejaki kaki ke kampung ini. Inilah juga kali mereka melihat wajah kami. Aku telah merakamkan mereak untuk selama-lamanya dalam ingatan aku.

MAKAN TENGAH HARI:

Kelmarin aku telah membeli ½ kilo udang sungai. Aku berikan kepada kedai makan untuk di goreng.

Pagi tadi aku membeli saekor ikan haruan – setengah kilo dan saekor ikan terubuk. Semua nya aku tinggalkan di kedai makan. Sayangnya masakan ala Bangla tidak bagitu enak.

MAKANAN –

Aku rasa makan cukup banyak disini tetpai agihannya tidak adil. Harga – kalau dibandingkan harganya dengan di pasar kita – cukup murah –

Untuk mengetahui cara hidup warga sesebuah kota sila lawati pasar mereka – jika pasar mereka lumayan maka warag hidup dengan lumayan. Jika pasar kelihatan malap, sempit maka inilah juga gambaran kehidupan warganya.



8 ulasan:

  1. abang isham, alangkah bagusnya jika dapat postkan gambarnya sekali, saya percaya ramai anak-anak muda di malaya kala ini tak dapat nak bayangkan dalam minda mereka apa yang abang cuba ceritakan. rasanya gambar foto lebih besar kesannya.

    BalasPadam
  2. bro bila gua baca tulisan lu gua rase relax je bro..xmcm bila blog lain sesak nafas gua bergaduh sana sini..lu xpayah letak gambar lu kat sana lu cuma letak gambaran minda lu je gua dah paham keaadan lu kat sana..bekal rokok keretek aceh lu ada stok ke kt sana?

    BalasPadam
  3. bagaimana dengan sirajgonj?

    BalasPadam
  4. uan Hisham,
    Ulasan tuan ini membantu saya mengingatkan kembali istilah baru dalam gerakan keadilan persekitaran.
    Carbon Foot print
    ecological foot print.
    2 istilah ini adalah pengiraan berapa banyak kesan ke atas alam sekitar dari gaya hidup kita.
    Masyarakat Bangla adalah yang paling kurang membuat onar kepada alam sekitar.
    Paling minima impak mereka kepada sistem ekologi global.
    Paling besar adalah semua kuasa besar kapitalis.
    Lebih moden aka lebih banyak kegunaan gadget modern termasuk penggunaan sumber tenaga letrik dan sumber tenaga fosil, lebih besar bencana kepada kualai alam sekitar.
    Tuan membawa satu bukti nyata tentang betapa dunia bukan musnah keran jumlah penduduk bertambah.
    tetapi kegagalan keadilan sosial dan ketidaksamaan sosial ini mengakibatkan kemusnahan sumber sumulajadi.
    Tuan,
    tolong masukkan gambar perjalan tuan sebanyak mungkin.
    ATAU jika dibukukan untuk menjadi bacaan pelajar universiti kelak.
    Saya sendiri sedang menanti sumbangan tuan di dunia akademik selepas ini.
    Teruskan usaha bakti tuan.
    Teruskan semanga waja tuan dan semoga sekental Shamsiah Fakeh serikandi negara kita.

    BalasPadam
  5. Samalah, kalau kita nak menilai tabiat, sikap, prestasi suatu syarikat dan organisasi itu, cukup dengan memeriksa tandas-tandas mereka sahaja.
    Kalau tandas mereka bersih dan sempurna, maka begitulah juga prestasi organisasi itu.
    Kalau tandas dia pun dah bersih dan nyaman, apalagi lah yang lain-lain itu.
    Kalau nak merisik anak dara orang, buat-buatlah nak tumpang buang air.

    BalasPadam
  6. Bro Isham,lu sebut udang je da wat gua mengidam mkn udang goring tepung kat Tanjong Kling,Melake..huhu..lame xblk kampong..

    BalasPadam
  7. photo sgt tidak diperlukan disini.

    BalasPadam
  8. setuju sgt dengan sulaiman, kan bagus kalau ada gamabr sekali. tertarik baca penulisan bersahaja tuan tentang pengalaman berjalan di tempat org walaupun bukannya sekadar makan angin.

    BalasPadam