Ahad, 14 Disember 2008
KRISIS EKONOMI SUDAH SAMPAI
PEKERJA BERPIKET BANTAH TUTUP KILANG -melayau
PONTIAN 13 Dis. - Seramai 100 pekerja kilang Pineapple Canning of Malaysia (PCM) di sini semalam mengadakan piket secara aman mendesak pihak pengurusan Kumpulan Fima Berhad supaya tidak menghentikan operasi kilang tersebut.
Piket yang diadakan di hadapan kilang berkenaan bermula pukul 9 pagi dengan semua pekerja kilang berkenaan memegang sepanduk mendesak supaya kilang itu tidak ditutup.
Seorang pekerja, Jamilah Kahar, 54, berkata, kebanyakan pekerja yang mencari rezeki di kilang itu adalah penduduk setempat dan bumiputera.
MOGOK NELAYAN MEREBAK KE PANTAI TIMUR
KUANTAN 13 Dis. Lebih 100 nelayan pukat tunda di daerah ini yang memulakan mogok tiga hari bagi mendesak kerajaan menurunkan harga diesel subsidi kepada RM1 seliter.
Setiausaha Persatuan Nelayan Pukat Tunda Kuantan, Lo Ping Yong berkata, mogok itu sebagai mesej kepada kerajaan kerana mereka tidak sanggup menanggung beban kos operasi yang tinggi.
100 PEKERJA BERPIKET -melayau
SHAH ALAM 13 Dis. - Kira-kira 100 kakitangan bahagian operasi Glenmarie Golf & Country Club hari ini berpiket bagi membantah keputusan pengurusan syarikat yang menarik balik cuti rehat hari Sabtu minggu pertama dan kedua bermula bulan ini.
Mereka mengadakan piket di depan pintu masuk kelab golf itu sambil memegang sepanduk yang antaranya berbunyi 'Majikan zalim terhadap pekerja', 'Untung banyak kebajikan tiada', 'Pekerja diabaikan', dan 'Kembalikan hak kami'.
kah kah kah…. OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…. kah kah kah… OUR FUNDUMENTAL IS STRONG…. poooorah……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan