Rabu, 17 Disember 2008
SEKALI LAGI - HARI HARI AKHIR SEORANG DOLAH
Tiga bulan lagi Dolah akan berundur. Ini hakikat.
Cerita-cerita dongeng telah mula keluar mengatakan bahawa Dolah akan terus menjadi Perdana Menteri Malaysia walau pun dia bukan lagi presiden gerombolan United Malays National Organisation. Ini cerita karut.
Dalam politik Malaysia ini terlalu banyak cerita-cerita karut. Saya telah mengatakan bahawa penganalisa politik di Malaysia ini tidak menggunakan kelas dan asas ekonomi apabila membuat pandangan.
Politik ialah ekonomi. Kuasa politik ialah kuasa ekonomi. Perebutan kuasa ialah perebutan kelas. Sejarah manusia ialah sejarah pertempuran satu kelas melawan satu kelas yang lain.
Gerombolan United Malays National Organisation bersama MCA mewakili kelas komprador dan borjuis nasional. Parti politik ini wujud untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas mereka. Dalam negara mereka berkuasa penuh. Tidak ada kumpulan yang dapat melawan kuasa ekonomi mereka.
Yang menjadi musuh dan boleh bersaing dengan mereka hanyalah kaum pemodal antarabangsa. Justeru kita terbaca suara mereka menentang kemasukan WTO, IMF, Bank Dunia, FTA dan segala macam bentuk peraturan yang dipaksakan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Sekali sekala akan kedengaran bunyi ‘nasionalisma’ dalam suara mereka terutama apabila kuasa imperial Anglo-Amerika memaksa semua kontrek-kontrek besar wajib ditenderkan ke pasaran terbuka. Inilah sifat dan watak komprador dan borjuis nasional.
Parti Pas pula adalah parti yang mewakili borjuis kecil – kontrektor kecil, peniaga-peniaga kecil atau tuan empunya warong. Lihat sahaja Harakah dan perhatikan dengan teliti apa bentuk iklan yang muncul dalam akhbar parti ini - minyak urut tenaga batin, minyak lintah, penerbangan Umrah, buah kurma dan sebagainya. Semua ini adalah bentuk perniagaan yang tidak menggangu atau bersaing dengan kepentingan ekonomi kuasa imperial Anglo-Amerika.
DAP adalah parti Pas untuk orang Tionghua. Dari pandangan dan analisa kelas Pas dan DAP tidak banyak berbeza. Keluarkan retorik agama dan ayat-ayat bahasa Arab maka kita akan memahami intipati ucapan Hadi tidak banyak bezanya dari isi ucapan Lim Kit Siang atau Karpal Singh.
Manakala PKR adalah parti yang mewakili satu kelas yang tidak yakin akan mendapat perlindungan dalam Pas atau DAP. Sebahagian dari anggota PKR gagal untuk menerbus masuk untuk menjadi komprador dan borjuis nasional. Parti ini ingin melakukan reformasi untuk membuka jalan baru dalam hal agihan ekonomi. PKR ingin menjalankan reformasi dalam tradisi sosial demokrat – ertinya membetulkan struktur ekonomi yang dianggap tidak adil. Jika diagihkan secara adil mereka merasakan diri mereka juga akan mendapat peluang yang sama.
Semua parti-parti politik ini adalah parti politik yang dinaungi oleh falsafah ekonomi kapitalis.
Sesudah 8 March yang lalu, kepentingan kelas kaum komprador dan borjuis nasional gagal di pertahankan oleh Dolah. Para kontrektor, tuan empunya syarikat ekspot/impot, tuan empunya kilang, pemilik bangunan, tukang pemungut sewa, tukang cari kontrek dan bank-bank tempatan – merasakan bahawa Dolah tidak ada keupayaan untuk mempertahankan kepentingan ekonomi mereka. Justeru, Dolah wajib diberhentikan.
Lalu kita berheboh-heboh tentang cara dan gaya Dolah hendak di ketepikan. Drama politik ini dilihat lebih menarik kerana ada unsur pesta-pestaan. Tetapi ini bukan intipati apa yang sedang berlaku. Pengenepian Dolah hanyalah manifestasi dari perancangan untuk mempertahankan kuasa dan kepentingan ekonomi kelas komprador dan borjuis nasional.
Pembuangan Dolah tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Melayu atau Islam. Melayu dan Islam ini hanyalah gula-gula dan warna-warna untuk mengindahkan kueh yang hendak dijual. Ekonomi kapitalis tidak ada bangsa dan agama. Ringgit, dolar dan dinar kiblatnya ialah keuntungan. Sistem ekonomi kapitalis akidahnya ialah untuk mendapat keuntungan maksima. Untung ialah rukun iman dan shahadah sistem ekonomi kapitalis.
Justeru cerita-cerita dongeng yang mengatakan Dolah akan terus menjadi PM adalah penganalisaan yang salah. Kelas kompardor dan borjuis nasional apabila terasak mereka akan merancang. Kaum pemodal ini tidak mungkin dengan hati terbuka akan meninggalkan berbilion- bilion ringgit harta kekayaan mereka.
Mereka akan mencari wakil-wakil yang baru untuk terus mempertahan kepentingan ekonomi mereka. Wakil yang mereka yakini pada ketika ini ialah Najib Razak. Suara dan lagu yang dinyanyikan oleh Najib cukup merdu untuk telinga mereka.
Najib bernyanyi untuk meneruskan projek mega. Projek mega bermakna kontrek-kontrek akan bertaburan lagi. Najib juga memiliki rekod membeli kapal selam, kereta kebal dan jet pejuang. Najib ketika menjawat Menteri Pertahanan telah juga merancang untuk membeli Eurokopter. Semua pembelian senjata ini memiliki serampang dua mata. Pertama : kaum komprador dan borjuis nasional dapat komisen. Kedua: ketika membeli senjata, Najib dapat juga membeli sokongan dari kuasa imperial - tuan empunya industri persenjataan antarabngsa.
Memang betul ada perbezaan antara Dolah dengan Najib. Mereka mewakili kumpulan mereka sendiri. Kaum komprador dan borjuis nasional memang sentiasa berebut harta kekayaan sesama sendiri. Berebut dan merebut adalah hukum ekonomi kapitalis. Tetapi dalam kes Dolah, dia tidak mendapat sokongan yang ampuh dari kaum komprador dan borjuis nasional.
Dolah yang belum lama berkuasa maka belum sempat memunculkan komprador dan borjuis nasional yang besar, gah dan setia. Tony Fernandes, Partick Badawi, Kalimullah, Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Badawi adalah ‘anak-anak kecil’ berbanding dengan Daim, Ananda atau Vincent Tan yang menyokong Najib.
Akhir-akhir ini dongeng yang Dolah akan terus menjadi PM ini dikaitkan pula dengan bil rasuah dan bil perlantikan hakim yang sedang dibentangkan di parlimen. Dari dongeng ini kita mendengar bahawa Dolah ingin memerangkap Najib melalui bil ini. Ini karut. Orang yang berdongeng ini TIDAK membaca bil-bil ini
Jika bil ini diluluskan ianya akan memusatkan kuasa kepada sesiapa sahaja yang akan menjadi PM. Susuk yang bertanggung jawab untuk mendakwa dalam kes rasuah masih lagi Peguam Negara. Ini cara lama yang tidak ada apa-apa perubahan. Apabila Peguam Negara dapat dirasuah maka kes tidak akan sampai ke mahkamah. Ini cerita lama macam kes Anwar Ibrahim dahulu. Dalam bil baru perlantikan hakim pula kata muktamad masih lagi di tangan Perdana Menteri. Tidak ada perubahan hakiki.
Malah bil-bil ini akan memusatkan kuasa kepada sesiapa yang akan menjadi PM. Dalam masa terdekat ini susuk yang akan menjadi PM ialah Najib Razak. Justeru dongeng yang mengatakan Dolah hendak perangkap Najib ini adalah karut. Dari bil ini jelas kelihatan bahawa Najib akan lebih banyak mendapat kuasa.
Bil-bil ini adalah hadiah untuk Najib dari Dolah agar anak dan menantunya tidak akan diganggu gugat.(TT)
KAMUS POLITIK:
Komprador - kapitalis rakyat tempatan yang menjadi ajen kaum kapitalis antrabangsa.
Borjuis nasional - kapitalis rakyat tempatan yang besar muncul dari sokongan kerajaan yang cuba bersaing dengan kapitalis antarabangsa.
Cukup menarik penulisan Abang Hisham kali ini. Saya pun tak ambil port dalam cerita mamat-mamat UMNO nak berhenti dan berkuasa ini. Semuanya sama saja.
BalasPadamUMNO tak boleh diharapkan lagi.
Satu analisa 'political landscape' yang mantap.
BalasPadamTerima kasih Bro Hisham.
Majoriti rakyat kita beragama Islam yang mengikut fahaman konservatif, maka sulit bagi mereka melihat analisis sosio-ekonomi dengan kaca mata analisis kelas. Mereka tak akan boleh terima kerana otak mereka dah 'jammed'. Mereka lihat Islam konservatif itu sebagai penawar kepada masalah sosio-ekonomi. Lihat semua negara yang kononnya menganut Islam konsevatif, apakah kemajuan dan pembangunan yang ada di negara mereka? Ummah Islam tak banyak terpengaruh dengan kupasan Islam mengikut kupasan Ali Shariati, Mohd Abduh atau Al Afgahni yang ingin membawa pemodenan dalam pemikiran mereka.
BalasPadamAnalisis mengikut ala kelas memang menarik dan mempersonakan tapi berapa kerat yang mahu mengikut. PKR, Parti Rakyat, Parti Sosialis Malaysia dan DAP ada pakai sikit kelas analisis,nak harap PAS jauh sekali. Komposisi rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, agama, bahasa dan pengalaman adalah hambatan kepada penerimaan secara meluas akan kelas analisis. Mereka lebih berdengung dengan analisis yang telah ditanamkan oleh pemerintah dan agama yang telah diwarisi mereka.
fuhh..memang dasat lah.betul2 pencerahan eik..sblm2 ni pun hengatkan paklah nak prangkap najib..yang tak tahan tu pas pun join vendure same eik..
BalasPadamSatu ulasan yang mudah dan tepat untuk menerangkan politik masa kini.
BalasPadamBegitulah wajah politik yang dianuti oleh manusia-manusia sekarang.
Saya belum nampak Islam boleh diperjuangkan melalui sistem politik ini, malah telah banyak mencemarkan Islam itu sendiri.
Sepatutnya kita gunakan politik untuk kepentingan Islam tapi yang banyak berlaku menggunakan Islam untuk kepentingan politik.
Boleh dikira dengan jari orang yang menggunakan politik untuk kepentingan Islam.
Caci maki, mengaibkan orang dah jadi amalan biasa dalam politik, mana Islamnya?
Setiap pemimpin politik jadi 'kuda tunggangan' kontraktor. Untuk menjamin periok nasi sentiasa berisi, kontraktor harus memastikan pemimpin politik yang dapat memberi tender projek kepada syarikatnya terus berkuasa.
Pemimpin politik pula sangat mengharapkan bantuan kontraktor-kontraktor yang boleh membantunya membiayai kempen pemilihan dan pilihanrayanya, agar dia dapat terus berkuasa.
Setiap pemimpin politik ada senarai kontraktor pilihannya sendiri.
Akhirnya, disebalik merebut kuasa politik yang disandiwarakan didepan rakyat jelata itu ada terselindung perebutan kekayaan dan projek kerajaan.
Inilah perkara sebenar yang menyebabkan perpecahan dalam politik. Kontraktor bukan dipilih berdasarkan merit tetapi dipilih melalui 'kabel' politik.
Yang penting kepada kontraktor dan syarikat ialah 'siapa yang awak kenal' bukan 'apa yang awak tahu'.
cerita penglipur lara sentiasa hidup.NGN-next genaration network,pemahaman internet masa depan belum tentu dapat melenyapkan cerita penglipur lara selagi ianya dapat di olah dengan memastikan pendengarnya begitu kyusuk dan taksub dengan penuh kepercayaan.
BalasPadambegitulah siasah semasa.bil yang dibentang seakan penglipur lara bagi para pengkhayal.disebabkan khayal terlena mereka lupa lubang besar sedang digali untuk mengkuburkan sedikit demokrasi yang masih ada.mereka lupa siapa yang sedang menglipur mereka dan mereka juga lupa bahawa insan yang dikatakan akan membawa cerita penglipur lara menjadi kenyataan adalah juga manusia yang masih ada naluri keinginan dan kebendaan walaupun dalam realitinya ia berada dalam kelas tersendiri.
isham,satu analisa tuan yang berdasar realiti juga akan membangkit sedikit gangguan emosi pada petaksub kepartian.
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah...
BalasPadamNice write but "boring" issue...what bloody difference will it make to the rakyat whether its Mat Ngantok, Mat Sembab or Mat Mongol@ bik mama's husband.....they are all ALIKE, just who is greedier than the other!!!
BalasPadami hope in my life time I will be "privileged" to see the Gerombolan get ousted, sooner rather than later...Insyallah...
tulisan terbaik comrade isham dalam blog ni setakat ni. keep it up :thumbs: kalu ada masa comrade tolong tulis banyak2 lagi pasal perjuangan kelas dan marxism. berminat nak belajar.
BalasPadamLahabau Jang
BalasPadamAku betul-betul teransang baca penulisan jang ni. Teruskan.
Lahabua Jang
BalasPadamPandai jang provok Dolah.
Aku suka baca tulisan jang ni. Mencabar minda bengap ku.
secara halusnya,mmg benar apa yg saudara hisyam tulis...
BalasPadamsbb politik aalah kuasa,kuasa adalah kekayaan,kekuatan,kesenangan...
~wa jual beger jer lagi senang...
Salam..
BalasPadamSatu article menarik untuk terjemahkan pada orang awam tentang stuasi sebenar politik malaysia.
Jika dibaca pada sudut ilmiah,tidak akan ada perjudis dan taksubkan diri terhadap parti-parti ini.
Tetapi apa yang menbezakan setiap peranan parti politik dan kelas mereka wakili ini adakah akan menbawa malaysia kearah kemajuan yang lebih cemerlang pada setiap sudut.
Teryata jika berkuasa akan ada peluang ekonomi,peluang ekonomi inilah yang harus dipergunakan dan diagihkan dengan cara yang adil kepada setiap golongan.
P/s:Katakan tidak pada Kapitalis!!
Persaingan yang sedang ebrlaku ini adalah berebut harta sesama sendiri kerana mereka percaya takkan mati. Atau lambat lagi dan eremka tau bila nak mati. Maka berduyun duyun mengumpula harta untuk dibawa ke kubur.
BalasPadamKerana keyakinan yang kuat inilah sanggup buat apa saja untuk menguasai segala macam kuasa dan ebrgantung ekpada lampu ajaib.
Pak Lah x der lampu ajaib ker?
Masih berfungsikah lampu ajaib Mahathir?
Atau Anwar sendiri mengilap lampu ajaibnya?
Najib memang banyak lampu ajaib. sumber bahan bakarnya pun belum terusik lagi.
Tu yang beramuk sesama sendiri tu? Kita tenguk siapa yang licik dengan jualan perinsip...tak boleh dibeli berpuas hati setakat apa yang kita mampu ofer kepade rakyat tampa mohong dan buat kerja sungguh harapannya redha Allah kita berjaya menang perang jangan patah hati kita akan menang perang lawan tetap lawan tapi biar smart jangan semak
BalasPadamSaya percaya selepas Pak Lah bersara, suatu hari nanti, Pak Lah akan disebut-sebut namanya dan akan dikenang. Sekarang ni mungkin tak lagi sebab pemikiran rakyat dah diracuni oleh panah-panah racun pembangkang...
BalasPadamTahniah kepada "Tukar Tiub".
BalasPadamSumbangan tulisan anda memang senang di fahami oleh semua peringkat pembaca . Istilah atau gunaan bahasa yang ringkas tapi sungguh "berasa".
Bidang ekonomi sukar di fahami oleh banyak orang, tapi blog Tukar Tiub dapat buat ringkasan yang sungguh tepat .
Politic sememangnya sebahagian dari bidang kewangan/economic.Dan dengan ini, harap semua rakyat akan buangkan segala gelagat mainan dari mana-mana parti dan individual yang masih guna pakai isu ugama, kaum , bahasa dan social contract.
satu ulasan yang padat dan memberi gambaran keseluruhan sinario politik.. Tahniah!
BalasPadamp/s Saya suka bahasa yang digunakan
pandai lah kau bercakap. jangan dilayan marxist-leninist ni !!i
BalasPadamwoit tanpa nama yang mengutuk...
BalasPadamkau ni budak baru lepas sunat atau mat ngantuk yg nak lepas geram..
lain kali tulis la nama..mcm aku
kah kah
kapitalisme = persaingan/perebutan
BalasPadamsosialisma = pengagihan/samarata
Islamise = dua2 yang diatas yang didokong oleh dosa dan pahala serta pemantapan akidah dan iman
p/s:isham ni komunis...tap aku suka dia...."sham...ko tak nak join parti orang islam ker?bleh fahami islam ngan lebih mendalam..."
kapitalisme = persaingan/perebutan
BalasPadamsosialisme = perkongsian/pengagihan
Islamisme = dua2 diatas tapi didokong oleh dosa&pahala serta akidah dan iman.
p/s : bro isham ni komunis yang paling gua suka..."bro...lu tak nak join parti orang islam cam shahnon ngan saleh abas ker???..."
woi tukang kebun. kau sokong la mamat marxist ni. goyang akidah PAS ko nanti. hahaha
BalasPadamManusia yang hardcore dengan Ideologi manusia terutama Marxism memang susah nak terima fahaman lain, Islam? bagi mereka adalah suatu ajaran yang bias untuk penganut agama berkenaan saja. Marxism alias kominis bagi mereka suatu keadilan untuk semua tanpa sempadan bangsa, agama mahupun jantina...'ebih kurang macam Guan eng cakapla"DAP tatak akan berhaslat menubuhkan negala yang berpaksikan Kristan, Budhha mahupun kelebihan buat bangsa tertentu..kita semua Malaysia woo"semua sama..cuma saya sikit tatak sama..saya berjiwa Khalifah Umar abdul Aziz(dia ikhlas ka atau dia permainkan tokoh Islam tu pun tak taulah...wallahualam)
BalasPadamMemang kuasa politik adalah ekonomi dan raelitinya ekonomi Malaysia dikuasai orang Cina. Orang Malayu cuma ada kuasa politik secara tak langsung..tapi kalau keadaan orang melayu yang bercakar antara satu sama lian macam sekarang ni..memamng ada pontensi satu harui nanti langsung tak ada apa-apa kuasa...waktu tu mungkin Si Isham balik pergi London balik apa(gurau je..jangan marah..nanti kena jual..)
BalasPadamWOI GERILA_SIBER
BalasPadamceh podahh.. islamisme konon.. kau tak sedar ke islamisme tu adalah komunisme(stalinism, not lenin) bentuk baru? kau nak suruh isham join ceramah ostad ko? kah kah kah !!
ko taknak join parti komunis kami ke? boleh fahami komunism dengan lebih mendalam.
setakat ko nak ajak dengar cite kaki mana nak masuk tandas dulu, tangan mana nak cuci jubor, bulu mana haram dicukur, itu kau pegi sorang lah. kah kah kah!!
teruskan berjuang comrade isham, kami golongan baru menuntut revolusi.
-WORKING CLASS OF ALL COUNTRIES, UNITE !! -
kominis alias atheis ni pak lawak sebenarnya..tuhan dia tak percaya hantu dia percaya.Puak ni sangka akal dia hebat lebih dari Quran."biar kena kencing manis tapiiman selamat dari masuk kominis-hidup rasa hebat mati bagi dia macam minum air sarbat"jadi sama-samalah kita jangan jadi musibat.
BalasPadamapa lu merepek ni cucuabuseman?
BalasPadamko tak tau apa2 toksah bising sini la. pi baca dulu buku the communist manifesto dengan das kapital. dah katam baru komen ni.
-WORKING CLASS OF ALL COUNTRIES, UNITE!-
La ingatkan suruh aku belajar ilmu dari Al-Quran..Si Karl Marx dengan Stalin yang mamat ni nak jadikan tuhan??The communist manifesto(dah disimpan dalam setor)-das kapital(letak buat bantal)...Komunis(tak ada kuasa-dia gerila dia cerca..ada kuasa dia kawalselia rakyat(sebab kononnya agenda manifesto dia terhebat)siapa engkar.."gua ambik u punya nyawa).."waktu aku kat Vietnam-rakyat dia takut tergedik-gedik dekat penguasa ni(polis/tentera)
BalasPadamtakut macam nampak rimau".
cucuabuseman,
BalasPadamtu la kau bodoh. tak tau apa2 pasal komunism nak komen pasal komunism. nak belajar komunism belajar betul2 jangan belajar sekerat2 buat fahaman sendiri. kena faham konsep sebenar komunism, bukannya state totalitarian.