Ahad, 7 Disember 2008

SELAMAT HARI RAYA HAJI

Malam kelmarin saya ke pasar Chow Kit
Sibuk tapi tak sesibuk masa nak raya puasa
Yang banyak daun pucuk kelapa untuk ketupat
Warong durian jadi warong pucuk kelapa

Pasar ikan jual ayam
Ada daging kotak dan ada daging segar
Sapa tak kenal pasti kena tipu
Perhatikan lampu merah di warong jual daging
Nak jadikan daging hitam merah segar

Tahun ini tak pulang ke jelebu

Malam raya ini tak ada apa apa
uduk di bau bau cafe minum kopi dan sembang

Tahun ini tak pulang lagi ke Jelebu

Tidak ada lagi sauh di kampong
Rumah kampong sudah tutup
Dulu ada ayah yang hendak dilawati
Kali ini tak ada siapa lagi

Semua sendirian tak ada sapa
Ganjil – tapi inilah perjalanan hidup
Akhirnya kita sendirian

Esok seperti biasa – di rumah tepi kubur
Buat kopi dan buka internet
Esok seperti biasa – angkat talipon dan bersembang
Masak nasi goreng telor

Bila petang sampai
Apa nak buat bila pentang sampai
Entah – bila petang sampai apa nak buat
Dalam bandar nak raya ke mana?

Kalau esok hujan lagi tak seronok
Kalau esok hujan lagi tak senang
Kalau esok hujan orang di bukit antarabangsa susah hati
Kalau esok hujan aku kena pakai payong

Selamat hari raya
Jangan makan terlalu banyak daging
Jangan makan teralu banyak makan

Selamat hari raya sebelum musim susah sampai



24 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bro Hisham...

    Selamat Hari Raya Aidiladha dari saya dan keluarga....

    Bila pulak Bro Hisham nak naik Haji???Heehehehehhehehe.....

    Asalamualaikum!
    MohdFadhilHariri

    BalasPadam
  2. Selamat hari Raya pengecut

    BalasPadam
  3. selamat aidil adha. jangan makan lomang banyak sangat jang...kolesterol.

    BalasPadam
  4. Buat Bang Isham yang terus kekal solo.
    Join team takbir rumah ke rumah, Join team takbir di mesjid.
    Join team sembelih korban selepas solat aidil Adha di mesjid.
    Join team lapah daging dan timbang daging untuk fakir dan yang ketagih daging lembu.
    Join makcik-makcik gotong royong buat sup tulang lepas solat Zohor dan asar.
    Mari kita sama-sama berdoa tahun depan kita bersama-sama dapat wikuf di Arafah. Dan kita dapat sama-sam solat sunat aidil adha di Mina ataupun Mekah mukarramah.
    Amin.
    Apa pun selamat menyambut aidil adha.

    BalasPadam
  5. selamat menyambut aidil adha. selamat menunaikan ibadah kurban. semoga semua sentiasa dalam rahmat Allah.

    BalasPadam
  6. bila petang sampai, pekena la tapai

    selamat hari raya isham

    BalasPadam
  7. Salam Aidiladha Bro!!

    Aku ada oleh2 dari Kedah.. Kueh2 skit.. huhuhu ;)

    Nanti ketemu di Bau-Bau!!!

    Salam Revolusi kepada Godfather Hisham!!! ;)

    BalasPadam
  8. Apo jang nak ghayo, sebenarnya mana ada raya pada upacara ritual menjalankan tatacara 'haji' selama 3 hari itu.siapa yang merayakan atau meraikan peristiwa itu sehingga menjadi tradisi berhariraya haji bagi banyak penganut Islam.samo juga dengan aidilfitri, selepas 30 hari berdisiplin berpuasa sepatutnya memiliki kekuatan rohaniah mengharung hidup bukan disambut seperti orang berkrismas sarat dengan amalan konsumerisme dan materialisme, sehingga hilang makna apa sebenarnya tujuan kita melalui ritual disiplin itu.
    Memang betoi jang yang perjalanan hidup ini penuh misteri, seseorang itu baik orang biasa, berilmu, penyangak, alim, cerdik pandai, siapa saja akan melalui satu lorong sendirian, inilah satu yang mutlak tidak dapat dielakkan oleh kita. Mungkin agama dapat meringankan kesunyian atau kesendirian itu.semasa sendiri itu ingat semula peristiwa lama yang penuh emosi mungkin boleh dibawa tenang.

    BalasPadam
  9. Selamat Hari raya Haji! macam sedih jer TukaR TIUB.? di Kuala Lumpur masih ada suasana rayanya. Tapi sini di London lagi takde suasana raya. tapi malam ni mungkin ada makan-makan free di Malaysia Hall anjuran Umno bahagiAN London. Aku mungkin pegi kesana kejap lagi ...mungkin ada rendang daging..kalau nasib baik mungkin ada ketupat...kalau nasib baik lagi mungkin ada nasi himpit...hahaha

    BalasPadam
  10. selamat hari raya pak isham + rakyat malaysia

    BalasPadam
  11. Sian kat ko Syam. Kalau sudi, jemputlah ke rumah... aku tak korban tapi, ada lah juga ketupat lontong yang aku beli kat pasar tepi flat Kampung Baru. Best siot... Makanan Jawa, tapi aku boleh telan sebab sedap. Aku pun tak balik kampung, orang tua ada lagi tapi pitis aku tak berapa nak ada. Huhuhuhu....
    Tadi aku pun pi pasar Chow kit. Mula2 sampai, ingat kat Indon.Nasib baik nampak Bob yang jual ayam dengan ah tee yang jual sayur. Kalau tak, sah aku rasa macam dok Indon.

    BalasPadam
  12. Potong stim betullah hang punya sajak sebab aku tengah makan sup tulang masa baca hang punya posting ... Selamat Hari Raya Aidiladha

    BalasPadam
  13. musim susah dan musim barang naik sudah lama sampai.
    Siapa yang masih tak tahu sebab umno masih melambai-lambai.
    bersedehanalah jika meraya.
    jangan sampai jadi umno punya hantu raya.

    Ya, bukan semua pakcik dan makcik boleh di tipu bulat-bulat.
    Bukan semua Ah pek dan Ah Soh boleh di kautim.
    Bukan semua Aneh dan tankachi boleh di sogok
    Bukan semua saudara saudari Sabah Sarawak boleh di klentong.

    mari kita sambut raya ini dengan iklas , tak kira apa you punya tuhan, god, allah , guru ,swami dan masterjee.
    Sama-sama doa roh roh bencana alam dapat rehat dengan tenang.
    Kita raya dulu dengan rakan-rakan juangan yang agama Islam.
    lepas raya ni, kita sama sama hentam umno dan kroni bn habis habis.
    Kita merdeka dari british memang tak bermakna. Kita merdeka dari umno/bn lebeh bermakna.
    Dia orang sudah lebeh lebeh tunjuk samseng. basikal pun dia mahu rampas.Plentong punya tanah pun dia mahu rampas.pelayan punya punggung pun dia mahu ramas..opps bukan ramas. Istilah baru ialah Jarjis.

    BalasPadam
  14. sedih bonar hati den eih!

    sonang2 datang jo ke ghumah den. suma ado. ketupat pulut, rondang unta, lomang-lomang den boli kek tepi jalan. pendek kata sumo pakat ado ni haa. meh laa datang singgah mentekedarah.


    tapi satu bondo ajo yang takdo...

    air tapai. heh!

    BalasPadam
  15. asalamualaikum...slamat hari raya haji ya....hehe x tau nk komen apa heheheh

    BalasPadam
  16. Brader, raya tetap raya janji kita jangan kalah perang.
    Tak ada jemputan dari Mat monggol dan Bik Mama ke?
    Kahkahkahkah Bik Mama masak rendang kambing Monggol buat lu brader.
    Kita tunggu krimas la brader supaya tak kalah perang. HAHAHAHAHAHAHAHa

    BalasPadam
  17. nampak gaya syarikat yang berkorban lombu bukannya orang. betul ke tu?

    BalasPadam
  18. salam idul fitri dari notoumno dan radenjowo

    Wakakak .... korban jangan tak korban

    BalasPadam
  19. Salam Eidul Adha utk bang Isham. Semoga kita dapat jadikan peristiwa korban sebagai iktibar bagi mematangkan lagi perjalanan hidup yg tidak diketahui bila akan berakhir ini.

    Jika boring-boring tak tahu nak buat apa, jenguk-jenguklah blog saya utk kita berkongsi ide.

    BalasPadam
  20. selamat ari korban pak Isham...

    yg anti pengecut tuh apahal tuh?nak cari gaduh ke?

    BalasPadam
  21. Selamat Hari Raya Haji kepada Monsieur Hisham dan pembaca2 Tukartiub.

    Saya beraya di Australia bersama umat Islam sedunia.

    BalasPadam
  22. "Tidak ada lagi sauh di kampong
    Rumah kampong sudah tutup
    Dulu ada ayah yang hendak dilawati
    Kali ini tak ada siapa lagi"- Tahziah..

    BalasPadam