Malam kelmarin saya ke pasar Chow Kit
Sibuk tapi tak sesibuk masa nak raya puasa
Yang banyak daun pucuk kelapa untuk ketupat
Warong durian jadi warong pucuk kelapa
Pasar ikan jual ayam
Ada daging kotak dan ada daging segar
Sapa tak kenal pasti kena tipu
Perhatikan lampu merah di warong jual daging
Nak jadikan daging hitam merah segar
Tahun ini tak pulang ke jelebu
Malam raya ini tak ada apa apa
uduk di bau bau cafe minum kopi dan sembang
Tahun ini tak pulang lagi ke Jelebu
Tidak ada lagi sauh di kampong
Rumah kampong sudah tutup
Dulu ada ayah yang hendak dilawati
Kali ini tak ada siapa lagi
Semua sendirian tak ada sapa
Ganjil – tapi inilah perjalanan hidup
Akhirnya kita sendirian
Esok seperti biasa – di rumah tepi kubur
Buat kopi dan buka internet
Esok seperti biasa – angkat talipon dan bersembang
Masak nasi goreng telor
Bila petang sampai
Apa nak buat bila pentang sampai
Entah – bila petang sampai apa nak buat
Dalam bandar nak raya ke mana?
Kalau esok hujan lagi tak seronok
Kalau esok hujan lagi tak senang
Kalau esok hujan orang di bukit antarabangsa susah hati
Kalau esok hujan aku kena pakai payong
Selamat hari raya
Jangan makan terlalu banyak daging
Jangan makan teralu banyak makan
Selamat hari raya sebelum musim susah sampai
Ahad, 7 Disember 2008
GEMPAR !!!! OPERASI SAR DIHENTIKAN SEMENTAARA BERIKUTAN PERGERAKAN KUAT – berita hairan
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, dekat sini, dihentikan buat sementara sejak awal pagi ini berikutan pergerakan kuat dikesan berlaku di lereng bukit dan kawasan tanah runtuh pagi ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
kah kah kah… kah kah kah…. bik mama berjogging pagi ini…. kah kah kah…
PROJEK MEMBODOH MELAYU !!! TERPUKAU SHAH RUKH KHAN BERPAKIAN BAJU MELAYU - mStar
MELAKA: Penampilan julung kali pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan, lengkap berpakaian baju Melayu hitam, bersongkok dan bersongket yang diikat dengan gaya Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, membuatkan kira-kira 1,000 tetamu terpukau melihatnya pada sesi khas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada pelakon popular itu.
woit… hentikan laaa projek MEMBODOHKAN KAN MELAYU….dah 50 tahun melayu di bodoh bodoh kan … tak cukup cukup lagi ke….. dah ramai melayu bodoh…apalah TERPUKAU... terpukau apa?..... hentikalah… cukuplaaa…. bagi laaa otak melayu berfikir sikit…. dah lama bodoh… berita berita macam ini jadi candu yang bodohkan melayu….
BN PERLU MENANG DI KUALA TERENGGANU - melayau
SHAH ALAM 6 Dis. - Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari ini amat penting kepada Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan ia adalah sebuah parti yang diterima oleh rakyat.
Justeru Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mengingatkan semua pemimpin parti komponen berkenaan supaya berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan BN mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.
''Kita tidak mahu kekalahan di Permatang Pauh berulang di Kuala Terengganu kerana ia akan memberi peluang kepada pembangkang untuk menyebarkan dakyah mereka bahawa kerajaan BN ditolak oleh rakyat,'' katanya.
kah kah kah….munkee botox mana lama ilang?..... kah kah kah…. berapa juta dah belanja? … boleh menang ke…kah kah kah…. drebar keereta yang dapat 200 hektar tu cam man?.... sehat?...kah kah kah….
kah kah kah… DAKYAH BN DI TOLAK RAKYAT ?..... kah kah kah… woit buta ke mata…..memang sudah di tolak rakyat….tak kan lupa … tak kan tak sedar…. kah kah kah…
kah kah kah… di KUALA TERANGGANU NANTI RAKYAT BUKAN TOLAK TAPI RAYAT BAGI PENYAPU …. kah kah kah
TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL – berita hairan
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu tindakan tegas diambil tanpa sebarang kompromi terhadap mereka yang melanggar undang-undang mengenai pembangunan di lereng bukit.
Beliau berkata, semua pihak sepatutnya mengambil iktibar terhadap tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 orang, sebagai pengalaman yang menjadi pengajaran.
"Kita sepatutnya menjadi lebih bijak hasil pengalaman terdahulu," katanya kepada pemberita selepas meninjau tempat berlaku tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, di sini, semalam.
kah kah kah…. woit munkeee…. jangan bohonglaaa…. woit tak payah nak kelentong…. berapa kali LARANGAN DAH KELUAR….. kah kah kah…. tapi maaasyyuuuk…kah kah kah…
woit munkeee…. jangan buat buat tak tahu… kah kah kah… berapa banyak duit rasuah bergerak untuk mendirikan projek – pejabat tanah… jkr… juru ukur… juru bina…api… air…. kah kah kah…. semua pasang tol…. jangan buat buat tak faham….tol yang paling besar ialah united malays national organisation….. kah kah kah…. itu pasal negara tegadai…. kah kah kah....