Isnin, 19 Januari 2009
45,000 PEKERJA KILANG DIBERHENTI - melayau
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S.Subramaniam berkata, perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.
MAKLUMAT PENJAWAT AWAM KONTRAK KENA HENTI DIKUMPUL – berita hairan
KUALA LUMPUR: Maklumat mengenai kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak di pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negara yang ditamatkan perkhidmatan mereka sejak awal bulan ini akan dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya sudah menjelajah ke seluruh negara mengumpul maklumat itu berdasarkan laporan dan aduan yang diterima daripada mereka yang sudah ditamatkan perkhidmatannya, awal bulan ini.
Katanya, beliau menerima aduan hampir setiap hari berhubung kontrak perkhidmatan tidak disambung itu yang mana kebanyakannya membabitkan jabatan kerajaan pada peringkat negeri dan agensi kerajaan termasuk badan berkanun.
Beliau sebelum ini mendedahkan kemungkinan 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak bakal ditamatkan perkhidmatan bermula awal tahun ini.
SULTAN KEDAH HARAP MASAALH HENTI KERJA DIKURANGKAN - melayau
ALOR STAR 18 Jan. - Isu pemberhentian kerja rakyat negeri ini ekoran krisis ekonomi global mendapat perhatian Sultan Kedah hari ini apabila baginda meminta majikan yang terlibat berusaha mengatasi masalah itu.
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah, kegawatan ekonomi dunia telah mula memberi kesan kepada ekonomi negeri Kedah khususnya oleh syarikat berasaskan elektrik dan elektronik menyebabkan timbulnya isu untuk memberhentikan pekerja.
Titah baginda, keadaan itu sedang dipantau oleh kerajaan negeri supaya tidak berlaku pemberhentian pekerja yang akan menjejaskan kehidupan rakyat.
kah kah kah…. kah kah kah…. OUR ECONOMY HAS NO PROBLEMS !!!.... OUR FUNDAMENTALS IS STRONG…. kah kah kah…. munkee mana yang cakap ni… kah kah kah..
woit …. munkeee mana yang cakap…. kah kah kah….. isteri rosmah ke ?….. kah kah kah….kah kah kah…. isteri rosmah menteri keduitan… kah kah kah
kah kah kah.... MALAYSIA TIDAK ADA KRISIS EKONOMI.... kah kah kah
Salam bro Isham,
BalasPadamIsu ni isu yg dah lapuk. Berapa kali nak kena habaq, sejak end of 2008, start krismas mmg dah bermula pekerja kena berhenti ni. Shut down tak habih2 kat Penang ni. Malayawata (kilang besi paling lama kat sini) dah tutup operasi 3 bulan start 2009. Kilang2 lain pon keja 3-4 hari seminggu, ada yang keja 2 minggu cuti 2 minggu. Yang kena berhenti, VSS, dan potong gaji toksah cerita la. Perkara ni amat serius dan saya hanya dapat memandang depa2 ni dengan perasaan kesian yg amat sangat, tapi tak dapat nk buat apa2. Geram sangat dengan government ni sebab asyik menutup perkara yang benar. Mmg ramai pengilang meramalkan lepas Chinese new year ekonomi lebih teruk dan depa akan ambik langkah drastik utk buang pekerja. Habih tu nk wat camana? Bengang la dengan isu lapuk ni. Cubala cari penyelesaian, bukan dok goyang kaki saja.
-pisang susu-
Saya bersetuju bila di war2 kan ekonomi kita kukuh, fundamentalnya kuat atau sebagai. Jika tujuannya utk tidak menimbulkan panik atau rungsing di kalangan rakyat.
BalasPadamtapi.. apa gunanya cakap2 itu jika seolah tiada usaha ke arah itu.. mana tindakannya?
boycott la byk2...lps tu hilang kerja byk2
BalasPadamKalau kita boycott sama itu mcD,Kafir Fried Chicken,SetarBucks , Koka Kola dan itu Soup cambell..lebeh lagi yang akan di berhentikan.
BalasPadamjelas nya Tun mamak hanya mahu jahanamkan negara.
Kalau betul mahu boycott USA, kenapa tak mintak semua mamak-mamak yang bisnes money changer untuk tak terima dan tak niaga USA dollar.
Dan lepas Gong Xi fatt cai banyak kilang-kilang akan tutup.
Cakap si mongol tu shiok sendiri saja, fundamental very strong , ekornomee very good.
Cuma dia yang strong dan bik mama yang good. Dah kebas duit EPF dan komisen.
Si monggol sebok memikirkan masalah penduduk apartment yang jemur baju kat balcony umah... hahahaha bangang punya makhluk.... aku ingat mat monggol ni pun amik degree kat sintok... our fondermental is strong kepala hotak die.....
BalasPadamsesiapan yang berminat untuk menyertai perniagaan yg blh membantu anda dan keluarga anda (bagi sesiapa yg telah diberhentikan kerja) blh hubungi saya ina 0122764208
BalasPadam