Selasa, 20 Januari 2009

APA YANG COOL 2009 – LE COOL 2009



Cool – apa itu cool. Amat susah untuk mentakrif apa itu cool. Tetapi cool adalah mimpi dan cita-cita semua anak muda. Semua anak muda ingin di lihat cool.

Lawan cool ialah Square. Lawan cool ialah Skema. Lawan cool ialah Belia. Lawan cool ialah Rakan Muda. Lawan cool ialah nerd. Lawan cool ialah Mat Poyo.

Contoh skema paling baik ialah belia 4B. Contoh square yang paling menonjol ialah semua jenis Rakan Muda. Contoh yang paling tidak cool ialah Putera Gerombolan. Mat Poyo yang paling tidak cool ialah Mamat Mamat memakai baju puteh lengan pendek dan berseluar hitam. Minah poyo yang paling tidak cool ialah Minah yang pakai baju kurung puteh dan bertudung merah jambu. Poyo !

Marlon Brando ada epitomi cool dalam The Wild One. James Dean adalah cool dalam Rebel Without a Cause. Mickey Rooke adalah imej paling cool untuk anak muda di Peranchis. Hussein Abu Hassan ialah cool semasa menghisap Gold Leaf. Saloma ialah cool dengan batik ketat , berkebaya pendek dan berkaca mata hitam.

Jean Pual Sartre ialah cool dude apabila menolak Hadiah Nobel untuk Sastera 1964.

Usman Awang dengan Ray Ban gelap ketika berdemo di Pejabat Utusan adalah imej paling cool yang pernah lahir di bumi kita. Imej ini adalah imej cool sepanjang zaman.

Cool bukan hanya imej. Apa yang penting cool memperlihatkan sikap. Imej lahir dari sikap. Perangai, gerak dan tingkah laku lahir dari sikap.

Dalam dunia ini hanya yang bersikap cool yang telah berani mengubah dunia. Hanya yang memiliki attitude yang meneroka jalan.


APA MASIH COOL 2009

Baju t-hitam masih lagi cool. Baju t –putih dengan Levis 501 masih cool.
Jean koyak masih cool.
Baju dan seluar dari fashion house Le Bundle paling cool.
Kaca mata hitam sepanjang masa masih cool.
Myspace, friendster, blogger adalah cool
Dum Dum Tak band paling cool. Album terbaru Dum Dum Tak cool.
Keretek, Gitanes, Rokok Gulung, Tembakau masih cool.
Awek/balak Cina cool
Awek /Balak bukan sesama bangsa paling cool.


APA YANG DITENDANG KELUAR 2009


Anting-anting di telinga out
Cucuk lidah out
Rambut warna merah Abeng jual vcd haram dan handpone out sekali.
Lim Lok Weng out.
Rantai besar perak puteh out sekali.
Dilihat duduk di kedai mamak paling chukia - out sekali.
Dilihat di Bangsar Telawi paling out.
Awek/Balak Mat Saleh paling tidak cool – jadi King Kong
Di lihat bersama Gerombolan paling tidak cool.
Dilihat memakai baju batik lengan panjang siah malaikat 44.
Membaca Metro, Kosmo, Panca Indera -adalah kerja haprak yang paling tidak cool.
Pulau Perhentian, Langkawi, Phuket, Ku Sumpoi – out


SIAH MALAIKAT 44


Jangan dilihat di Lot 10, Pavillion, Star Hill, Hard Rock Café, Ikea dan di PWTC atau memegang Utusan Malaysia.


UNTUK DILIHAT COOL TAHUN 2009


Melihat semua gig underground.
Melihat gig Dum Dum Tak.
Membaca Harakah. Membaca Suara Keadilan. Membaca Roket.
Membaca laman MalaysiaToday , MalaysiaKini dan RiceCooker.
Mendaki gunung. Berbasikal. Makan di warung.
Bershoping di Chow Kit Road.
Bercuti di pantai Tanjung Karang, Telok Batak, Pulau Pangkor.
Memakai baju T anti ISA.
Berdemo.


SIAPA YANG MASIH COOL 2009

Mior Pembusker di Pasar Seni.
Pian Habib penyajak.
Zunar pelukis kariture politik.
Wak Bajij pembawa keretek dari Indonesia.
Evelyn pemain piano di No Black Tie.
Joe Kidd di Rice Cooker.
Rahmat Haroon.
Laman Diskopi.
Mat Rempit/Minah Rempit.
Tukang Potong Rumput di Plus Highway yang pakai kaca mata hitam dan balaclava.
Mat Bangla di stesen minyak
Minah Indon di restauran Cina.
Mat Sabu.



65 ulasan:

  1. tambah cool kalo follow TUKAR TIUB selalu..hehe..

    BalasPadam
  2. Cool brudder lets get cool! Jangan beku nanti jadi beruk gerombolan tengik sudah outdated,tembakau tembakau ni tak mainlah sepatutnya untuk cool nih kenelah enviromen freindly...mesralam knowledge gedebe kaki debate discuss mantap
    sikit macam brudder kena tambah downline barhu power hidup berkarya elak dosaa waduhhh baru jempulan...

    BalasPadam
  3. Yang paling cool agaknya gantikan Pak Lah dengan AI mentadbir negara atau pun meminta Mahafiraun tutup mulut daripada merepek gila babi atau meminta Obama kutuk Israel

    BalasPadam
  4. tinggi sangat ungkap rangkainya,tak terdaya otak lama ini nak tafsirnya.tapi Syarikat tempat aku bekerja pun matlamatnya untuk 2009 ialah :COOL.
    Siapa ciplak COOL pun tak kisah,yang penting COOL

    BalasPadam
  5. ya~ gi gig mmg cool~

    BalasPadam
  6. Wah dah ada short list untuk kelihatan cool utk thn 2009 lah!..

    Membaca blog anti BN @ UMNO itu juga adalah cool..

    gaya utk tahun 2009 berkupiah dan menyarung jaket tanpa lengan adalah cool

    BalasPadam
  7. isham rais masih cool ke 2009? atau TT lagi cool for 2009?

    BalasPadam
  8. mak gua paling cool 2008!

    hari hari balik ngajor mesti layan TT!

    sekali sekala datang kl dia dah taknak pusing klcc atau midveli. katanya. 'mak nak pegi uptown!'

    gua rasa 2009 mak gua akan menambahkan ciri ciri coolnya.

    =)

    BalasPadam
  9. kesian KJ cuba nak nampak cool malah arrogant tapi pakai seluar slecks hitam dengan kemeja putih lengan pendek terus nampak macam beruk mat yeh

    BalasPadam
  10. Kalu nak kekal cool, jangan kalut, kelam-kabut,gelisah, tension,gelabah, gubrah, stressful, gila babi, tak boleh diam macam beruk kena belacan dan mempunyai keindahan dalaman pada diri you!

    BalasPadam
  11. Syarikat aku pun sama jugak, guna COOL sebagai matlamat.

    kau kerja TM ke jabsb, kan dah kantoi....


    mat rempit pun cool jugak ke..? minah skuter tak cukup cool ke?

    tapi yang terpaling cool ialah : Mat Sabu

    BalasPadam
  12. cool= somebody who rejects the codes and conventions of united malay nation organisation

    BalasPadam
  13. hahaha..lawak la kau isyam oi..

    tp btol,bnda yg kita kna buat haruslah cool,xmenyusahkan org..

    mat rempit x cool,sbb slalu menyusahkan org.lebih elok disebut 'bangsat'..hahaha...

    ~ua~

    BalasPadam
  14. Salam bro Isham,

    Brilliant article as always. You have a way with writing, no doubt. Anyways, nak tambah sket, skarang ni facebook paling cool! But, all rokok dan yg sewaktu dengannya mmg tak cool cuz bawak penyakit maa.. lagi...aisey bro, saya baru nk jijak kaki kat Pavilion, dah list siah malaikat 44. leceh tul. Satu lagi, yg masih cool as always, DSAI and of course, YOU. :-)

    -pisang susu-

    BalasPadam
  15. Aku yang masih cool walaupun kilang dah umum cuti tanpa gaji.. selama seminggu...

    Aku tetap akan cool kalau kilang umumkan pemberhentian serta merta..

    Aku akan terus cool..sebab bakal PM aku kata our economic was no problem..

    Sebab tu aku cooooollllll

    BalasPadam
  16. lagu ni cool.. korang baca sendiri la lirik dia...

    http://www.lyricsmode.com/lyrics/k/kreator/betrayer.html

    BalasPadam
  17. Yang cool ... kepada penulis blog yang menulis dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya (seperti TT) dan juga yang bawak tasbih bila berjalan.

    BalasPadam
  18. Gua pun cool beb...

    Best la bro Isham ni, byk btul idea...

    Ptut la jadi jutawan blog...

    BalasPadam
  19. Ada lagi yang cool bro Hisham..

    Menonton teater bilik sulit pun cool ape..

    Bukan teater "sapu-sapu tepi tangga" kah kah kah kah!

    BalasPadam
  20. Hehheh!

    Mat Sabu pun cool ya? Hj Hadi?

    BalasPadam
  21. lagi cool kalau pi demo 23hb ni depan kedutaan amerika... lagi COOL kalau dapat gaduh ngan sb lagi COOOOOL kalau kena pancut water canon dng fru.....

    BalasPadam
  22. Wah Joe Kidd carburator dung pun ada dalam senarai.
    haha..kroni TT jugak tu kan.
    satu lagi nak tambah,yang radical dan rebel tahun 2009 adalah COOL!

    BalasPadam
  23. Paling tak cool !!
    nama kena CTOS.

    ouch!!

    BalasPadam
  24. Baca tukartiub cool
    Faham erti tukartiub lagi cool
    Memang sekarang ini aku dah jadi penagih tukartiub! Kalau tak baca sehari, rasa tak lengkap jiwa. Aku suka kau punya keberanian menegakkan pendapat kau. Tak pernah ada anak Melayu berani mcm kau! Tabik sama lu bro hisham!
    Wa setuju bayk perkara dgn lu. Apa lu tulis mmg power dan
    correct,correct,correct!!

    BalasPadam
  25. ponytail cool tak?

    orang tua pakai t-shirt Che Guevara cool tak?

    jersey manchester united dari petaling street cool tak?

    kalau nak cool mesti orimas (original malaysian).

    BalasPadam
  26. Isham, paling cool sekali kalau buat bilik sulit di johor, hahahahah..

    BalasPadam
  27. kamu c00L,
    kita c00L,
    mereka tidak c00L.
    mereka parokial.

    BalasPadam
  28. Kah..kah..kah..
    Memang COOL...

    alo Edyes & jabsp korang kerja kat TM ke..? Kah..kah..kah kita memang COOL..kah...Hari-hari baca tukar tiub...kah..

    Alo Edyes apasal blog kau kureng update.. tak panas macam dulu.?
    kah..kah.. apa-apa pun COOL..

    BalasPadam
  29. meow~

    Ong Boon Keong aktivis alam sekitar yang duduk di Pulau Pinang pun cool jugak ... rambut ponytail dan berjanggut. Tak pakai kreta pakai basikal ke hulu hilir. Berdemo menentang sesiapa saja yang mahu merogol sang ibu alam sekitar, BN ke, PR ke, dia demo.

    BalasPadam
  30. Siapa yang masih cool?
    Ismahalil Hamzah...

    BalasPadam
  31. Tak cool: Minum Coors!

    BalasPadam
  32. Naik Beskal: Cool!

    BalasPadam
  33. Tak Cool:
    Dilihat bersama Ezam.
    Bodek pensyarah.
    Pakai baju lengan panjang dengan tie.
    Takde misai atau janggut.
    Meeting .
    Blogger Pembela Negara.
    Pakai gelang magnet ditangan.
    Bodek Menteri Penerangan nak cari makan.

    Cool:
    Yang bernama Kulop semua cool.
    Vespa.
    Imam surau.
    Zaid Ibrahim.
    Makcik yang ambik duit dari BN tapi undi PAS di KT.
    Mynmar yang bawa mangkok tingkat pergi kerja.

    BalasPadam
  34. Paling cool adalah hobby kumpul bekas telur org kahwin dan gantung satu dua dalam kereta.

    BalasPadam
  35. penulisan yang baik. pemerhatian yang tajam. keep it up, comrade.

    BalasPadam
  36. DIVA HOT COOL,
    KETAGIH BLOG TT,
    HEHE.....
    IDUP LU BRO....
    SEMOGA LAGI RAMAI ANAK MELAYU
    BERANI MCM BRO...

    BalasPadam
  37. Cool: Ust. Ramlang Porigi...
    Tak Cool: Saiful Bull Curry

    BalasPadam
  38. Aku rasa imej paling 'cool' 2008 ialah Monsieur Tukar Tiub yg betasbih sambil diskusi Astro.

    Pakai 'hat' ala RPK pun cool.

    Naik basikal memang cool!

    Paling tak cool ialah MB Pasir Salak di Astro. Cakap ayat2 standard penuh retorik.

    Prof2 kangkung pun tak cool langsung...

    BalasPadam
  39. Bang Hisham,

    Aritu singgah Annexe, tak sangka Bau Bau Cafe dah tutup.

    Lepak jap kat Ricecooker, nak carik CD TWKUA dengan Komplot, tapi dah habis. CD Laila's Lounge, Killeur Calculateur dan Couple ada la. Juga Dum Dum Tak. Next time mintak test kat CD player diorang.

    Ada nampak Joe Kidd (rasanya) kat situ. Bang Hisham skang lepak mana? Saya nak mintak sign buku Keganasan, Penipuan & Internet 1st printing, heh heh heh.

    Saya kerja gomen (bukan dengan gerombolan), ingin nak jadi cool juga. Sound kat Anwar, take your time, kitorang tunggu walaupun next pilihanraya.

    BalasPadam
  40. bro, bawak teksi tampal gamba tok guru nik aziz...paling cool..!!

    BalasPadam
  41. cool???klu pak lah di takdirkan jd yg dipertua PP amacam...cool x?

    ...hahaha...ini kabar angin dari laut cina selatan cawangan batu buruk..PR maybe ambik alih krajaan pusat dln bln mac dan nasib pak lah spt mana d atas.nasib najib sama nasib wan farid....

    sapa cool sapa plak tak cool...wakakaka...

    BalasPadam
  42. cool tahun 2009

    - kentut dolby di merata tempat. jangan malu2!

    BalasPadam
  43. yang dijangka cool 2009 jika beliau hidup lagi... >> arwah syukree ...al-fatihah

    BalasPadam
  44. Salam bang Isham,

    Ini baru artikel yang ' cool '. Saya sokong dan akan selalu mengikuti tulisan TT.

    Apapun , you memang ' COOL '.

    BalasPadam
  45. salam..mintak izin untuk siarkan dalam blog saya..supaya lebih cool
    (tengok filem sivaji the boss pun cool jugak)

    BalasPadam
  46. paling cool mengingati Allah dan hari mati.heh.

    BalasPadam
  47. makan nasik ngn tangan..COOL?? makan mee rebos ngn tangan.. tak COOL?? sapo hulur nasik? sapo hulur mee robos?? sapo bayo??? free.. COOL? broadbanding.. COLA 3% ??

    BalasPadam
  48. Tangs pun kool juga, kasi bonus 3 bln gaji sempena taunbaru cine ni... haha

    BalasPadam
  49. Cool : Blog TT
    Tak Cool Langsung & Celaka : Gossip artis Norman & Memey

    Memey tu 'memang' dalam lorat Kelantan. Dah tu apa kes??!

    Bodoh dan Poyo.

    BalasPadam
  50. Led Zeppelin & Grateful Dead are cool.

    BalasPadam
  51. COOL.. budak bawah tanah semer cool bila nak wat filem musikal lagi abg hisham??

    Long live PUNK ROCK.. Anak muda bangun melawan... dari jemapoh ke mancheste..

    BalasPadam
  52. "lu cool brader" ayat ni mamat punkrocker yang berlakon dalam jemapoh ke manchestee selalu sebut. hahaha klasik

    BalasPadam
  53. bila kau nak daftar www.facebook.com ni isham? dah penat aku invite.

    BalasPadam
  54. Clint Eastwood la yang paling cool!

    BalasPadam
  55. Oppression!
    “We walked so proud, we walked so free”
    I heard you shout
    Do all you want, say all the rage you have inside
    Open your eyes, society
    See what we got
    You think you’re free, you think you’re safe
    You know you’re not!
    Oppression!
    What do you read, what can you see
    Between their lines?
    What can you do, what can you say
    When you’re blind?
    Where should we shout, where should we turn
    When we see their faults?
    Are we so thick, are we so dumb
    Just like they want?
    Oppression!
    We’ll raise our voice (no way!)
    We’ll raise our fists (no way!)
    Is this your face democracy, conformity?
    We’ll criticise (no way!)
    We’ll organise (no way!)
    Where is our voice, democracy, stability?
    What should we see? (nothing!)
    What should we think? (nothing!)
    Where’s our sight, democracy?
    You hide the key!
    You’re blinding me!
    Oppression!

    BalasPadam
  56. haha.. filem jemapoh to manchester adalah definisi COOL. mesejnya tepat untuk anak anak muda dahulu dan kini. bila nak buat filem baru isham?

    BalasPadam
  57. sememangnya lagi cool kalu
    melayan lagu nirvana dalam bilik berseorangan
    bersama marijuana!

    BalasPadam
  58. Diskopi, berbangga dengan gelaran cool yang diberi. Tima kasih!

    BalasPadam
  59. Haha... mungkin 'Isham tanak join Facebook sebab PC ('Isham benci guna kibod notebook) dia tak support Flash! :D


    Tapi kalau P. Phentian tak cool lagi, mana lain tempat boleh cuti? Koh-Koh tu di Barat Daya Thailand?

    BalasPadam
  60. tengok gig underground cool,
    laki pakai kain pelekat/batik dgn kretek di bibir masih lagi cool,
    buat demo tentang kerajaan menindas kompom cool,
    kene sembur dgn air trak FRU pun cool

    BalasPadam
  61. HISHAMUDDIN RAIS DA COOLEST MAN 2009!! haha

    BalasPadam
  62. HISHAMUDDIN RAIS cool!

    ismahalilhamzah?cool!

    BalasPadam
  63. aku harap ini sarkasm, pasal yg paling tidak cool dalam dunia ni ialah the hot/not list. what's cool to you is just dead fish to me. Like Joe Kidd, that man is as cool as Vanilla Ice, during his rock phase.

    BalasPadam