MESRA BERSAMA CIGAR
Menteri Besar Terengganu tidak puas hati dengan Wan Farid.
Wan Farid ketika dilihat amat elitis. Ini bercanggah dengan kempen gerombolan yang bertema ‘ pemimpin mesra rakyat’.
Wan Farid masih dilihat ‘mesra bersama patrick badawi’ dan mesra bersama cigar Davidoff.
KOH TSU KOON PULA TEMBAK WAN FARID
Sekali lagi Wan Farid kena tembak. Kali ini dari bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pada petang Khamis Tsu Koon telah berkata pengundi Cina cenderung untuk memangkah calon Pas.
AHMAD SAID PULA MARAH KOH TSU KOON
Ahmad Said yang menjadi MB Terangganu telah marah apabila mendengar kenyataan Tsu Koon yang mengatakan masyarakat Cina cenderong kepada pembangkang.
MB yang bermuka gempal ini berkata …"Kita beri kepada orang Cina sama juga apa yang orang Melayu dapat. Kita beri RM300 kepada orang miskin dan RM250 untuk orang muda, orang Cina pun dapat, tidak ada perbezaan."
"Itu pandangan orang luar. Orang Terengganu yang lebih tahu masyarakat Tionghua negeri ini," katanya.
TIAN CHUA PULA MINTA 8 DARI WAN FARID
1 – Apa pandangan Wan Farid tentang ISA
2 – Apa pandangan Wan Farid tentang hak rakyat berkumpul
3 – Kenapa akhbar di wajibkan meminta permit setiap tahun
4 – Kenapa Terengganu tidak minta 20% duit royaliti minyak
5 – Kenapa minta hanya 5%
6 - Kenapa pengambilan buruh luar tidak dihentikan walhal ekonomi sedang tenat
7 - Kenapa tidak sokong Suruhanjaya Kelakuan Polis
8 – Kenapa ramai sangat buruh haram di Sabah
KETUA ANGKATAN MUDA PKR JEMPUT WAN FARID BERDEBAT
Shamsul Iskandar telah menjemput Wan Farid berdebat untuk menerangkan dasar-dasar yang dibawanya untuk pengundi Kuala Terengganu.
Menurut Shamsul – Wan Farid hanya perlu mengatakan tarikh, waktu dan dimana debat ini akan di adakan.
MCA BAYAR 4000 RINGGIT
Parti MCA telah membayar 4000 ringgit. Duit ‘booking’ tempat letak kereta.
Tujuannya untuk menafikan ceramah Pakatan Rakyat dari diadakan di tempat kereta ini.
UMNO PERLU BERI PENJELESAN PERTAHAN CALON BN- berita hairan
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemimpin dan anggota Umno kini memikul tanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada pengundi mengenai mengapa Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Perdana Menteri berkata ini kerana beliau melihat Wan Ahmad Farid kini sedang berdepan dengan pelbagai kenyataan negatif.
“Yang peliknya yang lebih-lebih mengata adalah orang kita, bukan daripada orang pembangkang, (sedangkan) kita perlu pertahankan calon kita,” katanya berucap di hadapan kira-kira 300 pemimpin wanita negeri Terengganu dalam satu perjumpaan dengannya di sini malam ini.
kah kah kah.... kesian mat ngantuk....kkah kah kah....kesian..kah kah kah...
Rupa-rupanya Saad sudah sogok pengundi dengan rm300 dan rm250 .
BalasPadamMana BPR yang baru ini,masih tidur sekatil dengan Pak heLah ke?
Ini salah ni.Ini ialah rasuah.
Mana SPR punya beruk? Tak nampak ke ini kes beli undi?
Ini kesalahan undang pilihanraya ni.
Buat repot polis? tak apa lah..Semua polis-polis pun sama sejenis dengan umno.Semua kaki Kopi-O kaw kaw punya.
Poster Altantuya tak ada repot pun,tapi tangkap pulak.
Baru tadi laporan dari ZORRO bahawa ceramah di henti oleh anjing-anjing ganas yang bernama polis bila sampai giliran Raja Petra yang ucap.
Nak tipu kepada dunia bahawa Malaysia ini kononnya demokrasi.
Itu tempat parking kereta ialah umno punya kerja lah,..mintak mca bayar rm4000 untuk booking itu tempat supaya DAP tak boleh sewa untuk buat ceramah. ( Ini ada salinan resit,ini bukan tuduhan dan bukan fitnah)
Tapi rakyat KT tahu, rakyat KT ada mata lihat dan rakyat KT ada telinga dengar.
penukar tiub sakalian...
BalasPadamaku x sempat tgk bro isham smlm kt tv.x de ke yg rakam siaran astro awani semalam.klu penukar tiub yg ade kasi upload kt youtube,kompom hit punye r
saya dah menyampah pak lalok ni..tak tau ke dia sedang mimpi ke atau overdose nasi lemak..bangun pak lah woi..
BalasPadam