Sabtu, 17 Januari 2009

BILIK SULIT DI ACTOR STUDIO PULAU PINANG MALAM INI


Bagini ceritanya:

Petang kelmarin tim BILIK SULIT bertolak dari Kuala Lumpur.

Tim pelakon dan teknikal sampai awal petang.

Percaya tidak. Actor Studio Pulau Pinang tak ada leterik.

Entah apa yang terbakar. Lepas itu TNB datang bukan betulkan
tapi ambil semua plug. Ini macam Actor Studio tidak bayar bil.

TNB kata hanya boleh repair hari Isnin. Lagi tambah panik.

Actor Studio tak dapat buat apa-apa. Plug sudah tak ada.
Teknikal tak dapat pasang set.

Saya di lebuh raya.Tim tekninal memberitahu keadaan.
Lalu saya menalipon ke hulu ke hilir. Letih lah jadi orang Melayu.

Macam ada 'sabotaj'. Macam mana TNB ambil plug hingga hari Isnin?

Tapi bak kata anak wayang - THE SHOW MUST GO ON - saya meneruskan perjalanan
ke Tanjung.

Kawan-kawan engineer semua bersedia hendak membantu kalau dapat balik plug.

Bila saya melintasi Sungai Perak talipon berdering ..... TNB kata mereka sudah bertemu engineer.Hairan. Tadi petang kata tidak ada engineer.

Esok pagi Sabtu ( pagi ini ) akan di pulangkan plug
dan dibaiki kalau ada yang rosak. ( Siapa agaknya yang TT talipon?)

TAK ADA APA YANG ROSAK. Plug diambil mestilah tak ada api.

Tadi jam 12.00 semua telah baik kembali.

Sesiapa yang ada dekat Tajung datanglah malam ini. Panggung kecil tapi ini betul-betul panggung untuk teater. Tak pernah BILIK SULIT dapat tempat macam ini.

Dulu dizaman Tok Ampoo dan Tok Sloo kami selalu kena sabotaj - bilik dewan kena kensel,van kena cakar, tayar kena pancit, main di padang sawah, sekolah agama - inilah kali pertama KUMPUALAN TEATER BUKAN TEATER dapat bermain di dewan teater.

(Letih jadi rakyat Malaysia ini.Niat hendak pindah ke Bangladesh di tangguhkan kerana malam ini BILIK SULIT akan main jam 8.30 malam di Tanjung. Memang letih jadi orang Melayu ini. Ada niat hendak jadi Mat Salleh tapi sudah bersunat tak boleh sambung balik. Kalau boleh sambung best juga. Ada sesiapa yang pandai sambung ?)

ESOK AHAD PETANG JAM 3.00 SATU PERTUNJUKKAN

ESOK AHAD MALAM JAM 8.30 PERTUNJUKKAN AKHIR

JAM -11.00 Malam di LINE CLEAR - makan kas kas - jamin membatu.





13 ulasan:

  1. Alamak Isham!

    KahKahkahkah.

    Mat Salleh pun sunat daa..

    Jangan lupa stok friskies kat Siti.

    BalasPadam
  2. Adoi..
    Ok la tu dah sunat. Sunat lagi power dari tak sunat. Robert Mugabe je yg tak sunat-sunat lagi. Kalau Robert Mugabe sunat, dia mesti jadi Melayu jugak? Kahkahkahkah.

    Ekau jalan jauh2 tu Isham ui, jgn lupo stok friskies kek Siti.

    BalasPadam
  3. kahkahkaahkah,

    tukar tiub boleh suruh kapten gila SUKJ olong sambungkan kapten bersara paq boleh tolong sambungkan tanya dia tengok mcm mana.SUKJ.blogspot kahkahkah

    BalasPadam
  4. bro mana update dari seberang jaya nih..

    BalasPadam
  5. Tak baik kata letih jadi orang Melayu atau orang Malaysia.You are there for a reason.Lawan mesti lawan.Itulah perjuangan namanya.Kalau cepat letih, apa ke jadah nak berjuang.

    LKM

    BalasPadam
  6. Akukah lanun dalam negeri
    Akukah yang mencuri?
    Sedang gedebe gerombolan merompak di siang hari
    Disamping rakyat tersengih-sengih sendiri

    Aku mahu menuntut bela
    Aku tahu apa yang kau rasa
    Hidup sengsara hidup menderita
    Ditindas komprador golongan kaya

    Aku Bongkok Tanjung Puteri
    Berjuang itu pasti
    Aku Bongkok Tanjung Puteri
    Merdeka atau mati

    Ramai antara kita cuba membatas
    Tapi takkan ku biarkan mereka lepas
    Aku pembela rakyat tertindas
    Aku mahu kita semua bebas

    Aku Bongkok Tanjung Puteri
    Berjuang itu pasti
    Aku Bongkok Tanjung Puteri
    Merdeka atau mati.

    nanti gua punya final project teater bulan 3 ni..ramai-ramai support..

    esok gua pergi teater lu..aritu kat kl dah pergi dah.

    kalau lu tengok si bongkok tanjung puteri tak ubah macam sekarang,si bongkok bangkit kerana ditindas..

    BalasPadam
  7. Hmm, in between scenes, while waiting for the next set to be ready, buat interlude about this TNB caper.. huhu..

    BalasPadam
  8. ini mesti kes tak cukup tidur.sebab tu,nampak macam merapu sikit...ok,bila sampai tanjung,terus pi tidok,rehat..

    BalasPadam
  9. Tuan,
    nak balk KL dah ke.. bila blh ajak minum-minum kopi kat Jalan Tok Lam ni...

    BalasPadam
  10. siapa agaknya yang TT talipon??...hahahaha gua rasa lu call ketua menteri lah brader.

    itu pasal laju aje jumpa engineer...hahaha TNB pun gerombolan jugak ke apalah nak jadi

    BalasPadam
  11. doktor mahathir kuti pandai kot?
    hehe..

    BalasPadam