CERMAH DI ASTAKA
Hebat. Padat. Cukup cun kerana ceramah di buat tepi pantai. Macam rock konsert Mick Jagger di Rio.
Masa penamaan calon ada 20 ke 30 ribu yang datang.
Masa ceramah permulaan kempen ini angkanya – 6 atau 7 - ini bukan 6 atau 7 orang tetapi 6 ribu hingga 7 ribu yang datang untuk mendengar ceramah.
Mulanya Nik Aziz kelihatan kurang sehat - maklumlah umur dan uzur. Risau juga, tetapi sebagai pemidato terakhir – Nik Aziz menendang hebat. Cukup hebat.
NAJIB LESAP
Tiba-tiba berita tersebar dk KT – Najib suami Rosmah Mansor sudah celah. Mana Mamat ini sudah cau warga semua KT tertanya-tanya - mana dia blah?
PIAN HABIB
Terima pesanan ringkas dari Pian Habib. Mamat ini memang cool. Dia penyaer budaya melawan bukan penyaer budaya membodek.
Pian hantar sms: Kos pengubahsuain penginapan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak sepanjang kempen pilihan raya kecil Kuala Terangganu mencecah 500,000 ringgit.
(Pian memetik Harakah. Bila hendak bukan Harakah malam ini tidak dapat.)
Umang ai… bosa boto belanjo katil Bik Mama.
HAIRANKAN BAHASA
Pelik tetapi benar. Hotel Felda ini di pintu besarnya tertulis FELDA RESIDENCE.
Apahal tulis bahasa Mat Saleh. Susah Mak dan Ayah Mawi dari Taib Andak nak faham. Tidak kesian ke tengok orang-orang felda yang mi no spik inglis.
Hairan! Kenapa tidak di tulis dalam Bahasa Melayu. Cakap pejuang bahasa. Siapa yang
bunuh Bahasa Melayu ini ?
KHAIRY JAMALUDDIN
Mamat ini TIDAK kelihatan lubang hidung. Pastilah dia telah diberi nasihat untuk jangan muncul jadi gedebe. Ketika di Ijok dan Permatang Pauh dulu kenyataan Mamat ini banyak membantu Pakatan.
Warga di PRK036 semua tahu bahawa Wan Farid yang bertanding ini adalah calon pilihan KJ ( siapa yang tidak tahu KJ ialah nama manja Khairy Jamaluddin).
Ini bukan rashia lagi. Seorang bekas ahli United Malays National Organisation berbangsa Malayalee telah memecahkan rashia ini. Sayangnya rashia ini tidak ada pula dilapor oleh akhbar yang pandai cakap Melayu.
WAN FARID
Calon gerombolan yang agak gedebab ini dikatakan agak susah hendak tersenyum. Ini sama macam Mat Sembab. Mungkin orang-orang gedebab memang susah untuk senyum.
Betul juga – kalau kita ingat Omar Rojek dalam filem Sarjan Hassan pun susah untuk senyum. Ini bukan fitnah. Ini cerita warga KT.
Ada juga berita yang disampaikan oleh seorang wartawan bahawa Wan Farid ini bukan sahaja susah nak senyum – hendak duduk bersila pun susah. Mamat ini kelihatan kekok.
MIC TUTUP KEDAI
MIC sehari sebelum penamaan calon cukup gah. Buka pejabat disebelah Hotel Ming depan 7/11.
Tiba-tiba habis sahaja penamaan calon – semua belah. Menghilang tidak dapat di kesan lagi. ( Ini laporan dari AMK Terangganu kerana pejabat resmi mereka betul-betul di sebelah 7/11 bertentangan dengan Hotel Ming).
CALON GEDEBAB LAGI
Ramai orang kurang sedar bahawa sesudah penamaan calon ada sidang akhbar. Banyak berita yang melaporkan.
Tetapi tidak ada satu pun yang menyebut bahawa calon gerombolan langsung tidak bersuara. Dia senyap sahaja. Mungkin telah diberi arahan agar jangan menjawab apa-apa soalan dari wartawan. Bahaya.
Akhirnya suami Rosmah yang berlabon dan berkata ‘ dia ini … hari ini macam pengantin… tak perlu cakap apa-apa…’
RESTORAN MAKANAN LAUT
Malam kelmarin DAP telah mengadakan jamuan makan di sebuah restoran makanan laut.
Lim Kit Siang dan para gedebe DAP hadir. Lebih dari 500 telah datang.Tetapi ini bukan cerita.
Yang jadi cerita ialah di restoran sebelah tercongok Adnan Mansor ( tidak ada kaitan dengan Rosmah). Dia membuka tiga meja. Dia seharusnya ligat berkempen tetapi sibuk berpow wow dengan gedebe tempatan.
Atau si Adnan ini tidak berani muncul mengaku sebagai Tengku kerana keluarga di raja Terangganu semuanya menyokong Pakatan Rakyat.
CUACA
Jam 3.00 petang tadi cuaca di KT cukup nyaman. Panas dan berangin.
Malam sibuk berkempen petang boleh duduk tepi laut.
Kalau ada rajin boleh pergi Penarik – pantai cukup landai – tidak sesibuk di Kuala Ibai.
Kalau lagi rajin naik perahu prgi ke Seberang Takir. Ada pantai yang tak ada orang.
Banjir telah reda. Hanya satu jalan ditutup. Jalan yang bukan pesisir pantai dari Marang melalui Ajil ke Kuantan – wajib ngelencong ke Chukai.
Di Chukai ada kedai kopi dan roti bakar yang paling terkenal. Ini bukan roti bakar biasa. Sila cuba dan sila cari kedai kopi ini.
Awas jam 6 petang kedai kopi ini telah tutup.
Di Chukai juga ada kedai ketam masakan Cina yang terbaik.
wooo..best..!!
BalasPadambang,
BalasPadamapasal nada coretan kali ini tak sepedas selalu.. menulis di terengganu ka?
('cabai' terengganu tak pedas sangat, barangkali..)
teruskan berjuang.. cara kita..
Pernah menginap di Felda Residence beberapa hari awal hujung November lepas. Sekali pun tidak pernah merasa makanan melayu Terengganu di situ, kecuali nasi dagang sebagai sarapan yang sudah pasti tak sedap.
BalasPadamPelik.
Sham, ko tangkap la gambar beb..tempek la kat sini.
BalasPadamSalam Tuan,
BalasPadamTeruskan melapor dari KT... senang dan terhibur serta santai bila membaca...
rasa macam ada disana.. lagi hebat penangan KT dari P.Pauh heeee...
Satu ja kurang.. nasi itek tak da disana ka?
Kami dari Persatuan Peniaga-peniaga Nasi Gulai Itik (NGI), mengalu-alukan kedatangan Tan Sri Hishamuddin Rais
BalasPadamnak bagitau nih...klu nak makan2, menyoping tu hati2...tak kira pas ke ameno ke,silap2 terkena beb...
BalasPadamnak keropok lekor byk ikan,p jln nak p airport. lepas jambatan,lampu isyarat kanan...tengok sebelah kanan...kena beratur beb...tapi memang best...
nak makan simple tapi best...simpang 4 dr bandar ke muzium,ambik kiri terus,pas tu u turn ada satu warung tu memang mknan ori nganu....
gerai2 kat pantai batu buruk tu pun kena hati2...silap ari bulan seorg mkn rm7 bleh jd rm27 wooooo...
tapi semuanya pesta untuk org nganu...apa2 pun boleh jd...
pesanan aku pilihlah parti yg baik,mudahnya tidak rasuah...
kedai kopi hai peng dan restoran tong juan!!!
BalasPadamhello bro
bergembiralah kamu di k.t
rindunya aku kat chukai
bro,
BalasPadamgulai itek kat permatang pauh ada lagi nie.
bila nak try lg..
sham, dah pergi ke pasar maghrib? Ha.. jangan terkejut, pasar ni dibuka time maghrib je..
BalasPadamKami mahu laporan NASI ITEK yang kempunan untuk dijamah d Permatang pauh lalu.........
BalasPadam