Rabu, 7 Januari 2009

DARI KUALA GANU

RAMAI RAMAI DAN RAMAI

Cukup ramai yang datang di waktu penamaan calon. Yang bestnya berpuluh bas dibayar untuk
membawa orang orang gerombolan.

Penyokong Pakatan datang dengan duit sendiri. Tidor tumpang-tumpang. Satu bilik sampai 15
orang.

Para gerombolan sudah ambil semua bilik bilik hotel di KT.


BLOGGERS

Para bloggers berkumpul di Hotel Ming. Sempat sembang kejap sengan Raja Petra
a.ka. musuh ketat Rosmah Mansor.

Haris Ibrahim pun ada. Yang lain ramai. Mister Gan pun ada. Mereka dapat bilik kerana
Raja Petra ini orang Ganu makang ikang. Kita yang tak berasal dari Ganu
kawan kena tidor menumpang.


MCA DAN URUT

Mula-mula terdengar bunyi bising. Ingatkan ada apa. Rupa rupa-rupanya MCA sedang mencuba
panggil orang datang berkumpul.

Caranya: ADAKAN KUIZ

CONTOH SOALAN: Siapakah Perdana Menteri Pertama Malaysia?

atau - Apakah nama Pulau di hadapan Kuala Terangganu?

atau - Siapa nama Presiden Amerika yang baru?


Kemudian sudah menang hamper ada 'service' urut. Sesiapa yang datang ada pula 'urut free' -
urut jenis apa tidak pula diketahui.

Tapi tak nampak pun orang yang datang.


BEKAS PORN STAR

Secara tak sengaja terserempak dengan bekas porn star MCA. Kesian tak ramai macai
mengeliling mamat ini -hanya ada driber dan seorang tambi yang mungkin dari
parti Pundek Pundek Pundek.

Mamat porn ini datang ke tempat urut dan kuiz MCA. Mungkin nak gunakan pengalaman kena
urut dulu untuk bakal pengundi KT.


SIAPA AZAHARUDIN MAMAT

Anak Mamat ini calon bebas. Pasti di sponsor oleh gerombolan untuk pecah undi.

Macam kes yang terjadi pada Mat Sabu - gerombolan sponsor Mak Cik Tukang Urut.



UNDI POS

Ini musuh besar Pakatan Rakyat. Ada 1000 undi pos. Ketika Mat Sabu bertanding pada
8 March dahulu dia hanya dapat 75 undi.

Inilah hakikat undi pos yang kita tidak tahu hujung pangkal.


CUACA

Cukup baik. Nyaman. Berangin. Matahari bersinar.

Chukai baik.

Kuala Besut panas.

Dungun panas.

Waktu malam di Jertih dan Kuala Besut paling best.

Banyak gerai ikan segar dan kopi jantan.

Untuk minuman pagi Nasi berlauk dan nasi dagang jadi tumpuan.
Tetapi awas - masakan di sini manis. Tak tahu apa pasal
orang sini bubuh gula dalam masakan.


AWEK GANU

Awek Ganu memang cun - pakai jean, baju-t dan sneakers dan pakai tudung.

Sori laaa awek UM dan awek UPM - mereka kalah kerana gedebab pakai baju kurung.


RELAX
Kalau bosan dengan politik di KT sila naik kereta pergi Pantai Penarik. Ombak kuat tetapi pantai landai dan luas.

Terbaik - makan sotong dan ikan kembung bakar. Sotong mahal sikit kerana bukan musim.

Udang juga agak mahal kerana musim tengkujuh belum tamat.


PASAR IKAN

Sesiapa yang hendak pulang ke Kuala Lumpur di cadangkan berhenti semalam di Kuala Besut.

Bilik sewa banyak dan murah. Di pengkalan waktu petang ada udang naik.

Jam 6.00 pagi nelayan dari laut datang membawa ikan yang baru di tangkap.

Jangan lewat nanti hanya dapat ikan Siam dan bukan ayam Siam.

Kalau lebih rajin sila pergi ke Tok Bali - sempadan kelantan - 10 kilometer dari Kuala
Besut. Banyak ikan naik waktu malam dan waktu pagi.


DISEBELAH KETIKA MENGETIK

Ada Mamat sedang melihat lihat apa yang sedang ditulis. Mamat ini sedang melihat You Tube.
Ini di kawasan yang bukan kawasan kota. Inilah pengaruh internet.

Mamat ini mungkin tidak bersekolah.Umur bawah 17 tahun. Dia mendengar lagu-lagu dang dut dari Indon.
Sambil menonton dia juga menyanyi sama.

Tukar Tiub terhibur.


NAJIB NAJIB NAJIB


Penyokong gerombolan datang semua hendak tunjuk muka kepada Najib.

Semua hendak kenalkan diri kepada bakal PM.

Ini berbeza dengan penyokong Pakatan. Mereka datang untuk berkempen.


POSTER ALTANTUYA


Ini klasik. Poster ini sedang menjadi ' colector item' - semua wartawan di KT
sedang mencari-cari poster ini. Tukar Tiub masih belum melihat
poster ini.

NAJIB DAN ALTANTUYA

RTM melapor bahawa Najib telah berkata 'kes Altantuya' ditimbulkan
di PRK ini kerana pihak Pakatan tiada 'isu'.

Tetapi persoalan yang timbul di kalangan pemerhati politik - KENAPA RTM MEMAINKAN ISU ALTANTUYA INI.

Selalunya kalau berita berita macam ini langsung TIDAK dilapor.

Ada apa-apa ajenda dari Kemaman.




14 ulasan:

  1. saudara jangan lupa turun kg cina ambil kenyataan orang cina mungkin boleh dikongsi bersama...

    saya orang tganu semalam saya di pusat penamaan calon memang meriah tapi dengar ura-ura permatang pauh lagi best..

    pada malam nya ceramah mega sume pemimpin atasan turun DSAI pun ade.. terharu tgk tok guru yang semakin lemah tenaga tapi semangat masih kental..

    jangan lupa turun ke kampung2 tengok pemikiran kolot org Umno..

    makang ikang banyok2!!

    BalasPadam
  2. Salam Tuan,

    Teruskan melapor dari KT, best dah terhibur..

    Sayang di sana tiada gulai itek...cuma itek2 merah ja banyak

    Salam mesra,

    BalasPadam
  3. haha..permulaan yg bagus dr yb kemaman utk rtm tok isham oi...diorang kan nk ikut langkah bbc,aljazeera...hahaha

    BalasPadam
  4. sime darby tarik balik cadangan ambil alih IJN, Sabri Chik kata nak bagi liputan adil, bantuan ke sekolah mencurah-curah. Betul ke semua ni

    BalasPadam
  5. Salam..

    MCA DAN URUT
    *Satu Projek BN yang terdesak memancing Undi..

    Tak tahu apa pasal
    orang sini bubuh gula dalam masakan.
    *Orang Trenganu dan Kelantan memang masukkan gula dalam masakan bg mengantikan AJINOMOTO..

    Awek Ganu memang cun - pakai jean, baju-t dan sneakers dan pakai tudung.
    *TIDAK DAPAT DINAFIKAN..
    Coz..pernah bertugas diTrenganu.

    BalasPadam
  6. Abang isham.. tolong tgk sikit nih..

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/1/7/nation/2956837&sec=nation

    Joyful occasion: Indian national Abdul Rahim Mohd Arif, 52, showing the citizenship certificate which he received from Syed Hamid in Kuala Terengganu yesterday while his wife Ramlah Ismail, 50, looks on. — Bernama

    Tiba2 ramai dapat PR di KT nnt..

    BalasPadam
  7. kemamang ari ning panah kketek.. anging ttiup sangak nnyamang, kalu gohek keter paking ttepi pata telok mok nik, memang jenere tido..

    BalasPadam
  8. waa KT memang superb..terutama awek ganu.haha.

    semarak demokrasi di KT. cheers.

    BalasPadam
  9. Mudah2an kali ni mencatat kejayaan yang sama seperti di permatang pauh. Biar puak tu berhenti jadi badut membodoh2kan rakyat 'barisan najis' masih relevan. Dah busan dengan bangsat2 ni semua. Bukan memperjuangkan nasib rakyat tapi demi poket sendiri & kroni

    BalasPadam
  10. kahkahkah..xleh blah ayat,"parti pundek pundek pundek" kahkahkah..
    ikan..udang..2 prkataan yg cukup tuk wat gua trliur..huhu

    BalasPadam
  11. wah best tu.

    rindu zaman sekolah kat bukit keluang dulu.

    poster altantuya jual kat ebay boleh buat duit tu...

    BalasPadam
  12. bro

    teringat kisah pertemuan bro dengan penjual ikan di p pauh, apa kat bro mengintai di komplek perikanan pulau kambing

    BalasPadam
  13. Bro Hisham!

    Jangan lupa cuba:
    1- Nasi ayam hainan di gerai 32 batu buruk.
    2- Nasi dagang di Chendering atau di Ladang.
    3- Sotong berempah di Pantai Telaga Batin.
    4- Air buah gelas besar di Batu 6.
    5- Keropok lekor di Losong.
    6- Mee berkuah di Bukit Besar.


    Sambil berkempen sambil makan2 utk tambah berat badan..Huhu!

    Roger!

    BalasPadam
  14. waaaa bestnyer...cam nak terbang laa...ada masa lagi kut nak meramaikan org yg memang dah ramai...

    teringat aku islam hadhari masjid kristal...masjid tak siap tapi pok yeh nak jgk pak lah rasmi atau pk lah nak jgk pok yeh jemput dia rasmi...last2 pklah kena dtg mlm naik bot sbb siang berdebu,jln tk siap,byk projek tak siap,bendera bulan byk sgt.....

    nama masjid tp tk leh solat jumaat,arah kiblat pun jd pertikaian...

    rtm ngn media prima begaduh nk jd penyiar rasmi...

    ada citer dongeng sulung...tanyer aziz desa...solong tak muncul2 pok yeh plak tersungkur...

    BN edar risalah burukkan pas...

    aku - tringat pok yeh...mana kelibat dier ehhh...

    BalasPadam