Jumaat, 16 Januari 2009

GGMM TARIK BALIK SAMAN TERHADAP KERAJAAN P.PINANG - Mkini


Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) telah menarik balik samannya terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

GMMM memfailkan notis penarikan balik saman itu Selasa lalu. Ia memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 November lalu.

Peguam GGMM, Khairul Azam Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat kerana masalah kewangan ekoran kegagalan pihak mengumpul dana yang mencukupi bagi membiayai kos mengambil tindakan undang-undang itu.

kah kah kah….kah kah kah…. kah kah kah…. heboh bukan main…. satu habuk tak ada apa….. kah kah kah…

woit…. tak dapat projek ke…. kah kah kah…. pergi kt…. mesti dapat projek…. kah kah kah….

woit…. kah kah kah
cakap berdekah dekah
tinggi sudu dari galah
cari duit buat projek sekolah
kah kah kah
cakap tak mahu kalah
satu sen tak orang nak sedekah
kah kah kah




2 ulasan:

  1. Minta GGMM tu saman DBKL dan Kerajaan Negeri Melaka atas peranan mereka dalam menegakkan papantanda pelbagai bahasa di Bintang Walk, KL dan Jonkers Walk, Melaka .

    Papantanda perbagai bahasa tersebut wujud sejak bertahun-tahun lamanya.

    Beritahu dia, kalau dia nak saman, para pelajar MCKK batch 1988 akan menanggung segala kos guaman, logistik dan makanan, ditambah 10% contingency.

    BalasPadam
  2. ini berita bagus...dari awal lagi sudah dijangkakan bahawa GGMM hanya mabuk dan sasau ketika membantah bermatian-matian isu papan jalan di Pulau Pinang...mana dia 'telur' graduan melayu yang muda dan bergabung ini?

    BalasPadam