Khamis, 22 Januari 2009
KES RASUAH - LAGI LAGI TIPU RAKYAT
PENOLONG KANAN SEKOLAH DITAHAN KES RASUAH POLITIK – bernama
KUANTAN: Seorang penolong kanan sebuah sekolah di Raub ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang hari ini kerana disyaki terbabit kes rasuah politik.
Guru lelaki berusia 40-an itu ditahan di sekolahnya pada 2.15 petang tadi.
Pengarah SPRM negeri, Sutinah Sutan, ketika dihubungi berkata guru itu akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana kesalahan itu yang didakwa dilakukan di sebuah hotel di ibu negara.
Dia didakwa memberi rasuah RM200 kepada seseorang sebagai dorongan bagi mengundi seorang calon ketua bahagian Umno di Pahang pada pemilihan bahagian itu November tahun lalu.
kah kah kah….. satu lagi rasuah ciput…. kah kah kah… 200 ringgit sahaja…. kah kah kah…
kah kah kah… suruhanjaya ini sama aje macam bpr…. kalau bpr tangkap polis ambil 20 ringgit kalau takm ada road tax…. kah kah kah…kah kah kah…
kah kah kah….ciput betul laaaaa….inilah projek peninggalan mat ngantuk…. tankap kes rasuah 200 ringgit….. kalau 200 juta komisen kapal selam…. tak berani kut…. kah kah kah…
woit….cam mana ….kes sembelih lembu mb selangor…. kah kah kah…nak buat repot…. siapa yang dapat telor lembu ini?…. kah kah kah…
SENTRAL : 2,000 BANTAH PROJEK DBKL – berita hairan
Penduduk protes maju tanah di lot 9714, Jinjang Selatan Tambahan
KUALA LUMPUR: Cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membangunkan tanah di lot 9714, Jinjang Selatan Tambahan di sini, mendapat bantahan kira-kira 2,000 penduduk di situ yang enggan melihat kawasan mereka dibangunkan sesuka hati.
Penduduk juga menuntut DBKL menyerahkan geran rumah bagi menyelesaikan isu hak milik kediaman membabitkan kira-kira 525 lot di kawasan terbabit yang sebelum ini hanya diberikan lesen menduduki sementara sejak 40 tahun lalu.
Setiausaha Persatuan Penduduk Kampung Jinjang Selatan Tambahan, SP Karuppiah, berkata penduduk kampung tidak menolak pembangunan di kawasan mereka, namun tidak bersetuju sekiranya hak mereka dirampas tanpa memikirkan kesan terhadap penduduk.
“Kami bukan membantah tanpa sebab, tetapi cadangan membangunkan tempat ini dirasakan tidak sesuai, kami sudah mendiami kawasan ini selama tiga generasi dan tiba-tiba DBKL ingin menjadikan tempat ini sebagai pusat komersial.
kah kah kah…. kes macam inilaaa kena siasat… ada rasuah tidak… bukan kes 200 ringgit…. dua jam duduk di talawi pun tak cukup 200 ringgit…kah kah kah…
woit….ini kes tanah kena rompak… kah kah kah…
kah kah kah…. dah 40 tahun tak dapat geran…. kah kah kah… ini tak ubah macam di israel… kah kah kah….
woit…. dah beranak bercucu….sudah tiga generasi…. lebih lama dari israel…. kah kah kah…. inilah dia zionis tempatan…. kah kah kah….
woit…. iniah contoh tanah rakyat kena rampas bagi pada pemaju…. kah kah kah… tak kan tak faham faham…. israel rampas tanah arab … gerombolan rampas tanah rakyat…. mana ada beza…. kah kah kah
politik lembu di selangor! kah! kah! kah!
BalasPadamCiput, ciput..... Eurokopter kenapa senyap tak berani nak siasat orang besar Udara salah guna kuasa buat perancangan nak jadi CEO Eurokopter Malaysia dengan memudahkan proses tender hahahahaha ciput ciput.....tak nak siasat ke kat dalam sejarah dunia Panglima Udara rekomen beli jet fighter tanpa injin package 80juta Euro. ciput ciput macam gelaran pompuan manja itulah kena siasat ciput ciput.Ada komplot dengan Mat Monggol ke?
BalasPadamselagi geran aku tak keluarkan,selama itu juga aku bolih berjanji.kalau aku dah bagi geran,apa lagi yang aku bolih janji.
BalasPadamRM200 SPRM senang kira.. kalau RM200 juta susah mau kira.. letih..
BalasPadambaik cari yang ciput2 senang kerja..