Selasa, 20 Januari 2009

MB PERAK DICABAR DEDAH - melayau


IPOH 19 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dicabar mendedahkan kepada rakyat nasihat Sultan Perak dan keputusan mesyuarat Exco kerajaan negeri berhubung pemberian tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, dalam hal ini, Mohammad Nizar perlu jujur dan berterus terang sama ada keputusan mengenai pemberian hak milik kekal itu dicapai secara sebulat suara atau sebaliknya.



GERAN KAMPUNG BARU , JUS SOLI DAN KEMAHIRAN BERBOHONG
– harakah

Sentimenn agama nampaknya terus dimainkan Umno bagi kembali meraih sokongan masyarakat Melayu negara ini.

Lebih memualkan lagi apabila tiupan semangat tebal perkauman dan agama itu disulami dengan pendustaan dan pembohongan tanpa henti; seolah-olah soal moral, etika dan akhlak tidak ada dalam kamus para pemimpin Umno.

Program membabitkan 149,000 lot tanah itu cuba dipolitikkan Umno negeri kerana kononnya ia memberi kelebihan kepada penduduk Cina yang duduk di kampung baru. Penganugerahan hak milik kekal ini juga disifatkan sebagai "menggadaikan maruah bangsa dan agama" oleh seorang Menteri Umno. Malah Menteri Besar Perak dianggap menuruti telunjuk DAP kerana sanggup menganugerahkan geran hak milik selama 999 tahun kepada penduduk Cina kampung baru dan hanya 99 tahun kepada penduduk Melayu di kampung tersusun.

Apa yang gagal diceritakan pemimpin Umno negeri kepada umum adalah selain 134 kampung baru (yang sebenarnya turut diduduki oleh kaum Melayu dan India), kerajaan negeri turut memberikan hak milik kekal kepada 349 kampung tersusun yang kesemuanya diduduki oleh orang Melayu!

Adakah keputusan memberikan hak milik kekal kepada kampung tersusun ini juga boleh dianggap sebagai "mengkhianati hak Melayu"?

Nizar ketika menjelaskan isu ini berkata, penganugerahan hak milik tanah kepada 47,000 penduduk kampung baru hanya membabitkan 3,000 ekar (1,200 hektar) tanah sedangkan ketika Perak di bawah penguasaan BN, lebih banyak tanah negeri itu telah tergadai kepada orang bukan Melayu.

Antaranya penganugerahan lebih 10,000 ekar tanah kepada MCA untuk membina kampus Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Dan jika penduduk kampung baru tidak layak diberikan geran hak milik untuk tapak kediaman semata-mata kerana mereka berbangsa Cina, mengapakah kerajaan BN pimpinan Umno sanggup memberi peluang kepada rakyat Singapura yang majoritinya berbangsa Cina membeli hartanah di negara ini termasuk di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang terletak di selatan Johor - negeri paling kuat pengaruh Umno dalam dunia?

Umno juga perlu menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung hak milik tanah termasuk penganugerahan puluhan ribu hektar tanah kepada taikun-taikun Cina oleh kerajaan BN pimpinan Umno antaranya Vincent Tan dan Lim Goh Tong.

Umno juga tidak harus melupakan nasib malang yang menimpa orang Melayu di Kerpan, Kedah; Pantai Kundor dan Pantai Tanah Merah, Melaka dan beberapa negeri lain yang dihalau keluar daripada tanah tumpah darah mereka semata-mata untuk memberi laluan kepada projek-projek mega kerajaan BN.

kh kah kah…. gerombolan nak lebong….kah kah kah…

kah kah kah…. gerombolan hendak hantukan pas dengan dap…. kh kah kah…

woit…. gerombolan tak sedar lagi ke… pakatan rakyat bukan parti perkauman….kah kah kah…

woit … tanah di kerpan kedah …siapa yang rampas…. tanah di pantai kundor…. Dan tanah merah melaka…siapa yang rampas…. otel rasa sayang di batu ferrigi pulau pinang….dulu kampong nelayan…. siapa yang rampas….

woit…. jangan cakap israel saje yang rampas tanah palestin…. geromboloan pun lebih zionis daripada israel…. kah kah kah...



1 ulasan:

  1. Nasihat untuk pemimpin Umno....

    Gunakan kepala otak bukan kepala lutut sebelum memberi ulasan...kahkahkah

    BalasPadam