Jumaat, 2 Januari 2009
PERJALANAN IKAN PUYU
Kapal terbang kecil ini baru 10 minit memulakan perjalanan. Tetiba saekor ikan puyu melocat keluar dari bubu buluh.
Pagi tadi jam 8 aku di pasar Perijpur aku membeli dua ekor haruan dan lima belas ekor ikan puyu.
Aku dibesarkan di sawah, aku tahu puyu ini boleh hidup tanpa air untuk dua atau tiga hari. Aku juga tahu dalam mitoloji Melayu ikan puyu adalah musuh kepada polong dan toyol. Kerana itu satu ketika dahulu orang-orang di kampung aku selalu menyimpan puyu sebagai ikan mainan – ini sebelum ikan emas dan kelisa datang membuat glamour.
Saban hari aku ke Pasar Perijpur. Aku paling berahi melihat pasar ikan. Dari kota ke kota – di setiap negara-negara yang aku singgah , pasar ikan akan menjadi tempat utama untuk di lawat sebelum ke lorong-lorong gelap untuk mencari tapai dan air anggur masam.
Pasar Perijpur penuh dengan ikan air tawar. Setengah jam dari pekan kecil ini ialah sungai besar – lima kali ganda Sungai Pahang. Agaknya dari sinilah rumah-rumah segala jenis ikan yang di waktu paginya masih lagi tercungap-cungap cuba bernafas di dalam bakul sebelum dibawa ke pasar untuk di jual.
Ikan puyu dan haruan ini ingin aku bawa pulang ke rumah dan jika ianya hidup aku ingin kenalkan dengan Curvey, Mami dan Siti. Aku ingin kenalkan mereka dengan budaya Melayu yang telah lama hilang.
Bila puyu ini meloncat dalam kapal terbang ini – teman aku - gadis Thai terperanjat. Dengan bahasa Inggeris dia mengatakan ikan aku sedang menari-nari. Perkataan ‘ your fish is dancing’ membuatkan aku terbarai ketawa. Bayangkan ketawa aku ini mungkin sampai ke pintu pilot.
Mak Cik Cun beranak seorang di sebelah kerusi aku hairan dan bertanya apa yang bergerak-gerak dalam bubu buluh. Bila aku katakan ikan dia juga turut tersenyum riang. Aku senang hati datang melahirkan senyuman dari seorang ibu yang sepanjang perjalanan di ganggu oleh tangisan anaknya.
Perjalanan udara hanya 30 minit – kami sampai ke Dhaka. Kemudian 40 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Zia ke hotel aku di Gulshan.
Sesampai di hotel aku bergegas ke bilik. Melambak kan ikan dari bubu. Haruan telah arwah. Yang masih hidup hanya lima ekor puyu. Mereka bernafas senang dalam kolah mandi. Yang mejadi arwah aku hantarkan ke dapor untuk di siang dan di simpan dalam peti air batu.
Pilihanraya telah selesai. Kerja aku telah tamat. Apa yang wajib aku lakukan telah aku lakukan. Apa laporan yang wajib aku tulis telah aku tulis. Untuk aku pilihanraya dalam apa bentuk pun tidak memiliki apa apa makna yang hakiki. Hingga ke hari ini aku adalah seorang warga yang tidak mendaftar diri dan belum pernah mengundi.
Aku tidak yakin kapitalisma boleh di perbaiki untuk di tampal, di tupang atau di cat. Aku juga tidak yakin sistem kapitalisma boleh di sunat dan di Islamkan. Atau bismilahkan dengan ejaan jawi seperti di Saudi, Pakistan atau di Iran. Hukum kapitalisma tidak pernah berubah dan berganjak.
Lima ekor ikan puyu mandi manda mandi dalam kolah. Ikan-ikan ini lebih menarik dari kaca mata hitam Khalida Zia yang tidak mahu mengaku bahawa dia dan para mullah berjanggut panjang telah kalah terok.
Lima ekor ikan puyu mandi manda dalam bilik sambil melihat aku memotong janggut dan menggosok gigi. Ikan-ikan puyu ini lebih menarik dari Sheikh Hasina yang parti Liga Awaminya telah menang besar.
Untuk aku mereka semua adalah lanun-lanun besar yang merompak harta kekayaan dan tenaga kaum tani di Bangladesh. Pilihanraya yang baru berlalu tidak membawa apa-apa perubahan struktural..
Parti yang memerintah berukar ganti – sistemnya masih sistem ekonomi kapitalis. Yang miskin akan bertambah miskin yang kaya pasti akan bertambah kaya. Pilihanraya hanya memberi harapan tetapi yakinlah selagi sistem tidak berubah – kemiskinan yang wujud tidak akan berganjak.
Barang-barang telah di terima masuk. Pasport aku telah di periksa. Aku hanya menjenjeng bubu buluh yang di dalamnya ada lima ekor ikan puyu. Pemeriksaan pertama selesai. Tidak ada halangan. Puyu aku tidak menari-nari.
Aku di beri tiket dan angka tanda tempat duduk. Dalam masa 30 minit lagi kapal terbang akan bergerak. Aku pergi ke bilik khas merokok. Semuanya tenang. Kemudian aku beratur untuk masuk ke dalam kapal terbang. Semua barang di tangan wajib di periksa sekali lagi. Bubu buluh dimasuk ke dalam kotak x-ray.
Tetiba ada pegawai kastam yang berbadan besar ketawa. Seorang kastam yang bersari datang melihat. Kastam cun bergincu merah ini juga ketawa sama. Mereka meminta aku mengeluarkan apa yang ada dalam bubu. Lima ekor puyu meloncat keluar. Kami semua ketawa besar.
Nah! Rupa-rupanya ikan puyu ini tidak memiliki pasport untuk meninggalkan Bangladesh. Malah tidak ada visa atau permit kerja untuk ke Malaysia. Lalu mereka meminta aku meninggalkan lima puyu ini di tanah air mereka.
Aku bagitu sedih. Lalu mengambil gambar terakhir puyu-puyu ini yang sedang berloncatan dalam kotak plastik di tepi mesin x-ray. Kemudian aku meminta mereka memasukan kembali ke dalam baldi air sebelum di bawa ke paya atau kolam.
Aku pun mengucap selamat tinggal kepada Bangladesh. Yang aku tinggalkan ialah lima ekor puyu di Lapangan Terbang Zia yang asalnya dari lopak-lopak sawah di perkampung Perijpur. Yang aku bawa pulang hanyalah ingat-ingatan tentang sawah-sawah, lubuk-lubuk, sungai-sungai dan Pasar ikan Perijpur . Tidak mungkin lagi aku akan sampai ke sana.(TT)
"Hingga ke hari ini aku adalah seorang warga yang tidak mendaftar diri dan belum pernah mengundi.
BalasPadam"
aku tiru kau atau kau tiru aku atau kita tiru kami?
=]
Hahah. Kelakar pulak aku. Bro pergi Bangladesh kenapa nak bawa balik ikan puyu? Ikan puyu, kat malaysia pun ada ..
BalasPadamIni mungkin ada kaitan dengan psychological complex..
Patut bawa balik minah Bangla yang sungguh susah nak nampak batang hidung di luar rumah. Seorang Bangla ada bercerita (my short term housemate), dengan bangga katanya perempuan Bangla tak kerja di luar rumah, seorang isteri akan melayan suaminya yang baru pulang dari kerja, siapkan makanan, mengurut, picit-picit dan sebagainya. Lepas tu dia tanya kat aku, "Perempuan Melayu ada macam tu tak?"
Aku senyum je. Heheh.
Orang Bangla juga happy-happy. Duit takde tapi action.
Selamat Pulang!!
BalasPadam;)
perjalan yang menarik! :)
BalasPadammeow~
BalasPadamalahai kenapalah bung hisham menyeksa ikan puyu tu dengan membawa mereka ke sana ke sini, siap kena x-ray pulak tu. Nanti zuriat mereka cacat kena mutasi.
Itupun kalau mereka benar-benar dilepaskan dan bukan dibuang ke dalam jamban. kucingsiam nak laporkan bung hisham kepada persatuan pencinta ikan puyu bangladesh kerana mensia-siakan nyawa ikan puyu.
Brother Isham,
BalasPadamNape nak bawa balik ikan puyu ?
Kok urang Kalimantan kata,bawa balik papuyu berginju habang !
papuyu baginju maknanya cewek cantik lah ! Tak sangka kat Bangladesh pun ada ikan puyu. Dunia ni kecil dah tu. Cerita saudara cukup menarik, cerita lah lagi !
ape ke bende nak bawak balik ikan puyu plak? kat malaya ade banyak. spesis lain ke sane?
BalasPadamkolah mandi kat bangla ade klorin tak? kalau ade klorin simpan lame2 boleh bute ikan puyu tu.
teringat mase kecik dulu aku buat umpan taut nak tangkap ikan baung kat sg. perak guna anak ikan puyu...pacak taut kat tebi tebing dan sangkut mate kail sebesar ibu jari kat bawah sirip atas anak puyu tu dan bior berenang renang sepanjang malam. kalau ade baung sebesor pehe sure sambor!
sham, gadis Thai tu ape cer?? ko bwak balik m'sia ke? kehkehkeh
BalasPadamhahahaha...yang membaca ini pun turut happy sama lah isham..hahahaha
BalasPadamtakkan dalam report kau tu tulis macam apa yg ditulis di sini...hahhaha
selamat kembali bro! selamat pulang! pengalaman di tempat orang tak ternilai harga bayarnya.
BalasPadamBro ko 'minum' ke?
BalasPadam