Isnin, 12 Januari 2009

POLIS ZIONIS BERTINDAK



POLIS MENAHAN 13 LELAKI TERMASUK KANAK-KANAK BERUMUR 12 TAHUN
-mStar

KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 lelaki termasuk seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dan lapan wanita dalam satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi.


BUDAK KENA TEMBAK DI KEPALA
- melayau


KUALA LUMPUR: "Kami menyaksikan sendiri bagaimana seorang budak lelaki Palestin berusia kira-kira 10 tahun ditembak di kepala oleh askar Israel.


kah kah kah…. satu 12 tahun di dataran merdeka…. satu 10 tahun di israel….dua dua menentang zionis… kah kah kah…

woit….apa bezanay polis israel dengan polis malaysia?....kah kah kah


POLIS NAFI SENGAJA SABOTAJ
- melayau

KUALA TERENGGANU: Polis menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anggotanya sengaja melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata dakwaan pihak berkenaan sama sekali tidak benar dan mengelirukan.

“Kita ingin menjelaskan di sini bahawa pihak polis tidak pernah melakukan sebarang sabotaj dan tidak pernah menutup pejabat walaupun pada hari cuti.


kah kah kah…. betul polis tidak sabotaj di kt….kah kah kah

woit…. napa tangkap di kl waktu anti-israel….nak sabotaj najib ke… atau nak sabotaj wan farid….kah kah kah…

woit…. mat ngantuk tak payah sabotaj…. munkee ni dah nak pencen….kah kah kah

woit….esok di parlimen….kesian kes tangkapan di dataran ini akan jadi heboh….kah kah kah…. rancangan untuk tunjuk gerembolan pro palestinsudah kena sabotaj… kah kah kah….sapa beri arahan tangkap…kah kah kah



TAHANAN 21 AKTIVIS TANDA BN HIPOKRIT

Kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas hiprokit dalam menentang kekejaman rejim Zionis Isreal apabila menahan 21 orang aktivis termasuk ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam perhimpunan anti perang di Kuala Lumpur semalam.

Tindakan kerajaan menahan aktivis yang membantah perang di Palestin mendedahkan pendirian BN sebenarnya memihak kepada rejim Zionis Israel.

Antara ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan ialah ahli Parlimen Klang Charles Santiago, ahli Parlimen Kuala Langat YB Abdullah Sani dan Adun Kota Damansara YB Dr. Nasir Hashim.

Pendirian kerajaan membantah tindakan kejam Israel terhadap Palestin jelas apabila bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat pada 7 Januari lalu supaya Parlimen mengadakan sesi khas mengenai serangan Zionis Israel ke atas Gaza, serta membenarkan pelajar universiti menyertai perhimpunan aman bantah perang.

Namun sebelum Parlimen sempat mengadakan sidang khas pada 12 Jan, kerajaan telah melakukan penahanan terhadap mereka yang berhimpun untuk membantah kekejaman Zionis Israel, khususnya tiga orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Tangkapan ini tidak wajar sama sekali sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam membantah serangan Zionis Isreal, sebaliknya harus memberi ruang kepada masyarakat sivil tanpa mengira latarbelakang politik bagi menyuarakan bantahan, dan bukan menghalang.

Dengan ini kami menyeru agar pengundi Kuala Terengganu menolak calon Barisan Nasional bagi P36 Kuala Terengganu sebagai tanda Tolak Hiprokit BN. (tamat)

TIAN CHUA
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan





7 ulasan:

  1. Ni salah satu cerita yang di black out oleh MSM. Sila hebah dan kecohkan lagi...

    BalasPadam
  2. Pergerakan Anti Zionis dan Pro Palestin dilihat sebagai isu di mana seluruh rakyat Malaysia tampa mengira fahaman politik bersatu atasnya.

    Apabila ada tangkapan menjejaskan kesepaduan itu. Palestin satu-satunya titik pertemuan itu. Pihak menjaga keselamatan seharusnya memberikan ruang supaya semua pihak tampa mengira ideologi dapat bersatu dalam hal di mana rakyat, parti politik BN dan PR, Ngo, Kesatuan Pekerja seluruh rakyat menunukkan sikap yang mereka bersatu dalam isu Palestin.

    BalasPadam
  3. apa beza polis israel dan polis kita?

    polis israel tangkap individu yang berbeza agama dengannya..

    tapi polis kita tangkap individu yang sama agama dengannya..

    BalasPadam
  4. Meloya

    KUALA TERENGGANU 11 Jan. - Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) menjaga kebajikan semua lapisan rakyat sejak 'lahir hingga ke liang lahad', namun tidak perlu menggunakan label negara kebajikan untuk berbuat demikian, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    - kalao dah kena C4 macamana?

    BalasPadam
  5. CAKAP LAIN, BIKIN LAIN...

    MOTO KERAJAAN UMNO/BN.

    BalasPadam
  6. Mentality orang Malaysia hampir semua macam tu.Bila jadi wakil rakyat ke?Jadi pegawai kerajaan ke?Pegawai swasta ke?Jadi Polis ke?Sebagai contoh apabila orang hina Nabi Muhammad SAW,kita seru untuk boikot barang-barang dari Denmark,pada masa yg sama media elektronik mengiklankan produk dari Denmark untuk diguna oleh rakyat Malaysia.Samalah yang berlaku sekarang berapa puloh kali sehari mereka mempromosikan bahang buatan Amerika dan dari kompeni Israel.Tengok TV3,TV9,TV8,TV7..pagi-pagi lagi kempen boikot dari tengahari sampai malam iklankan barang yang suroh boikot pada sebelah pagi....APA PUNYA MANUSIA NIIII...!

    BalasPadam
  7. Yang penting, cuba pastikan dulu, perhimpunan yang polis buat tangkapan tu ada permit ke tak? Kalau takde permit, jangan bisinglah kalau kena tangkap...

    BalasPadam