Jumaat, 23 Januari 2009

ZIONIS MENYERANG LAGI !!!! TANAH DI RAMPAS !!


DBKL DIDAKWA TAK BERI ALASAN ROBOH RUMAH
- berita hairan


KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Sungai Udang dan Kampung Benteng, Segambut di sini, kesal dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membincangkan sebab kediaman mereka dirobohkan sebelum disuruh berpindah ke flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh.

“Saya tinggal di sini sejak 38 tahun lalu dan menyedari kawasan ini yang didiami kira-kira 300 penduduk adalah tanah milik kerajaan, namun tiada perbincangan dilakukan untuk arahan mengosongkan rumah yang dibina atas tapak bekas lombong ini.

Dua jentolak, tiga trak dan kira-kira 20 anggota DBKL memasuki dua kampung berkenaan kelmarin untuk melakukan kerja merobohkan 17 buah rumah yang sudah diberikan notis pindah.

Beberapa penduduk kelihatan bertindak menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah mereka yang didiami sejak 40 tahun lalu. Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal oleh anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).



woit…. ni ada jentolak ada fru macam pernah tengok dalam cnn dan bbc…..kah kah kah

woit…. ini di mana ni?..... ini di gaza ke …. atau di hebron…..kah kah kah…

woit… segambut rupa rupa nya …. kah kah kah… ingat di israel….. kah kah kah…

woit…. tanah ni nak di rampas nak bagi siapa?..... kah kah kah….

kah kah kah…. bila nak buat malam segambut di dewan bahasa dan petaka?.... kah kah kah


PENDUDUK RESAH TERIMA NOTIS ROBOH RUMAH – berita hairan


ALOR STAR: Kira-kira 250 penduduk daripada 51 keluarga di Kampung Limbong Kapal di sini, bimbang rumah yang didiami sejak 40 tahun lalu, dirobohkan selepas menerima notis arahan mengosongkan kediaman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Difahamkan, penduduk kampung terbabit enggan berbuat demikian walaupun MBAS sudah mengeluarkan notis mengarahkan mereka mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan.

"Saya sudah menetap di sini sejak 22 tahun lalu dan kami tidak mempunyai tempat tinggal lain. Sekiranya pihak berkuasa menyuruh kami keluar dari kampung ini, kami sudah tidak ada tempat lagi untuk dituju," katanya.


kah kah kah…. dah 22 tahun…. kalau tanam anggur sudah 5 kali bertelor…. kalau pilihara ayam sudah 40 kali berbuah….. kah kah kah….

woit…. nak bagi tanah ni pada siapa?..... kah kah kah…. projek apa ni…. kah kah kah

woit….bukan di israel sahaja ada rumah kena runtuh…. depan mata pun ada kena runtuh… ini pun orang islam juga…. kah kah kah…

woit…. lepas jumaat ni tak ada apa-apa…. tak loncat-locat rumah orang islam kena runtuh….kah kah kah..

woit…. tak ada berita rumah orang islam ni dalam tv… kah kah kah… tak sayu ke hati…
kah kah kah….




6 ulasan:

  1. Siapa yang perangai mcm Zionis maka dia pon Zionis..weiii Zionis Malaysia!!!!!

    -MALCOLM-

    BalasPadam
  2. Ini pandangan yang hebat ! Mana pernah ada orang kata Zionis pun ada di Malaysia !

    Kempen-kempen lagi supaya semua orang faham bro !

    BalasPadam
  3. Yang ini berlaku di Kedah dan di bawah kerajaan Pas.

    BalasPadam
  4. alasan "saya dah duduk di sini 20 tahun" tidak boleh diterima dan melanggar prinsip hakmilik.

    setelah 20 tahun, duduk atas 'tanah orang' cuba2 la usaha cari tanah/rumah sendiri

    bila tuan tanah minta keluar, keluarlah dengan lapang dada..

    BalasPadam
  5. Bro,
    Saya amat tidak bersetuju jika perobohan rumah atau penempatan rakyat Malaysia dilakukan ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini. Apakah pihak berkuasa sudah tiada cara lain untuk mengambil tindakan yang lebih berdiplomasi?
    Saya amat bersetuju dengan pendapat nanang bahawa tiada pernah sseorang pun yang menyentuh tentang kewujudan zionisme di Malaysia sebelum ini, namun saya sendiri sudah dapat melihat zionis di bumi Malaysia. Saya juga telah bertemu dengan seorang pejuang rakyat yang berani menyentuh dan menghuraikan zionis di Malaysia. You berani bro, angkat topi untuk you.
    Bro,
    Cubalah kita semua bayangkan kalaulah semua 300 penduduk di Segambut itu diberikan rumah flat yang bernilai RM100,000 maka kerajaan hanya perlu membelanjakan RM30,000,000 (TIGA PULUH JUTA RINGGIT MALAYSIA SAHAJA).Susahkah kerajaan untuk mengeluarkan jumlah tersebut untuk membantu penduduk yang tiada rumah? Tidak suasah jika jumlah itu ditolak dari komisen kapal selam!!
    Bro,
    Bolehkah kerajaan membantu mereka yang ketiadaan rumah itu serta merta? Jawabnya boleh!!! Perkiraan mudah. 6000 anggota polis dihantar untuk bertugas membantu PRK Kuala Terengganu baru-baru ini. Makan minum mereka secara kasarnya ditanggung kerajaan ialah RM50 seorang, bersamaan 11 hari.Oleh itu RM50 x 11hari x 6000 = RM3,300,000. Itu baru duit makan untuk 6000 anggota Polis. Belum masuk duit yang ditaburkan untuk memenangi undi,duit sewa khemah, sewa hotel,duit poket tukang kempen, tukang ampu dan pelbagai tukang lagi, duit itu dan duit ini yang saya rasakan mungkin melebihi RM30,000,000.Bayangkan hanya dengan lebih kurang 2 minggu persediaan pRK itu telah dapat memberikan 300 keluarga itu rumah percuma untuk didiami oleh mereka.
    Bro,
    Kalau benarlah hendak merobohkan penempatan, silalah lihat penempatan-penempatan hara yang didirikan oleh pendatang asing di negara kita.Silalah lihat penempatan haram warga asing di Setia Alam, Puncak Alam, Klang atau mana-mana sahaja di Selangor dan Kuala Lumpur sehinggakan kemunculan penempatan ini telah banyak mendatangkan masalah sosial kepada masyarakat. Apakah pihak berkuasa buta terhadap permasalahan ini.
    Kajilah dahulu keperluan merobohkan penempatan rakyat sendiri. Adakah ia benar-benar perlu atau sekadar membantu syarikat kroni atau yang ada hubung kait dengannya. Fikir-fikirkanlah.
    Bro,
    Rakyat Malaysia sekarang bukan lagi katak di bawah tempurung. Rata-rata ralyat telah celik. Mungkin ini tidak disedari oleh pemimpin BN, pak menteri-pak menteri dan gerombolan mereka. Mereka tidak peduli kerana mereka adda rumah, mereka ada kemudahan yang diperolehi dari hasil rompakan dari duit rakyat.kalau keadaan ini berterusan, kuasa rakyat akan mengajar mereka semua dalam pilihanraya akan datang. KUASA RAKYAT, KUASA KERAMAT!!!

    BalasPadam
  6. di segambut?
    macam dalam cnn? bbc?
    kah kah kah! kah kah kah!
    (pinjam ketawa tukar tiub)

    BalasPadam