Selasa, 17 Februari 2009
BAHASA STRATEJIK UNTUK PERUBAHAN
Tukar Tiub tidak menentang pembelajaran Bahasa Inggeris.
Malah warga Malaysia seharusnya dapat mengucap, bercakap dan berhubung melalui lebih dari 2 bahasa. Dalam wilayah kita yang memiliki pelbagai bahasa ini warga Malaysia seharusnya merayakan kebelbagian itu.
Tukar Tiub menolak pembelajaran Maths dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Cara untuk mengajar apa-apa sahaja bahasa BUKAN melalui maths atau sains.
Cara untuk mengajar bahasa ialah melalui sastera.
Maths dan sains mengajar fakta dan angka.
Sastera mengajar konsep, falsafah, nilai dan jalan bahasa.
Tukar Tiub menolak konsep Bahasa Kebangsaan. Tidak ada apa-apa ‘kebangsaan’ dalam bahasa.
Tukar Tiub mengajukan pandangan bahawa Bahasa Melayu/Malaysia adalah Bahasa Stratejik untuk perubahan dalam negara Malaysia. Gagal menggunakan bahasa stratejik ini bermakna akan gagal untuk dicapai apa sahaja bentuk perubahan yang di cita-citakan oleh sesiapa sahaja.
Apa sahaja pandangan yang baik-baik , cadangan yang molek-molek, tulisan yang hebat-hebat atau konsep yang bersinar cemerlang akan terus terpinggir kerana ianya TIDAK sampai kepada khalayak warga.
Warga TIDAK AMBIL POT kerana warga tidak memahaminya apa soh seh soh seh yang sedang dilabonkan, kendati pun soh seh soh seh ini adalah pandangan yang akan membawa kebaikan untuk warga sendiri. Justeru, ini adalah kerja sia-sia seperti menunggu pokok senduduk berbuahkan rambai.
Tukar Tiub akan terus mengajukan konsep bahasa stratejik ini untuk di pelok, di cium, di gomol dan di tiduri siang dan malam. Tukar Tiub sedia menungu pancutan akhir.
Bro,Jelas duduk perkara nya,Dgn izin.. sedikit pembetulan "Menunggu senduduk berbuahkan rambai"Aduhai dgn sabar yg berdebar ku tunggu terjangan "pancutan terakhir" mu... Eric Mersat.
BalasPadamTukar Tiub,
BalasPadamPuak-puak penyokong PPSMI ini benak dan dungu. Mereka tidak dapat membezakan literasi bahasa dan juga literasi Sains/Maths.
Kedua-duanya perlukan kemahiran pemikiran berbeza. Macam main bola dan main ping-pong. Teknik berbeza, cara berbeza begitulah dengan belajar Sains/Maths.
Contoh dekat di hati, belajar tajwid. Kalau ustaz/ustazah melabon dalam bahasa arab menerangkan hukum tajwid, sampai tua rentalah penyokong PPSMI tak akan pandai baca Al-Quran.
Jadi nak pandai BI, belajar BI. Baiki silibus, banyakkan guru, ada makmal bahasa. Orang gila macam penyokong PPSMI saja buat Maths/Sains untuk pandai BI.
Buat penyokong PPSMI, aku nak belajar bahasa Jawa, ada soalan Maths/Sains dalam bahasa Jawa? Nanti aku akan pandai ngomong Jawa bila pandai buat Maths/Sains dalam bahasa Jawa?
Adios.
salam...betul tu...proton dah namakan mpv mereka sbgi exora..kah kah kah...
BalasPadamkata nak martabatkan bahasa melayu...
dah la tu...syarat pertandingan cakap tak boleh bg nama flora fauna...apa lah pemilihan x kena dgn syarat...
kalau tau, baik buh nama proton tahi ayam...kah kah kah
diaorg nih dulu mana sekolah...diaorg tak bleh beza bahasa dan sains...bozzo sentiasa mahu pancutan terakhir...
BalasPadamBahasa (di sini bahasa Melayu) ada 'hubungan' dengan estetika hidup penduduk di linkungan, setempat atau wilayahnya. Sebelum ini, sekarang atau yang akan dikembangkan kemudian.
BalasPadamIa tidak hanya satu alat stratejik untuk perubahan.
meow~
BalasPadamapabila berlaku perubahan kepada pengajaran sains dan matematik dalam BI, maka buku buku teks perlu ditukar. Siapakah agen agen yang akan mengaut keuntungan dalam proses pertukaran ini?
ternyata semua polisi gerombolan berkisar kepada soal bagaimana wang negara boleh diagih agihkan ke dalam kocek kroni. sama ada ia berkesan atau tidak tak penting.
lihatlah bagaimana mereka membakulsampahkan kajian yang menunjukkan kesan BI terhadap pengajian sains dan matematik untuk peringkat awal memudaratkan pelajar luar bandar. Mana mungkin pelajar yang belum masak selok belok BI mampu menguasai fikiran abstrak yang diajar dalam BI?
kucingsiam memang tak faham kenapa ada lagi rakyat yang menyokong pemerintah yang memudaratkan masa depan anak anak mereka melalui perancangan yang goblok.
kutu cyber.. bernas...
BalasPadammmg tepat rungkaian anda..
sgt2 setuju!!
madey oiii madey oiii....mana madey?
BalasPadamapsal takde orang nak salahkan madey pasal PPSMI ni...mana ketuanan melayu semua nak jadi mat saleh keee???
yang wanita umno ke puteri umno ke,semua pun nak warna rambut...nak jadi blondie kee...malu nak jadi melayu ke
dalam uitm tu semua 'bumiputera' kan??ramai je awek nak jadi blondie?
macam mana nak percaya ketuanan melayu macam ni?diri sendiri tak nak pakai bahasa melayu
selepas matapelajaran matematik dan sains,aku cadangkan matapelajaran bahasa melayu juga diajar dalam bahasa inggeris..
BalasPadamMemang setuju dengan pancutan awal sdr Hisham.
BalasPadamAda pula kes kelakar yang Halal di Malaysia, haram di Indonesia bila hal-ehwal halal dibawah anak menantu pak lah
kalau nak harap prof2 kangkong kita tulis buku2 sains dan maths dgn angka2 dan fakta2 terkini mampus lah kita. balik ke zaman batu.
BalasPadambuat macam depa kat sweden, german, belanda etc - tak kira buku2 dalam bahasa ibunda atau inggeris no problemo utk depa. kalau perlu, bahasa malaysia pun depa sanggup belajar.
yang menjadi masalah kat sini ia lah SIKAP terhadap bahasa2 lain - ie lain dari bahasa malaysia.
nak cari ilum kena buka minda, buka mata, buka hati.
Salam bro isham,
BalasPadamSaya minta maaf banyak2 kerana mungkin apa yg saya tulis ini akan menyinggung banyak pembaca setia blog TT. Saya sebenarnya sangat setuju dengan PPSMI kerana sebagai bekas pelajar jurusan kejuruteraan di UTP yg mana segala-galanya diajar di dalam bahasa inggeris, berbekalkan kelulusan matematik dan sains di peringkat SPM yg diajar dlm bahasa melayu sememangnya satu kekurangan. Saya dan rakan2 lain terpaksa belajar lebih utk faham semata-mata terminologi yg digunakan. Hasilnya, keputusan kami semua utk semester 1 di tahap sederhana.
Berbanding dengan adik saya yg merupakan batch pertama PMR dan SPM, math & science bahasa inggeris, mereka jauh kedepan dalam memahami segala bahan ilmiah rujukan utk pelajar engineering (adik sy juga student eng.) berbanding saya. Hasilnya, keputusan peperiksaannya juga jauh lebih baik drpd saya walaupun zahirnya nampak mereka ni mcm tak berusaha sgt. Tetapi impak daripada pengajaran di peringkat SPM utk kedua-dua subjek ini dlm bhs inggeris sememangnya banyak membantu.
Di dlm jurusan ini juga, kebanyakan peluang pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi dlm bhs inggeris. Kebanyakan org berpendapat jika belajar bhs inggeris lebih mendalam maka komunikasi lebih baik. Salah tanggapan itu. In most cases, you need to have knowledge about the subject matter in the language accordance. Itulah realitinya.
Bagi saya, ilmu dlm bahasa apa pun tak apa. Ia tetap ilmu. Yang paling penting, kita mesti cari jalan agar anak2 kita boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik agar dpt berjaya di peringkat global. Jgn kerana kita semua nk pertahankan kedaulatan bahasa melayu, kita mengusutkan keadaan dan masa depan pembelajaran anak2 kita masa depan nanti.
Just my 2 cents...
-pisang susu-
Salam bro.......
BalasPadamBagai nak mampus puak ni mempertahankan PPSMI ni.... dalam bahasa lainnya ialah ongkosnya pak.
Kepala Haram Bapak nilah yang kuat auta kononya mempertingkatkan mutu bahasa omputih ni, Pirah Mabuk.
Semak sekarang siapa yang dapat tender pembelian komputer. Confirm ada kaitan dengan pahlawan Mat lidah kontot ( Kesian Bininya )
Ura2 ada bantahan yang akan menghentikan PPSMI ni, datang pulak idea bodoh@gila penggunaan komputer Teks mengantikan buku.
kau bayangkan bro, budak2 ni dapat komputer, berlambaklah download blue lucah ni. satu lagi kalau rosak, aku yang menoreh getah ni mampu ke nak tanggung.
Kepala Hayah dia!!!! tak sudah2, ada saja idea nak menyamun duit.
Aku setuju bro, terutama bab 'pancutan terakhir' tu.
Biar sinis melucah jangan habis merasuah
Pisang Susu,
BalasPadamNasib baik anda belajar dalam BM dulu, masuk juga UTP. Anda masih tak paham-paham. Bila sudah masuk Uni maksudnya asas Sains/Maths anda sudah ada. Anda cuma perlu rajin bukannya MALAS untuk memahami/pelajari istillah teknikal dalam BI.
Setakat faham istillah tak semestinya anda boleh menyelesaikan masalah Sains/Maths.
Nasib baik asas Sains/Maths yang anda pelajari di sekolah dalam Bahasa Melayu membuatkan anda faham asas KONSEP Sains/Maths.
Sekarang letak perkara ini pada anak-anak seawal 7 tahun.Bagaimana mereka nak faham KONSEP jika penyampaiannya dalam bahasa asing? Terangkan bagaiamana menjelaskan
konsep pecahan dalam bahasa Jawa kepada anak Melayu? Samalah dengan menerangkan KONSEP pecahan dalam BI kepada anak Melayu. MEREKA TIDAk FAHAM.
BERBEZA DENGAN ANDA YANG PERGI UNI, ADA ASAS BI SELAMA 11 TAHUN.
Membanding kes terpencil seperti adik sendiri bukannya bermakna PPSMI berjaya.Seperti kata bapak Tun Mahadir Kutty, sebatang pokok getah tidak akan menjadi estet!
Tentang kemahiran komunikasi dalam BI, siapa pun tak bantah kalau nak
memahirkan diri. PPSMI bukan caranya.
Suka diingatkan cara belajar bahasa dengan cara belajar sains dan matematik adalah berbeza. Belajar bahasa ialah belajar kemahiran berbahasa. Belajar pertuturan, belajar grammar, belajar kosa kata, belajar struktur ayat dan belajar membuat karangan dan lain-lain kemahiran berbahasa.
Belajar Sains ialah belajar fakta, konsep, prinsip, teori dan hukum yang memerlukan penguasaan bahasa.
Mana boleh belajar sesuatu bahasa (BI) menggunakan pendekatan belajar Sains. Ini kerja gila.
Oleh itu kerja PPSMI ini sebenarnya kerja gila. Penyokong PPSMI adalah penyokong kerja gila atau orang gila.
Betul ilmu dlm bahasa apa pun tak apa tapi apakah cara/ bahasa terbaik bagi anak-anak seawal 7 tahun menuntut ilmu. ITU PERSOALANNYA?
Tak tau la aku bro.
BalasPadamyang aku tau, inggeriskan kembali SPONGEBOX SQUAREPANT
dari pemerhatian aku sebagai generasi muda juga, apa yg aku nampak anak-anak muda ni poyo je nak cakap english. mereka malu nak cakap melayu.
BalasPadamaku sendiri baru terkena minggu lepas apabila cuba nak ngorat satu awek cun berambut blonde. dia boleh marah-marah balik dgn english berterabur. adohai...ada ke cakap gua tak reti cakap inglis.ingat aku macam mat tyson ke...
ini memang realiti,dalam drama tv pun cakap rojak. tgk pelakon/penyanyi bila interview pun cakap rojak.
semua malu nak cakap melayu beb. apa dah jadi dgn konsep negara bangsa?...kita takde identiti beb...ketuanan melayu?...ketuanan melayu sendiri pun malu nak jadi melayu..
gua memang kagum tgk rakyat indon yg berbangga dgn negara diorang. mat indon dgn minah indon cool!jgn benci mat/minah indon!
Nampak gayanya, pelajar2 Taiwan, Jepun, Korea, China dalam jurusan/bidang Kejuruteraan perlu belajar Ilmu Alam dan Kira-kira dalam Bahasa Inggeris di peringkat rendah dan menengah untuk berjaya sebagai lulusan Kejuruteraan.
BalasPadamUsaha tangga kejayaan..
Salam Perjuangan
Salam rakan2 pembaca TT,
BalasPadamsaya hargai ulasan anda, but I stand with my statement. Saya tak ada masalah dengan PPSMI.
Tak semua orang yang belajar dalam bahasa inggeris tu mengagungkan bahasa tu sampai tak mau cakap melayu. Itu satu telahan serkap jarang. Hanya segelintir macam tu.
Minda harus terbuka sikit tentang isu ni. Apa yang penting, anak2 kita berilmu. Ilmu yang berguna yang bawa manfaat pada keluarga, agama, dan negara.
Once again, everyone is subjected to their own opinion.
-pisang susu-
aku sangat bersetuju dgn pendapat kutucyber...
BalasPadambelajar bahasa adalah belajar kosa kata, nahu, sturktur ayat atau pertuturan.
mata pelajaran bahasa inggeris itu yg patut diubah sama ada sukatan, kemudahan hatta guru itu sendiri..
PPSMI adalah pengakuan Madey bahawa dia dah buat satu kesilapan besar - ia itu menghapuskan sekolah2 aliran inggeris dimalaysia.
BalasPadamSekolah aliran inggeris berjalan dgn baik sejak zaman british. pelajar2 kita cemerlang melanjutkan pelajaran di UK, USA, Ireland, Australia, NZ...
Pas itu BN nak buat modal politik.
Akibatnya? kita jadi jaguh kampung. malaysia tak dapat saing dgn singapura. malah dgn indon dan thai pun dah susah.
madey nak masuk reverse gear tapi takut ultra umno tak dukung. so PPSMI komprominya.
ada suatu ketikanya, saya juga berfikir seperti encek pisang ni..."kan lebeh baik jika dari mulanya telah diajar dengan bahase inggeris jadi bile masuk ke universiti menggunakan pengantara bahasa inggeris, maka dgn senang nk mengadaptasi."..itu pandangan sempit...
BalasPadamsaye juge belajar di utp...mengolah bahase ibunda ke dlm bahase penjajah itu tidak lah seberape sukar..pada hemat saye org yg ngade ngade je ckp susah...
pada pendapat saye, bahase ibunda patut dikekalkan sebagai bahase strategis bak kate abg isham..
saye rase yg lagi gempak klu sume pelajar diwajibkan belajar bahase mandarin dan tamil....lagi la harmoni...
-joe labi
Bercakap satu berbasa basi,
BalasPadamBerbalah kalah tidak menjadi,
Berbahasa sendiri itu paksi,
Berbahasa orang itu sendi.
-pisang susu, sila fikir elok-
lentur buluh dari rebung,
kalau dah dari kecil diajar dan didedahkan bahasa inggeris berterusan, adakah lagi bahasa melayu pada masa akan datang?
satu perancangan perlukan kajian tentang kesan jangka masa panjang.
PPSMI mahu kejayaan "segera", sebab itu kroni kroni mereka terus setuju dan terus laksanakan PPSMI.
Kejayaan bukan semudah maggie dan mi sedap. Ia perlukan asas yg munasabah.
Pada aku, apa yg penting dalam matapelajaran Sains & Math adalah teori asas ataupun basic principle. Melalui teori asas & basic principle inilah kita berjaya utk menyelesaikan masalah2 sains, fizik dan math. Utk menjadi ahli sains, fizik & math yg tersohor, teori asas/basic principle dlm sains & math ini wajiblah dikuasai terlebih dahulu.
BalasPadamPada waktu sekarang ni, asas sains & math ini dah diajar pada peringkat sekolah rendah lagi. Kebanyakkan student2 skolah rendah ni, especially kat luar bdr, tak paham pun bahasa inggeris. Ini tak bleh nak salahkan mereka sbb mereka dibesarkan bukan dalam keluarga yg cakap inggeris. Cuba pikir, belajar perkara asas sains & math dlm keadaan asas bahasa inggeris yg tunggang langgang. Rasa2 nya, kukuh tak asas sains & math budak2 tadi?
Kanak2 tadi akan rasa kecewa kerana mereka akan merasakan susahnya nak memahami asas sains & math yg diajarkan. Mereka ini akan berputus asa dan tidak akan memilih sains & math sebagai kerjaya walaupun sebenarnya otak mereka genius. Lebih buruk lagi, kita akan mengeluarkan ahli sains & math yg low standard berikutan penurunan grade markah lulus. Jenis yg macam ni lah yg mana bila bina jambatan, jambatan runtuh..bina empangan, empangan pecah..bina flyover MRR2, tak sampai 3 thn flyover retak dll. Sbbnya, low quality.
So, moral of the story is utk peringkat permulaan ni, biarlah math & sains tu diajar dlm bahasa melayu, cina, tamil atau mana2 bahasa asalkan boleh membantu penguasaan asas sains & math tadi. Bila mereka ni dah besar, otak dah matang, barulah diajar dlm bahasa inggeris, contohnya bila dah sampai U.
Nak bagi rakyat fasih berbahasa inggeris bukanlah dgn memperkenalkan bahasa inggeris dlm matapelajaran sains & math. Ini salah. Utk fasih berbahasa kita kenalah bertutur dlm bahasa tersebut. Cara yg lain adlah seperti wajibkan matapelajaran "advance english".
Bagi mereka yg kata, pengajaran sains & math dlm inggeris blh membantu melahirkan ahli sains & math yg bagus, ini juga adalah salah. Dalilnya? Tgklah negara Jepun.
Tak payah gaduh-gaduh, kalau susah sangat apa kata kita tukar guna bahasa jawa...
BalasPadamtak pun kita guna bahasa isyarat...
Sastera hmmmmmmm dah lama aku tinggalkan, rindu juga dengan bahasa yang berseni orang melayu penuh sopan dan maksud tersirat silap tafsir terjerat.....
BalasPadambelajarlah sebanyak mana bahasa yang boleh tak rugi.....aku nak belajar bahasa banjar ( itu bahasa atau dielek apa bezenya...arag mamai aku )
AKU SETUJU...KITA AJAR BAHASA MAELAYU DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS....BARU UMNO BOLEH MAJU...
BalasPadamhai... kita tgk negara jepun dgn korea ajelah... kenapa mereka blh jer maju dlm bidang sains dan teknologi... sedangkan diorang cakap inggeris pun x tahu, kalau cakap pun tungang langgang... aku x paham langsung knape PPSMI ni relevan utk dilaksanakan.... kesian aku tgk budak2 ni... pecah kepale hotak diorang... last2 satu hape pun x paham... aku dulu pun belajar dlm bahasa melayu gak... tp bile masuk U ok jer blajar dlm bahase inggeris... sbb aku paham konsep math dan sains... kite jgn tgk segelintir org jer... dulu belajar dlm bahase melayu pun ramai yg kantoi dlm math dan sains... ni dlm bahase inggeris plk... lg la gile diorang ni... jgnkan luar bandar... dlm bandar pun budak2 ni dh mcm sakit jiwer jer aku tgk... aku pernah ajar tuisyen utk budak2 sekolah rendah math dan sains... aku tau betape sensarenye bdk2 ni blajar... x paham ape pun.... yela, soalan pun x paham.. mcm mane nk jawab... yg sokong PPSMI ni aku ckp terus terangla... mmg bangang.... kalau PPSMI ni berterusan... mmg akan melahirkan generasi yg poyo berbahase inggeris... tp dri segi konsep bangang x sudah...
BalasPadambetul tu kutucyber...
BalasPadampisang susu ni eeeeeeeeeee susah la kau nak cakap budak2 macam ni...
dapat jugak dia masuk UTP kan...
pisang susu kau kena tengok secara keseluruhan la...
saya kumpulan yang pertama keluar daripada alam persekolahan di bawah PPSMI,
BalasPadambagi saya hanya satu PROPAGANDA mereka menyatakan prestasi sains matematik meningkat.untuk menghalalkan PPSMI.
padahal soalan "add math" lebih 3 muka surat saya tak jawab
Kutucyber,
BalasPadamSatu lagi pandangan. Saya sebenarnya sokong apa yang Tuan Punya Tukar Tiub cuba sampaikan.
Kalau nak belajar bahasa bukan dengan ajar Math dan Sains dalam BI.
Masalah PPSMI ialah pada pelaksanaan. Kutucyber pernah ke tengok cikgu-cikgu yang ajar Math/Sains tu mengajar dalam BI?
Saya pernah, dan saya rasa agak malu. Secara amnya, kebanyakan diorang tak boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Mungkin tak seteruk yang disangka, tapi tetap saya rasa malu.
Kebanyakan cikgu-cikgu tu semua dulu belajar Math dan Sains dalam bahasa ibunda. Masa mentelaah di Universiti atau kolej perguruan pun di dalam bahasa ibunda. Tiba2 bila disuruh mengajar di dalam bahasa Inggeris.
Mereka bukan guru BI. Itulah masalahnya.
Fikirkan.
Sebenarnya bakat penguasaan bhs antara individu dgn individu yg lain tak sama...Sesetengah budak, tgk tv rancgn orgputeh sebelah mata ajepun, dah terror B.inggeris, score AAAAAA semedang walaupun anak penoreh. Manakala yg bengap, beli alat bantu mengajar, pi buang daerah selama 6 bulan di London pun, belum tentu pandai..
BalasPadamBetul!!! aku tak tipu, contohnya dah ada..AKU SENDIRI..Muahaaaaa.
Salam abang isham,
BalasPadamoit ! Madey hang dah berjaya memecah belahkan orang melayu.
Firaun telah berjaya mengujudkan orang tengah (lintah darat)untuk merompak wang rakyat dalam hal pelajaran melalui menteri lidah kontot.
Dey Madey !
Auta keling hang dah menelurkan bermacam-macam kesusahan pada rakyat.
Raja-raja berniaga,
Menteri berniaga,
pendidikan-niaga
pertahanan-niaga
Kesihatan-niaga
Apa yang tinggal lagi dalam rezab malaysia.
Gerombolan kata ketuanan melayu,
Mat botox kata ketuanan melayu,
Perlembagaan melayu,
alih-alih hal bahasa berdolak-dalik..
oit ! Madey ! hang punya auta keling dah berjaya menghuru-harakan malaysia dan pandai mengalihkan isu.....
Sudahlah Gerombolan !
Cukuplah sudah membodohkan orang melayu !
Senjata gerombolan ialah :
perkauman,
isu bahasa,
ketuanan melayu,
rukun negara.....bla,bla,bla...
Dalam diam dan senyap Gerombolan merompak harta rakyat siang dan malam (24jam)
Agaknya senang nak buat buku teks matematik dan sains dalam bahse inggeris nie.... sebab boleh kopi je dari buku teks singapura ke, london ke, amerika ke, aussie ke, zealand baru ke.... so, senang sikit nak buat duit bile dah cetak buku2 tu, dan senang sikit nak suruh kerajaan ambil buku2 tu semua dan senang sikit keje.
BalasPadamtapi bila bahse melayu, nanti susah sebab nak kena alihbahse dulu.... pastu, kroni2 takleh dapat duit poket utk cetak buku2 bahse inggeris free2 je dari singapura.... peh!!!
apa punya kerajaan la.... kesian orang luar bandar nanti tak tahu mengira sebab tak paham.
Jangankan maths dan sciene kena diajar dalam BM, Bahasa Inggeris sekalipun kena diajar dalam BM baru pelajar cepat faham...
BalasPadamWalaupun saya bukan pro pembangkang tapi saya juga menolak PPSMI kerana bagi saya bukan hanya itu saja cara untuk memantapkan bahasa Inggeris tapi banyak lagi cara lain. PPSMI hanay akan meninggikan peratusan pelajar gagal dalam subjek Matematik dan Sains...
BalasPadamSalam member2 TT and bro Isham,
BalasPadamWa... banyak tul komen on my writing. But nevertheless, I appreciate it. I guess I'm lucky enough to be accepted in UTP and definitely Allah has helped me through it. Anyway, let's not fight about this matter anymore okay? I believe we all are entitled to our own opinion so, that's that.
Keep sending in positive criticism.
And by the way, I'm a girl ;-)
-pisang susu-