Rabu, 4 Februari 2009

BUNYI-BUNYI UNTUK BERHUBUNG



Sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka wujud atau mati, orang awam dalam negara kita ini akan terus bercakap dalam Bahasa Melayu.

Manusia dimana-mana pun dalam dunia ini perlu untuk berhubung antara satu dengan yang lain. Bunyi yang keluar dari mulut dan tekak adalah cara yang terbaik untuk mereka berhubung. Bunyi ini akan menyampaikan apa yang ada dalam fikrah mereka.

Jutaan tahun dahulu bunyi-bunyi ini tunggang langgang bunyinya. Masa dan keperluan untuk berhubung sesama manusia telah mengembangkan bunyi ini dari satu susuk ke satu kumpulan hingga ke satu daerah dan mukim. Kemudian ianya tersusun, bercambah dan berkembang – akhirnya bunyi ini dipangil bahasa.

Semua ini berlaku tanpa dana dari Kementerian Pelajaran atau Dewan Bahasa dan Pustaka.

Heboh- heboh Bahasa Melayu ini mula kedengaran kembali di awal tahun 2009 ini. Heboh-heboh bahasa dalam negara kita ini macam perangai kelab dang dut – kejab-kejab ada - kadang-kadang hilang. Tetapi selalunya hilang entah kemana. Macam meniaga buluh kasap – hujung hilang panggal lesap.

Pernahkah para pembaca terdengar nama Gapena, Pena dan beratus-ratus jenis kumpulan yang mengakui bahawa ahli-ahli mereka adalah bakal penulis, penulis dan sasterawan? Sesiapa yang tidak pernah mendengar tidak mengapa. Kita tidak akan dimarahi oleh Syed Hamid Albar atau di saman oleh Jawi.

Nama-nama yang saya tulis diatas tadi adalah badan-badan sasterawan Melayu yang ‘berani’ mengakui diri mereka sebagai pewaris, pengembang dan penjaga Bahasa Melayu. Saya cukup sangsi dengan pengakuan badan-badan ini. Telah lama saya perhatikan – badan-badan ini lebih banyak dilihat sebagai pembodek kuasa dari berjuang untuk menegakkan Bahasa Melayu.

Untuk saya susuk ulung yang trampil dalam mengembangkan Bahasa Melayu pada ketika ialah Minah Minah Indon dan bukan badan-badan sasterawan ini.

Cuba perhatikan : Pada ketika ini Minah Minah Indon ini sedang berada di setiap pelusuk kota-kota besar dalam negara kita ini. Mereka datang ke sini untuk bekerja mencari nafkah. Mereka tidak mengira kerja apa pun - semua sanggup mereka lakukan. Mereka tidak memilih siapa majikan mereka. Mereka tidak menilai apa agama majikan mereka. Mereka tidak menghiraukan di lubang mana mereka akan bekerja. Inilah sikap dan nilai kaum buruh – kaum proletariat - yang di bawa oleh Minah Minah Indon ke sini.

Wajib di sedari bukan semua mereka ini Melayu – ertinya bukan semua bahasa ibuanda mereka Bahasa Melayu. Ada Minah Jawa. Ada Minah Sulawesi. Ada Minah Ambon. Ada Minah Madura. Semua memiliki bahasa khusus – bahasa ibuanda mereka tersendiri. Tetapi apabila memburuh dan membanting tulang di negara kita ini mereka menggunakan Bahasa Melayu.

Perhatikan apa yang akan terjadi apabila mereka menjadi pembantu rumah di sebuah rumah Tioghua kelas menengah. Minah-Minah Indon ini tidak mengetahui Bahasa Inggeris. Mereka wajib berhubung justeru pastilah Bahasa Melayu yang akan digunakan diantara si Minah dengan Si Majikan. Tidak dapat tidak si Majikan, yang mungkin selesa dengan Bahasa Inggeris kini wajib bertutur dalam Bahasa Melayu.

Kehadiran si Minah ini telah memaksa keluarga Tionghua kelas menengah ini menggunakan Bahasa Melayu. Ini lebih hebat dari kempen-kempen pengunaan Bahasa Kebangsaan anjuran kerajaan yang hanya sibuk dengan poster dan kain-kain rentang.

Biasanya si Majikan dari kelas menengah memiliki sikap ‘tak ambil endah’ terhadap Bahasa Melayu. Jadi, apabila si Pembantu ini datang maka untuk pertama kalinya si Majikan ‘terpaksa’ mempelajari kembali cara yang betul dan tepat untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Tidak ada peranan Dewan Bahasa, Kementerian Pelajaran, Teras atau sasterawan Melayu di sini. Semua pengajaran Bahasa Melayu ini berjalan tanpa paksaan. Semua berjalan tanpa Akta Parlimen atau heboh-hebo dari Gapena.

Jika Si Minah ini menjadi Babu menjaga anak – maka peranan Babu ini cukup penting. Si Babu yang mendodoikan Anak Kecil ini akan lebih banyak ‘berguli’ dan ‘berjenaka’ dengan si Anak Kecil. Malah jika diambil nisbah masa – waktu si Babu bersama Anak lebih banyak berbanding dengan waktu si Ibu bersama Anak. Si Babu Minah Indon ini pastilah bertutur dalam Bahasa Melayu yang tersusun. Bunyi yang keluar dari tekak dan mulut si Babu inilah yang akan sentiasa di dengari oleh telinga si Anak Kecil.

Inilah bukti – Si Babu ini sedang menjadi pengembang Bahasa Melayu tanpa ada laporan hu hah hu hah dalam Dewan Sastera atau Dewan Masyarakat. Atau laporan dari Kementerian Pelajaran.

Lihat apa yang sedang terjadi di Hong Kong – di kota pulau ini, tanpa dirancang bahasa kedua rakyat di sana ialah Tagalog. Ini kerana hampir semua Babu-Babu dan pembantu rumah di Hong Kong di datangkan dari Philipina. Tidak dapat tidak anak-anak kecil yang dijagai oleh Minah Philipina ini akan faseh berbahasa Tagalog.

Saya juga sering ke kedai makan dan ke restauran China. Saya perhatikan banyak malah hampir ke semua restoran China dalam kota Kuala Lumpur ini ada mengambil pekerja Minah Indon. Ada yang bertugas di dapor, ada yang membuat minuman dan ramai yang menjadi pelayan tamu. Minah Minah ini tanpa segan silu bekerja dalam restauran China.

Sekali lagi saya perhatikan betapa pentingnya peranan mereka. Kalau Minah ini menjadi pelayan di restoran China sudah pasti para pelangan China yang akan dilayani. Si Minah akan mengambil pesanan. Si Minah akan membersihkan meja. Si Minah akan menyusun tempat duduk. Si Minah ke dapur menghantar pesanan. Ini pekerjaan pelayan. Tetapi ada satu lagi pekerjaan yang saya anggap lebih suci tetapi tidak dapat dinilai dengan ringgit dan dolar – si Minah Pelayan di restauran China ini adalah penyebar Bahasa Melayu yang ulung.

Saya perhatikan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah Minah Idon ini cukup teratur. Lengok dan lagunya adalah bahasa baku. Si Minah ini tidak pernah akan mengubah telo bunyi yang akan keluar dari mulut dan tekak mereka. Bunyi-bunyi yang di kelurkan adalah sama – tidak mengira apakah si Pelanggan seorang Apek berseluar pendek atau seorang Towkay berjacket dan bertali leher.

Malah dari apa yang saya perhatikan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah Minah ini lebih baik susunan ayatnya dari pertuturan kelam bin kabut dan lintang bin pukang yang terhampur dari tekak para pengacara tv dan radio kita.

Saya pendukung pengunaan Bahasa Melayu. Saya bukan pembodek Bahasa – apabila ada kempen-kempen Bahasa Kebangsaan dijalankan maka saya tidak akan ‘menonjol-nonjol’ untuk masuk ke dalam ‘bingkai’ untuk berdiri di sebelah menteri. Saya tidak akan memakai baju batik berlengan panjang untuk membaca-baca sajak yang saya sendiri pun tidak memahami hujung pangkal. Untuk saya ini kerja bodoh.

Bahasa Melayu ini untuk saya bukan Bahasa Kebangsaan. Saya tidak memiliki nilai ‘kebangsaan’. Bahasa Melayu ini adalah milik anak semua bangsa. Bahasa Melayu ini adalah bunyi-bunyi dari tekak dan mulut untuk tujuan kita behubung antara satu sama lain. Bunyi-bunyi ini wujud untuk kita berhubung, mengenal, menyambung nilai dan menyambung sejarah kita.

Bahasa Melayu untuk saya adalah Bahasa Stratejik Untuk Perubahan. Saya mengamal, menyebar dan mencanangkan Bahasa Melayu bukan kerana saya Melayu tetapi kerana saya yakin hanya pengunaan Bahasa Melayu ini sahaja yang akan dapat menolak terbuka apa sahaja bentuk perubahan yang diinginkan di dalam negara kita ini.

Kalau sesiapa yakin tentang peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa stratejik untuk perubahan maka mereka wajib memiliki nilai-nilai seperti Minah-Minah Indon yang sedang memburuh dalam negara kita sekarang. Saya cukup menghormati Minah Minah Indon ini – untuk saya - merekalah perjuang Bahasa Melayu yang tulin.

Meremang bulu tengok dan besar kemungkinan saya akan muntah jika saya disabit mabitkan dengan gerakan Bahasa Kebangsaan. Saya akan berbesar hati dan berbangga jika saya juga dapat dianggap sebagai Minah Indon.(TT)




21 ulasan:

  1. Isham, saudara PEMERHATI KEHIDUPAN MANUSIA yang terbaik pernah dijumpai.Sesekali keluarkan catatan menghilangkan tension,sesekali mengeluarkan catatan yang mempengaruhi serta bolih dipertikaikan kewajaran idealismanya dan sesekali mengeluarkan catatan yang luar daripada benak pemikiran biasa ,menyebabkan ada orang lain berfikir,kenapakah aku tak pernah berfikir macam dia ni.

    BalasPadam
  2. Satu pemerhatian yang pasti dilepas pandang oleh banyak pihak akan peranan Minanh Indon vis-a-vis pengembangan bahasa Melayu. Kalu ia( bahasa Tagalog)luas terjadi bahasa sekunder oleh babu-babu sebaliknya bahasa Melayu diperluaskan penggunaannya oleh bantuan Minah Indo, maka jelas tiada peranan yang dimainkan oleh DBP/GAPENA/Sastrawan/guru/tv.
    Hebat satu pemerhatian yang peka dan dinamis. Apa kata Johan Jaafar, Fidaus, Abdullah Hassan, Aziz Deraman?

    BalasPadam
  3. cukup meluat lihat melayu + melayu berbual dlm bahasa asing.. lebih2 lg nk bincaNg kn perkara yg tinggi ilmunya, mereka seakan2 malu untuk bertutur dlm bahasa ibunda.. apa dosa bahasa melayu kita, x bolehkah bahasa melayu digunakan dalam perbincangan yg tinggi nilai ilmunya?? mengapa malu..?? hanya kerana anda melayu, dan bertutur dlm bahasa melayu??? suddala melayu..!!

    BalasPadam
  4. "Bro Sham" kau tak 'ayat ke minah indon tu..? Minah indon tu kalau kau ayat boleh jugak di ajak temankan kau diatas katil sambil entot-entot..

    Kalau diblowjob mesti kau syahdu punya beb..

    Ok la Bro apa-apa pun selamat perjuangkan bahasa, sambil tu ayat la minah indon tu.. mana tau kot dia mau..

    BalasPadam
  5. Anjing anjing Inggeris yang masih berkeliaran di Tanah melayu inilah penderhaka dan bangsat keapda pbaahsa Melayu. Penjilat ponggong Inggeris ini berkeliaran menghurung tahi-tahi Inggeris dan telah pun kering dan ditinggalkan langau bertahun yang lalu.
    Anjing-anjing ini mengaku pejuang. tapi mereka inilah anjing yang semakin nampak kurap dan sopak dimulut dan muka mereka.

    BalasPadam
  6. saudara hisham, tuan dari dulu lagi sentiasa menggunakan otak kanan yang orang UMNO tak pernah gunakan - sebab mereka ingat mereka terbaik. Tahniah kerana membuka minda saya.

    BalasPadam
  7. dalam perjalanan ke pejabat tadi, aku nampak satu papan tanda di sebuah bengkel berbunyi PUSAT SERVIS MEMBENARKAN..aku ingatkan papan tanda tu patah dan menyebabkan sebahagian dari ayat tersebut jatuh..tapi sangkaanku meleset..rupa2nya itulah keseluruhan ayat tersebut.. terjemahan dari ayat inggeris iaitu AUTHORISED SERVICE CENTER..

    DEWAN BAHASA & PETAKA..sila pantau kes di atas..

    I HAVE A MILLIONAIRE MIND (saya memiliki minda jutawan)..
    saya setuju dengan tuan..GEROMBOLAN UMNO tidak menggunakan otak kanan.. malah seringkali juga mereka tidak menggunakan otak kiri dan kanan..

    BalasPadam
  8. Aku pun rasa cam minah indon la, aku kerja dengan cina, komunikasi pun dalam bahasa melayu. Jadi, aku boleh dianggap sebagai minah indon gak la..hahahahaa yahooo!

    BalasPadam
  9. mesti minah indon ni payung lu kretek kan hahaha

    BalasPadam
  10. Bahasa Melayu adalah bahasa REVOLUSI!

    Para birokrat dalam DBP dan Kementerian Pendidikan harus dicampak dalam tong sampah!

    BalasPadam
  11. Sham,

    Aku nak tambah lagi pasal kemampuan Indon-indon ini dalam memasyarakatkan sastera melayu. Sejak kebelakangan ini pemuzik malaysia ketandusan idea lagu yang tangkap lentok maka bertahtalah kumpulan seperti nidji,letto,peterpan,dewa dsb dengan puisi-puisi magis mereka yang berjaya menyekat minah minah beyonce, aguilera dan seangkatan dengannya dari mahara lela lagu budak budak muda.
    Makin hari makin aku menghormati indon indon ini tak kira sama ada di Malaysia atau indonesia, banyak perkara mereka lebih baik dari kita,

    TAK CAYA? .....pergi indonesia, masuk kedai buku dan perhatikan beribu ribu buku sastera dan teknikal yang dihasilkan oleh golongan terpelajar disana. Propesor kita manyak politik

    Navy pencen

    BalasPadam
  12. Tumpang lalu...

    But I really have to say, kudos to you.

    BalasPadam
  13. Jika orang Melayu Semenanjung tengok apa yang terjadi kepada orang Melayu Patani khususnya bahasa Melayu di sana pasti akan sedar dan insaf. Kalau masih tak sedar dan insaf juga ternyata mata hati mereka telah buta dan dijangkiti penyakit sindrom Pinkerton.

    Dasarnya bahasa adalah "bunyi-bunyian untuk berhubung", tapi sejarah telah membuktikan ia lebih dari itu. Ia muncul bergejala dalam NASIONALISME, ANTI-IMPERIALISME dan banyak lagi.

    Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pelajaran sains dan matematik adalah bergejala dari sujudnya pemerintah negara kepada kapitalisme Anglo-Saxon pasca-Perang Dunia ke-2. Pada hal dalam sejarah tamadun manusia, matematik adalah ilmu yang berasal usul dari bangsa Arab dan Yunani. Kenapa tidak ada perkataan "Aljabar" atau "AlKhawarizmi" digunakan dalam pelajaran matematik? Ilmu sains pula hanya berkembang kemudiannya dalam masyarakat Inggeris.

    Bahasa Melayu di Indonesia mempunyai sejarah revolusinya. Tan Malaka seorang revolusioner Melayu Minangkabau pernah menjadi guru bahasa Melayu di keraton Jawa. Sastra-sastra gerakan kemerdekaan pada awalnya ditulis dalam bahasa suku masing-masing terutama bahasa Jawa di tanah Jawa, hanya kemudian ia berubah ke bahasa Melayu demi gerakan kemerdekaan dan ini sangat memeningkan penjajah Belanda. Ini dicatat oleh Pramudya Ananta Tur dalam novel Rumah Kaca beliau.

    Awek-awek Indon yang menjadi pengembang Bahasa Melayu ini muncul dari hasil revolusi kemerdekaan Indonesia lebih 60 tahun dulu. Tabik buat Tan Malaka, Sukarno-Hatta dan ribuan pejuang lainnya. Tabik juga buat Hishamuddin Rais atas pandangan manusiawi yang diberi.

    BalasPadam
  14. engkau memang hebat brader Isham. Satu pemerhatian masyarakat yang gagal dipandang oleh mereka yang menggelar diri sebagai pejuang bahasa. Aku kagum

    ::Pak Malau::

    BalasPadam
  15. Salam..
    Bro..saya minta izin,panjangkan Article ini ke Tranungkite.net.
    Untuk mereka yang terlepas pandang.

    BalasPadam
  16. Jangan salahkan bahasa Inggeris atas ketidak berjayaan pembawakan Bahasa Melayu. Tak ada kaitan dengan bahasa Inggeris. Tapi aku rase die lebih kepada kaedah penerapan kerajaan. Kalaw kite ada Menteri yang dah bertahun2tahun2tahun pegang JKR tapi masih tak boleh bezakan bunyi sukukata bahasa Melayu. Ape cerita nak cakap pasal pembangunan bahasa Melayu?

    BalasPadam
  17. bahasa melayu atau bahasa malaysia??

    yang mana satu betul??

    Confius2...

    BalasPadam
  18. Tu la, bila aku suka lagu2 dan lirik Indon orang marah. Tapi nak buat camna, bahasa indonesia ni lagi indah...puitis

    BalasPadam
  19. Cerita 1...
    Ada sekumpulan org yg membantah pembinaan pasaraya BESAR berhampiran kediaman mereka... MB negeri tu kata... pembinaan akan diteruskan kerana sekumpulan besar yang lain tidak ada bantahan....

    Cerita 2...
    Ada sekumpulan org yg membantah PPSMI di sekolah di sebuah pasaraya BESAR..... Saya kata.... PPSMI akan diteruskan kerana sekumpulan besar yang lain tidak ada bantahan......

    Errr... yang membantah hari tu siapa?

    Errr... berapa ramai cikgu sekolah yg membantah ni?....

    BalasPadam
  20. Saya tak sengaja terbaca tulisan ini. Langsung tidak terfikir sebelum ini sumbangan Minah Indon dalam konteks pengembangan BM. Terima kasih kepada mereka. Saya pernah menulis dalam blog saya pada 8 Jun 2008 dengan tajuk "SAMA KE SERUPA?" setelah membaca kamus DBP yang menyamakan kedua-duanya. (Sebenarnya itulah penyebab saya memulakan blog saya. Terima kasih DBP!)

    BalasPadam